SweetMuslimah.com

Friday, April 8, 2016

Sambal Tumis Sardin Style Kampung Abah

Masa kecik dulu, sambal tumis sardin ni kira antara lauk rutin selain lauk telur untuk lunch aku dengan kakak. Ye lah, dulu murah je harga dia. Sekarang je rasa sardin tin dah jadi lauk mahal. T_T. 1 tin kecik tu, cukup ah nk buat makan dua beradik. Tu yang rasanya senang sapsapsoi je tuang masak sardin. Haha.

Tapi even masak simple gini, ada juga cara berbeza-beza orang masak. Ye ah kau masak, cara kau lah, aku cara aku lah. Suka hati style sendiri.

Kalau balik kampung abah, sambal sardin ni diorang style goreng dulu ikan dia, baru masak lagi sekali dalam kuah. Abah pun lagi prefer cara macam ni sebab ikan tu garing sikit.

SAMBAL SARDIN CARA KAMPUNG ABAH

1) Asingkan ikan sardin dalam tin dari kuah merah dia. Aku suka guna sardin cap ayam.
2) Goreng ikan sardin tanpa kuah tadi. Dah masak ketepikan.

Sambal tumis sardin ala negeri sembilan

Sambal tumis sardin ala negeri sembilan

3) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
4) Lepas tu masukkan cili kisar / cili padi tumbuk. Kuantiti ikut suka, nak pedas lebihkan cili tu. Tak letak pun tak pe. Optional. Tapi tak pedas tak 'kick' ler. Orang Nogorilah katakan, hiks :D
5) Masukkan 1 keping asam keping. Tumis hingga pecah minyak.
6) Lepas pecah minyak, masukkan kuah merah sardin tadi. Tumis sekejap sampai kuah jadi agak garing.
7) Masukkan sardin yang telah digoreng tadi dengan bawang besar potong bulat.
8) Perasakan dengan garam secukup rasa.

Sambal tumis sardin ala negeri sembilan

Siap! 
 Makan dengan nasi panas tambah kicap!
Bismillah..

Resepi simple sapsapsoi lain:-


Sambal Tumis Sardin Style Kampung Abah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
April 8, 2016 at 10:46 AM

sardin memang best..x kisah cara masak macam mana sekalipun..akak kalau dapat sambal sardin lawan plak ngan telur dadar memang bertambah la makan...

Reply
avatar
April 8, 2016 at 4:22 PM

adoiiiii.. ni memang lagend..!! sambal sardin gitu-gitu je.. alahaiii.. kecur liuqqq... hehehehee.. :)

Reply
avatar
April 10, 2016 at 11:35 PM

simple dan senang.. hehee janji kenyang

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:56 AM

Sama lah kita. Siap terlupa dah makan 2 pinggan, hehe

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:57 AM

Kalau kecuq ayaq liur, ni mesti selalu masak lauk ayam, udang, ketam, sotong, ikan ni, kan? Haha.

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:58 AM

Betul jawapan anda, 10 markah =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+