SweetMuslimah.com

Saturday, March 19, 2016

Telur Separuh Masak

Telur separuh masak | Hai. Setiap pagi mesti bertolak-tolak antara satu sama lain, siapa yang nak decide tempat untuk breakfast. Eh, kau lah yang pilih, semalam aku dah. Toleh sebelah terus member sebelah pura-pura bizi texting. Tanya driver, driver kata tak boleh berfikir. Kena concentrate.

Gitu alasan. Haha. Dah 3 orang dalam kereta pun masih krik krik krik nak lontarkan idea, haha. Padahal nk cari tempat untuk breakfast je kut. Hamlau betul masing-masing.

Last month dah bosan sangat, terus decide every kedai yg buka pagi-pagi kita terjah untuk breakfast. Tapi pilih yg dekat-dekat dengan ofis ah. Kang tetiba bos call emergency nk buat pemeriksaan mengejut tak terkujat biawak ko nk drive balik ofis?

INDOCORNER RESTAURANT, KUBOTA SQUARE

After a few shorlisted restaurant, this is one if few kedai yg approved cenggini hah (ibu jari :D) for breakfast. Sebelum ni pernah beberapa kali lunch sebab nasi lalap dia best. Tak tau pulak dia buka sedari (peh, sedari tu. Ekeke) pagi. Approved sebab telur separuh masak dia betul-betul separuh masak. 

Sonang nau menu breakfast. Tu pun malas :D

Toasted bread with half boiled egg

Half boiled egg paired with hot honey lemon and peanut toasted bread. 

Feveret choice breakfast KakSha. Rasanya adik kedai tu pun dah naik hafal menu ni, hiks :D


Toasted bread with half boiled egg

Ini member pesan. Double toasted bread. Sama je mcm kita punya cuma dia 3 tingkat.  Tinggi sangat roti, gayat :p. Tu yg KakSha pilih 2 tingkat je. 


Teur separuh masak

Finally, got the right texture untuk half boiled egg ni. Itupun sipi-sipi nak jadi telur rebus. Cerita pasal ni, mula-mula dulu suka dtg sini sebab texture telur separuh masak dia konsisten. Seminggu adalah 3 kali jugak breakfast sini. Gaya-gaya pompuan pemalas nk rebus telur cenggini lah. Telur rebus pun nak makan kat kedai, kehkeh.

Tapi lama-lama tu asyiklah dapat telur kenduri (telur rebus). Uih, kuciwa T_T. Siap pesan a few time dengan owner restaurant
"auntie, u should check your soft boiler. We got hard boiled egg instead of soft boiled egg" Sambil geleng-geleng kepala. Ish ish.

Telur punya pasal, suka hati je tegur-tegur owner. Lepas tu rehat sekejap tak datang sini bagi diorang chance beli boiler baru. Merajuk pun ada juga. Kot la nk shopping kat Lazada, mau seminggu jugak nak sampai Tawau :p. 

Pehtu semalam baru datang balik. Akhirnya okay balik, tehehehe. Berjaya ! :-)


Telur Separuh Masak
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 19, 2016 at 1:47 PM

Wah..nampak menarik tu Sha...sure kenyang nanti kan...

Reply
avatar
March 19, 2016 at 2:03 PM

Lepas ni cakap kat auntie, pstikan telur rebus selama 3 minit 15 saat. baru dpt telur separuh masa yang cunnnn

www.mejuez.com

Reply
avatar
March 20, 2016 at 10:56 PM

hehe used to be fav breakfast. now suka makan pizza beli kat kings je :D

Reply
avatar
April 11, 2016 at 11:38 PM

Kenyang kak, sampai nak pengsan rasanya bila balik ofis :D

Reply
avatar
April 11, 2016 at 11:38 PM

Dah kita pulak yang tolong timerkan untuk dia, haha

Reply
avatar
April 11, 2016 at 11:39 PM

Pizza too mainstream untuk sarapan pagi :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+