SweetMuslimah.com

Wednesday, February 17, 2016

Terjojol bijik mata miss awak....


Hai.
Ada aku cerita yang tab yang aku jadikan sebagai phone tu (heh, even besar gedabak, dah itu je yang ada sebab free, ekeke) rosak. Masuk air masa aku pergi ke pulau hari tu. Tak cerita eh? Ok, sekarang aku cerita. Tolong baca sampai habis.

Sebenarnya tab tu bukan termasuk dalam laut ke hapa. Tapi sebab berendam air dalam beg aku. Air botol mineral yang aku minum tu aku lupa tutup ketat. Dah minum terus humban dalam beg. Beg pulak terumbang ambing ikut bot. Bila aku naik dari swimming (swimming uols. Padahal berenang macam dugong, kahkahkah). Silap, snorkling. Nak ambik henpon konon nak ambik gambar keindahan alam yang memukau, cewah. Tengok-tengok tab dah padam. Tak sempat aku lihat kenazakannya, terus Innalillahiwainnailaihirajiun...

5 hari jugak aku pakai henpon kembar 3310 tu. SBM nama dia. Beza dia cuma atas skrin dia ada macam lampu raya yang menyala bila orang call dan masuk mesej. Dan skrin berwarna. Nampak meriah  juga. Dalam henpon tu aku gila main game Sokoban. Alah, game yang kena fikir macam mana nak tolak batu tu cover tahi siput tu. Ada level 1 sampai level 11. Tapi punyalah aku usaha fikir, stuck lama gila dekat level 8. Apa ilmu lah si siput ni pakai nak elak aku tutup tahi dia T_T
Henpon SBM. Atas skrin dia bernyala macam lampu raya . Penyelamat selama 4 hari.
Tapi dalam tu ada siput yang protect tahi dia untuk 11 level.
Lepas tu dah tak tahan lagi. Gatal je tangan nak beli henpon baru. Rasa tak boleh hidup tak ada smartphone. Aduhai. Dah terkena sindrom smartphone rupanya aku. Bila masuk kelas pula, student asyiklah tanya. 

"Miss miss. Kenapa kami whatsapp miss tak balas? Nak tanya pasal kelas"
"Henpon saya masuk air okayyyyy"

Uwwuwuwuwuwu. Sadis juga bila cakap cenggitu dengan student sebab musabab sebenar masuk air mineral, bukan air laut, hukhuk. Budak-budak ni kan ye ye je aku cerita sedih sambil demo air tumpah, diorang bantai gelak ramai-ramai pulak. Syahdu betul rasanya. Tapi lepas tu tambah peratus sadis bila student masing-masing keluarkan henpon canggih dari poket.

Iphone 6
Iphone 5s
Samsung Note 4
Samsung S4
Asus

Terjojol bijik mata miss awak......

Konon nak counter-attack student yang loaded sokmo tu, terus aku ajak Dila keluar cari henpon baru untuk aku. Puas survey henpon, harga semua tak beragak. Gugur bulu tengok. Nak cari yang affordable dengan ekonomi semasa tu payah juga rupanya. Last-last. Dapatlah henpon kembar oppa gangnam style. Haha.

Bolehlah, dari tak ada. Ye tak? :)


Terjojol bijik mata miss awak....
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
February 17, 2016 at 8:32 AM

memang harga handphone pun boleh tahan gak skrg ni...stress...

Reply
avatar
February 17, 2016 at 9:01 AM

awaa.. student xde Note 5. awaa grab la note 5. hahahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+