SweetMuslimah.com

Friday, April 22, 2016

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Jarang aku nak share tempat-tempat makan yang best di area Beranang ni. Pekan kecik, tapi tang masakan peh. Best ! Salah satunya yang selalu buat punggung terloncat naik bila ajak makan tengahari adalah di Medan Selera Peladang Beranang. Atau selalu juga kami panggil PKNS Beranang. Best sebab apa Medan Selera Peladang Beranang ni? Kerana disini terdapat BANYAK pilihan lauk masakan kampung yang MURAH dan SEDAP !

Baru-baru ni sebelum balik Tawau sempat juga singgah lagi makan tengahari dengan mak dan Epa. Lauk tengahari dah ada seawal jam 11 pagi lagi. Amboi awal betul. 


MEDAN SELERA PELADANG BERANANG

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Lokasi Medan Selera Peladang Beranang ni berada betul-betul selepas lampu isyarat Semenyih Parkland. Sebelah pejabat Peladang Beranang berhadapan jalanraya besar. Lokasi Medan Selera ni juga berada berdekatan dengan kilang-kilang. Tu yang selalu penuh dengan orang kilang dan penduduk sekitar. Kalau lambat memang seat penuh dan orang beratur nak beli bungkus pun ramai. So, jangan lambat.

Rasanya sejak aku pindah sini 11 tahun lepas, Medan Selera ni dah wujud. Makcik yang jual tu pun sama je. Rasanya lah, haha.

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masa mula-mula dulu gerai yang beroperasi di Medan Selera ni ada 3 je. Baru-baru ni datang dah bertambah lagi 2 gerai Lempeng Sarapan Pagi yang bersambung ke tengahari dan juga Gerai Ikan Bakar. Meriah betul. Tak lupa ada Gerai ABC dan Cendol yang murah gila. Harga Cendol Jagung / Kacang RM2.00 je sebungkus? ABC RM3.00 sebungkus. 

Dah, jum kita terjah gerai jual lauk campur masakan kampung. Ada 3 gerai, kali ni pilih yang sebelah Gerai ABC. Gerai lain pun sedap juga. Dont worry. Kalau korang datang, jangan sampai rambang mata nak makan di gerai mana. :D

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Hari tu, antara lauk yang ada adalah:-
- Ikan keli sambal
- Ikan keli masak lemak cili api
- Asam pedas ikan ada 3 jenis
- Ikan patin masak lemak cili api
- Sambal ayam
- Lemak pucuk ubi
- Lemak nangka muda
- Cendawan kembang 
- Sambal ikan tamban dengan buah brimbang
- Bergedil daging
- Kari daging
- Kari ayam
- Kari Ikan

Adoi, banyak lagi. Tak ingat dah. Gerai sebelah pun banyak pilihan. Yang selalu aku suka beli siput sedut lemak cili api atau telur itik lemak cili api. Feveret !

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Panjang lagi meja lauk. Tak sempat nak snap. Gulai ikan patin tempoyak pun ada hari tu. Peminat Ikan Patin jangan lupa singgah sini. Harga murah dan rasa ikan fresh. 

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

My plate.
Hari tu, total makan untuk 3 orang campur air adalah RM23.00. Pinggan aku lauk macam ni, pinggan Epa pun lebih kurang sama. Pinggan mak penuh sayur, haha. Bagi aku, harga memang murah dan memang puas hati makan.

Kalau ada yang terlajak sampai Beranang, boleh singgah makan tengahari disini. Mana - mana gerai dalam Medan Selera Peladang Beranang, harga lebih kurang je. Memang banyak pilihan. Yang penting jangan sampai rambang mata pilih lauk. :D

CARA NAK KE MEDAN SELERA PELADANG BERANANG




Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

11 comments

Tulis comments
avatar
April 22, 2016 at 4:13 PM

Wahhh...menarik ni....dah lama x pi Beranang

Reply
avatar
April 22, 2016 at 4:59 PM

Ya Allah...sedap2 semuanya Sha :)

Reply
avatar
April 24, 2016 at 10:47 PM

pergh, best! kalau lalu boleh singgah ni

Reply
avatar
April 25, 2016 at 2:37 PM

wahh.. wahhh.. ada lauk ikan patin eh..? mesti try terjah satu kali ni.. hehehehee.. kak ain selalu gi umah mak sedara kat semenyih, kak ain lalu ikut Beranang ni.. nanti nak cari.. :)

Reply
avatar
April 25, 2016 at 8:55 PM

sangat suka masakan kampung ni. Terutamanya ikan keli sambal tu..perghh.

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:34 PM

Mai lah datang Beranang Kak SA =)

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:34 PM

Sedap kak. Kena pulak dengan selera tekak kita. Bertambah makan. Haha

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:35 PM

Singgah jangan tak singgah Uncle :)

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:36 PM

Hehe. Jangan lupa singgah. Kalau Sha ada boleh kita gathering barang sekejap dua kat situ, hehe :D

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:36 PM

Hehe. Jemput datang sini kalau gitu.

Reply
avatar
June 7, 2016 at 2:10 PM

sedap nyerrr...murah lak tu

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+