SweetMuslimah.com

Friday, February 5, 2016

Kisah Tandas KLIA2

Ye, hari ni balik cuti raya. Yes yes yes. Bukan main gembira lagi aku sampai sanggup buat permohonan keluar pejabat awal. Dah terbalik pulak dengan si Marc yg kompem-kompem nak balik raya tapi still kerja sampai petang. Dah siapa pulak yg nk sambut Chinese New Year ni? Kihkihkih.

Sampai KLIA2, kita singgah beli ini..

Java chip

First time rasa ok lah. Kalau ikut selera tekak kampung aku, rasa dia sama je dengan ice blended biasa. Aiyarkkk, matiklah kena kecam dengan regular customer Starbucks. Hashtag jangankecamsaya. :D

Lepas teguk barang seteguk dua, terus perut aku meronta-ronta nak melihat dunia. Aduhai. Inilah masalah utama cik perut. Pantang minum coffee dan sewaktu dengannya, terus derhaka T_T

Kalau minum air coklat satu lori ok pulak. Memilih betul. Giveup tuan badan nk train terima coffee. Dah 28 tahun tau cik perut. Tak berubah-ubah. *sigh

Eh, adakah aku dah dedahkan berapa lama aku hidup di dunia yg fana ini? 

Suppose pompuan suka sembunyikan berapa umur diorang? <<<< Pedulilah. Yang penting kita enjoyyyyyy. Hiks :p

Ok. Perut dah sakit berguling-guling. Moh kita cari tandas.

Jumpa tandas, aku kena jaga beg trolli dulu. Kita biar Dila settle semua, baru turn kita. Sebelum tu kita update blog dulu. Hehe. Ini yg tengah korang baca ni. Amacam, canggih tak update blog disaat sepatutnya kita memerut?

Tapi sekejap je Dila dah keluar. Aik. Laju nau?

"Ira, tandas dia tak best. Paip air dia bukan macam paip biasa tu. Dia main tembak je"

Dah main tembak pulak ala-ala toilet mahal T_T. Ini yang aku tak suka toilet mahal. Ala-ala mcm dekat PWTC. Sebab gaya design gitu khas utk orang yg malas flush tandas je. Yang rajin suka paip air yg normal tu. Kan? Ke korang style orang suka toilet mahal tu? Eh, mencilah. Terbantut hasrat hakak nk memerut.

Jumpa akak cleaner. Siap tanya lagi "kak, dekat mana ada tandas yg paip air dia normal dekat floor ni?"

Paip air normal tu.
Macamlah alien nau paip kat dalam tu. Haha.

"Eh, adalah. Tengok cubicle no.1 sampai 4"

Syukurr. Akak tu faham maksud paip normal. Aku suspek dah beribu kut tanya soalan yang sama. Sekapal kita nampak gayanya. Muahaha.

Setelah itu, berbahagialah aku. Dan tambah bahagia lagi bila dapat cuti raya seminggu. Ahad minggu depan baru iols balik kerja. Jangan jeles ye! :p

Hakak Sha nak balik dah
Happy Chinese New Year. :)




Kisah Tandas KLIA2
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
February 6, 2016 at 12:48 PM

Owh Sha balik kampung yer. Tandas macam pwtc ye, memang tak selesa betul tandas jenis tu...

Reply
avatar
February 12, 2016 at 6:36 AM

kalau guna yg tembak2,kemungkinan besar memang baju pun basah

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+