SweetMuslimah.com

Wednesday, March 2, 2016

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS


Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

Keputusan SPM bagi sesi akademik 2015 diumumkan bermula esok, Khamis 3 Mac 2016 mulai jam 10.00 pagi. Seramai 440, 682 orang calon yang telah mendaftar menduduki SPM di 3,501 pusat peperiksaan seluruh negara boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015 MELALUI SMS

Seperti tahun-tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS dengan menaip:-

SPM <jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran 
& SMS ke 15888

Perkhidmatan mySMS ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, Khamis 3 Mac 2016 hingga Rabu 9 Mac 2016, jam 11.59 malam


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015 SECARA ONLINE

Selain perkhidmatan mySMS, calon juga boleh membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2015 Secara Online dengan melayari laman sesawang:-


Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda sempang (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang di ruangan yang disediakan. Semakan keputusan SPM 2015 secara Online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya akan akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa keputusan rasmi diumumkan.  

Semakan keputusan pepriksaan melalui online hanya memaparkan ringkasan keputusan peperiksaan. Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sahaja.

INFOGRAFIK TARIKH-TARIKH PENTING BERKAITAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA BAGI LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2017/2017



Buat adik-adik yang akan mengambil Keputusan SPM 2015 esok, Kak Sha ucapkan selamat berjaya. All the best. Tenangkan hati, tenangkan jiwa. Lets paint a brighter future =)



Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
March 2, 2016 at 1:45 PM

good luck kepada adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM esok..

Reply
avatar
March 2, 2016 at 5:57 PM

Terus teringat kenangan ambik result SPM 17 tahun lalu.. punya la menggigil..! hehehehehe... :)

kenangan terindah walau keputusan SPM tak la cemerlang mana.. alhamdulillah seadanya..

Reply
avatar
March 3, 2016 at 9:37 AM

Mudah..sms je..zaman dulu2 kene dtg sekolah. Br leh tahu

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:10 AM

All the best for their future..

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:12 AM

Sama lah kita. Walau tak segah mana result, tapi yang penting tahu itu usaha kita sendiri =). SPM banyak kenangannya.

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:12 AM

SMS untuk tahu result keseluruhan. Slip still kena datang ambik kat sekolah =)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:08 AM

Rindu nak ambik result SPM.... :D

Jumpa kawan kawan skola lamaaa.. uih rindu gilaaa

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:28 PM

Rindu nak jumpa kawan lama ya, rindu nak ambik result SPM tak kut. Seram! Haha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+