SweetMuslimah.com

Wednesday, February 3, 2016

Pelajar Praktikal. How's them?


Hai. Ingat lagi budak-budak ni?

Dengan aku-aku hilang dalam gambar tu. Nampak baju bengkel kaler biru? Aku lettew T_T
Ye budak-budak ni. Aku selalu juga update dalam Instagram aku dulu pasal budak-budak ni. Dari start diorang masuk, masa kelas, masa exam pun sama. Kiranya group yang ni paling banyak exposure ala-ala promosi cari menantu aku bagi. Ada yang berkenan nak buat menantu?Haha. 

Hari ini plan utama adalah nak menghabiskan lawatan pemantauan pelajar Latihan Industri. Seperti pemantauan biasa masa kita belajar dulu, para pensyarah datang sambil tunjuk muka tegas dan soalan interview pun konon-konon bombastik.

Dulu masa aku dulu, Prof yang datang memantau. Datang dari jauh (Skudai) semata-mata nak bagi markah untuk kami yang praktikal di Shah Alam. Sebelum Prof sampai, dia call dulu siap-siap bagitahu sekian-sekian hari dan waktu nak datang. Dapat je call dari Prof, terus hari-hari aku terasa suram dan gelap gelita. Dia punya takut tu, peh. Tak terungkap betul. Haha. Padahal bukan buat apa pun, interview sikit-sikit. Bagi markah. Sign, chop. Siap. Kalau korang ok bersungguh kerja, buat apa nak takut, ye dak?

Jadi minggu ni dan minggu sebelumnya aku pula merasa jadi laksana Prof. Habis calling-calling, Whatsapp. Nak jadi serupa Prof tentu-tentulah tak kan? Heh. Sebab kita cikgu cabuk je. Tapi soalan bombastik dan muka tegas macam singa haruslah buat. Siaplah korang, muahahaha. 

Jadi hari ni aku terjah Mitsubishi Service Centre Tawau.

Mitsubishi Service Centre Tawau
Dekat sini ada 2 orang student aku yang boleh dikira bagus. Ini bukan recommendation yang berat sebelah, tapi tulus ikhlas dari hati pensyarah. Hehe. Masa study dulu biasalah nakal-nakal sikit, dan biasanya aku tempikkan aje dalam kelas sampai suara serak. Itu yang menyinga je dulu sebab nakal sampai aku dapat gelaran Cik Singa :D

Tapi tapi tapi, dalam nakal-nakal tu, ada yang bagusnya. Serius belajar, serius timba ilmu dan itu yang buat aku semangat gila sebenarnya nak datang memantau diorang 2 orang ni. Sampai awal weh, 7.30 pagi dah tercongok dalam ni. Ofis Mitsubishi ni pun gelap gelita. Manager dalam perjalanan. Staf baru 3 orang datang siap tengah breakfast lagi. Aku je yang tak breakfast. Gasaklah menahan perut dengan bau nasi lemak.

Alhamdulillah, they did well. Dan result pemantauan sebelum ini dekat tempat lain untuk batch student yang aku ajar pun positive. Sapa tak suka bila kita tanya "Encik, macam mana student ni? Ok ke tidak? Bersungguh ke tidak?"

"Oh, diorang ok. Tak pernah ponteng dan bla bla bla......"

Hei, berbaloi juga aku tempikkan diorang ni selalu. Dulu dah serupa mak tiri Cinderella lagi aku buat, kerahan tenaga itu, kerahan tenaga ini. Bersihkan itu, bersihkan ini. Tinggal tak ada labu nak bertukar jadi kereta kuda je lagi. Kalau tak dah serupa Cinderella ok diorang ni aku buat. Cinderella-man. Kihkihkih.

Kadang masa belajar ni kita tak nampak kenapa pensyarah kerah buat macam-macam. Kenapa kena bersihkan bengkel pula? Aku datang nak belajar kut?  Again. Bukan semua ilmu kita dapat dengan hanya berada dalam bilik darjah. Ilmu itu in various form. Kau tak dapat ilmu teknikal dengan membersihkan bengkel selepas buat amali, tapi kau dapat ilmu patuh arahan dan menjaga kebersihan. Ramai yang tak perasan benda tu. 

Termasuklah aku dulu. Punyalah pelik apesal pensyarah aku minta kitorang buat pertandingan kereta kertas. I mean, kereta kertas kut? Tapi bila dah bekerja, aku ada harapan yang sama pada student aku macam pensyarah aku dulu. Now I know the feelings :)

Ok, thank you guys. Moga-moga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Moga ukhuwah kita berterusan walau saya dah balik semenanjung. Thank you again jaga hati & perasaan saya & juga nama kolej. Semoga dipermudah dapat kerja yang baik-baik. :)

Beli Kain Batik Songket Sarawak / Borneo Murah?

Pelajar Praktikal. How's them?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
February 4, 2016 at 9:50 PM

anak murid lebih besar dari cikgu

Reply
avatar
February 18, 2016 at 3:28 PM

Itu teknik gambar je. Padahal sebenarnya cikgu eh lebauuu, haha :D

Reply
avatar
February 18, 2016 at 3:29 PM

Cik Singa. Tak garang tak tau lah, haha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+