SweetMuslimah.com

Saturday, January 23, 2016

Kesilapan aku & kesilapan dia

Pengalaman dengan staf Air Asia | Aku terbaca pasal luahan akak ni dalam facebook. mengenai layanan yang agak 'kerek' dari seorang staf kaunter Air Asia. Tapi dalam dapat layanan yang kurang bagus tu, alhamdulillah ada juga yang membantu akak tu. Dah selamat pun akak ni naik flight. Alhamdulillah again. After all, if All will it, it will happen :)

Sepanjang aku berulang-alik Tawau - KL ni, boleh dikatakan 90% penerbangan dengan Air Asia. Satu sebab frekuensi penerbangan Air Asia dari Tawau ke KL lebih banyak berbanding MAS, dan juga harga pun agak kurang berbanding MAS. Tapi tak kisahlah, kau pun asal dapat tiket murah, naik tongkang pun boleh juga kan? Hehehe :p

Semenjak Air Asia beroperasi di KLIA 2, aku rasa dah berjuta-juta gelen air peluh aku gugur terkubur kat situ. Setiap kali balik mesti terkejar-kejar masuk gate. Haha. Padahal abah dah banyak kali pesan suruh keluar awal, tapi selalulah aku lambat siap dari rumah.

Dan kalau siap awal pun, berlegar-legar dalam airport tu dah macam rusa masuk kampung. 50 kali ulang alik airport, 50 kali aku jadi rusa. Rusa jadian saiz dinosaur pulak tu. Pernah sekali aku lambat sampai airport. Pulak tu ada checked baggage. Matiklah bila beratur ramai gilaaaaaa orang tengah queue.

Dengan aku yang tengah terkincit nak kencing, dengan orang ramai. Tiba-tiba pengumuman ke Tawau bagitahu yang gate dah nak tutup. Oii, aku dah la tengah enak beratur kat sini. T_T

Tak lama kemudian, staf kaunter buka kaunter ekspress untuk orang-orang yang gate dia dah nak tutup. Orang-orang macam aku lah, kihkhkih. Merasalah sekejap express line. Ko letak beg, bagi pasport, wallah. Seminit aje hokayyy. Berdesup aku lari masuk Imigresen.

Lepas tu memang merasa betul. Gate K dia bagi aku T_T. Orang selalu kata Gate J agak jauh. Tapi nehi kabhi nehi. Setakat gate J22 tu jauh? Sila lah merasa ke Gate K nun. Tak pun ke Gate untuk international route. Pengsan. Dan situasi aku masa tu merasalah berlari sambil bawa lari 1 plastik besar dan henbeg berat isi novel ke Gate K10. Habis keluar semua peluh jantan, peluh betina, adik peluh, semua keluar. Fuhh.

Gate J jauh? Sila merasa gate K. Lagi best international gate. Bye. Bukan setakat peluh, banjir pun keluar
Rezeki aku, sepanjang-panjang aku buat hal selalu lambat masuk kapal, staf mahupun FA belum pernah marah atau tak bagi aku masuk lagi. Alhamdulillah, jumpa dengan orang yang baik, so kita pun harus balas dengan baik. Nak saya belanja cekelat tak kak? Hehe.

Yang paling best pernah aku dengan family aku 7 orang lambat nak masuk gate. Masa tu Air Asia masih beroperasi di LCCT lagi. Pagi tu, masa nak cari parking, gila kau. Rasa nak putus asa cari parking kosong. Ye lah, nak parking kat tempat dekat dengan terminal. Merasalah semua parking full. Dahlah hari Sabtu. Last-last surender, Parking jauh sikit. Lepas tu rasa nak putus nafas pula berlari beramai-ramai ala marathon masuk gate. Staf kaunter pun kelam kabut tengok kitorang dah lambat gila. "Cepat-cepat, semua orang dah masuk kapal"

Laaaagi lah kau gabra kan brader kaunter ni cakap cenggitu. Masuk Imigresen pun satu hal juga. Abah aku nak kena tanggalkan tali pinggang lah. Tanggalkan jam lah. Fuh. 

Sampai depan pintu gate, tengok-tengok pintu dah tutup weh.. Sedih sangat. Macam mana ni? Dapat tak kitorang pegi Langkawi? Dah lah tiket untuk semua orang aku dengan mak aku yang bayar. Tiket homestay aku yang baayaaaarrrr. Wuwuwuwuwuwu. Menangis air mata darah........

But again. If Allah will, it will happen. Alhamdulillah, staf kaunter depan gate tu benarkan kitorang masuk. Siap hantarkan sampai depan tangga lagi. Dan pakej sekali dengan pesanan mesra "Lain kali tolong sampai cepat sikit ye"

Selalu orang viral pasal benda yang tak elok aje kan? Flight lambat lah, Flight delay lah, staf tak mesra lah. Eh. Benda yang tak elok laju je kan orang nk sebar. Benda yang ok macam layanan yg aku & family aku dapat ni, tak ada pulak pernah orang bagitahu. Staf tolong check in kan even gate dah tutup? I bet ramai yg pernah alami benda ni, Ye tak? Toksah nk geleng-geleng kepala sangat.

Hahaha.

Aku rasakan yg penyakit lambat aku dah merebak. 
Bahaya penyakit ni. 
Spread diseasa.
Jadi korang janga main-main dengan aku.
Kalau tak, aku  hantar penyakit aku dekat kau. Kehkehkehkeh.

Berbalik kepada kes akak atas tu. Kesian dia. Aku baca pun jatuh kesian. Memang salah kita as customer kalau datang lambat ke airport sebab memang dalam boarding pass dah tertulis pukul berapa sepatutnya kita ada dalam gate. Jadi kita boleh calculate siap-siap sepatutnya pukul berapa kita bertolak, dengan ambil kira faktor trafik sekali. Please prepare contigency plan too, in case trafic jam. 

Tapi staf pun please consider. Mungkin boleh dengar dulu penjelasan customer. Kalau dalam kes-kes emergency macam ni, tak kan tak boleh bantu? Boleh kan? Kalau memang tak boleh juga bantu,  the system is closed, mungkin boleh explain dengan cara yang berhemah? Nama pun customer service. Perkhidmatan pelanggan. 

Tapi itulah, nak bercakap lebih. Kita bukan berada disituasi akak tu. Mahupun disituasi staff tu. Kita tak berada di lokasi kejadian untuk lihat sebenar-benar situasi masa tu. Memang confirm ada silap kita, dan mungkin juga ada silap dia. Cuma fikir positif dan ambil yang baik-baik. Buang yang buruk, ambil yang jernih. Dah, jangan nak bermusuh lagi :)

Rilek dulu kita main gelongsor
So, lets shut our mouth dan ingatkan diri sendiri untuk bergerak awal ke airport. Nak- nak pulak lagi sekarang KLIA2 dah serupa shopping mall. Merayau-rayau dalam tu pun best juga. Hehe. Port aku kalau sampai airport awal selalu masuk MPH, Subway, Guardian, Baskin Robbin dengan Jaya Grocer. Dalam Jaya dengan MPH paling lama kut lepak. Kalau MPH tu semua orang tahulah buat apa kan. Ini dalam Jaya, aku pun tak faham kenapa boleh lepak lama sangat dalam tu. Padahal beli air mineral dengan buah je.

Dah, cuma nak bagitahu ini. Make sure bergerak awal ke airport. Punctual untuk kejar flight time kita sendiri. Tapi aku yakin pembaca blog ni pun dah tahu kenapa perlu gerak awal. Kan :)
I learnt my lesson well.
Dan aku harap korang pun x buat macam apa yg aku buat.
Sebab aku dah selalu lambat.
Terkejar-kejar.
Aku dah tahu dah rasa dia. 
Penat T_T 



Beli Kain Batik Songket Sarawak / Borneo Murah?



Kesilapan aku & kesilapan dia
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
January 23, 2016 at 2:55 PM

bila lmbt mula la jadi penat..heheh..pling tak best tgn jadi sejuk je..

Reply
avatar
January 23, 2016 at 7:59 PM

Iya sian kat kakak tu.
Anyway, dok tawau eh?
saya pun dok tawau sebelum ni...almost 10 years di sana
sebelum balik kampung :-)
BTW, salam perkenalan :-)

Reply
avatar
January 26, 2016 at 3:24 PM

lain kali, tolong cepat sikit ye :)

Reply
avatar
January 27, 2016 at 12:22 AM

Zumal kalau nak naik bas pun 30 minit awal melepak kat stesen bas. Hehe ^-^

Reply
avatar
February 1, 2016 at 12:13 PM

rezeki masing2 juga kan namanya

Reply
avatar
February 1, 2016 at 12:14 PM

klia2 memang besar. kalau guna klia2 make sure ada masa yang panjang sebelum sampai tu. tapi kes2 kecemasan we wouldnt know kan

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+