SweetMuslimah.com

Thursday, March 17, 2016

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop ni mesti ramai yang suka. Tambah-tambah mak-mak yang anak tengah membesar, suka mintak aiskrim bila keluar pergi kedai. Tapi kalau dapat buat sendiri lagi best rasanya. Sebelum ni aku pernah share resepi homemade aiskrim drumstick cornetto, pun senang. Tapi kali ni lagi senang, ekekeke :D

Sebab bila aku tengok resepi homemade aiskrim paddle pop ni, alahai. Senangnya la hai. Harga bahan pun murah dan dapat hasilkan berbekas-bekas kotak aiskrim. Kalau aku yang dah 'dewasa' (ehem, dewasa sangat, ekekeke) pun suka, budak-budak pun suka kut. Kan diorang suka something yang colorful dan warna-warni. Paddle pop lah jawapannya! Haha. Aku share resepi aiskrim paddle pop ni dari fb Sera Syahirah. Jom buat =)

RESEPI HOMEMADE AISKRIM PADDLE POP

Bahan-bahan:-
1 tin susu cair
5 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Pewarna 

Cara - cara:-
1) Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Putar semalam 20 minit tanpa henti atau sehingga bahan bertukar putih dan pekat.

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
Masukkan semua bahan dalam mixer

2) Bahagikan bahan yang telah diputar tadi kepada 3 bahagian.

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
Putar bahan sehinggan jadi tekstur putih pekat macam ni

3) Campurkan 3-5 titis pewarna ke dalam bahan tadi. Kacau rata.
[Peringatan: Jangan letak terlampau banyak pewarna. Nanti mengganggu rasa aiskrim]

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
Lagi banyak warna lagi cantik nampak

4) Masukkan ke dalam bekas secara selang-seli antara 3 warna tadi.
5) Mulakan dari tengah bekas, masukkan selapis demi selapis sehingga habis semua warna.
6) Masukkan ke dalam peti ais untuk disejukbekukan.
7) Dah beku, boleh ngappp !

Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
Alahai, comeynya lapisan eskrem
Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
Boleh juga masukkan dalam bekas macam ni. Boleh beli dekat Mr DIY atau Daiso. Dapat fefeling eskrem stick pulak, hehe

*Kalau dapat guna natural coloring dari buah lagi bagus. Warna merah dari roselle, bunga telang untuk warna biru. Atau boleh juga tambah yogurt buah-buahan untuk memberi rasa masam-masam dan manis buah. Untuk resepi ini, masukkan 1 bekas kecil yogurt.

Selamat mencuba.


Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 17, 2016 at 5:17 PM

cantiknya warna rainbow.. sayang nak makan..!! hehehehee.. :)

Reply
avatar
March 28, 2016 at 11:05 PM

Amboi dappp nye.. Nak sikiT!

www.mejuez.com

Reply
avatar
April 6, 2016 at 9:27 PM

Rajin salin resepi je kak, hehe :D

Reply
avatar
April 6, 2016 at 9:27 PM

Aish, kalau cantik le kena makan. Jangan sayang nak masuk dalam perut :D

Reply
avatar
April 6, 2016 at 9:28 PM

Ambik la.
Dalam gambar tu, ekekeke :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+