SweetMuslimah.com

Thursday, February 25, 2016

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah



Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murahBuku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU

*Dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami, Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.

*Dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini dihasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.

*Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.

*Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.

*Memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.
*Buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca, tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murahBuku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murahBuku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih
*Mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan
*Ilustrasi yang comel dan berwarna warni 
*Harga mampu milik, hanya RM3 sebuah
*Saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak
*Cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni
* Didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah


Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah

Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah
                   
Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my.Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di:-


FACEBOOK
INSTAGRAM


Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.



Buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

14 comments

Tulis comments
avatar
February 27, 2016 at 11:59 PM

Welcome. Semoga lebih ramai anak-anak kecil yang berminat membaca bermula dengan koleksi buku ni :)

Reply
avatar
February 28, 2016 at 12:01 AM

Yup, sebab utama colorful untuk attract minat kanak-kanak yang suka warna-warni :)

Reply
avatar
February 28, 2016 at 12:01 AM

Boleh bagi present dekat anak buah :)

Reply
avatar
March 6, 2016 at 1:54 AM

Memang menarik. Sesuai sangat untuk anak-anak yang baru nak mula membaca =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+