SweetMuslimah.com

Thursday, January 28, 2016

Review & Sinopsis Filem The Boy


Review & Sinopsis Filem The Boy | Semalam baru lepas tengok filem The Boy. Sebelum tu aku ada sempat baca dekat blog lain pasal review cerita ni. Macam seram + terkejut. Dah baca review macam rasa nak tengok jugak. Haha. Tapi takut nak tengok sorang-sorang. Jadi kita angkut sorang akak buat peneman dikala nak peluk lengan dalam wayang, hiks :p

Cerita bermula dengan Greta yang dapat kerja sebagai babysitter kepada anak pasangan Heelshire. Family Heelshire ni kaya gila, rumah pun besar dah serupa mansion, tapi kedudukan rumah tu jauh ke dalam hutan. Tak ada jiran pulak tu. Tapi sebab Greta ni memang sangat-sangat memerlukan duit dan juga sebab nak lari dari boyfriend dia yang kaki pukul, Cole. Tu yang Greta ok je nak kerja dengan pasangan Heelshire.

Masa mula-mula sampai rumah Heelshire tu, Greta pelik juga kenapa rumah besar, tapi tak ada orang. Kata nak babysit budak lelaki kan? Tapi bayang budak lelaki pun tak ada. Kebetulan lepas tu, dia jumpa dengan penghantar bekalan, Malcolm. Malcolm pun bawa Greta tour rumah. Masa ni macam dah nampak yang Malcolm hint-hint nak mengorat Greta tapi kena reject sebab Greta baru break katanya.

Bila jumpa dengan Mr. Heelshire, Greta terkejut sebab rupanya dia kena jaga bukan budak lelaki, tapi patung ! Patung saiz budak kecik. Pelik juga sebab  Mr. dan Mrs. Heelshire ni jaga betul patung tu macam jaga orang. Bercakap-cakap, makan sekali dekat meja makan. Baca buku siap buka muzik kuat-kuat lagi. 

Oleh sebab Mr. dan Mrs. Heelshire ni dah lama tak bercuti, so masa Greta sampai diorang terus decide nak bercuti. Diorang kata Greta dah diterima oleh anak diorang. Diterima sebab Gretani cun kut sebab sebelum ni yang jaga dan datang semuanya tua-tua dan tak se-cun Greta. Confirmlah kena reject kan? Haha. 

Greta yang cun melecun dan muda. Memang confirmlah Brahm ambik yang ni dari yang tua-tua
Sebelum bertolak tu, Mr. Heelshire terangkan ada beberapa kerja dan list yang Greta kena follow untuk jaga 'anak lelaki' diorang, Brahm. Siap pesan dengan Greta,

"Kalau awak baik dengan dia, dia akan baik dengan awak"

Hah, gitu kau. Padahal pesan jaga patung je kut. Lepas tinggal pesan tu, Mr. dan Mrs. Heelshire terus bertolak pergi. Pergi cepat-cepat lepas tu muka sedih gila macam pergi selama-lamanya je. Haha. Aku tengok pun macam rileklah kan. Ko nak pergi bercuti je kut. Seminggu lepas tu kau balik lah tengok anak kau.

Take care of our Brahm, will ya'?
Lepas pasangan Heelshire blah, tinggal Greta dengan Brahm 2 orang je dekat rumah. Dalam beberapa hari juga Greta buat tak tahu dengan Brahm sebab berjimba bersuka ria dengan Malcolm. Main snooker lah, apa lah. 

Ada satu hari tu, Malcolm ajak Greta dating kat luar. Walaupun salah satu arahan untuk Greta mengatakan dia tak boleh tinggalkan Brahm tapi Greta peduli apa. Patung mana boleh report kan? Haha. So, malam tu dia bersiap-siap nak mandi, nak keluar dating.

Sekali baju untuk keluar dating dia hilang, dan Greta pun terperangkap atas loteng. Terlepas peluang nak keluar dating. Masa benda ni jadi, Greta macam dah suspek ada orang lain dalam rumah tu selain dia dan Brahm. Jadi esoknya Greta minta Malcolm periksa keseluruhan rumah. Kalau-kalau ada tingkap terbuka atau orang masuk rumah malam tu. Tapi of courselah mana ada orang lain pun. Permainan ilusi Greta agaknya. Kihkih.

Lepas tu Greta diganggu dengan macam-macam bunyi dan benda-benda pelik sampai takut gila. Menangis-nangis weh kena kacau hantu, sapa tak takut kan? Siap pandai pula hantu tu call guna phone dalam bilik Greta. Wuwuwuwu. Tapi bila hantu tu, aka Brahm sediakan sandwich peanut butter jelly favourite Greta , terus dia ambil keputusan nak jaga Brahm betul-betul. Rasa terharulah dan nak jaga macam anak sendiri sebab Greta ni pernah keguguran gara-gara kena belasah dengan Cole. Tu yang bila dah sayang Brahm, terus Greta jaga macam jaga baby betul. Pukul 7 kejut bangun pagi. Tukar baju, makan sekali dekat meja makan. Bacakan cerita dan buka muzik kuat-kuat. Dah serupa jaga orang betul gaya dia. 

Satu malam tu lepas tidurkan dan bagi good night kiss dekat Brahm, Greta dengan Malcolm ni konon nak buat projeklah. Tengah-tengah nak buat tu, Brahm buat hal. Tertunda terus projek diorang. Haha. Masa tu Greta dah percaya yang kononnya Brahm ni ada trapped soul dalam dia dan boleh berjalan sendiri. So dia nak tunjuk dekat Malcolm pasal Brahm. Magic bila Brahm yang sepatutnya ada dalam bilik boleh hilang macam tu je dalam masa 5 saat.

Brahm boleh hilang poof gitu je. Horror tak?
Malcolm ajak Greta keluar dari rumah tu, tapi Greta tak nak. Dia percaya yang Brahm tak akan apa-apa kan dia. Lagipun dah jatuh sayang dengan Brahm. Tapi the next day, Cole datang. Entah macam mana Cole boleh terus masuk rumah tu dan terserempaklah dengan Greta yang tengah dukung Brahm. 

Cole minta maaf dan nak bawa Greta balik. Greta ni dah lah takut dengan sejarah Cole yang violance ni. Kebetulan lagi malam tu Malcolm datang sebab nak tengok Greta. So berjumpalah diorang 3 orang. Greta-Malcolm-Cole. Malcolm ni sangguplah pulak tidur dalam kereta dekat luar rumah sebab nak jaga Greta kut-kut malam tu Cole menggila pukul Greta. Sejuk kut tidur dalam kereta. Haish. Cinta betul agaknya T_T

Malam tu Greta tidur dengan Brahm sebab katanya malam last dengan Brahm. Greta kata dia tak akan tinggalkan Brahm tapi minta tolong 1 benda dengan Brahm. Alih-alih malam tu Cole menjerit nak pukul Greta sebab tiba-tiba ada tulisan darah atas dinding "Get Lost". Cole marah nak belasah Greta tapi Greta kata Brahm yang buat. Masa ni Malcolm dah masuk dalam rumah nak bertumbuk dengan Cole.

Seriusly, Brahm yang buat? Brahm kan patung?

Cole tak percaya dan dia ambil Brahm lepas tu terus hentak Brahm sampai pecah berderai. Terus dinding macam ada orang ketuk gaya mengamuk bergegar-gegar rumah. Semua orang dah takut gila. Sekali Brahm penuh bulu dada berjambang yang sebenar keluar dari balik dinding belasah Cole. Matiklah Cole sebab Brahm marah gila dengan dia pecahkan patung tu.

Rupa-rupanya Brahm penuh bulu dada yang sebenar hidup lagi. Tak mati pun dalam kebakaran 20 tahun dulu. Dia sembunyi dari orang sebab muka dia cacat dan ganas gila Brahm orang ni. Pakai singlet pun nampak penuh bulu dada jambang semua. Tak tahulah kenapa mak pak si Brahm ni tak buat plastic surgery untuk Brahm ni. Kayanya bukan main, rumah besar gila. Teknologi pembedahan plastik dah lama kut femes. 

Berbalik dengan cerita tadi. Greta dengan Malcolm ni pun lari nak selamatkan diri. Masa tu diorang terjumpa laluan-laluan rahsia antara belakang dinding tempat Brahm lalu-lalang. Siap jumpa dress Greta yang hilang masa malam nak dating tu Brahm sorokkan dalam tempat tinggal dia. Masa tu baru terjumpa surat yang dihantar Mr. dan Mrs. Heelshire yang kata Greta ditinggalkan untuk Brahm. Diorang dah bunuh diri dengan lemaskan diri dalam tasik. Terkejut besar Greta dengan isi surat tu. Patut ah si Brahm ni jadi psiko gila. Dia ingat yang Greta ni pasangan dia.

Bila dah terperangkap tak sempat nak lari, Malcolm kena belasah dengan Brahm. Greta pula sempat lari keluar. Sampai pintu gate luar tu, Greta tak sampai hati nak tinggalkan Malcolm. Nanti mati kena bunuh pulak Malcolm tu. So dia patah balik ke rumah. Masuk dalam rumah, Greta jumpa skru driver ke besi apa entah dalam laci. Masa tu kebetulan terjumpa Brahm penuh bulu dada tu. Nak distract attention Brahm ni, Greta terus ajak Brahm tidur macam masa Greta tidurkan patung dia. Siap selimutkan Brahm ni macam biasa.

Brahm penuh bulu dada minta good night kiss macam patung ni dapat
Tapi si Brahm ni mengada-ngada nak kiss. Good night kiss. Bila tak bagi dia tak lepaskan pula tangan si Greta ni. Jadi nak tak nak Greta pun bagi lah good night kiss. Tapi bila dah kiss sikit, Brahm penuh bulu dada ni terus naik syahwat kut nak rogol si Greta ni. Tau lah greta ni cun melecun muda bergetah. Apa lagi, terus Greta tikam Brahm dengan besi yang dia sembunyikan dekat belakang seluar dia. 

Dah kena cekik, Greta tikam lagi sekali. Baru Brahm pengsan
Tikam sekali tak ada effect, tikam 2 kali baru si Brahm ni tumbang. Lepas tu Greta terus selamatkan Malcolm dan bawa Malcolm keluar dari rumah tu.

Cerita ni tamat dengan Greta dan Malcolm selamat (even injured), tapi rasanya ada sambungan lagi tu. Kut-kutlah ada The Boy 2. Kita tunggulah sambungannya. Cerita ada banyak unsur suspens dan terkejut. Bolehlah tapi tak seram sebab bukan cerita hantu. Kalau korang nak tengok, ok je. Pergi lah tengok. Malam pun boleh, confirm lagi feel. Hihi.



Beli Kain Batik Songket Sarawak / Borneo Murah?


Review & Sinopsis Filem The Boy
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

15 comments

Tulis comments
avatar
January 28, 2016 at 4:35 PM

gitu rupanya.. ingatkan citer seram..
Tgk trailer cam citer seram.. hehehe

Reply
avatar
January 28, 2016 at 4:46 PM

ok..kat part Brahm penuh bulu dada tu kelakar.haha.saya rasa filem ni slow..agak menyesal tengok..huhu

Reply
avatar
January 28, 2016 at 7:07 PM

fuhh genre seram bukan pilihan kak ana Sha... serrraaammm :)

Reply
avatar
January 30, 2016 at 10:29 AM

Crita seram mmg x best kalau tgk sendiri tp akak ni kalau nak tengok crita seram, harap emak ja utk temankan sbb Cik Abg tu takut tgk crita seram, hahaha!

Reply
avatar
January 30, 2016 at 10:44 AM

Hahahahaha! Mcm crita komedi pulak :D Tak jadi la nak tengok...

Reply
avatar
February 1, 2016 at 8:55 PM

pergh! psyco la wei cerita ni

Reply
avatar
February 2, 2016 at 11:09 AM

perghh best gak cerita the boys ni.Nasib baik tak baca semua.kc baca sikit-sikit je sebab kc tak suka spoiler! hahahah. nanti kc nak tengok, tak suka bila dah tahu cerita hehe.

kc tag kak sha kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/02/first-giveaway-by-encik-kidal.html :)

Reply
avatar
February 2, 2016 at 8:46 PM

Mula-mula tengok memang nmpk mcm seram. Hujung-hujung jadi cerita psiko pulak. hehe

Reply
avatar
February 2, 2016 at 8:49 PM

Memang agak slow pun. Tapi bg Sha ok lah. Gitu-gitu je :)

Reply
avatar
February 2, 2016 at 8:51 PM

Sha suka je citer seram, tapi takut nk tengok. Tapi nk tengok juga, haha. Acaner tu :D

Reply
avatar
February 3, 2016 at 9:57 AM

Hehe. Betul tu. Citer seram ni kalau tengok sorang tak best. Berdua, bertiga lagi double triple seram dia, hehe

Reply
avatar
February 3, 2016 at 9:59 AM

Haha. Spoiler sangat ke review ai? :D

Reply
avatar
May 10, 2016 at 1:34 PM

nasib baik saya dah tengok.banyak nau spoiler

Reply
avatar
May 10, 2016 at 4:41 PM

Dah nengok takpe. :D
Saja bagi spoiler bebanyak buat orang stress, ekeke

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+