SweetMuslimah.com

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari dari Lensa Aku di Tawau

Rata-rata hari ni ramai yang update mengenai kejadian gerhana matahari yang berlaku kali terakhir pada tahun 2010. Baik dalam Facebook, Instagram. Dalam Blog apetah lagi ! Hehe. So, bila semua orang eksaited, kita pun ape lagi. Eksaitedlah jugak. Pagi on the way nak ke kolej asyiklah tertinjau-tinjau ruang angkasa langit. Tapi masa tu matahari belum memunculkan diri. Masih bersembunyi di balik awan. Takpelah. Pukul 8 suku kita keluar lagi.

Pukul 8.15 pagi keluar dari ofis nak tinjau suasana Minggu Orientasi Pelajar Baru. Masa ni dah nampak suasana luar suram. Eh. Dah start gerhana ke?

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Rupanya dah start ! Terus hulur handphone nak ambik gambar. Lupa handphone cikai. Haha. Tapi kita ada solution lain. Old school sikit.

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Tengok guna negative film ! Haha. Spek hitam takde. Negative film pon boleh =)
Masa ni dah bentuk bulan sabit. 

Kejadian gerhana matahari berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam kedudukan selari. Disebabkan kedudukan tersebut, jasad bulan akan menutupi matahari dan menyebabkan seolah-olah sebahagian matahari hilang. Gerhana Matahari hari ini, kita Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana matahari separa, tetapi Indonesia dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari penuh. Untunglah. =D

Macam aku, last aku dapat saksikan kejadian gerhana matahari ni masa tahun 1995. Sekolah rendah lagi masa tu. Eksaited gila kut. Haha. Dulu-dulu teknologi handphone and kamera canggih ni belum berkembang sangat. Kamera pun guna yang negative film, tangkap gambar, pehtu kena bawak pegi kedai cuci. 

Masa hari gerhana tu, eksaited sangat sampai selongkar teruih negatif dalam kamera. Padahal gambar belum cuci oii. Jahanam negative tu. Haha. Tu sebab bila berlaku lagi gerhana tahun ni, kembali ke zaman silam. Mintak negatif filem weh ! Kihkihkih.

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Orang tak pakai negatif macam kau. Orang ada handphone canggih boleh zoom. Kau ape ade? :D. Pakejkan dengan welding mask. Bolehlah. Pinjam gambar satu Mat !

Kak Sha kongsikan gambar-gambar lain yang kawan-kawan Kak Sha share dalam group whatsapp dan facebook ye. Yang ada DSLR and digital camera untunglah. Jelas dan terang benderang bulan sabitnya. Iols is jealous T_T

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Ada yang tengok fasa-fasa perubahan gerhana matahari melalui laman sesawang ANGKASA (http://www.angkasa.gov.my/)

Gambar gerhana matahari terakhir
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar Kejadian Gerhana Matahari 9 Mac 2016 di Tawau

Ekekeke. 


Gerhana Matahari dari Lensa Aku di Tawau
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

12 comments

Tulis comments
avatar
March 9, 2016 at 7:35 PM

samalah Sha, hp tak leh ambil gambar gerhana, tapi kak ana nampak juga pagi ni tengok ikut filter langsir tingkap, Maha Suci Allah.

Reply
avatar
March 9, 2016 at 10:13 PM

Itulah kakna. Sha pun speechless. Kagum dengan aturan dan kebesaran Allah. Entah bila lagi dapat saksikan kejadian alam macam ni lagi.
Ada kawan siap lari-lari keluar masuk kolej semata-mata nak tengok gerhana. Bukti kitorang sangat eksaited, hehe =D

Reply
avatar
March 10, 2016 at 9:43 AM

Subhanalloh ya indahnya kebesaran alloh swt.

Reply
avatar
March 10, 2016 at 9:11 PM

tak sempat nk tengok.. terbusy dekat ofis. kwn lain sibuk dengan telur berdiri. kuasa Allah :) cantikkan

Reply
avatar
March 11, 2016 at 12:25 AM

kalau masa 95 dulu, biaskan cermin pada pengasah pensel bulat tu ke dinding... :D
dah berumur ni tengok kat tv je lah walaupun teruja sebenarnya hahaha

Reply
avatar
March 13, 2016 at 11:18 PM

Takpe, insyaAllah ada peluang lain =)

Reply
avatar
March 13, 2016 at 11:19 PM

Telur berdiri tu lepas dah habis semua baru tahu.

Reply
avatar
March 13, 2016 at 11:20 PM

Tahun 95 tu guna negative film. Tak teringat nak biaskan kat cermin semua tu, hehe :D

Reply
avatar
March 14, 2016 at 11:30 AM

Aikk image apa plak yang terpapar kat nama tu huhu

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+