Tebus Colgate Sugar Acid Neutralizer & GLO dari WOOP | Hari ni lepas settle buat daily mission dalam WOOP, saja lah usha-usha point yang dah terkumpul. Dah cukup ke nak redeem barang-barang. Sekali tengok, alhamdulillah, cukup pulak untuk redeem beberapa benda.
Tapi kali ni aku pilih untuk redeem combo Colgate Sugar Acid Neutralizer dan pencuci pinggan GLO pekat dengan 1000 point sahaja. Senang, bulan ni tak payah beli ubat gigi lagi. Jimat duit aku, hiks :p.
Dapat 2 lagi Colgate tu. Satu untuk kau, satu untuk aku, muehehehe :p
Buat yang belum join WOOP, rugi korang tau. Sebab dengan hanya jawab survey dan buat big mission, kita boleh kumpul points yang boleh ditukar dengan beberapa barang, mostly barangan kelengkapan rumah. Barang-barang dia best juga. Antaranya Rexona, pencuci pinggan GLO & JOY, Softlan, Castrol Magnetic Toolkits (ini dah lama aku aim. Nak satuuuuuu T_T), febreeze dan multivitamin.
Sebenarnya banyak lagi, tapi ikut musim big mission dijalankan. Sebelum ini ada kawan - kawan aku yang redeem Beg Frozen untuk anak dia. Alahai. Comey nya.
Nak ikut tips berjimat walaupun sikit (tak payah beli ubat gigi dengan pencuci pinggan mangkuk) macam aku, meh la join WOOP. Pendaftaran bukan kena bayar pun. Percuma. Tinggal buat survey dan buat big mission.
Big mission tu macam mana pula? Susah ke?
Tak susah pun. Biasanya banyak melibatkan Facebook. Post mengenai mission yang sedang dijalankan di Facebook korang. Lepas tu screenshot. Siap. Point yang diberikan untuk big mission juga lebih banyak. Cepat boleh redeem barang. Jadi, nak sign up WOOP?
Sign up di : http://www.woop.my/
Selamat berWOOP ! :)
sama lak Sha,kak ana pun redeem product pakej Dove, Hazeline dengan Rexona tu,lepaslah stok 3 bulan nak guna, in shaa Allah 1600 point, jom gigih kumpul point lagi jom hihi :)
ReplyDeleteHehe. Banyak dah tu Kakna redeem tu. Sha nak redeem T-shirt pulak lepas ni :)
Deletesy xde redeem apa2 lg..tgg mood baik dl..hehehe
ReplyDeleteUih, gitu mesti dah banyak point ni. Mintak sikit :D
DeleteKita dah redeem toolkit tu.. comel sgttt
ReplyDeleteAla, nak yang tu jugakkkk. Okeh. Gigih kumpul point gini :)
DeleteWOOP?alahai apsal baru tau ni?saya ni mesti selalu lepas train :'(
ReplyDeleteBelum terlepas train lagi. Boleh je sign up sekarang :)
DeleteMasih blur mengenai WOOP nie ^-^
ReplyDeleteKena sign up dulu baru tak blur Zumal, hehe :)
Deletenak Tanya.. semua org punya rewards lain-lain ke? kenapa ya kt sy punya redeem rewards x kuar pon yg glo n colgate ni? lg 1 taw tak macm mana nk tambah my community tu
ReplyDeleteReward yang kita boleh redeem akan keluar ikut berapa current point kita. My community tu ape? Kak Sha pun tak join lagi tu, hehe :p
Delete