SweetMuslimah.com

Tuesday, February 16, 2016

Siapa Kata Suri Rumah Kerja Senang?


Kerja apa lah yang tak senang, ye tak? Semua kerja ada susah senangnya. Ada pros and cons nya. Ada yang kata jadi suri rumah tu senang. Siap kata bajet suri rumah jaga anak ni kerja duduk-duduk melepet depan tv je kerja.

Hoih. Kemain cakap macam tu. Agaknya tak pernah jaga anak, budak kecik kut tu yang buat assumption tak matang gitu. Aku yang takde anak, tapi pernah jaga anak akak aku sekejap 2 hari masa dia balik cuti pun dah mengah. Bangun pagi kena buat sarapan budak-budak tu nk makan. Nak bagi makan kena main kejar-kejar lagi sebab budak-budak ni suka lari-lari. Tak kan nak kata "Ko tak nak makan sudah. Sendirilah lapar nanti". Budak-budak tu kecik lagi tak tahu pape kut T_T

Adik minum susu kakak pun nak susu, even kakak dia baru lepas minum susu setengah jam lepas. Semuanya nak mak, mak nak duduk sekejap tengok tv pun tak sempat kadang. Hari tu aku nak berak pun tak sempat, depa dah berak dulu. Nasib tak mengeras, kalau tak sengsara sekejap, haha.

Lepas tu nak kena selalu bersihkan rumah. Sapu rumah sebab budak-budak tu suka sepahkan rumah. Rumah jadi playground kan. Dah lah Sara suka lenyekkan makanan dia kat lantai. Nak mop lagi. Nanti Sara jilat lantai sebab ada makanan atas lantai tu macam mana? Hah. Nak jemur kain pun diorang ikut keluar. Masak kat dapur diorang berjuntai-juntai melekat kat kaki nak ikut masak (bajet nak ikut masak lettew haha).  Penat weh buat benda tu sampai malam. 

Tu yang selalu tengok akak aku bila balik cuti rumah mak nampak penat. Kitorang selalu jaga anak dia sekejap, bawa keluar jalan-jalan bagi dia rehat sekejap. Nanti dah balik rumah sendiri, everything kena handle sendiri. Dah la akak aku tu kerja. Tambah penat lagi.

Hari tu ikut akak pegi wedding kawan dia. Of course budak berdua tu ikut jugak. Sara suka berdukung, bila letak bagi jalan sendiri menangis-nangis mintak dukung. Tak kan nk biar anak tantrum depan orang. Nanti ada yg kata x pandai jaga anak *sigh* Dah dukung even berat 8 kg je, lama-lama penat jugak. Yang Khaira pula asyik lari sana lari sini excited tengok ramai orang. Dah satu kerja kau kena berlari seiring sejalan sehebat bunga di taman kejarkan dia. Haha.

Nampak je suci, sekali bila depa dah start lari marathon dalam dewan, tak haru kau nak kejar dengan baju kurung kain ketat ko? Haha.

So, bila kau tanya aku, penat tak jadi surirumah? Penat wehhhhh. Gila tak penat. Pehtu kalau penat, kita kerja lah.

Kerja pun penat jugak weh. Nak kena hadap expectation bos dan company. Kena hadap customer, politikus ofis yang tak pandai habis, hadap jem dan tol atas jalan semua. Kalau dapat pula bos yang ala-ala dictator lagi haru. Everything kena ikut cakap bos. Ataupun kena hadap perangai bos yang suka pilih bulu. Staf yang dia suka je dia jaga, yang kureng tu dia buat nampak tak nampak. Adududududu. Kesian. Ada yang kerja dia selalu travel, ada orang dengar kerja selalu travel "bestnya pergi oversea". Padahal tuan badan dah rasa lemau, loya selalu keluar.

Final exam dah budak-budak ni. Semester depan tak jumpa dah. Bye. Anyeong.
So kalau gitu, apa je kerja yg tak penat?

Semua kerja penat weh. Sama je kekdah dia. Semuanya ada bahagian dia masing-masing. Baik kita suri rumah, kerja ofis, kerja site. Semuanya ada. Dulu ada juga yang kata jadi cikgu ni senang. Budak cuti, cikgu pun cuti. Amboi, bestnya kalau betul realitinya macam tu. Aku pun nak jadi cikgu. Tapi kesian kena tendang tak dapat jadi cikgu, haha. Tapi realitinya tak macam tu. Boleh tanya family atau kawan-kawan cikgu. Aku pernah dengar dalam radio IKIM..

"Kerja ni kalau kita ikhlas, segalanya akan jadi mudah"

Nak datangkan ikhlas tu yang susah sebenarnya, kan? Nak - nak zaman sekarang yang lebih banyak penindasan dari kebajikan. Semuanya nak jaga diri sendiri je tak peduli orang lain. Aku pun berapa banyak kali kata nak berhenti kerja nak kerja sendiri. Jadi bos kepada diri sendiri. Haha. 

Tapi, diri sendiri belum tentu betul nak memandu diri sendiri. Ekekeke. So, yang dah ada kerja yang ok, bersyukur. Tapi bukan kata nak kena bersyukur dalam semua benda. Kalau ada yang tak sepatutnya (eg ditekan / ditindas). Make a right move. InsyaAllah peluang ada. Cuma kita yang belum jumpa. May Allah berikan kita kekuatan untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat :)

Salam tengahari.
Dari aku yang nak jaga exam sekejap lagi.
Apa lah nak bagi bila student mintak jawapan?
Bagi penampar?
Haha :D




Siapa Kata Suri Rumah Kerja Senang?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
February 16, 2016 at 2:54 PM

Betul.semua keje pun ada penatnya kn sha..yg xpenatnya bila da ke syurga hehe..senang lenang nnti kat sne . .

Reply
avatar
February 16, 2016 at 2:54 PM

Ha aaa kan mana ada kerja tak penat..semua kerja penattt..

Reply
avatar
February 16, 2016 at 9:41 PM

mana ada kerja yang senang Sha, kak ana ni dah berpuluh tahun jadi surirumah, Alhamdulillah bila anak2 makin membesar ni ringan lah sikit kerjanya, cuma tanggung jawab masih berat dipikul oleh ibu bapa :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 8:03 AM

biarpun nampak keje surirumah ni dok umah je tapi sebenarnya keje surirumah 24jam!!! masa rehat tu time tidur je

Reply
avatar
February 17, 2016 at 10:59 PM

Betul tu. Bak kata abah, nak makan pun kena kerja dulu. Bila dah kerja,penattt jugak..

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:01 PM

Kan. Itu yang kadang tak faham mulut orang senang-senang je kata ini senang, itu mudah. Padahal realitinya tak macam tu.

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:20 PM

Zumal buat kerja macam suri rumah gak, penat ooo

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:24 PM

Kan. Penat sebenarnya. Tapi ada yang tak faham. Susah betul nak memahamkan diorang ni.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+