Thursday, April 21, 2016

# food # Resepi

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Selalu orang buat lasagna guna kepingan instant lasagna tu kan? Sebab tu nama dia lasagna. Tapi hari tu balik, kakak teringin nak makan lasagna lagi. Kalau dekat luar lasagna mahai gila. Dah lah secoet je. Rugi. So mintak adik yang rajin buat tu tolong masak homemade beef lasagna, tapi resepi adik aku ni kira resepi suka hati dia je. Tukar instant lasagna tu dengan roti. Menangis chef tengok resepi campak-campak adik aku. Hahaha. 

Cemana rasa dia?

Of course lah sedap uols. Dan yang paling penting, beef lasagna ni simple dan minimal kos. Beef lasagna bajet lah katakan, ekekeke :D

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Homemade beef lasagna cara bajet. 
Tapi puas hati dapat 1 loyang besar! 
Lemak pun bergumpal besar loyang dalam perut tu nanti, kahkahkah.

RESEPI HOMEMADE BEEF LASAGNA GUNA ROTI

Bahan-bahan:-
Lapisan roti ganti instant lasagna
1 buku roti 
1 kotak kecil susu segar. Aku guna yang Marigold HL
Telur 1 biji

Inti daging 
Cendawan butang dalam tin (Aku guna Ayam Brand) *potong nipis
Daging kisar Ramly
Chicken Frankfurter 
1 labu bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum (potong dadu)
1 biji lobak merah (potong dadu)
1 botol sos pasta (Tak kisah Prego atau Kimball. Aku guna Kimball)
1 bungkus Cheddar cheese yang slice (12 slice)

Cara Masak:-
1) Panaskan oven pada suhu 160 darjah selama 15 minit. Biarkan.
2) Masak inti daging tu macam nak buat kuah spagetti. Kira 2-in-1 lah resepi korang ni. Agak-agak malas nak tunggu oven, makan terus dengan spagetti pon boleh, hihi.
3) Nak masak inti daging:-
    - Tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau
    - Masukkan cili kisar sikit kalau nak pedas. Tak letak pun tak pe. Optional.
    - Masukkan daging kisar 1 bungkus. Goreng sampai daging masak.
    - Lepas tu, masukkan 1 botol Pasta Sauce. Kacau rata dalam 5 minit gitu.
    - Masukkan capsicum, lobak merah & chicken frankfurter aka chicken hotdog. 
    - Masukkan cendawan.
    - Agak-agak capsicum dengan lobak dah layu, perasakan dengan garam secukup rasa.
    - Kalau dalam dapur korang ada italian herbs ke, boleh letak dalam inti daging tadi.
    - Dah siap, tutup api.
4) Sediakan loyang.
5) Isi 1st layer inti daging tu. Kira sebagai base dia. Tapi jangan isi sampai habis pulak. Haha.
6) Letak cheese slice tu menutupi inti daging.
7) Letak roti menutupi cheese tadi. Sebelum tu, roti tu rendam dulu dalam 1/2 kotak susu yang dicampur dengan 1 biji telur. 
8) Ulang langkah tadi. Daging > Cheese > Roti. Sampai habis.
9) Lapisan atas sekali letak balance cheese slice tutup daging tu. 
10) Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit.

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Dapat 1 loyang besar ! Puas hati lunch makan lasagna, haha. 
Potong masa panas-panas baru keluar dari oven, peh. Berasap. Pehtu makan dengan sos, alamak. Lupa dah yang ada jugak lauk lunch. Kenyang makan sampai petang :D

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Sebelum ni pernah buat guna instant lasagna tu, tapi rasanya lagi suka yang guna roti ni. Cara dia pun sama je. Bajet sebab guna cheese slice je, dan tak ada sos putih tu. Tapi rasa dia sedap je. Dah lepas craving nak makan lasagna kat luar.

Okay. Bajet ke tidak lasagna aku ni? Ekekeke :D

7 comments:

  1. wahahaha kalau dah buat sendiri memang sukatannya ikut
    "kita puas hati"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah sendiri yang keluarkan duit, sendiri buat, sendiri puas hati. Hehe :D

      Delete
  2. wahh.. terliur..!!
    tapi betul la kann.. kita buat sendiri baru puas makan.. buat banyak mana nak.. hahahahaha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Ain. Sendiri letak berapa banyak isi, berapa banyak dapat. Pengsan nak habiskan, ekekeke

      Delete
  3. terliur pulak tengok lasagna kak Sha... nyumm..nyum... zara klik2 nuff akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zara, long time no see. I click back dear :)

      Delete
  4. kalu banding dgn yg beli ni mmg puas hati

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+