Monday, February 29, 2016

# Drama Melayu

Episod Akhir Cinta Hati Abah


Drama Cinta Hati Abah dah habis. Episod akhir pun tadi. Siapa yang tengok? Kak Sha gigih tengok even mula pukul 10 malam sebab best. Kena betul dengan jiwa kental padu kita. Hehe.


Sapa tengok tadi? Sedih weh episod akhir ni. Berjurai juga air mata bila abah dia meninggal. Abah dia meninggal dalam kerinduan dengan anak-anak. Alaaa, sedihnya. Tak patut tau anak-anak perempuan Pak Salleh ni buat ayah dia macam tu.

Lagi satu rasa sedih sangat sebab anak dia semua perempuan. Family Kak Sha pun 4 perempuan, 1 laki. So, bila ramai perempuan ni dapat pulak cerita pesen macam ni, syahdu jugak. Macam-macam ragam anak perempuan dia kan? Agaknya macam manalah abah dengan mak Kak Sha ni hadap ragam kami adik-beradik?

Tiba-tiba rindu mak abah pulak =(

Banyak pengajaran yang cuba disampaikan dari drama ni. Yang paling penting, walau macam mana pun family kita, kaya ke miskin ke, itu family kita. Love them, cherish them. Sebab, kita tak kan dapat family lain yang sama macam family kita sendiri. Alahai. Syahdunyaaaaaaaa.


Nak balik weh !



4 comments:

  1. tak tengok cerita ni..tp dari apa yang sha cerita ni. nmpak menarik sangat. Allahuakhbar...sayang abah ketat2.

    ReplyDelete
  2. kite tengok tapikan macam tak puas sebab tak tunjuk Intan kawen dengan Ikmal ke tak.. sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu part tu jugakkk, tapi x tunjuk. Sangka baik je lah depa kawen gak, hehe.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+