SweetMuslimah.com

Tuesday, January 19, 2016

Sign In dan Tawaran Meleleh Bookcafe

Sign In dan Anda Dapat Tawaran Meleleh Bookcafe | Ramai antara kita yang suka membaca. betul tak? Tak kisahlah baca novel, ensiklopedia, bacaan bersifat umum atau sebagainya. Kata kuncinya adalah MEMBACA

Macam aku pun, aku suka baca dan kumpul koleksi novel. Tak terhad kepada novel cinta, sekarang aku juga mula beralih arah kepada novel seram dan juga bahan bacaan yang mempunyai unsur sejarah Islam. Terbaru, baru je aku beli novel Perang Badar : Perang Penentuan hasil penulisan Abdul Latip Talib.


Yang aku ralat bukan sebab novel ini tak best. Serius best. Tapi sebab kekangan masa dan tempat untuk aku cari buku-buku dan novel genre sebegini. Selalu aku sempat untuk curi masa ke kedai buku pun masa on the way nak balik ke Tawau. Singgah MPH airport. Itu sahaja masa yang ada. Dan kalau aku balik untuk bercuti pun, nak keluar tu mesti nak kena tempuh traffic yang boleh mencabar kesabaran. Fuh fuh fuh. Penat.

Shopping Online di Bookcafe

Sebab tu aku suka bila bookcafe.com.my ni ada. Aku boleh dapatkan buku-buku dan novel yang aku suka dengan klik dihujung jari saja. Shopping Online, siapa tak suka kan? Dan aku yakin ramai dikalangan reader blog ni hebat-hebat dalam bidang teknologi maklumat kan? Hehe. Tak penat, jimat masa dan semestinya banyak promosi-promosi dan diskaun hebat yang ditawarkan.

Dah banyak kali juga aku promosikan tentang laman bookcafe.com.my yang merupakan one-stop-center kepada lebih 2000 buku dan lebih 70 penerbit kepada reader luar sana. Nak bagi korang percaya dan sama-sama join aku shopping buku di sini.  Hiks :p

Tawaran & Diskaun Hebat

Apa yang aku suka pasal Bookcafe sebab selalu ada tawaran hebat, diskaun (kadang-kadang sehingga 50%. Fuh, tak beragak betul diskaun). Baru-baru sebelum ni ada Promosi Tahun Baru. Dan sekarang Bookcafe tawarkan TAWARAN MELELEH "Diskaun mencanak, harga menjunam" dari 19 - 25 Januari 2016.


Klik banner
Selain dari itu, ada juga Promosi 1 Buku = RM5.00


Nak rebut Diskaun, Promosi dan Tawaran Meleleh hebat dari Bookcafe ni mudah saja cara dia. Pergi ke https://bookcafe.com.my/ dan sign in untuk menjadi MEMBER BOOKCAFE dahulu. Tak lama pun 5 saat je diperlukan untuk sign in.


Sign in di kotak merah
Lepas sign in, baru kita akan menikmati Diskaun dan Tawaran Meleleh dari Bookcafe.


Dah lama cari buku Andrea Hirata Dwilogi Padang Bulan ni. Cari-cari jumpa di Bookcafe siap jimat Diskaun 50% dari harga RM20.00 kepada RM10.00 sahaja. Kalau tak sign in, harga yang ditawarkan adalah kekal RM20.00. Promosi 1 Buku = RM5.00 pun korang tak dapat. Rugi rugi.

Jadi korang. Jom lah shopping sama-sama dengan aku. Shopping di Bookcafe juga boleh kumpul points. Points yang terkumpul boleh ditebus guna semula dalam bentuk voucher. Tapi yang penting jangan lupa sign in dulu sebagai member Bookcafe !

Shopping buku? Beli sahaja di Bookcafe ! di https://bookcafe.com.my/ 







Sign In dan Tawaran Meleleh Bookcafe
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

9 comments

Tulis comments
avatar
January 19, 2016 at 8:13 PM

thanks for the info!lama tak membaca, nak jugak cari bahan berfaedah macam ni

Reply
avatar
January 19, 2016 at 8:23 PM

singgah ~ http://jmbelog.blogspot.my/2015/12/salam-sejahtera-samudera.html

Reply
avatar
January 20, 2016 at 1:01 PM

Wah, murahnya harga buku yang ditawarkan ^-^

Reply
avatar
January 20, 2016 at 10:04 PM

dah lama gier tak baca buku.

*pandang rak buku*

ok dah berhabuk pun rak tu

Reply
avatar
January 21, 2016 at 1:54 AM

saya juga meminati buku dan adnya pembelian buku online lebih memudahkan

Reply
avatar
January 21, 2016 at 9:35 AM

Biasa kalau baca novel sampai tak tidur malam. Lagi-lagi novel jiwang. Boleh la jenguk-jenguk ada tak novel Judith McNaught kat Bookcafe ni.thanx for sharing ye

http://qiyasaad.blogspot.my/2016/01/tarikh-undian-pertandingan-pencarian.html?m=0

Reply
avatar
January 25, 2016 at 3:47 PM

Kalau gitu sila beli buku baru, haha :D

Reply
avatar
January 25, 2016 at 3:48 PM

Novel Malay je yang ada di Bookcafe ni awak. English takde.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+