SweetMuslimah.com

Monday, April 11, 2016

Review & Sinopsis | 10 Cloverfield Lane

Sebenarnya Sabtu lepas nak tengok movie The Jungle Book. Tapi disebabkan tukang cop dan tukang beli tiketnya dah bercuti balik kampung, makanya aku dengan Dila terus terjah panggung wayang. Sekali The Jungle Book full house T_T. The next available movie adalah 10 Cloverfield Lane. Beli dan jalan.

Jadi, apa yang boleh aku katakan tentang movie 10 Cloverfield Lane ni?

Review & sinopsis 10 Cloverfield Lane

SINOPSIS 10 CLOVERFIELD LANE


Cerita dimulakan dengan scene Michelle yang berkemas, nak tinggalkan rumah, tinggalkan tunang dia, Ben. Bergaduh agaknya sampai nak clash gitu. Tak tunggu Ben balik, terus Michelle blah, tinggal cincin, drive kereta menuju ke Lousiana.

Dalam perjalanan tu, Ben asyiklah call Michelle. Pujuk-pujuk ajak balik. Apelah kauorang ni, gaduh sikit nak clash. Nak tinggalkan rumah. Tak pikir panjang ke. Macam budak-budak tak matang T_T. Hah, macam gitu lah kata Ben. Konon tak nak angkat phone Ben, Michelle pun on radio. Siap dengar berita ada certain area yang blackout. Eh, lantaklah nak blackout. Aku tengah sedih layan perasaan kut. 

Tengah-tengah layan blues, tiba-tiba ada kereta langgar kereta Michelle dari tepi. BAM !! Matilah.

Sedar-sedar je, dia dah ada dalam bilik, baju seluar semua dah bukak. Aku ingat dah kena rogol ke ape si Michelle ni. Bila selak selimut, nasib ada lagi baju dengan seluar kecik dia. Lengan ada drip yang masuk air macam dekat hospital tu. Ini hospital tak siap ke ape? Tapi peha dia injured dan yang horrornya, peha dia kena ikat dengan rantai besi ke dinding. Gila.

Tengah-tengah usaha  nak contact family dia, Howard penuh jambang datang nak check. Kiranya Howard ni orang yang selamatkan Michelle yang eksiden tu. Howard kata dia tak sanggup nak tinggalkan Michelle ni tersadai eksiden tepi jalan macam tu. Tu yang dia selamatkan. Michelle merayu-rayu mintak Howard ni lepaskan dia. Mati-mati ingat Howard culik dia. Tapi Howard kata dia tak boleh lepaskan Michelle sebab dunia dekat atas sana dah tercemar. Udara tercemar. Contaminated. Macam dah kena serang alien ke dah nak kiamat. Bunker yang diorang duduk tu pun nama dia Doomsday Bunker. Konon ah.

Ko ingat aku nak percaya kata kau ke Howard. Serius, Michelle muka gitu. Ye lah, baru sekejap tadi aku clash dengan tunang aku, elok-elok tengah drive, tetiba ko kata alien serang Bumi? Serang Lousiana je pulak tu? Kenapa tak serang Hawaii sekali. Pikir sikit cerita ko bhai.

Dalam tak percaya tu, terpaksa buat muka percaya jugak. Dah la ko menumpang kan. Lepas tu baru Howard lepaskan Michelle dari rantai tu dan kemudian baru jumpa Emmet. Emmet ni tempat tidur dia bawah rak makanan je, kiranya dia ni menumpang bunker si Howard ni jugak. Compare Howard dengan Emmet, Emmet ni muda, lagi cute dan cakap dia lagi boleh dipercayai berbanding Howard. Jadi sajalah Michelle buat-buat mesra dengan Emmet masa makan, nak bagi Howard jealous.


Review & sinopsis 10 Cloverfield Lane
"Please pass me the pepper"
Baru nak mula merenyam sikit kasi Howard panas punggung

Yang Howard ni pun perangai pelik, jealous bila Michelle rapat gurau-gurau dengan Emmet. Dah macam Michelle bini kau pulak dol. Bila Howard tengah marah Michelle dengan Emmet masa tengah makan, Michelle hentak kepala Howard dengan botol arak, bawak lari kunci nak buka pintu kedap udara ke luar. Tu ah, minum arak lagi. Kan dah kena hentak. Padan muka.

Dah jadi macam tu, Howard dengan Emmet menjerit - jerit "Nooooooooooo, nooooooo, noooooo". Aku pun dah berdebar ni, sempat tak minah ni keluar. Masa tengah unlock padlock tu, datang jiran Howard, Leslie dengan muka dah berdarah-darah. Menggila nak masuk dalam bunker tu sampai hentak-hentak kepala tinggal darah dekat cermin dan mati depan pintu bunker tu. Terkejut aku masa dia hentak kepala tu. Contaminated udara dekat luar tu yang buat kulit terhakis. Lepas dari Michelle nampak kejadian tu, baru dia percaya dekat luar udara dah tercemar dan mereka akan selamat berada dalam bunker bawah tanah tu.

Sejak tu, diorang bertiga dah macam family. Bergurau-gurau, makan sesama, main puzzle, dengar lagu lah, hapa lah. Semuanyalah. Kiranya Michelle ni dah macam surrender nak lari keluar. 


Review & sinopsis 10 Cloverfield Lane
Monopoly TIME!!!

One day, penapis udara bunker tu macam tersangkut ke ape. So, Michelle yang paling kecik comey yang muat masuk dalam saluran udara tu kena fix. So, dia masuk dalam saluran udara tu dan sampai macam dalam kawasan mesin penapis udara dekat luar bunker. Lepas fix tu, Michelle ni ternampak perkataan HELP dekat cermin. Tapi perkataan tu ditulis dari dalam. Maksudnya ada orang yang kena kurung atau pernah terperangkap kat situ. Lepas tu dia jumpa pulak earring pompuan, macam earring yang Howard tunjuk anak dia, Megan pakai dalam 1 gambar. So, curious gila Michelle. Si Howard ni kurung anak dia ke hape?

So, Michelle salurkan perasaan curious dia dekat Emmet. Siap tunjuk earring tu. Rupanya gambar yang Howard tunjuk tu kononnya anak dia Megan, bukan Megan. Nah, baru terserlah true color Howard ni culik pompuan buat peneman dalam bunker tu. Pilih yang gojes-gojes je pulak tu. Scary weh. Aku baru ingat si Howard ni bapak kesunyian sebab anak dah mati. Rupanya psyco. Terus Emmet dengan Michelle rancang escape plan.

Tengah - tengah rancang plan, terkantoi pulak dengan Howard. Terus Howard tembak mati si Emmet ni dan mayat Emmet termasuk dalam tong isi asid ape entah. Katanya antara bahan nak buat bahan bakar roket. Kalau writer tu tipu aku, kiranya aku tipu korang jugak, haha. 

Review & sinopsis 10 Cloverfield Lane
"Ko jangan nak main-main, sat gi aku tembak ko mati baru ko tahu"
Dalam tong tu isi asid nak buat bahan bakar roket. 

Bila Michelle tengah nak tenangkan jiwa, Howard datang, siap dah shave. Eh, tadi penuh jambang, ni shave nak bagi nampak muda ke ape? Dah tunjuk perangai psyco sebenar lettew nak jadikan Michelle ni peneman. Patut ah senang-senang je bunuh Emmet alasan kata Emmet ada niat jahat.

Of courselah Michelle tak nak dengan Howard. Euw. Psyco ! Kantoi lagi dengan Howard yang Michelle buat sut nak keluar ke atas. Naik gila terus Howard nak cekik Michelle. Tapi silap lah nak lawan even lawan ko badan kecik. Tengah-tengah lawan tu, Michelle lari masuk dalam toilet, nampaklah mayat Emmet tengah mereput dalam asid, erk T_T. 

Sepak tong isi asid tu simbah Howard, lari ah terus masuk dalam air duct nak ke tempat yang dia betulkan penapis udara tu. Howard ni, bila dia tak dapat, boleh pulak nak bunuh-bunuh orang. Memang tak pakai konsep Aku-Izinkan-Kau-Berbahagia-Bersama-Dia betul. Tapi masa asid tu tumpah kena pulak wayar-wayar elektrik. Terbakar, meletup bunker tu, matilah kau dalam tu Howard busuk hati!

Bila Michelle dah keluar dari bunker tu, rupanya udara luar okay je? Tak contaminted pun? Penipu besar Howard ! Memang padan ko mati bawah sana tu ! Tengah-tengah happy, baru dia nampak ada kapal terbang alien. Betul rupanya Lousiana kena serang dengan alien. Cuma Hawaii je tak kena. Nak lari guna kereta Leslie tadi, kunci pulak takde. Dah ah kereta bising sebab ada teknologi anti-theft (takde kunci kan), kapal alien pun datang nak ambik ko.


Review & sinopsis 10 Cloverfield Lane
"You got to be kidding me. Alien invasion !"
Tu lah, tak nak dengar cakap Howard. Degil. Kan dah terkujat sokmo.

Yang hebatnya, Michelle berjaya hapuskan 1 kapal alien tu guna arak dengan api, baling dalam pintu masuk kapal tu. Terer gila ah ko sorang buat gitu. Dah selamat, curik kereta Leslie tadi. Drive. Masa dalam perjalanan keluar tu, di dengar siaran radio tentera yang mengatakan ada kawasan selamat di Baton Rouge. 

On the way ke Baton Rouge, ada pengumuman yang memerlukan lebih ramai sukarelawan yang mempunyai medical atau combat experience untuk membantu pihak tentera di Houston. Cliche sangat Houston tempat pelancaran roket, Ni mesti nak serang guna roket ni. Hahaha. Sampai satu simpang terus ke Baton Rouge dan kiri ke Houston, Michelle pilih ke Houston. Nak jadi sukarelawan. Baguih. Ini yang kita perlukan lebih ramai sukarelawan.

Cerita ni habis bila Michelle pilih untuk masuk simpang ke Houston. Confirm tahun depan keluar sambungan ketiga series Cloverfield ni.

P/s: 10 Cloverfield tu alamat rumah Howard. Rumah no. 10 Lorong Cloverfield.

KOMEN MOVIE 10 CLOVERFIELD LANE

1) Mula-mula cerita ni lambat gila kut perkembangan dia. Sempat menguap-nguap membuta barang sesaat dua masa diorang tengah dalam bunker tu. Pada aku, cerita ni hanya start menarik sikit bila Michelle realise betul sebenarnya alien invade Lousiana. Tapi part ni dah hujung-hujung. Sekejap sangat.

2) Masa Howard kata tak tahu berapa lama diorang akan duduk dalam bunker tu, sepatutnya pandai ah jimat - jimat makanan. Even makanan banyak gila, tapi takkan nak makan macam ko duduk dalam rumah tak kena serang alien. Ini makan 3 kali sehari, breakfast-lunch-dinner. Woi, tak takut tak cukup makanan ke?

3) Baca orang Inggeris ni komen kemain kata movie ni "smart, solidly crafted and palpably tenses". Jalan cerita memang ada kaitan antara setiap scene, tapi pada aku er... Bosan sikit kut? Tak tahu lah korang.

Pendek kata, kalau yang jenis suka movie genre psycho-thriller (tak thriller sangat sebab rated PG13 je pun) boleh ah tengok. Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang je. Nak tengok The Jungle Book pulak lepas ni, hehe.





Review & Sinopsis | 10 Cloverfield Lane
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
April 12, 2016 at 1:37 AM

Mengantuk tido, jangan pg makan pulak =D

Reply
avatar
April 12, 2016 at 2:09 AM

nak joinnn tengok the jungle book! hahaha

btw, padat betul review kak sha ni ;)

Reply
avatar
April 12, 2016 at 7:41 AM

Jom tengok sekali kc, hehe.
Tp kc je kata padat, tuh fr atas tu kata ngantuk T_T

Reply
avatar
April 14, 2016 at 2:12 PM

baca sinopsis pun berdebar rasanya

Reply
avatar
April 15, 2016 at 8:19 PM

Serious feeling baca dari mula sampai habis.. Macam best.. cuma geram bersambung pulak.. Haha

Reply
avatar
April 20, 2016 at 11:50 AM

Sinopsis memang berdebar sikit. Bila tengok sempat krohhhhh pulak, hehe :D

Reply
avatar
April 20, 2016 at 11:51 AM

Itulah. Sekarang style movie buat by part pulak. Stress je cerita tergantung.

Reply
avatar
May 10, 2016 at 1:26 PM

cerita tu yang mengantuk, ulasan dari Sha padat!

Reply
avatar
May 10, 2016 at 4:43 PM

Hahaha. Okayyyy.
Tapi part cerita tu mengantuk memang betul. Dah last baru hilang ngantuk dia

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+