SweetMuslimah.com

Monday, February 22, 2016

Bertukar kepada dotcom

Bertukar kepada dotcom | Baru-baru ni ada lagi blogger yang berkongsi kisah blog didelete google tanpa sebarang notis. Seram juga rasanya bila difikirkan kalau diri kita yang terkena dalam situasi tersebut. Ye lah, walau aku ni blogger cabuk, tapi sayang juga hasil kerja keras berfikir untuk menghasilkan entry. Lepas berfikir panjang, dan yakin. Ye, mari kita bertukar ke domain dotcom !

Satu lagi sebab kenapa bertukar ke dotcom adalah kerana azam aku tahun ini. Untuk lebih serus dalam berblog. Setahun yang lepas masih lagi terumbang-ambing, fikir nak cantikkan blog je. Last-last sekarang tengok, sama juga. Cantiknya idok jugak, haha :D.

Dan masih lagi mencari-cari niche blog yang sesuai. Sebab aku suka bercerita. Kadang-kadang bagi pendapat isu semasa. Tapi semua nak cerita dalam blog cabuk tu. Ayyaamaa. Semua campur dalam satu, dah serupa belacan pulak jadinya, kehkehkeh. InsyaAllah, lepas ni mungkin aku akan lebih tertumpu kepada entry yang berunsurkan travel (kalau boleh kata travel lah, hahaha) dan makanan (baik resepi atau tempat makan yang best). Dan juga pastinya kehidupan seharian jadi anak dagang merantau berbakti kepada nusa bangsa. Cewah.


Blog dah bertukar kepada www.nurulshahira.com

Komersialkan nama sendiri, lagi best. Haha. Tapi bila bertukar kepada domain ni, ada beberapa masalah yang aku hadapi. Dan rasanya semua orang akan hadapi benda yang sama. 
1) Kehilangan iklan penaja
Untuk Nuffnang senang cerita. Masuk akaun Nuffnang dan update url baru. Refresh blog. Settle. Akan keluar semula iklan penaja Nuffnang korang. Untuk Adsense, status hosted akaun untuk akaun Blogspot sudah tidak boleh digunakan. Kena mohon semula dengan Adsense. Caranya? Nanti aku kongsikan.

2) Kemungkinan deindeks google
Deindeks maksudnya tidak diindeks oleh Google. Kemungkinan besar link-link dari url lama akan mengalami error kerana url tersebut sudah diganti dengan url domain baru. Atau ayat mudah, Error 404. Tapi ini kemungkinan sahaja. Ada yang boleh tolong jawabkan? Cara paling selamat. Migrate existing content menggunakan change of adress tool dalam google webmaster.

3) Bloglist semua hilang
Okayyy, ini memang dasar. Cara paling mudah nak masukkan balik bloglist asal? Add link semula, atau mintak je kawan-kawan korang senarai bloglist tu. Tak ada cara mudah sayang. Nak makan pun kena masak dulu baru boleh makan. Tak nak masak kena keluar juga cari kedai makan.

Dah bayar hosting domain untuk setahun, maknanya kena lagi serius lah, ye tak? :)






Bertukar kepada dotcom
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

14 comments

Tulis comments
avatar
February 22, 2016 at 6:01 AM

abam kie dah 2 thn bertukar ke dotcom...syabas dik!

Reply
avatar
February 22, 2016 at 9:37 PM

tahniah.. kalo dah tukar ke dot com.. yang lama still ada cuma nanti akan jadi redirect jer terus ke dot com..

Reply
avatar
February 23, 2016 at 11:42 AM

dulu saya pernah buat juga, tapi sebab saya upah orang jadi kurang sikitlah masalah2 macam tu

Reply
avatar
February 23, 2016 at 3:09 PM

Tahniah Sha kerana berani membuat keputusan dan beralih kepada dotcom.

Reply
avatar
February 23, 2016 at 9:10 PM

TQ Abe Kie. Mintak-mintak lepas ni Sha lebih motivasi update blog :)

Reply
avatar
February 23, 2016 at 9:11 PM

Banyak dah ruang kosong tu. Banyak kena edit template ni lagi

Reply
avatar
February 23, 2016 at 9:12 PM

Ini pun upah juga, hehe. Tapi masalah template je sebenarnya. Yang lain ok :)

Reply
avatar
February 23, 2016 at 9:13 PM

Berani kerana benar. Eh, haha. Takdelah. Rasanya dah sampai masa. Beryukar sebagai permulaan untuk lebih serius :)

Reply
avatar
February 23, 2016 at 9:14 PM

Chaiyok-chaiyok jugak, hehehe :D

Reply
avatar
February 23, 2016 at 11:47 PM

Semoga lebih bermotivasi... ok juga fokus perihal travel dan makanan tu...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+