SweetMuslimah.com

Sunday, February 7, 2016

Ke MMA Santai Corner lagi

Kalau balik, tak sah kalau tak menyinggah makan di MMA Santai Corner. Padahal dah banyak kali singgah kut. Kiralah setahun berapa kali aku balik, haha.

Masa mula-mula dulu diperkenalkan dengan MMA Santai Corner, aku dah target nak rasa mee udang di D'Laila Mee Udang. Puas hati juga rasanya. Boleh baca kisah dia kat sini :).

Malam tadi pulak sampai awal sikit dari biasa sebab flight dari Tawau pukul 4 ptg. Matahari masih bersinar gitu. Shine bright like a diamond. Haha.

Sampai MMA, macam biasa confuse lagi nak makan apa. Pusing-pusing. Baru perasan ada kedai baru. Dah ada kedai bubur berlauklah.


Ada 3 pilihan bubur nasi. Bubur seafood, bubur ayam & bubur ikan haruan. Aku ambik bubur seafood. Seafood lover kan, harus semua menu seafood aku telan. Haha. Lepas tu boleh pilih segala macam aksesori kat atas. Banyak gila oii lauk. Eksaited macam nak ambik semua.


Tapi nanti nampak sangat tamak halobanya. T_T


Bubur nasi berlauk. Serve with aksesori pilihan & cili kicap potong. RM 7.00.
Bubur dia makan kosong pun dah sedap. Recommended :)


Yang ini Amin makan.
Mee racun kambing special. RM 13.00.

Tak mau yg special, ambik yg biasa pun ada antara mee racun ayam / kambing. Amin kata sedap. Recommended jugak :). Lepas ni tak payah pegi JB jauh-jauh kalau nak meracun. Hiks :D


Jangan buat spekulasi liar. Badang gagah perkasa selalu request nak makan macam-macam ni baru 19 tahun. Tapi bila aku berjalan dengan dia, tiba-tiba budak ni naik pangkat jadi abang. Peh, sado nau ko Min.

Depan Amin tu Burger Bakar Abe Burn. Tak cakap pun kompem semua dah tahu sodap. Hihi.

Nah close-up


Ada banyak lagi pilihan lain sebenarnya. Sebab tu rajin singgah makan kat sini sebab nak try menu kedai lain. Cuma part parking kat sini yg leceh sikit. Asyik full parking je. Tabah jugak memusing.

Tapi Alhamdulillah makan malam tu semua yg kami mintak semua tiptop. Recommended. Yey. Memang balik sampai rumah terus pengsan kekenyangan. Haha. Ok. Sambung pengsan lagi.





Ke MMA Santai Corner lagi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
February 8, 2016 at 7:28 PM

ayamaaa lama tak makan burger abang burn. tengok gambar burger terus teringat abang burn. hehe

Reply
avatar
February 10, 2016 at 12:46 AM

Pergi kerap nie mesti sedap sangat99 kan... kena try juga nie

Reply
avatar
February 11, 2016 at 11:25 AM

Puas makan nampak.... Serius namanya 'Mee racun kambing' ? Hahaha..... Burger bakar tu tinggi mcm Lava Kinabalu di KK Burger Bakar ka (http://dululainsekaranglain.com/foods/kk-burger-bakar-plaza-kepayan-ridge)?

Reply
avatar
February 17, 2016 at 10:25 AM

Betul tu, memang Win. Tambah win bila dia bagi FREE 1 :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 10:27 AM

Teringat Abang Burn takpe. Boleh datang teruih stall burger dia :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 10:27 AM

Ok lah, sebab ada banyak pilihan. Harga pun affordable

Reply
avatar
February 17, 2016 at 10:36 AM

Rasanya lebih kurang juga konsep dia. Tapi tang rasa belum tahu lagi. Lagipun Sha belum pernah try KK Burger Bakar. InshaAllah next time ke KK will try it :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+