SweetMuslimah.com

Sunday, January 17, 2016

[Review] Dilwale : Ini Review Paling Ikhlas Aku Boleh Bagi

[Review] Dilwale : Ini Review Paling Ikhlas Aku Boleh Bagi | Bahahahaha. Tajuk tak menahan, ekekeke. Sebenarnya dah lama nak tengok movie Dilwale ni. Tapi hasrat asyik tersangkut kat jaring je. Masa mula-mula keluar kat wayang asyik extend nak tengok sebab sibuk nak balik bercuti. Balik KL pulak memang jenis tak keluar rumah. Balik Tawau pun tak tertengok sebab tak ade geng.

At last, dapat juga versi download. Download pun download lah. Janji nama dia Dilwale bukan Dil To Pagal Hai. Eh.


Okeh. Kita mulakan.

Pada aku, movie Dilwale ni ok lah. Not bad pada pandangan dan citarasa aku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab citarasa kita orang ni lain-lain kan? Kalau ramai kata sedap, kata best, ada juga segelintir yang kata biasa-biasa je. Ada yang kata tak best teruih ! Hamboi hang, tak bagi peluang cantas habis teruih.

Apa yang best mengenai Dilwale adalah lokasi penggambaran movie ni. Setiap scene, babak semua background cantik gila ! Serius, dah macam lukisan pun ada. Tapi aku tahu itu semua memang tempat real. Dah tengok trailer awal-awal kan? Tahulah :D. Ada orang kata scene lagu Gerua dekat air terjun tu cantik gila. Memang cantik gila pun. Overall pemilihan lokasi penggambaran memang tiptop ! Itu yang sekarang semua berlumba-lumba nak ke Iceland. Travel itinery traveller yang dah berjaya sampai ke Iceland pun ramai yang share dalam facebook. Oleh itu, untuk lokasi Hakak Sha bagi 5 bintang !

Lagu-lagu pun best. Sebelum tengok movie ni, ramai kawan-kawan aku terjangkit penyakit "Janam-janam jahanam" T_T. Dalam Whatsapp, dalam facebook. Dalam office pun sama ! Siap yang tukang nyanyi tu abe umur 30++. Eh. Best sangat ke cerita ni sampai semua orang mabuk kepayang doplohpatjam nyanyi bangun tido bukak lagu yang sama? Habis mengajar, masuk office, buka je pintu. Benda pertama yang aku dengar "Janam janam janam......". Hmm. Tapi, jawapan dia...ofkos lagu - lagu dia semua best. Kan aku dah cakap tadi. 

Tak pay attention lettew T_T

Kajol cantik gila weh. Entah apa yang dia makan, berseri-seri je lagi. Jeles aku. T_T. Serasanya Kajol ni lagi cantik sekarang berbanding masa dia muda. Masa muda cantik, tapi sekarang lagi cantik. Pengalaman mendewasakan nampaknya ye Kajol. Hiks :p. Itu yang orang cakap makin tua makin berisi.

Macam silap pula perumpamaan tu kan? Oh. Ini. Makin berusia makin cantik. Ini dah masuk geng-geng Che Ta, Ziana Zain ni. Makin berusia makin gorjes pula. Kalah anak dara. Siapa anak dara yang kalah keserian dia dengan depa angkat tangan ! Aku lettew. Baahahahaha :p

Tapi.

Ada juga yang tak best. 

Jalan cerita, wwalaupun cuba untuk membawa mesej kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga, ada juga certain mesej yang aku rasa sangat tak sesuai dipaparkan dalam movie ni. Masa Sidhu kena tangkap sebab mencuri accesories dan lampu kereta customer Veer / Raj. Boleh pula semua orang maafkan sebab kesian dengan Sidhu yang nak belanja awek dia. I mean, sebab katanya nak buktikan kasih sayang kena belanja semua tu. Yang mendengar pulak sebab kesian boleh terima je benda tu semua?

Mungkinlah sebab kasih sayang. Tapi pada aku, tak kisah nak dimaafkan tapi pastikan ada pengajaran untuk Sidhu tu. Risau betul mesej yang tak sampai tu ditranslate remaja. Demi cinta, apa pun sanggup buat. Family mesti maafkan. Adoi.. 

Lastly, pada aku, movie ni agak muak. Terlalu banyak nak jaga hati perasaan, cinta overload. Romantic overboard. Mungkin sebab aku pun bukan jenis romantic-cinta overload, jadi rasa meremang bulu roma pula bila Kaali senyum-senyum dengan Meera. Serasanya kalau pakai krim penanggal bulu 5 saat je dah luruh. Haha. Lagi satu mungkin sebab tengok versi download feel dia tak sampai ke jiwa. Muehehehe :p. Dan aku rasa yang datang tengok Dilwale ni sebab gandingan Kajol - Shah Rukh Khan je kan? Tak kan nak tengok Veer - Ishita pulak? HIks :p. Jangan marah ye die-hard-fan Dilwale. Apa aku nak cakap setelah aku habis tengok movie ni.

Taste kita tak sama. 
Dari 5 bintang, keseluruhan Hakak Sha boleh bagi 3.5 bintang je.
Minta maaf ye kawan-kawan Hakak Sha tak boleh join demam Dilwale korang.
Kalau orang lain boleh ulang tengok sampai 3 kali, cukuplah aku sekali je.
Paling ikhlas dah tu :D
Jangan marah haaaa...



[Review] Dilwale : Ini Review Paling Ikhlas Aku Boleh Bagi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
January 18, 2016 at 1:19 AM

Kita sana mcm kak sha. Tak terjebak dgn demam dilwale heheh sbb dilwale mcm rushing sgt ceritanya. Yg best cuma nmpak kasih syg adik n abg walaupun bkn adik bradik kndung. Yg tu betul sweet. Hihi. ^^ Lagu best tu takleh ckp apa lab. Mmg best :D

Reply
avatar
January 18, 2016 at 11:00 AM

betui tu sha. ada maksud yg tersirat... buang yg keruh ambil yang jernih. akak tgk dilwale sebab nak tengok lakonan kajol n shah rukh khan saja. hero n heroin baru tu memang tak menyerlah sangat.

Reply
avatar
January 18, 2016 at 11:28 PM

adeh tak tengok tengok lagi hehe

Reply
avatar
January 19, 2016 at 8:17 PM

hahaha...review kita lebih kurang je.saya pun rasa Dilwale biasa-biasa je.tapi lagu ngan tempat tu memang best dan cantik. Kajol pulak tak tau lah nape sekarang makin putih banding dulu

Reply
avatar
January 20, 2016 at 9:13 AM

hehe. betul. citarasa kita tak semua sama :D
PG pun da terjangkit janam janam kat office. jangan jahanam sudahlah kan :D

Reply
avatar
January 20, 2016 at 3:52 PM

Ooo dapat 3.5 bintang jew. Hehe. Kena layan Korean baru feel kan ^-^

Reply
avatar
January 25, 2016 at 4:20 PM

Lagu best kan? Berhantu, semua orang duk ulang dengar

Reply
avatar
January 25, 2016 at 4:20 PM

Pelakon baru tu tak nak overshadow Kajol & SRK tu, hehe :p

Reply
avatar
January 25, 2016 at 4:22 PM

Korea pun tak juga. Kena movie action thriller baru kena selera kut, hehe :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+