SweetMuslimah.com

Tuesday, March 1, 2016

Seafood Lagi. Kali Ini Ke New Millenium Food Lounge

Hai. Kita kembali dalam segmen menternak lemak Hakak Sha lagi. Seafood juga. Lagi. Kalau tak makan seafood seminggu sekali memang tak sah ! Haha. Ini bukan setakat makan seafood nasi goreng udang tu. Tapi ni ha, segala kawan-kawan udang butter, sotong goreng tepung, sup udang atas meja makan! Hehe. Best best. Dan kali ni makan dekat New Millenium Food Lounge Tawau (kena state Tawau, nanti korang menggagau google tak jumpa pulak, hiks :D)

NEW MILLENIUM FOOD LOUNGE TAWAU

Ni kira antara kedai masakan seafood favourite kitorang selain Restoran Sri Titingan & 101 Seafood. Satu sebab of course sedap dan kena dengan selera. Serius, sedap weh. Menjilat jari. Sebab makan guna tangan kan? Of course menjilat jari :D. Dua sebab portion makanan dia banyak. Puas hati kalau order untuk 2 orang. Lebih sangat rasa. Meletup perut.

Tapi kalau tengah lapar gila, dinasihatkan jangan datang sini. Sebab masa masak lama gila. Approximately an hour gitu. Tak tahulah apa kitchen staff buat lama-lama cenggitu. Bangun tido bangun tido pun makanan tak sampai lagi T_T Dah 3 tahun and counting pun sama je gitu. Tapi kedai ni famous disebabkan masakan sedap, portion banyak dan harga berpatutan. Itu yang customer sentiasa back for more, macam aku. Hiks :p

Food 4.5 ****
Services 4 ****
Waiting Time 1* << Seriously need to upgrade T_T
Decoration 2** << Tak kisah kedai plain, yang penting perut kenyang. Haha
Price 4** <<Instead of significant hike in price, it still look affordable compared to others)

Restoran seafood di Tawau : New Millenium Food Lounge

Udang goreng tepung RM 12.00
Sup udang RM12.00

Sotong goreng tepung tu sedap gila. Hakak Sha boleh telan sorang-sorang habis 1 plate. Nafsu Godzilla.


Restoran seafood di Tawau : New Millenium Food Lounge

Ayam masak dry chilli RM10.00
Pun sedap. Recommendation dari Dila. Ini pun sekali hadap sadaqallahuladzim.

Restoran seafood di Tawau : New Millenium Food Lounge

Butter prawn versi kering sikit. RM12.00
Harus order ni kalau datang sini. Ada beberapa menu yang recomended order kalau datang sini. Sizzling Taufu, Mix Vege, Butter Prawn, Ayam Dry Chilli dengan Udang Goreng Tepung. Tapi yang lain pun sedap jugakkkk. Order, sila order, haha :D

Restoran seafood di Tawau : New Millenium Food Lounge

Seram tak tengok kedai dia? Muahahahaha. Masa kitorang first time dibawa ke sini, ingat lagi masa tu nak berbuka puasa kut. Aku nak berbuka puasa kau bawak aku pegi kedai macam ni? Halal ke weh? Sia-sia puasa aku nanti T_T

Lepas interview habis-habisan, baru yakin. InshaAllah tak ada benda meragukan. Walau kedai dia nampak horror, siap tulis serve no pork. Eh. Cakap pasal serve no pork ni, ada isu juga kan pasal halal dan patuh syariah penyediaan makanan di premis tersebut. Serve no pork tak semestinya halal, ye tak? Maybe dalam masakan ada unsur tak halal yang lain.

Tapi, kedai ini okay. Dah interview, siap terjah dapur lagi nak tengok siapa yang masak. Baru yakin sikit. Haha. Jadi, nak makan ke tidak? Hah, pilih-pilih =D

NEW MILLENIUM FOOD LOUNGE
Jalan Baru, 91000 Tawau Sabah (Landmark belakang Kedai Richbaby)
089-765352

P/s: Moleklah korang order dulu siap-siap baru datang. Kalau tak? Sila lah menunggu dengan sabar, hehe.




Seafood Lagi. Kali Ini Ke New Millenium Food Lounge
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 1, 2016 at 5:50 PM

adoiiii...!! terus teringin nak sotong goreng tepung gak..!! hahahahaa.. tapi kat sini susah nak jumpa sotong goreng tepung yang sedap.. errmmm..

tahniah Sha sebab sebelum makan dah pastikan tempat tu betul2 halal.. jangan hanya bergantung pada signboard 'No Pork' tu kan.. syabas inspector sahab..! :)

TAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)

Reply
avatar
March 1, 2016 at 6:33 PM

Yes, naik pangkat jadi inspektor! muahaha. Dan yes again dapat duduk dalam bloglist DRAMATIC UNIQ :)

Reply
avatar
March 2, 2016 at 12:10 PM

sedap nya..tp macam jauh nk g..insyaallah kalau ke sana boleh terjah ni nanti

Reply
avatar
March 3, 2016 at 1:05 PM

Menu tu betul2 menggugat nafsu makan

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:02 AM

Itu tujuan utama cerita kat sini, hehe

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:03 AM

InshaAllah, sape2 datang sini sementara Sha ada, boleh Sha bawa ronda JJCM, hiks :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+