SweetMuslimah.com

Thursday, February 4, 2016

Tawau Breakkie: Nasi Kuning Ikan Tulai

Hai !
Aku tak rasa ramai yang singgah tersangkut dalam blog aku ni dari Borneo (Sabah & Sarawak). Sebab mostly yang tinggal komen mesti dari Semenanjung Tanah Melayu. Eheh. Kemain Tanah Melayu sangat :p

Jadi, atas sebab kesedaran untuk merapatkan jurang Laut Cina Selatan yang menghalangi cinta kita, kahkahkah. Aku nak perkenalkan apa makanan untuk sarapan yang paling popular di Tawau ni. Kira kalau datang Tawau tak singgah makan dan rasa breakkie ni memang dikira tak lengkap kunjungan korang ke Tawau. Harus datang lagi maksudnya tu, haha.


Nasi Kuning.
Dipanggil nasi kuning sebab nasi dia warna kuning. Hehe. Nasi kuning ni serupa je macam nasi lemak kita. Cuma bezanya nasi kuning ini dimasak bersama kunyit dan santan dan dimakan bersama ikan / ayam / telur dan kelapa goreng.

Setiap kali makan mesti dapat sup kosong. Makan meehon goreng pun dapat sup kosong. Makan mee goreng pun dapat sup. Aku dah naik pelik masa mula-mula dulu. Mintak meehon goreng tapi dia bagi sekali dengan sup kosong. Lunch makan nasi goreng kampung tak ade pulak sup kosong? Ish ish.


Ni gambar breakfast aku semalam. Nasi kuning lauk ikan tulai (semenanjung panggil ikan kembong). Saja nak merasa sebab sebenarnya aku tak berapa gemar dengan nasi kuning ni, haha. Boleh dikira dengan jari berapa kali je aku telan nasi ni. Sebab selalu cara diorang masak nasi ni tak kena dengan selera aku.

Tapi bila jumpa je kedai yang masak sedap (kena dengan seleralah kononnya), terus melantak macam tak ingat dunia, ekeke :p. Pada aku, nasi kuning yang sedap adalah tidak terlalu berlemak santan dan the yellow color just nice. Nampak kelapa goreng sebelah telur rebus tu? Aku je yang panggil kelapa goreng. Entah nama dia sebenarnya aku tak pasti. Tapi yang paling pasti, setiap kali makan confirm aku tolak tepi yang tu dulu. Sorry, u're not too sexy to be eaten :p

Korang nak datang bercuti ke Semporna dan bersuka ria di Rangkaian Taman Laut Tun Sakaran (Rangkaian Pulau-Pulau di Semporna yang cantik gilos) biasanya akan bermalam 1 malam dulu di Tawau. So, before that, rasa dulu sarapan lazim Tawau ni ye. Sebab benda ni famous dekat Tawau je tapi di Kota Kinabalu tak. Bila lagi nak merasa local food masyarakat di Borneo ni, ye tak?

Other than that, ada banyak lagi local food yang femes, rasanya banyak dah blogger yang cerita & expose pasal Tawau ni. Aku je yang terlambat twenty minutes too late ooo twenty minutes too late padahal 3 tahun duduk sini goyang kaki perut je. Haha. 

Its time to come back home. Tolong doakan aku dipermudahkan pindah balik ke semenanjung. 4 years and counting, rasanya cukup dah tu. But before that, baru datang kesedaran nak tour explore Tawau dan kawasan sekitarnya (Semporna, Lahad Datu & Sandakan). So korang akan nampak lebih banyak entry pasal Tawau lepas ni. Haha.

Till then. Assalamualaikum :)




Tawau Breakkie: Nasi Kuning Ikan Tulai
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

16 comments

Tulis comments
avatar
February 4, 2016 at 12:48 PM

ehhh yunk..aku duk tawau sabah bah..hehe

Reply
avatar
February 4, 2016 at 4:52 PM

Lebih kurang macam nasi lem ak tapi kaler kuning kan...

Reply
avatar
February 4, 2016 at 5:40 PM

Okey, kalau pergi Tawau nanti mesti cari nasi kuning ni.. heheheehe.. jangan kulit bertukar jadi kuning pula lepas makan nasi tu, udah lah ye... :)

Reply
avatar
February 4, 2016 at 6:34 PM

Iye, betul Kak SA. 10 markah :)

Reply
avatar
February 4, 2016 at 6:36 PM

Haha, takdelah bertukar jd kuning Kak Ain. Tapi mungkin bertukar jd hijau hulk kalau Kak Ain dtg sini x bgtau kita T_T. Tehehe

Reply
avatar
February 4, 2016 at 6:52 PM

Iye, betul Kak SA. 10 markah :)

Reply
avatar
February 4, 2016 at 9:44 PM

tiba2 teringat kan pulut kuning + rendang!!!
bestnya

Reply
avatar
February 4, 2016 at 9:45 PM

ikan tulai...ingatkan ikan gulai...aduh!

Reply
avatar
February 5, 2016 at 9:36 AM

nanti datang Tawau sy cuba.. :)

Reply
avatar
February 6, 2016 at 12:55 PM

Tulai tu ikan kembung rupanya, ingatkan spesies yang tak ada kat sini, excited tadi nak tahu rasanya ^-^

Reply
avatar
February 18, 2016 at 3:43 PM

Tapi nasi kuning tak ade kan? Kena cuba tau Zumal

Reply
avatar
February 18, 2016 at 3:44 PM

Ekekeke. Biasalah, ikan sama, nama berbeza-beza ikut negeri, hehe

Reply
avatar
February 18, 2016 at 3:45 PM

Ala, kenapa cakap. Kita teringat jugak! Huhu

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+