SweetMuslimah.com

Monday, March 21, 2016

Simple thing captured my heart

Simple thing captured my heart | Macam biasa, kalau tak bercakap pasal makanan memang tak sah betul, ekekeke. Hari tu dah makan breakfast dekat Indocorner, lepas tu petangnya datang lagi pulak sebab nak makan dinner! Peh. Memang sungguhlah suka betul makan dekat luar. Tau dek emak anak dia malas masak habis kena piat telinga! Haha :D

Sebelum ni suka lunch and dinner dekat sini sebab nasi lalap dia sedap. Eh, correction. Sambal nasi lalap dia sedap. Tapi petang tu kami tak makan nasi lalap. Asyik nak membaham nasi lalap, terlelap pula nanti, hiks :D

Dulu tahun bila entah pernah terdengar orang berbual dalam flight. Tak jauh pun orang tu, sebelah kita juga. Tapi dia berbual dengan kawan dia. Tanya apa yang mesti try bila datang Tawau. And kawan dia suggest nasi lalap. Biasa je nasi ni, tapi sebab signature Tawau kut. Bila dengar nama dia, say it again. Nasi Lelap? 

Hahahahahahahaha. Okay, tergelak sambil tutup mulut dan mata. Kan kita tengah pura-pura tidur :p


Okay, KakSha order set  ikan bahulu goreng.
Dekat sini (Tawau), kebanyakan menu dekat kedai, menu diorang simple-simple je. Ikan goreng, ikan bakar, ayam mayonaise lah. Pendek kata menu yang simple. Menandakan citarasa orag Tawau ni something yang simple. Jarang nampak diorang serve makanan yang bersantan macam kita, daging salai masak lemak cili api. Ikan keli asam pedas. Uih. Jarang. Tapi ada lah, kena cari betul-betul.

Tapi dalam takde menu semenanjung tu, kuat juga makan. Cepat adjust kata orang. Tu yang semangat badan membara-bara, muahahaha :D. 

Set ikan ni biasa-biasa je. Macam korang makan ikan goreng dekat rumah. 


Nasi sotong asam pedas.
See, asam pedas kering cenggitu? Haish. Asam pedas ai versi kuah likat bukan cenggini. Tapi bila makan, katanya rasa sambal. So sebenarnya kena kata nama dia nasi sotong sambal lah gitu kan? 

Tapi nasib sedap. Ok.


Ini paling ditunggu-tunggu. Nasi ayam percik. 
Tapi rupanya sambal juga. Baru nak try test sama tak dengan kuah percik kita. 
Tak sama pun. Maybe percik Sabah lain, percik semenanjung lain. Lain orang, lain negeri, lain cara masak dia, kan?


Kan dah kata pandai adjust selera Tawau. Pipi tu dah serupa pau betul T_T. Salah angle ni nak bergambar sampai tertunjuk pau tu. Selalu amik gambar dari atas, baru pau tu hilang. Ekekeke :D

Overall, Indocorner ni okaylah pada aku. Taste makanan Indo, and mostly kebanyakan menu yang ditawarkan hampir sama dengan kedai yang lain. Berbeza dari segi cara masak je kut. Dan juga harga.


I love this scene. Bunga kertas yang warna putih bergabung dengan bunga kertas warna coklat yang terhasil dalam 1 dahan. Cantik. 
See, simple thing pun dah berjaya captured my heart. Apatah lagi dengan simple menu yang sedap, even nampak simple tapi mengenyangkan. Laaaaggggilah captured my heart. And my tummy. Haha. Senang gila umpan dengan makanan. Ish-ish.


Simple thing captured my heart
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
March 21, 2016 at 7:03 PM

hahahahahaa.. 'semangat badan membara-bara' tu tak boleh blah tu..!! :p

tapi serius kot nasi ayam percik tu mak oiiiii.. menjejes air liur... baru tgk gambar je tu.. hehehehehee.. bila la Pokchik nak bawa gi Tawau ni.. arrggghhh...!!

:)

Reply
avatar
March 25, 2016 at 1:19 PM

ikan bahulu?.. baru tau wujud ikan name tu.. :)

Reply
avatar
March 27, 2016 at 3:48 PM

simple2 ni lah yg sedap kan sis, terliur betul saya tengok menu2 nya...memang teringin sekali nak ke tawau, tapi tak tau bila huhu

Reply
avatar
April 4, 2016 at 8:24 PM

akak rindu mee tauhu huhuhu

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:24 AM

Meh ler datang Tawau. Kat sini ada juga RTM, tapi kecik sokmo ler. Bukan macam RTM Kak Ain sekarang, hehe

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:25 AM

Sini je panggil ikan bahulu. Kita panggil ikan susu

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:26 AM

InshaAllah, ada rezeki sampai tu nanti =)

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:26 AM

Ala, kalau rindu meh la datang sini. Tak jauh pun KK - Tawau, ehehe =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+