SweetMuslimah.com

Saturday, February 20, 2016

Penajaan JPA 2016 Kini Dalam Bentuk Pinjaman Boleh Ubah

Penajaan JPA 2016 Kini Dalam Bentuk Pinjaman Boleh Ubah | Aku rasa semua sedia maklum yang penajaan JPA untuk tahun-tahun sebelum ini berbentuk biasiswa. Masa zaman aku dulu, JPA beri RM5000+ per semester untuk pelajar tajaannya untuk tajaan dalam negara. Kira banyak juga kan?

Tetapi seiring dengan ekonomi semasa negara, syarat penajaan untuk JPA semakin ketat dan kuota penawaran semakin kecil. Ini bagi memastikan penajaan hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak dan berkualiti.

Perhatian untuk pelajar yang berminat bagi mendapatkan penajaan JPA untuk pengajian, bagi tahun 2016 ini, JPA telah mengumumkan model baharu penajaan JPA.



PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA    
Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan Nasional (PPN); 
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

Selaras dengan perutusan khas, pengubahsuaian bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016, berikut adalah perkara-perkara yang diputuskan berkaitan isu penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam :-
- Program Penajaan Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia;
- Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis;
- Program Lepasan Bursary diteruskan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam negara; dan
- Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:
a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan 
c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.



Maklumat lanjut syarat-syarat dan mekanisme perjanjian pinjaman penajaan JPA bagi tahun 2016 boleh layari http://esilav2.jpa.gov.my/

Penajaan JPA 2016 Kini Dalam Bentuk Pinjaman Boleh Ubah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
February 21, 2016 at 10:07 PM

nak dapat pinjaman dan biasiswa sekarang nih susah jugak...nanti bila dah dapat kenalah guna sebaik2 nya

Reply
avatar
February 21, 2016 at 10:26 PM

tak pernah dpt JPA.. macam2 syarat dh sekarang ni

Reply
avatar
February 22, 2016 at 12:44 AM

Betul tu. Dah dapat biasiswa kena gunakan untuk perkara berfaedah. Baru berbaloi dapat :)

Reply
avatar
February 22, 2016 at 12:44 AM

Syarat makin ketat supaya student yang dapat tu student berkualiti :)

Reply
avatar
February 24, 2016 at 10:23 AM

Moga mereka yang mendapat tajaan JPA tu belajar rajin2 dan berusaha meningkatkan kualiti kerja kelak...

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2016 at 2:56 PM

mksudnya biasiswa sudah tidak ditawarkan tpi ditukar ke pinjaman untuk program ijazah srjana muda? sekdar pertnyaan 😊

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:39 PM

Betul tu. Biasiswa ditukar kepad pinjaman. Sekiranya berkhidmat dengan kerajaan baru tak payah bayar.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+