SweetMuslimah.com

Friday, February 12, 2016

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz


Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka | Akhir tahun lepas kan tiba-tiba femes pasal homestay atau chalet yang dibina daripada kontena. Selalu kita dengar yang kontena ni orang gunakan sebagai ofis sementara di site pembinaan dan sebagainya, tapi tak terfikir pun yang kita boleh juga tidur dan berumah tangga dalam kontena. Auww, so suwitt. Haha.

So, sejak-sejak viral dalam Facebook, tiba-tiba family belah mak aku sepakat kata nak buat family gathering di homestay macam ni. Kebetulan pula ada kawan kepada salah seorang pakcik yang baru memulakan homestay kontena, terus pakat setuju ramai-ramai, book semua bilik dan wallah. Here we go untuk habiskan cuti CNY 2016 baru-baru ini :)

Tempat mana kami pergi?
D'Alai Kontena Hauz, Alai Melaka
Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Gambar first yang aku dapat dari group whatsapp family. Masa ni tak salah dalam pukul 3.00 petang gitu. 3 family dah sampai. Tinggal family aku je yang tak sampai-sampai T_T. Kira gambar ni buat pembakar semangat "Woi cepat sikit sampai, kitorang dah mandi kolam" gitu. Haha.

Tapi memang terbakar je tengok. Best betul diorang berendam sampai pakcik aku pun dah serupa budak-budak dalam air, ekekeke :D. Lepas dapat tahu diorang semua dah terjun tiruk, terus aku drive macam orang gila. Adik aku kata "Kak Ira bawak kereta macam pelesit". Suka hati je kata aku pelesit. T_T

Nak sampai Alai smooth je perjalanan. Nak cari lorong masuk homestay ni yang buat masalah. Ada Waze pun gila. Sempat juga sesat 3 kali keluar masuk lorong gelap. Lastly sampai juga pukul 4.30 petang. Alhamdulillah. 

Jum check-in dulu.

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

D'Alai Kontena Houz ni menyediakan 8 buah bilik (kontena) dengan rate RM 90/malam. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri, dan 2 buah katil single. Bilik pun ada aircond dan kipas serta TV. Datang ramai-ramai? Tak ada masalah weh. Boleh request extra tilam dengan tambahan RM 10 je. Sila campak tilam korang tu di ruang kosong depan pintu atau depan TV tu. Banyak je ruang nak bergolek sakan. Tapi kalau nak lagi jimat, bawa je set comforter sendiri.

Kebetulan sekarang kan musim hujan. Malam tu tidur konon jakun bukaklah aircond dengan kipas semua. Sekali kau. Menggigil sejuk macam duduk dalam peti ais! Dengan hujannya malam tu. Tambah aircond. Terus kejung tidur malam tu, haha.

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Bilik air

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka


Ada ruang nak berBBQ. Ada juga disediakan dapur buat nak masak-masak. Makcik aku bawa dari rumah semua jenis haiwan ayam, kambing dan hotdog yang dah siap perap. Aku tukang bawa arang buat bakar-bakar je. Tapi family aku kan lambat sampai. Jadinya lambatlah semua mula nak BBQ. Cemberut je muka tunggu arang. Nasiblah. 

Ada juga mushroom soup makan dengan butter-garlic bread. Mak aku kerah adik aku buat kek coklat dengan karipap. Aku sebab jadi driver bertauliah, makanya terselamat dari kerahan memasak. Pandai aku ambil peluang, kan? 

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Masa bakar-bakar ni, kakak dah tukarkan baju Khayra dengan baju renang. Bersungguhlah aku pujuk Khayra masuk dalam air, tapi tak dapat juga. Sampai ke sudah penakut air budak ni. Bawa Sara masuk dalam air pun masalah juga. Penakut dah serupa kakak dia. Sebelum ni elok je aku bawak mandi laut.

Budak-budak ni memanglah. Tak tahu ke makcik dia hantu air? Pantang jumpa swimming pool. Biaq pi lah swimming pool budak-budak paras pinggang je pun. Nak juga berendam. Masa aku stay dekat hotel ape benda namanya kat Sandakan ritu, aku bantai juga naik gelongsor air budak-budak. Haha. Jakun nau perangai :D

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Birthday boy aka pensponsor terbesar aka pakcik. Malam tu buat sambutan hari jadi pakcik aku. Semua cucu pakcik aku take turn nak potong kek. Khayra je buat muka masam sebab takut dengan orang, tapi nak juga potong kek. Setahun berapa kali potong kek birthday? Kohkohkoh.

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Malam tu hujan. Tu yang tidur berebut-rebut selimut. Tapi bangun je pagi Ahad tu, terus terjun juga dalam kolam. Kolam dekat D'Alai Kontena Houz ni rendah je. Paras-paras pinggang aku. Nak terjun tiruk sangat pun tak boleh. Mau patah kaki gajah aku. Haha. Tapi sepupu aku yang kecik-kecik tu ok je terjun. Memang design untuk budak-budak rasanya. Selamat sikit.

Lepas mandi, lapar dapat pula sarapan nasi lemak. Peh. Nikmatnya bercuti wehhh. Haha. Tempat-tempat gini memang sesuai kalau nak lari sekejap, nak release stress dari kerja seharian. Bosan tengok rumah ke, hape. Boleh je datang sini. Dapat suasana kampung. 

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Agak-agak bosan tengok TV dalam bilik sendiri, ada juga bilik TV kat bawah. Boleh karaoke sekali. Nak iron baju pun seterika ada dalam bilik TV tu. Kira ok lah juga.

Aku sebab datang free orang sponsor, ikut je. Haha. Dekat Alai ni ada juga medan ikan bakar yang femes, tapi sebab kitorang datang masa CNY, tutup pula. Bercuti sakan noh depa ni. Kalau nak ke Umbai pun ok juga. 5 km je dari sini.

Malam tu keluar pergi cari kek hari jadi pakcik aku. Masuk kedai runcit dah serupa pelancong rasanya. Sejak-sejak abah dah tak berkedai runcit ni, rasa macam bebal gila beli barang. Nak ambik sotong pun rasa, eh betul ke tidak boleh ambik kat sini? Teruk betul. Haha. Tapi kami jumpa kedai borong pakaian RM12 sahaja sehelai. Best gila masuk. Dari awal-awal nak beli seluar tidur, keluar-keluar je terbawa beg plastik isi baju budak 3 pasang, Tshirt 2 pasang. RM12 je sehelai weh. Gila tak gila beli, haha.

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka

Check-in pukul 2 petang. Check-out pukul 12 tengahari.

Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz, Alai Melaka


Nak habiskan masa berehat bersama tersayang? Boleh juga lari dari kebiasaan dan rasai pengalaman tidur dalam kontena seperti di:

D'Alai Kontena Houz
Alamat: Lot 304-A, Km 7.6, Jalan Alai / Kandang, Kampung Alai, 75460 Melaka.
Website: http://www.alaihomestay.com/
Blog: http://alaihomestay.blogspot.com/
FB page: https://www.facebook.com/D-Alai-Kontena-Houz-110806772592055/
Hubungi: 019-2675956 / 016-6626407 / 016-6479220

Sebelum tu, meh aku ringkaskan dulu apa yang ada dekat sini sebab aku tahu korang bukan hadam sangat apa yang aku cakap kat atas tu kan? Haha.
- 30 minit perjalanan ke pusat bandar Ayer Keroh
- 30 minit perjalanan ke pusat bandar Melaka
- Harga bilik RM 90 / malam
- Swimming pool
- Dapur gas & BBQ equipment
- Peti ais
- Seterika

Sesuai kalau nak buat family day untuk approximately 5-6 family. Owner homestay ni ada juga homestay lain. Moleklah kiranya korang tengok sendiri di website atas tu. 



Homestay Ala Kontena di D'Alai Kontena Houz
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

18 comments

Tulis comments
avatar
February 12, 2016 at 10:28 AM

erm...okey gak tu..hrga pun murah!!!
boleh plan ni

Reply
avatar
February 12, 2016 at 12:56 PM

Ok gak homestay kontena ni, lain dari yang lain. Siap ada swimming pool tuh

Reply
avatar
February 12, 2016 at 3:07 PM

da banyak tempat rupanya penginapan kontena ni....
cuba suasana baru elok juga kan...

Reply
avatar
February 12, 2016 at 3:27 PM

wahh..!! bagus ada swimming pool tu jadi budak2 ada aktiviti.. hehehehe.. next family day nanti nak try tido dlm kontena mcm ni lah... :)

Reply
avatar
February 13, 2016 at 6:08 PM

Salam...
bila baca profile rupanya kerja kat KKTawau
Bila tengok gmbr macam kenal
Hihihihi

Reply
avatar
February 14, 2016 at 7:47 AM

Saya orang Melaka, berbangga dengan negeriku. Hehe.. :D

Reply
avatar
February 14, 2016 at 1:55 PM

Walaupun kontena tapi dah tak nampak macam kontena, cantik bilik tu...

Reply
avatar
February 14, 2016 at 3:50 PM

bestnya homestay ni..kontena lg tu. hehe

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:03 AM

Swimming pool tu yang extra pakej best :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:03 AM

Boleh plan. Harga pun affordable kan :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:05 AM

AAh, sekali sekala beralih angin ok juga. Tapi kontena pun bila dah masuk hilang rupa kontena tu. Cantik & selesa je.

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:06 AM

Boleh Kak Ain. Sekal sekala tido dalam kontena baru best! Hehe :)
Swimming poool tu memang kitorang lenjan sampai malam. Puas hati, ekeke

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:07 AM

Ala, baru kenal ke kak? Kita dah lama nak bagitahu, ehehehe :D

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:07 AM

U should :)
Banyak tempat menarik Melaka ni. Ini pun x habis round lagi.

Reply
avatar
February 17, 2016 at 11:08 AM

Best Mai. Tu yang depa decide nak buat family day kat sini. Harga pun ok. Dekat je nk ke pusat bandar

Reply
avatar
February 22, 2016 at 5:34 PM

Cissss x perasan...angle gambar tu nampak lain :-p

Reply
avatar
February 23, 2016 at 11:09 PM

Itu rahsia dia. Hehe. Tapi ingat tak jumpa orang kolej dalam sini. Sekali dah terkantoi daaaa :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+