SweetMuslimah.com

Thursday, March 3, 2016

Jadi Promoter SPM 2015 Lagi. Kali ni Tak Dianggap Sebagai Agen Insurans Dah !


Hai. Ingat lagi tak cerita Kak Sha pasal SPM tahun lepas? Ala, yang cerita Kak Sha and the geng (Geng sangat. Padahal 2 orang je) jadi promoter terlatih kepada pelajar dan calon sekolah tu? Actually, cerita sebenar sadis sikit. Cuma kita je yang cerita kelakar-kelakar, haha :D

Cerita tahun lepas tu, cerita sadis dia dah mula pagi-pagi lagi. Kami datang awal sangat satu hal, duduk makan dekat kantin selamba je. Dengan pakai baju korporat, high heels lagi. Orang pandang macam kami alien dari planet Uranus menceroboh sekolah diorang. T_T Cuma silap tak ada name tag sebab masa tu masa rebellious kena paksa buat promosi luar. Dah kau paksa aku, aku taknak pakai nametag. Gitu. 

Tapi kan, sebab tak pakai nametag lah cikgu sekolah tu ingat kami ni agen Insurans. Nasib agen Insurans. Kalau agen Skim Cepat Kaya MLM Doploh Tingkat? Matikkklah. T_T. Ingat lagi masa tu baru je nak bukak mulut nak tanya "Cikgu, dewan tempat ambil result SPM dekat mana?"

Tapi yang sempat aku tanya "Cikguuuuuuuuuuu............."
.
Tak sempat. 2 harkat je suara keluar.
.
Selebihnya cikgu tu terus cabut lari. Siap tak pandang belakang langsung. Marathon terus. Apa muka aku tak cukup gojes jadi pensyarah? T_T. Actually nothing wrong kalau betul kami ni agen Insurans. But why must u run cikgu?? Why why why? Sadis sangat rasa. Cerita selebihnya tahun lepas bacalah sendiri. Banjir pulak kalau teringat kembali cerita dulu. Heh :D

Tapi tahun ni, ehem. Dah belajar dari kesilapan lalu. Hari ni Kak Sha datang serba pink. Menyahut saranan Dato Vida uols. Pink itu menawan. Siap nametag. Ehem. Dengan harapan berjaya menawan hati bakal pelajar nanti. Dan juga Cikgu Pendidikan Jasmani. Kehkeh.

Keputusan SPM 2015 di Sekolah

Tengah cantas line.
Aku tak tahu lah apa yang budak ni fikir bila aku approach. Semua buat muka kerek. Nak nak lagi budak-budak perempuan. Semuanya bila aku nak bagi je flyers terus geleng-geleng. Eh. Akak bukan nak bagi flyers main kutu dik. Flyers maklumat IPTA kut. Segala benda maklumat dari Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, ILP semua ada dalam tu. Tu pun tak nak? 

Tak pe korang. Eksen. T_T

Keputusan SPM 2015 di Sekolah

Keputusan SPM 2015 di Sekolah

Okayyy, dah ramai yang serbu sampai booth kecik kitorang pun hilang dari radar. Haha. Masa ni baru berjaya rekrut dan bagi penerangan dengan jayanya tapi secara paksaan. Hehe. Korang tak payah tahulah cara paksaan kitorang. Rahsia weh. Nak guna 3, 4 tahun lagi ni. Kang semua orang guna, rugi lah senjata rahsia kami hilang taring :D

Bila tengok muka diorang ambik result ni, teringat pulak zaman - zaman muda mudi dulu masa nak ambik result. Serius takut. Muka pucat je. Datang pun tak ada nak bergurau sangat. Nak bergurau lepas ambik slip lah beb. Baru kenal erti bergurau sebenar :D

Tapi diorang kat sini aku tengok rilek je. Dah macam muka pasrah pun ada. Haha. Yang kerek sikit awal-awal tu, kemain bertukar-tukar slip antara kumpulan. Okay, tahu dah. Tu mesti result gempak. Tahniah lah awak. Murah rezeki. Takpelah awak kerek sikit, yang penting result okay. Iols tak kisah pun =)

Tapi ada yang lagi penting, jadi promoter kali ni, dah tak dianggap agen Insurans lagi dah ! Yey. 



Jadi Promoter SPM 2015 Lagi. Kali ni Tak Dianggap Sebagai Agen Insurans Dah !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
March 4, 2016 at 1:34 AM

Saya Perunding Takaful. Jika memerlukan khidmat Takaful, boleh hubungi saya.

:)

Salam singgah.

Reply
avatar
March 4, 2016 at 8:25 AM

Jadi Promoter SPM tu apa sebenarnya..hihi ampum tak tahu..

Reply
avatar
March 4, 2016 at 8:41 AM

hehe..dia lari takut sha nak jual barang lain kot hahaha.. kenalah bergaya ala cikgu dgn name tag bagai baru lah diorang yakin,kan..kan..

Reply
avatar
March 4, 2016 at 8:54 AM

Cabaran Sha..yg cikgu tu pn bagi lah peluang orang explain dulu before lari..aduddu

Reply
avatar
March 4, 2016 at 10:37 AM

hehee tahun ni nama aku tak naik plak kena gi promosi...
muka baru yang amik alih tugas :D

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:40 AM

InsyaAllah. And thanks again singgah sini =)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:41 AM

Kitorang ni sebenarnya kena buat promosi jom masuk kolej. Ala-ala promoter la kejenya, haha

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:41 AM

Itulah. Learnt my lesson well. Tu yang datang kali ni pakai nametag teruih. Hehe

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:42 AM

Kan, bukan kita nak paksa dia ambik dengan kita pun. Haish. T_T

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:43 AM

Untunglah dah boleh bersuka ria tengok muka baru take over. Kitorang 1 kolej, tua ke muda ke semua sapu bersih kena kerah.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+