Thursday, April 7, 2016

# food # Tempat makan best

Mee Tauhu Tawau & Sup Payau | Mesti Cuba !

Masuk bab cerita pasal makanan lagi. Sebab baru-baru ni ada orang bagitahu yang dia rindu dengan Mee Tauhu Tawau lah, ekekekeke.

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Rasanya semua orang tahu rupa-rupa mee. Tapi kalau mee tauhu, macam mana pula? Mee Tauhu Tawau pula, apa yang istimewanya? Sampai kakak kita terindu-rindu tuuuuuu :p.

MEE TAUHU TAWAU

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Ini Mee Tauhu yang dimakan di Tawau. So, jadilah Mee Tauhu Tawau, haha. Mee / Meehon Tauhu ni antara makanan sarapan femes di Tawau ni. Biasa yang aku makan Meehon Tauhu pair dengan tauhu putih, telur dan sambal lada.

Mee Tauhu ni sebenarnya mee kosong tu. Kalau Amal kata mee bodo (orang Melaka selalu kata gitu sebab cara masak dia masak kosong, bukan mee tu yang bodo okayyyyy. Nanti tak pasal-pasal kena bash sebab kata makanan bodo T_T). Boleh mintak side dish tauhu putih (macam dalam gambar atas tu) atau tauhu bulat kering dimasak dalam kuah bawang putih taucu atau terung.

Ikut tekak aku, sebulan sekali bolehlah. Sebab tekak aku extra demand. Nak kena ikut selera semenanjung, mee tu harus kau masak letak sayur, udang, sotong semua ! 

Wah. Demand betul ! Masaknya malas ! Komplen je banyak ! Ekekeke :D

Tapi itu aku lah. Orang lain aku tengok elok je sarapan tetiap hari mee tauhu ni. So bolehlah masuk list Makanan Yang Harus Dicuba Jika Korang Ke Tawau....Tauuu. Nak try makan boleh pergi area Kubota Square. Waze je, confirm sampai.

The next day masuk kedai lain pulak, sebab nak makan Sup Payau. Selalu makan sup payau ni dekat Warung Bibiq area Airport Tawau nun. Tapi jauh nau nak menapak pergi airport pagi-pagi buta ni. So try dekat kedai ni. Entah ape nama dia, main masuk je. Haha.

SUP PAYAU TAWAU

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Sup payau tu sup daging rusa sebenarnya. Haha. 
First time dengar nama 'Payau'? Apa rasa sup ni rasa payau ke? Huih.
Rupanya rusa :D

Sebelum makan teringat rusa-rusa yang selalu berkeliaran dalam pagar sebelum Main Gate UTM Skudai tu. Comey nau. Nampak gayanya Kak Sha makan sedara mara awak semualah ni ye. Sedara awak dekat Tawau je Kak Sha makan. Yang lain tak janji tak makan, haha.

Sedap jugak rupanya. Yang dekat Warung Bibiq area airport Tawau tu memang dah confirm sedap weh ! Nasi goreng payau pun sedap ! 

Okay. Balik minggu depan nak melantak sup payau airport dulu.
Terus ! Haha.

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Hipster sikit bekas air. Teh O je tak boleh nak hipster sangat. Air orang tua lah katakan, ekekeke :p

Makanan Menarik di Tawau Sabah: Mee Tauhu Tawau & Sup Payau

Kalau Teh O air orang tua, lemon panas untuk orang apa pulak?
.
.
Untuk orang lemak tebal.

Macam aku lah, muahahaha.





8 comments:

  1. kalau dapat rasa mesti unik ni sha kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Signature Tawau Kakna, unik sikit rasa dia =)

      Delete
  2. tak pernah makan.. hehee
    mesti sedap tgk boleh tahan liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah, rasa dia macam mee biasa kita masak. Cuma depa masak kosong semata takde lauk

      Delete
  3. weh..rindu mee tauhu..kena masak sendri la nmpknya ni..haih..(nama aq disebut..choiii)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekeke. Dah masak jangan lupa hantar pos laju ke Kelana Jaya ye kak :D
      P/s: Awat guna profil anon ni? Misteri sangat tau :D

      Delete
  4. As salam..mohon pertanyaan sup payau tu di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Tawau. Sup payau / rusa. Kalau di Tawau, airport Tawau / Restoren Sup Maskur yg femes.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+