SweetMuslimah.com

Friday, February 19, 2016

Pulau Bohey Dulang | Pengalaman Hiking Yang Buat Aku Putus Nafas

Pulau Bohey Dulang | Pengalaman Hiking Yang Buat Aku Putus Nafas Ini kira kali kedua aku ambik pakej ke pulau-pulau di Semporna. Kali pertama pergi, housemate aku semua tak ada. Semua balik kampung. Tinggal aku di Tawau ni kesepian keseorangan. Sangat sadis rasanya masa tu. Itu yang tersangkut follow je sapa-sapa pergi pulau. Tapi outcoming dia even ko bukan pergi dengan bestfriend ko tetap best. Itu yang bila diorang ajak lagi sekali pergi Bohey Dulang. Apa lagi? Jomlah ! Haha.


PAKEJ HARGA PULAU BOHEY DULANG
Organiser kononnya, kali ini aku yang uruskan semua dari dapatkan pakej bot dan pulau sehingga ke itenary. Tak ada nak itenary sangat sebenarnya sebab balik hari. Oh ya. Sebelum kauorang start bertanya macam-macam, pakej yang aku dapat adalah RM650 untuk 1 bot yang boleh memuatkan 12 orang dewasa untuk 2 buah pulau (Pulau Bohey Dulang & Pulau Sibuan) termasuk tour guide naik bukit, snorkling gear dan makan tengahari. Jimat banyak kalau pergi ramai-ramai.

Di Semporna ada 2 jeti untuk ke pulau. 1 jeti untuk ke pulau-pulau yang mempunyai resort seperti Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan yang terletak bersebelahan dengan Dragon Inn Floating. Untuk ke pulau-pulau yang balik hari (macam kami) kena naik di Jeti Umum Semporna. Jeti Umum ni bersebelahan Dragon Inn juga cuma jalan masuk dia lain.

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Nak keluar dari kawasan Jeti Umum akan melalui deretan kedai-kedai (waterfront) yang meriah gila dengan seafood waktu malam dan chalet atas air Dragon Inn sebelah kiri. Dah siap pakai life jacket? Jom.

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Lalu Pasar Semporna. Ini memang betul-betul sebelah laut okay pasar dia. Nak keluar dari sini memang kena hati-hati. Banyak gila bot lalu lalang kawasan ni sebab nak ke pasar dan bandar Semporna. Oleh sebab Semporna banyak pulau-pulau kecil yang berpenghuni, kenderaan utama mereka yang berada di pulau adalah bot. Dah serupa jalan raya. Cuma ini jalan laut. Muehehehe.
Agak-agak orang gomen yang tinggal kat pulau dapat elaun bot tak?

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Sampai dah.
Welcome to Pulau Bohey Dulang

Perjalanan dari jeti ke pulau ni ambil masa dalam 30 ke 40 minit. Sempat nak touch up pakai sunblock segala. Nasihat aku. Pakailah sunblock tu tebal-tebal. Sangat membantu untuk kurangkan sunburn. Macam aku, degil tak nak pakai sunblock sebab alasan dah pakai foundation. Sekali ko. Baru sampai muka dah macam udang kena bakar !
Padan muka. Degil sangat kan? T_T

Oh ya. Nak masuk sini kena minta kebenaran dulu dengan Sabah Park sebab kesemua pulau-pulau di Sabah ni tertakluk dibawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah. Kalau di Semporna, kesemua pulau-pulau ni dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Di Kota Kinabalu Taman Tunku Abdul Rahman. Tapi biasanya agen yang bawa korang akan registerkan korang siap-siap. 

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Pulau Bohey Dulang ni jarang orang snorkling / diving. Kebanyakan yang datang sebab nak hiking Bukit Bohey Dulang yang tinggi tu. Lagipun di Bohey Dulang ni sebenarnya lebih kepada penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut. Tu yang kurang sikit snorkling. Nak snorkling di Pulau Sibuan nanti.

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Kitorang naik ramai-ramai. Dalam 11 orang gitu campur sorang guide. Rasanya baru 100m aku dah pancit ! Hampeh betul. Aku tahulah stamina aku teruk. Tapi tak sangka pulak seteruk tu. Bila aku berhenti tu aku bagi lah kawan-kawan aku semua naik dulu. Takkan nak tunggu aku, ye tak? 

Dengan bawa beg berat lagi, menyesal rasanya bawak beg tu. Baik tinggalkan dalam bot je. Menyesal ok. Huwaaaaaaa. Tapi rezekilah bila jadi wanita tak berdaya ni, guide tu tolong angkat beg aku. Terus rasa hilang beban yang aku tanggung selama ini. Hahaha. Bila dah tertinggal tu, guide tu tunggu aku. Yang bagusnya dia siap bagi semangat bila nampak ada ura-ura aku nak patah balik turun bukit.

"Sikit lagi. Dalam 200m, lepas tu dah landai"
"Sikit lagi"
"Sikit lagi"

Aku pun balas "Menyesal aku hiking" dalam hati 100 kali. Haha.

Dekat semua orang dia cakap benda yang sama. Jumpa group lain yang tersadai tepi jalan sebab tak larat pun dialog yang sama. Haha. Punyalah nak motivasi biar semua orang sampai atas puncak tu. Aku yang dengar dah tergelak-gelak. Sikit lagi sikit lagi dari tadi tak sampai-sampai pun? Kaki dah menggigil-gigil naik tangga. Padahal naik 600 meter je. Pun nak pengsan. Poyo betul aku.

Masa pergi tu, kebetulan masa cuti kut. Ramai gila Chinese mainland datang. Diorang hiking pakai selipar je. Kagum aku. Tambah kagum depa pakai baju macam nak bersantai tepi pantai ! Dengan gaunnye, peh. Aku kemain lah pakai tracksuit sportshoes semua. Tu pun pancit. Malu oi.

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Sampai dah !!
Yey, walau lambat setengah jam dari yang lain dengan 4 kali berhenti rehat. Gigih juga aku rupanya. Itu pun nasib dapat motivasi pagi dari guide tu. Kalau tak dah lama cik kiah patah balik tunggu kat bawah je, kehkeh. 

Serius atas ni cantik gila pemandangan. Pendek kata, kalau dah datang baik korang hiking naik atas ni. Rugi wooo tak dapat tengok LIVE pemandangan cantik gila dari atas ni. Berbaloi penat-penat tu semua. Kalau datang Semporna nak ke Pulau Mabul tu, bolehlah curi-curi masa datang sini. Best weh. Aku yang tadi kata menyesal aku hiking, tiba-tiba terus bersyukurrrrrrrr. Syukur naik atas. Kalau tak bila lagi nak tunggu aku fit? Dalam mimpilah agaknya, haha :D

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Bagi can model nak bergambar dulu

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

3 orang hilang. Tunggu kat bawah. 
Nasib aku naik juga. Kalau tak naik ni, kosong lew spot aku tu. Kalau kosong jangan harap le aku nak update dalam blog.

Hiking dan snorkling di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan

Last sekali of course tuan punya blog nak bergambar.
Bukti kesungguhan ni. Sila belajar dari akak ni makna ketabahan. Haha.
Sengaja pakai baju EFG. Ehem. EFG dah sampai atas Bohey Dulang lah :)

Turun bukit laju je berdesup. Dengan aku-aku laju gila turun. Hilang dah penat tu semua. Jumpa orang yang sikit lagi nak patah balik aku pun yakin je bagi motivasi pagi. "Sikit je lagi kak. Dalam 300 meter lagi". Wah kau. Kemain lagi. Tadi kata menyesal naik? Haha. Turun je Bukit Bohey Dulang pun dah pukul 12 tengahari macam tu. Terus ke pulau seterusnya. Pulau Sibuan. Kat sini kita nak snorkling puas-puas.

Next entry baru sambung lagi. Bye :)



Pulau Bohey Dulang | Pengalaman Hiking Yang Buat Aku Putus Nafas
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

18 comments

Tulis comments
avatar
February 19, 2016 at 9:07 AM

emm best sangat ni.. murah la rm650 boleh dapat semua..hiking snorkeling..

Reply
avatar
February 19, 2016 at 11:58 AM

wahaha tu memang ayat piawai kot... "sikit lagi"..
perghh kalau camtu view dia memang hilang dan penat lelah semasa mendaki :D

Reply
avatar
February 19, 2016 at 1:21 PM

cantiknya pulau dia, boleh letak dalam bucket list travel.

Reply
avatar
February 19, 2016 at 3:15 PM

hahahahahaa... kelakar baca citer Sha.. 100 kali kata menyesal tapi bila sampai atas rasa bersyukur kan.. memang berbaloi la dpt tgk pemandangan cantik macam tu... :)

Subahanallah.. memang cantik..!

Reply
avatar
February 19, 2016 at 4:11 PM

murah sangat RM650 utk the all benda yang awak ambik. sob! PG ni bilalah agaknya sampai kat sana T____T

Reply
avatar
February 19, 2016 at 7:39 PM

Agaknya kut, haha.Kitorang ambik je berapa harga yg agen tu bagi.

Reply
avatar
February 19, 2016 at 7:41 PM

Aah, memang hilang penat tu semua bila nmpk view cantik macam ni. Berbaloi :)

Reply
avatar
February 19, 2016 at 7:43 PM

Letak letak. :). Tak rugi datang sini

Reply
avatar
February 19, 2016 at 8:15 PM

Alhamdulillah, rezeki sampai sini :)

Reply
avatar
February 20, 2016 at 4:24 PM

Takpe, insyaAllah nanti ada rezeki PG sampailah tu :)

Reply
avatar
February 21, 2016 at 10:37 PM

subhanallah cantiknya! tak sangka malaysia ada lg pulau cantik mcm ni. berbaloi hiking. memang kena hiking bru dpt tgk keseluruhan pulau. nice view

Reply
avatar
February 22, 2016 at 12:50 AM

Malaysia banyak lagi pulau-pulau gojes. Cuma kadang-kadang orang ramai tak tahu :)

Reply
avatar
Anonymous
April 20, 2016 at 7:01 PM

boleh minta contact no agent boat tu x ? ;) -niza.

Reply
avatar
April 21, 2016 at 10:18 PM

Boleh. Just contact 01127747861 - Hairy. Boleh nego & tanya pasal pakej harga ke Pulau-Pulau Semporna ni.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+