SweetMuslimah.com

Tuesday, March 8, 2016

Menara Kayangan Lahad Datu: Pemandangan Teluk Darvel. Awesome!

Antara tempat menarik yang ada di Lahad Datu selain Tabin Wildlife dan Pantai Sahabat adalah Menara Kayangan yang didirikan di atas Gunung Silam. Baru juga dibuka kepada umum rasanya menara ni. Jadi, selepas check out dari Felda Residence Sahabat, dalam perjalanan balik ke Tawau, singgah dulu Kayangan Menara Kayangan.

Menara Kayangan yang terletak di Gunung Silam ini terletak di Kampung Lama. Kedudukannya di persimpangan jalan lebih kurang 11km dari arah bandar Lahad Datu. Persimpangan ini juga merupakan pintu masuk ke Lembah Danum Conservation Centre. Nak ke Lembah Danum kena berjalan sejauh 63km lagi.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Sampai dah Kayangan :D
Bayaran masuk ke Menara Kayangan sangat berpatutan. 

Untuk Malaysian :-
» Dewasa : RM 5.00
» Kanak-kanak (1 - 18 tahun) : RM 2.00

Untuk non-Malaysian :-
» Dewasa : RM 10.00
» Kanak-kanak : RM5.00

Dari pintu masuk nak sampai ke atas gunung ni makan masa setengah jam juga. Dalam 10km gitu. Tak bawa laju sebab jalan kecik dan agak sunyi. Seram juga bila bertembung dengan kereta lain bila kita nak naik, depa nak turn. Mau berlaga muncung kereta ai.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Menara Kayangan dibina pada ketinggian 880m dari aras laut di atas Gunung Silam menghadap ke arah Teluk Darvel. Pemandangan atas ni, subhanaAllah, cantik sangat. Serius cantik. Datang sini, disamping kau dihidangkan dengan pemandangan menarik, dapat juga rasa ditampar-tampar udara sejuk nyaman. Bahagia. Nyah kau habuk asap jahat!  =)

Sebelah Menara Kayangan ini ada menara telekomunikasi dan bangunan selenggara dan monitoring TM. Rasanya setiap harilah van TM naik turun gunung ni. Gigih. Dan ada juga dibina restoran dekat atas ni. Tapi mungkin disebabkan kekurangan pengunjung atau kos yang terlalu tinggi, restoran tersebut sudah tidak beroperasi. Rugi pula rasanya. Kalau betul-betul sektor pelancongan disini dipromosikan dengan sewajarnya, confirm meletup meriah.

Kalau Kak Sha semua dia rasa rugi. Kedai tutup pun dia rasa rugi. Makanan tak habis pun rugi. Apa yang tak rugi kak? T_T

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Teluk Darvel dari 2 kamera berbeza.
If they can arrange to do some activities like zipline dari atas ni ke pulau-pulau di Teluk Darvel tu. For sure aku orang first register, hehe.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Nak sampai tingkat atas sekali Menara Kayangan ni kena naik tangga. Agaknya faktor baru sangat hiking di Pulau Boheydulang tu, naik tangga 8 tingkat pun lutut menggigil. On the way nak turun kaki cramp pula. T_T

Kawan-kawan Hikers yang nak cuba trail hiking dekat sini pun boleh. Ada 2 trail yang disediakan dalam Hutan Simpan Silam. 1 Trail Kayangan yang ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minutes (tahap kesusahan 4 bintang) to complete dan 1 lagi Trail Kalung-Kalungan (2 jam 35 minit) dengan tahap kesusahan 2 bintang. 

Kami confirmlah tak hiking kan. Kalau naik tangga pun menggigil kepala lutut. Tambah hiking tertanggal terus kut lutut, kahkah.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

Menara Kayangan Lahad Datu checked !

Menara Kayangan Lahad Datu: Pemandangan Teluk Darvel. Awesome!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

18 comments

Tulis comments
avatar
March 8, 2016 at 9:48 AM

Sejuk kan d atas ni... kuat angin.. hari tu pigi sini dgn family ptg hari..mmg kuat angin.. hehe

Reply
avatar
March 8, 2016 at 10:54 AM

best ni, nanti nak kena backpack ke sana la =D

Reply
avatar
March 8, 2016 at 12:30 PM

wah cantik pemandangan dari atas menara itu.. teringin juga nak pi rasanya..

Reply
avatar
March 8, 2016 at 3:00 PM

Macam seraaaammmm je Sha...!
hahahahhaaa.. tak move on lagi lepas tgk Munafik.. *ehh..tetibe jek*.. :p

tapi memang cantik pemandangan dari atas tu.. thanks sebab share gambar.. nak harap kak ain panjat tangga2 tu memang tak la Sha oiiiiii... hehehehee.. :)

Reply
avatar
March 9, 2016 at 8:19 AM

kapan saya bisa melancong ke sana yah, selamat pagi salam sejahtera unuk anda.

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:34 AM

Aah kuat angin. Sebab atas gunung kan =)
Tapi agak sunyi, ke masa Sha pegi kebetulan tak ramai orang? Haha

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:34 AM

Lawa tapi kurang promosi. Rugi.

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:35 AM

Sila sila Dayah. Alang-alang dah buat backpack, terjah trail hiking dia juga.

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:36 AM

Meh la mai sini Kak Yani. Best banyak juga tempat menarik =)

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:37 AM

Haha. Seram ke Kak Ain? Rasanya itu sebab pengaruh henpong kurang canggih, haha :D
Munafik best eh? Tak sempat donlod lagi. Eh :p

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:37 AM

InsyaAllah, ada raezeki sampai juga disini =)

Reply
avatar
March 9, 2016 at 12:57 PM

Best nyaa ,tapi teringin nak pi Samporna Sabah... Nak snorkeling.... :)

hehehe


www.mejuez.com

Reply
avatar
March 9, 2016 at 1:53 PM

cantiknye tempat ni, k lily tak pernah sampai pun

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:59 PM

Semporna pun best. Pendek kata semua bestlah, hehe :D

Reply
avatar
March 9, 2016 at 10:00 PM

Ohoho. Kalau Kak Lily mai sini confirm ambik gambar cantik punya, kalah teruk gambar Sha, hehe. Takpe2, insyaAllah sampai jugak nanti =)

Reply
avatar
March 10, 2016 at 11:14 PM

wahhhh bestnya... bila lah boleh takluk sabah ni :)

Reply
avatar
March 13, 2016 at 11:22 PM

InsyaAllah ada rezeki sampailah tu =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+