Sunday, February 14, 2016

# food # Resepi

Ikan Cencaru Sumbat Isi Kelapa Paling Simple


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Isi Kelapa Simple | Hari tu teman puan emak pergi pasar borong. Pada aku, walaupun namanya shopping barang basah dipasar borong, harga ikan, MasyaAllah. Mahal ya ampun. *sambil buat reaksi menjerit mulut menganga*

Tapi nak tak nak kena beli juga. Satu sebab ini musim cuti, anak beranak semua balik rumah. Kompem nak makan ramai-ramai, pulak tu yg sedap - sedap.  Dua sebab peti ais dah kosong woii. Tak kan nak telan lauk telur je 4 hari anak beranak semua? Puan mak sampai dah anti dengar nama telur, asyik telur je katanya. Kan ada ikan tu! 

Ok mak, jum kita beli ikan :D

Jumpa ikan cencaru seksi saiz sedang-sedang. Fikir-fikir sedap juga buat cencaru sumbat kelapa bakar. Sedap weh bila fikir, tambah pula makan cicah dengan kicap cili potong, peh. Syorgaaaa. :D

Request dengan puan emak nak ikan cencaru sebab puan emak yg empunya duit. Ehem. Duit kita? Simpan buat beli ikan keli sat gi, pandai kan aku? Nafsu nak makan macam - macam bila balik, ikan cencaru bakarlah, ikan keli salai lemak cili api lah, ayam pencem dapat brim. Eh. Ampun. Haha. Ayam pencen masak lemak cili api. Pehhhh. Tak menahan list. Dasar perut besar T_T. Nasib puan emak sanggup melayan pe'el kuat makan anak dia, haha. Mak, lain kali kita pegi pasar sama - sama lagi ye, hehe.

So, inilah hasilnya ikan cencaru sumbat isi kelapa. Paling simple. 


Resepi ikan cencaru sumbat kelapa paling simple

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT ISI KELAPA BAKAR

Bahan-bahan:
Ikan cencaru 4 ekor
Kelapa parut setengah biji

Bahan kisar:
2 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu cili kisar *tak nak kelapa jadi warna merah, boleh ganti dengan cili padi*
Gula dan garam secukup rasa
- Kisar semua bahan dengan sedikit air

Cara masak:
1) Campurkan bahan kisar dengan kelapa parut. Kacau rata. Jika campuran kelapa terlampau berair boleh goreng dalam kuali tanpa minyak
2) Belah bahagian atas ikan tempat nk sumbat isi kelapa
3) Sumbat isu kelapa di bahagian yg dibelah
4) Lumur ikan dengan campuran kunyit & garam
5) Ikan boleh digoreng garing atau bakar. Aku bakar, tapi dalam oven. 
#Tips nk dapatkan bau dan aroma arang walaupun bakar dalam oven? Letakkan sedikit arang dalam tray oven. Baru bau arang semerbak meresap masuk dlm ikan.


Resepi ikan cencaru sumbat kelapa paling simple
Tambah pula lemak labu. Sedapnyaaaa. 
Boleh hidangkan bersama kicap yg dimasukkan cili potong & tomato potong dadu atau kuah air asam campur dengan belacan bakar & cili potong. Peh. Makan dengan nasi panas-panas, ikan sorang seekor pun tak cukup :D

Antara resepi simple lain:-
Kupang masak blackpaper
Masak lemak nenas dengan ikan masin
Ayam bakar kabsah



10 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+