Wednesday, February 24, 2016

# travel

Snorkling di Pulau Sibuan Sabah | Rugi Weh Tak Mai Sini !


Snorkling di Pulau Sibuan Sabah | Lepas turun dari Bukit Boheydulang, perancangan seterusnya nak makan tengahari. Makan nasi weh, tenaga dah habis tadi kita guna buat hiking naik bukit, hehe. Kalau tak makan nasi, aku syak ke pulau seterusnya aku jadi dugong. Terdampar keseorangan tepi pantai je, kehkeh :D

Rupanya ramai dah orang yang tengah menunggu queue nak keluar pulau. Jeti tu penuhnya lah hai. Foreigner toksah cakap lah. Ramai sangat. Dan depa ni makan terus dekat jeti. Tu yang buat penuh laluan. Makanan pulak banyak dan sedap. Bayar mahal kan? Haruslah memberontak kalau dapat ala kadar. Sempat juga kami minta belas ihsan agen yang bawa foreigner untuk bagi 1 botol air mineral sejuk. Kenyit mata sikit, sekarton dia bagi, hahaha :D. *tipu je*. 

Oleh sebab sesak teruk, group kami decide untuk terus ke Pulau Sibuan. Aktiviti utama disini adalah SNORKLING (ada juga skuba diving) dan melawat perkampungan Bajau Laut. Jom. Teruskan naik bot lagi. 

Atas bot on the way ke Pulau Sibuan sempat juga aku terpejam mata. Nasib tak tergolek masuk laut terus :D

PULAU SIBUAN SEMPORNA SABAH

Tempat menarik di Semporna: Pulau Sibuan Sabah, Snorkling di Pulau Sibuan Sabah
Pulau Sibuan
Pulau ini adalah antara pulau yang tercantik Lautan Sulawesi. Sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran selain dari Pulau Bohey Dulang, Bodgaya, Tatagan, Sebangkat, Selakan, Maiga dan Mantabuan. Banyak lagi kan pulau yang boleh diexplore? Rileks. Kak Sha pun belum sempat terjah semua pulau tu, haha. 

Tempat menarik di Semporna: Pulau Sibuan Sabah, Snorkling di Pulau Sibuan Sabah

Pulau Sibuan ni kecik je. So memang tak ada chalet atau resort atas ni. Pokok paling tinggi pun pokok kelapa dan ada sikit-sikit kawasan hutan. So memang panas gilos lah kat sini. Jadi sila dengar nasihat akak untuk pakai sunscreen tebal-tebal. 

Bila berjalan sepanjang pulau ni, terserempak dengan penduduk Bajau Laut yang berkampung di sini. Tak ramai pun. Boleh terfikir, macam mana diorang tahan tinggal atas pulau ni? Kagum aku.

Tempat menarik di Semporna: Pulau Sibuan Sabah, Snorkling di Pulau Sibuan Sabah

Tempat menarik di Semporna: Pulau Sibuan Sabah, Snorkling di Pulau Sibuan Sabah

Sampai-sampai terus makan. Pakej kitorang disediakan sekali makan tengahari dan air mineral. Lepas makan semua, terus terjun dalam air. Tapi serius, jatuh cinta dengan Sibuan. Air crystal clear, masyaAllah. Jernih sangat. Macam kaca ! 

Bila snorkling atas all those reef pun sama. Cantik gila. Even takut jugak sebab ada yang macam ada duri, tapi ok je :). Oh ye lupa bagitau. Sini air dia cetek. Paras pinggang je kat depan-depan tu. Kena snorkling jauh sikit baru dalam. So aku pun semangat snorkling jauh-jauh. Padahal tak pandai berenang pun. Harap ombak tolak je. Haha. Sekali bila nak patah balik pantai dah tak boleh. Dah lah sorang-sorang kat area situ. Ye ye menjerit panggil guide tolong tarik. Haha.

Trick nak panggil ikan warna-warni semua tu dengan bawa roti potong, isi dalam botol air, isi air sekali. Goncang-goncang. Masuk laut, bukak botol tu. Nah, berebut ikan rakus datang rebut roti. Best sangat. Tapi aku tak buat macam tu. Aku bawak terus roti dalam plastik. Kalau nak guna baru ambik dalam plastik (sambil tangan pegang plastik terjulur atas air), hancurkan atas tangan. Boleh rasa ikan gigit jari. Baru laaaaaggi best ! 

Tempat menarik di Semporna: Pulau Sibuan Sabah, Snorkling di Pulau Sibuan Sabah

Overall, pengalaman yang sangat menarik. Best best best. Tak menyesal pergi even balik tu semua dah jadi macam buntut kuali. T_T. Kaki pun luka-luka sebab terpijak coral & landak laut masa dekat air cetek. Sakit weh. Tapi bila dengar ubat duri landak laut dengan air kencing, sorilah aku nak tadah kaki aku bagi korang kencing. Soryy. Guna diesel pun boleh juga bah :D.
Bak kata tajuk aku kat atas tadi. Rugi weh tak mai sini :)



8 comments:

  1. Replies
    1. Best. Lepas ni nak terjah pulau lain pulak :)

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah kita tak tahu berenang jugak. Tapi ada life jacket. Takpe :)

      Delete
  3. mmg cantik...biru sangat air...selalu teringin nak ke Sabah...tp belum berkesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki sampai lah nanti. Tapi dah sampai sini jgn lupa roger-roger, hehe :)

      Delete
  4. wuhuuuu lawa2 scenery nya... aku cadangkan bole improve amik gambar lawa2 lagi akan datang..

    masa pergi kundasang 2013 rasa xnk balik.. nak bercuti je hahaha
    repeat 2015, naik Mt. Kinabalu..

    lama juga dah x snorkling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang skill ambik gambar ke laut pun. InsyaAllah improve lagi lepas ni :)
      Kalau Mt. Kinabalu surrender, memang takkan naiklah, semput. Harap dekat snorking je lah, haha :D

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+