SweetMuslimah.com

Wednesday, February 17, 2016

Tamat Cinta Si Wedding Planner Bermula Pula Tundukkan Playboy Itu


Semalam Drama Cinta Si Wedding Planner dah melabuhkan tirai. Amacam? Puas hati ke tidak dengan ending drama tersebut? Kalau ikut aku, rasanya fair ending untuk semua watak. Ending yang bahagia, ok lettew kan? Haha. Tapi ikut komen-komen pembaca novel, katanya sebenarnya jalan cerita lagi panjang.

Takpelah awak. Novel memang tebal kan? Yang penting jalan cerita ok, tak lari jauh sangat dari jalan cerita asal dan memuaskan hati penonton, kan? Buat yang tak berkesempatan nak membaca novel Cinta Si Wedding Planner ni, boleh baca dari bab 1 hingga Bab 15 di pautan [ INI ]. Lepas tu kalau rasa best, sambung beli lah ya ! 

Tamat sudah Drama Cinta Si Wedding Planner. Ada perancangan buat Telemovie CSWP raya?

DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Dan hari ini akan bermula pula Drama Tundukkan Playboy Itu lakonan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose. Gandingan pelakon baru juga tu kan? Buat yang tak kenal Hafidz Roshdi, penampilannya sebelum ini sebagai watak utama dalam Drama Aku Pilih Kamu yang tamat tak lama dulu. Perasan tak? 


Agak-agak macam mana gandingan mereka berdua ni ye? Boleh buat Twitter berkicau kencang ataupun akak-adik penuh komen dalam ruangan komen Facebook? Hehe. Rajin jugak aku baca komen-komen penonton setia Akasia TV3 ni. Macam-macam perangai. Kehkehkeh :D

Baca dulu sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu di [ SINI ]. Sedikit maklumat mengenai drama ni:

Drama : Tundukkan Playboy Itu
Adaptasi Novel : Tundukkan Playboy Itu
Novelis : Anjell
Episod :30 episod
Tarikh / Waktu Siaran : Mulai 17 Februari 2016 [Isnin - Khamis] / 6.58 petang
Siaran : Akasia TV3
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Pengarah : Keoi Hj Khalid
Terbitan : A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Pelakon : Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose, Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Marisa Yasmin, Maria Farida, Navilya Husna, Ziha Salleh, Faradiella Mokhtar, Shaza, Faris Zoren, Nazmi Nordin, Amylia, Abdul Manan Sulaiman, Mahmud Ali Bashah, Ben Asri, Syahera Manrose, Alex Faizal, Wan Raja

Ada lagi beberapa jam sebelum drama ni bermula. Ok, kita tunggu dan lihat bermula malam ini jam 6.58 petang di Akasia TV3. Best ke tidak ye? Hurmm. 


Tamat Cinta Si Wedding Planner Bermula Pula Tundukkan Playboy Itu
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
February 17, 2016 at 10:58 PM

Ala, satu episod pun Zumal tak dapat tengok...

Reply
avatar
February 18, 2016 at 8:17 AM

Hero ni baru 1st time kite tengok, hehe~
Nak pegi layan kat tonton jap :)

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:31 PM

Takpe. Youtube & Tonton ada. boleh tengok. Lagipun hari ni baru episod 2.

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:31 PM

Sila-sila. Jangan lupa tengok episod hari ni pulak,hehe.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+