SweetMuslimah.com

Sunday, March 6, 2016

Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

Hai. Famous sangat dah sekarang aiskrim Malaysia perisa sumi tu. Sebelum tu ada juga Kak Sha nampak aiskrim Malaysia perisa choki-choki. Pun sedap jugak. Kalau dah peminat aiskrim, semua aiskrim nampak sedap, kehkehkeh. Tapi kali ni Kak Sha nak share bukan resepi aiskrim Malaysia, tapi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

Peminat Aiskrim Cornetto dan Drumstick? Angkat tangan ! Haha. Alah, sekarang dah boleh buat sendiri kat rumah. Tak perlu beli di 7Eleven lagi. :D. Boleh buat lagi banyak dan boleh jimat duit. Anak-anak mesti suka. Jum buat Aiskrim Kon Ala Cornetto !

RESEPI AISKRIM DRUMSTICK CORNETTO HOMEMADE

Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade
Gambar Kredit: bukuresepi.com

Bahan-bahan:-
- 2 cawan heavy cream
- 1 sudu besar susu pekat
- Perasa - Strawberri emalco & milo (sukatan ikut suka)
- Kit-kat, chocolate chip & kacang kisar kasar untuk topping (boleh tukar ikut suka)
- 1 bar Milk Chocolate
- 1 sudu butter
- 1 kotak kon aiskrim
- Kertas pembalut nasi lemak (bahagi 4 bahagian)

Cara-cara:-
Chocolate ganache
1) Potong kecil-kecil chocolate bar.
2) Cairkan Milk Chocolate secara double boil beserta butter.
3) Gaul rata dan biarkan sejuk.

Aiskrim
1) Kertas pembalut nasi lemak bahagi kepada 4 bahagian.
2) Balut kon aiskrim. Pastikan bahagian yang licin berada didalam.


Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

3) Lekatkan hujung dengan seletape.
4) Letakkan kon aiskrim yang dah siap dibalut secara berdiri dalam gelas.
5) Pukul heavy cream sampai gebu (soft peak).
6) Masukkan susu pekat dan pukul rata lagi.
7) Bahagikan aiskrim kepada 2 bahagian. 1 bahagian perasakan dengan strawberri. 1 bahagian lagi perasa Milo
Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

8) Nak feeling-feeling Aiskrim Drumstick, masukkan 1/2 sudu chocolate ganache ke dalam kon. 
9) Sejukkan dalam 10 minit dalam peti ais.
10) Tuang adunan aiskrim Strawberri atau Milo sehingga penuh kon. Kalau nak separuh Strawberri, separuh Milo, kenalah tuang separuh adunan Strawberri. Bekukan. Baru tuang separuh adunan Milo sampai penuh kon.


Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

11) Kalau nak letak kitkat di tengah-tengah aiskrim, lepas 2 jam dalam peti ais, keluarkan dan masukkan kitkat yang dipatah 2 di tengah-tengah aiskrim. Bekukan lagi.
12) Lepas aiskrim betul-betul beku (lebih kurang 4 jam), baru boleh tuang chocolate ganache atas aiskrim. Ratakan chocolate ganache.


Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade

13) Tabur kacang atau chocolate chip.
14) Bekukan semula aiskrim sehingga aiskrim beku sepenuhnya.
15) Bila nak makan, boleh tanggalkan kertas pembalut.

Kredit: fb Asha Zainudin

Senang je nak buat. Cuma masa lama sikit nak tunggu beku tu. Tapi apa ada hal. Yang penting rajin dan nak buat sendiri di rumah. Naik mencanak-canak peratus kekaguman anak-anak, hehe. Selamat mencuba =)



Resepi Aiskrim Drumstick Cornetto Homemade
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

22 comments

Tulis comments
avatar
March 6, 2016 at 11:18 AM

Kena salin dan tampal ni.. kalau tak, mau tak jadi..

Reply
avatar
March 6, 2016 at 12:00 PM

waa..tak payah lah lagi ke kedai..buat sendiri ja

Reply
avatar
March 6, 2016 at 1:40 PM

Assalamuallaikum salam kenal dan salam persahabatan, sengaja datang ke sini saya mau bw sambil baca-baca blogny, biskahsaya minta satu ice creamnya...salam sukses.

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:55 PM

macam menarik plak nak buat ni..ohho..kang cepat buat, cepat je abisnya sebab sedap.eehhee

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:29 PM

Salin, tampal dan praktis. Baru jadi =)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:30 PM

Menarik Zumal. Jum buat eskrem Drumstick dekat rumah !

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:30 PM

Betul tu. Sekarang banyak dah yang boleh homemade. Jimat belanja

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:51 PM

Alahai awak sedap plak tgk ice cream cokelat ni.. Lagi lagi mcm cornetto.. >_<

Resepi simple je senang buat, nanti nak try buat jgk lah..


www.mejuez.com

Reply
avatar
March 6, 2016 at 3:53 PM

sedapnye sha, makan time panas mcm ni, fuh, 4-5 ketul tak perasan dah habis

Reply
avatar
March 7, 2016 at 1:58 PM

hui memang mencanak2 kalau gini..hehe

Reply
avatar
March 7, 2016 at 4:40 PM

Sebab tu kena buat sendiri, cepat habis, buat lagi, hehe

Reply
avatar
March 7, 2016 at 5:01 PM

Memang senang pun. Cuma nak tunggu aiskrim tu yg lama sikit. Tapi boleh punya =)

Reply
avatar
March 8, 2016 at 12:12 AM

Mencanak ape pulak tu Kak Ummul? Hehe

Reply
avatar
March 9, 2016 at 12:11 PM

bahan-bahan nak buat tu senang je.. tapi kena rajin skit la bab keluar masuk keluar masuk peti ais tu... hehehehhee.. takut2 kali pertama keluar peti ais anak2 dah ngap..!! tak sabar nak tunggu layer2.. hahahahhaaa... :)

nice sharing Sha..!

Reply
avatar
March 9, 2016 at 9:48 PM

Hahaha. Kalau gitu nak buat kena sorok-sorok. Bila dah siap SURPRISEEEEE, hehe

Reply
avatar
March 10, 2016 at 11:20 PM

sedapnyaaa.. memang teringin la jwabnya mlm ni. hehee
bleh buat nanti. dh bookmark

Reply
avatar
March 13, 2016 at 11:26 PM

Dah buat nanti jangan lupa update dalam blog. Nak tengok jugak =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+