SweetMuslimah.com

Wednesday, January 13, 2016

Kupang Masak Black Pepper Paling Mudah dan Sedap

Kupang Masak Black Pepper Paling Mudah dan Sedap ini aku masak malam tadi. Katanya untuk makan malam aka dinner. Dinner sorang-sorang ni, kalau masak lauk yang susah, rasa syahdu sangat. Tertanya-tanya dalam diri sendiri, bila aku nak dapat makan ni? Haha.

Jadi, aku selalu pilih untuk sediakan lauk yang simple dan boleh bertahan sehingga esok. Kenapa sampai nak bertahan ke esok? Apa rahsianya?

Hah. Sebab nak bawa bekal untuk lunch pulak ke pejabat esoknya ! Hehe. Langkah berjimat cermat kurangkan perbelanjaan makan. Nak-nak pula sekarang harga barang makin melambung-lambung macam Mail Lambung. Pandai naik tak pandai turun. Sesak nafas setiap kali bayar harga makan. Fuhhhhh T_T.

Jadi menu bekal aku untuk esok ini. Kupang masak black pepper. Nak buat dia senang je. Sebab aku ada guna ini..

Resepi kupang masak blackpepper paling mudah dan sedap

Seri-Aji perencah masak lada hitam.
Ini cara-cara orang ngelat nak tumbuk lada hitam. Hehe. Guna perencah ni senang gila. Tinggal nak bancuh dengan air je. Kacau-kacau, masuk dalam kuali. Siap. Dan tak perlu add-in garam lagi. Secukup rasa dah serbuk black pepper dia.

Tapi buat yang tak ada benda ni kat rumah, boleh je gantikan dengan segenggam lada hitam yang ditumbuk halus dan di tambah air.

Resepi kupang masak blackpepper paling mudah dan sedap

Dah siap. Senang je. Sayur pun tambah lobak merah & lobak putih. Yang penting ada sayur balance kan dengan kuah blackpepper yang panas tu. Wuwuwuwuwuwu. Siap masak nasi satu setengah pot terus semata-mata nak makan ni, hiks :p

Aku suka beli perencah segera macam ni sebab ia mudah, lazat dan cepat. Sesuai untuk orang pemalas tahap gaban macam aku, tapi nak juga masak. Tapi kalau balik rumah, jangan harap lah dapat buat gini. Silalah menumbuk lada hitam dalam lesung batu :D. 

RESEPI KUPANG MASAK BLACK PEPPER ALA GONJENG 

Bahan-bahan:-
1 labu bawang holland (1/2 potong kasar, 1/2 potong halus)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
Kupang siap dikopek
1 bungkus serbuk perencah lada hitam dikacau bersama 1/2 cawan air*

Cara masak:-
1) Panaskan minyak. Tumis bawang holland potong halus, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2) Masukkan lobak putih dan lobak merah. Masak sehingga lobak putih separuh masak.
3) Masukkan kupang. Kacau sehingga kupang mengeluarkan air. 
4) Masukkan serbuk perencah lada hitam. Lebih bagus gunakan lada hitam yang ditumbuk halus. Kalau nak kuah cair, lebihkan air. Begitu juga sebaliknya kalau nak kuah pekat. Kurangkan air. 
5) Setelah lobak putih dan kupang masak sepenuhnya, tutup api.
6) Sedia untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahim.

Senangkan? Hehe. Selamat mencuba !


Kupang Masak Black Pepper Paling Mudah dan Sedap
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

11 comments

Tulis comments
avatar
January 13, 2016 at 7:00 PM

Wah..rajin dan pandai dah berjimat kan...memang kena bawak bekal sekarang ni..kalau tak memang x sampai hujung bulan dah takde duit dah..kan?

Reply
avatar
January 13, 2016 at 7:03 PM

sedap ye Sha, kak ana belum penah lagi makan kupang, yang terbaru lokan hari tu je :)

Reply
avatar
January 14, 2016 at 3:39 PM

terbaik...boleh try nanti..
pakai campak je kan...xpayah nak pening2 kepala

salam perkenalan...
sy br singgah & follow Blog ni
jemput singgah & Follow Blog sy juga

Reply
avatar
January 15, 2016 at 11:05 AM

Aah, dengan barang makin mahal sekarang ni. Makan kat kedai pun harga naik mencanak-canak. nak tak nak memang kena berjimat

Reply
avatar
January 15, 2016 at 11:06 AM

Beli yang frozen ok lah juga rasa dia. Kalau dapat yang fresh kompem lagi sedap :)

Reply
avatar
January 15, 2016 at 11:57 PM

Wow, bestnya kalau Zumal boleh buat....

Reply
avatar
February 15, 2016 at 12:33 AM

biasa masak chicken black pepper, kali ni nak cuba buat kupang black pepper :))thnks for the recipe

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:15 PM

Boleh buat bah Zumal. Senang je tu, hehe :D

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:16 PM

Sama je bahan dia, cuma tukar ayam jadi kupang. Simple, hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+