SweetMuslimah.com

Monday, February 29, 2016

Semalam di Felda Residence Sahabat Lahad Datu


Review Felda Residence Sahabat Lahad Datu | Beberapa minggu lepas, kami buat kerja gila lagi. Tiba-tiba decide nak overnite di Lahad Datu. Padahal masa decide tu hari Khamis petang ! Nak overnitenya hari Sabtu. Dengan tengah bulannya lagi. Kering weh, kering. Kemarau. Adududu. Tapi kata kerja gila kan? Apadakes! Haha.

Dah kerja hampir 4 tahun kat Tawau ni, baru kali ni betul-betul overnite Lahad Datu. Before this datang sebab nak kursus je. Stay hotel dekat bandar. Tak thrill sungguh. Datang pun dengan kenderaan jabatan. Tak sempat nak meneroka T_T. Tapi kali ni betul-betul punya round. So decide nak stay di Felda Sahabat. Felda Residence Sahabat Lahad Datu. 

Apa? Ini ke Felda Sahabat yang femes dulu sebab serangan militan? Errrr. Betul awak. Tapi itu kisah dulu. Sekarang, inshaAllah dah ok. Terkawal. Jangan risau nak datang sini. Cuma kawalan agak ketat nak ke sini. Precaution. Sepanjang kami lalu hari tu, adalah kena 5 pos polis & tentera. Mintak IC siap. So, beware. Agak-agak nak rasa duduk lokap, cubalah lupa bawak IC ke Felda Sahabat, ekeke. Jadi, meh ler kita ke Felda Sahabat ! 

Dari Tawau ke Lahad Datu ambil masa 2 jam. Dari bandar Lahad Datu nak ke Felda Sahabat ambil masa sejam setengah lagi. Hah. Kira. Berapa jam tu? Ingatkan dekat weh. Yeye je masa student aku kata ambik masa 4 jam dari Lahad Datu ke Tawau aku tak percaya. Eh, awak jangan nak membongak lah. 2 jam je kut. Nak tipu miss awak yang lagi banyak makan garam dari awak T_T

Padahal betul rupanya. Awat tak cakap dari Felda Sahabat? Huih.



Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Welcome to Felda Residence Sahabat =)
Waze je ke Felda Residence Sahabat. Confirm sampai.

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Foyer
Masa Akak Sha mula bertukar menjadi blogger aka photographer olok-olok, pakcik-pakcik yang duduk rilek-rilek kat sini tanya buat apa ambik gambar? Hah, risau lettew kot-kot Hakak Sha ni infamous spy of Felda.
Eh. Tak kuasa lah aku nak mengintai kerja korang. Cool pakcik, cool, tehehehe :D

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Tempah 1 bilik yang boleh muat 3 orang. Rate dia Weekend RM 200. Government rate dapat RM 150. Add on extra bed RM 50. Dapat voucher breakfast untuk 3 orang. Tambahan 1 orang lagi untuk breakfast sebab kami datang 4 orang. 1 orang = RM 20. So total untuk penginapan sahaja berjumlah RM 220/nite.


Yang penting toilet dia ada hos okayyyy. Syukur. Dulu masa aku duduk hotel dekat Sandakan, hotel cantik gilos. Katil melambung-lambung bila lompat. Bilik air besar. Tapi toilet takde hos? Gila terencat nak memerut. Takkan nak guna tisu. Euwww. Penyelesaiannya, guna botol air mineral. Dalam hotel kan diorang bagi air mineral. Tu yang kitorang guna buat cebok. Haha.

Tapi ini okaylah. Tapi yang kurang sikit, maybe sebab hotel ni hotel lama, so everything tak nampak baru. Kalau masuk toilet lagi nampak beza dia. Cuma alhamdulillah bersih. Itu yang paling penting. Apa guna hotel baru cantik tapi tak ada hos toilet.

Eh, tak habis lagi isu hos toilet rupanya, kihkihkih :D

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat ni terletak tepi laut. Betul-betul tepi laut. Bilik semua menghadap laut. Nak keluar dari kawasan hotel ke laut, akan lalu pos polis dulu. Pos polis ni betul-betul sebelah pintu pagar keluar ke laut. Lepas tu terus jumpa recreation park macam kat atas ni. Sejuk redup je lalu sini sebab pokok dia tinggi-tinggi. Yang pandai ambik gambar mesti suka.

Tapi sebab aku photographer cikai, suka hati je ambik. Haha. 
Sampai hotel, lepas solat terus serbu pantai dulu. Ramai orang beriadah kat sini sebab nak ambik angin laut dan jogging. 

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Pantai panjang, pasir putih, air pun biru. Tapi tak ada orang mandi? Aik. Rasanya sebab orang Felda Sahabat ni dah tak heran dengan pantai kut? Kitorang je geng jakun sebab Tawau tak ada pantai laut biru pasir putih macam ni.

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Balik dari pantai terjun terus dalam swimming pool. Sebab orang tak ramai yang menginap dekat sini, so yang conquer everything, kitoranglah. Hahaha. Best weh swimming pool besar 3 orang je. Dapat naik gelongsor lagi. :D

Malam tu keluar cari dinner. Dalam hotel sebab tak ramai orang, so coffee house yilek. Ada makanan pun untuk orang yang kebetulan tengah kursus. So tanya receptionist, diorang suggest makan dikawasan Desa Baiduri. Dekat je Desa Baiduri ni, 5 minit perjalanan dari hotel. Desa Baiduri ni dah serupa pekan aku tengok. Ada kedai runcit, dataran yang ada banyak gerai makan, petrol pump station (Petronas) and of course  taman perumahan. Besar ke belakang. Kalau nak makan canggih sikit, makan KFC (Dalam Felda ada KFC uols), boleh ke Bandar Cenderawasih. Tapi jauhlah keluar balik. Dalam 20 minit perjalanan.

Kami pilih untuk makan dekat dataran. Kalau masuk dari jalan besar, dia sebelah kiri. 
Nak pilih kedai pun satu hal. Banyak nau. Semua ada jual seafood ! Rambang mata *blink blink*. Haha. Dah pilih seat, still konfius nak pilih kedai mana. Nampak ada 3 girls in group rancak makan, Nan acah-acah friendly tanya "Awak, kedai mana yang best? Sotong goreng tepung tu sedap tak?"

Gigih tak tanya soalan macam tu? :D

Makanan malam tu memang sedap. Yang tak sedapnya, malam tu juga Dila start cirit-birit. Tak sure which food yang jadi punca, tapi teruk jugalah Dila cirit-birit. Pakej dengan muntah. Food poisonous kot? Yang peliknya Dila sorang je kena. Kami semua ok. Padahal semua makan benda yang sama.

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

The next day. Breakfast !
Makanan Hakak Sha first round =). Nak tunjuk second and third round takut korang mengata Hakak Sha kuat makan pulak. Hahaha. Tapi yang penting nasi kuning wajib ada dalam senarai breakfast. Sabah bah ini :p

Pilihan breakfast a bit bland. Memuaskan. But in term of hotel appearance, Maybe Felda can do something to improve their service & advertise tempat ni dengan pakej yang menarik? Rugi pulak tempat macam ni x ada publisiti.

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Sebelum check-out, singgah pantai lagi. Ambil angin pagi & wefie. Again. The view, seperti biasa, breathtaking =). Tenang je rasa. Sambil-sambil tu kejar ketam kecik yang banyak gila muncul dari lubang-lubang sekitar pantai tu, tapi tak berjaya. Harap je kecik, laju gila lari bila aku datang.

Overall, pantai dia pada aku sangat best. Kot esok-esok nak lari cari ilham, bolehlah datang sini, ekekeke :D

Felda Residence Sahabat Lahad Datu Sabah

Bye Felda Residence Sahabat. Panjang umur kita bertemu lagi.

Felda ni besar gila, ada beberapa bandar yang lengkap dengan facilities. Bandar Cenderawasih paling besar dan paling lengkap rasanya. Ada macam-macam, antaranya bank (Maybank), KFC, Post Office, Petronas Station and of course kem tentera. Nak berjalan memang ke pantai je. Untuk honeymoon okay kut? Muahahahaha.

P/s: Nampak lengan sado Hakak Sha? Sekali aku lesing terbang 200km korang. Acaner nak kecikkan lengan eh? 


Semalam di Felda Residence Sahabat Lahad Datu
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
March 1, 2016 at 9:13 AM

Menarik jugak.. saya tengok ni saya ingat impiana cherating.

Reply
avatar
March 1, 2016 at 2:17 PM

Wah, memang cantik tempatnya rugi Felda tak promote tempat nie ^-^

Reply
avatar
March 6, 2016 at 1:30 AM

Maybe tempat tepi pantai, nampak sama je. Tapi Cherating memang cantik =)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 1:31 AM

Iye. Memang not bad pun. Cantik & tenang :)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 1:31 AM

Kan. Mungkin lepas ni Felda akan improve their resort. Mana tau? =)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:06 AM

Jalan sementara boleh jalan. Esok-esok dah balik tak boleh dah, hehe

Reply
avatar
May 22, 2016 at 1:07 AM

Kalau anak felda boleh dapat diskaun tak bila ke sini? hehe acah je..bestnya tempat, tak ramai orang sangat. Percutian ala honeymoon cantik kalau ke sini...

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:04 PM

Diskaun tu tak sure, hehe. Tapi memang best datang sini. Tenang je

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+