Thursday, December 29, 2016

Cashout Nuffnang Terakhir 2016

December 29, 2016 0 Comments
Cashout Nuffnang Terakhir 2016 | Hari ni dah 29 hari bulan rupanya. Cepat betul dah nak habis bulan Disember. Lagi cepat rasanya tahun 2016 ni menghampiri penghujung. 

Azam 2016 ni banyak tak tercapai lagi. Sadis jugak rasanya. Haha. Tapi azam untuk cashout Nuffnang ni setiap bulan ada. Duit punya pasal kan? Kihkihkih. Jadi, dah hujung-hujung bulan ni cashout Nuffnanglah, ape lagi.

Cashout Nuffnang Disember 2016

Tengok tahap keberanakan Nuffnang ni sedih pulak sekarang. CPUV ada jugak berderet, tapiiiiiiii........ hmm. Bulan ni kira lepaslah buat beli tayar kete sebijik. Jadilah nak. Ko pun update blog sebulan 5 kali je, ada hati nk suruh dia beranak pinak pulak?

Nak jadi blogger tegar katanya, tapi malas. Hampeh.

Cashout Nuffnang Disember 2016

Macam biasa, kalau nak cashout Nuffnang, better cashout hujung bulan tersebut disebabkan Nuffnang hanya akan proses permohonan cashout dalam masa 30 hari dari tarikh terakhir bulan tersebut. Kalau korang cashout pada 15 hb contohnya, Nuffnang hanya akan proses permohonan tersebut selepas 30 atau 31 hb dan masa untuk permohonan diproses sehingga cek dihantar ambil masa 30 hari dari tarikh tersebut.

Bayangkan berapa lama korang nk tunggu cek tu kalau cashout awal?

Cashout Nuffnang Disember 2016
Akaun Nuffnang dah kembali ke RM 0. Mari mulakan berkempen untuk naikkan amaun Nuffnang semula! ☔

Dah kenapa ada payung teduh hujan pulak? :D

Thursday, December 15, 2016

Kad Nama Percuma dari pixajoy.com.my

December 15, 2016 0 Comments
Kad Nama Blogger Pertama PERCUMA dari Pixajoy | Dah lama sebenarnya nak buat kad nama khas blogger ni. Dari awal tahun hari tu. Tapi terfikir-fikir je lah. Buatnya tak, haha :D. 

Tapi baru-baru ni asyiklah tengok kawan-kawan ni buat kad baru. Buat dengan Pixajoy sebab Pixajoy buat promo PERCUMA kad nama, dengan syarat ko bayar harga untuk postage je lah. Jadilah kan, bayar harga Postage tak sampai RM10 pun. Murah sangat. Lagi nak tambah cerita, baru-baru ni dah start berani attend event. PR bagi kad kita balas dengan senyuman je. Blogger bagi kad, pun aku tayang gigi je. Gigi [utih berseri berkilat  takpe jugak. Hampeh. Perlu juga kad ni eh?

Jadi, minggu lepas aku pun laju tempah Kad Nama Blogger ni di Pixajoy. Ambik yang PERCUMA je sebab baru nak try test tengok laku ke kad aku nanti. Haha. Mana tahu dah siap buat, tapi lepas tu simpan buat pekasam Cik Kiah, naya je. Kahhhhh.


Kad Nama Percuma dari Pixajoy

Sampai dah kad aku.

Kad Nama Percuma dari Pixajoy

Sekarang Pixajoy offer FREE name cards yang boleh customized nama dan gambar kita sendiri. Tetapi OFFER ini hanya terhad kepada 50 set setiap hari. Biar aku shhare apa beza pilihan name cards FREE dan PREMIUM untuk korang ye.

Kalau pilih yang FREE / PERCUMA. Macam biasalah ada kekuranganya, salah satunya dari segi kad dicetak pada muka hadapan je. Muka belakang kosong. No printing. Dan pilihan template terhad. Tapi pada aku template yang ada pun agak menarik. Dan yang aku pilih pun, yang simple je. Ok lah. Janji sampai tujuan nak share sosial contact aku. 

Customized Template atau kad berbayar pulak lebih banyak pilihan template dan boleh print depn belakang. Tapi untuk kedua-dua pilihan (FREE / CUSTOMIZED) Nak edit masukkan gambar muka korang pun boleh. Jangan syok sendiri masukkan muka korang penuh-penuh sudah, haha :D

Kad Nama Percuma dari Pixajoy

Follow diskaun dan promosi terbaru Pixajoy di:




p/s: Pixajoy tengah buat promo 93% diskaun untuk Photobook. Tinggal 7% je kena bayar. Tertarik tak?

Kad Nama Percuma dari Pixajoy







Friday, December 9, 2016

Kad PEDULI SIHAT Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga

December 09, 2016 0 Comments
Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga | Hai. Berita gembira lagi untuk warga Selangor dengan pengumuman terbaru Menteri Besar Selangor di laman facebook beliau. Selepas Bas Percuma Selangorku dilancarkan kepada orang awam, kini rakyat Selangor bakal menikmati kemudahan Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor dimana pemegang kad layak menikmati rawatan / perubatan di klinik berdaftar berhampiran rumah masing-masing. Dan dijangka seribu klinik swasta seluruh Selangor akan mengikuti program ini.

Warga Selangor sangat dialu-alukan untuk mendaftar KAD PEDULI SIHAT SELANGOR ini. Ianya PERCUMA dan hanya terdapat di SELANGOR!

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga
sumber gambar: facebook

Syarat & Kelayakan Memohon Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor:

1) Warganegara Malaysia
2) Lahir di Negeri Selangor / telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3) Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani permohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian (BORANG PERMOHONAN) atau boleh didapati di pejabat ADUN berdekatan.

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga; Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga; Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
Borang Permohonan Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor

KATEGORI A (KELUARGA):
- Untuk suami dan/atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50.00 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang         akaun utama)

KATEGORI B (INDIVIDU):
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50.00 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang         akaun utama)

Untuk pertanyaan lanjut, mohon layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi 03-20893911

SAKIT BELAKANG? LENGUH BAHU?


BIOBAX COOL THERAPHY adalah FAST RELIEF SPRAY yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja! Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit sengugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout, contraction, slip disc. 

🔆RM80 (sm) termasuk postage untuk 1 botol. 
RM150 (sm) termasuk postage untuk 2 botol.
.
Berminat untuk beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0166384890 (Shahira)


Thursday, December 8, 2016

Berbelanja dan Dapat Cashback dengan ShopBack!

December 08, 2016 0 Comments
Berbelanja dan Dapat Cashback dengan ShopBack! | Suka tak kalau kita berbelanja / online shopping kita boleh dapat pulangan tunai atau cashback hasil dari pembelian kita tadi. Shoppinglah apa benda pun, kita dapat cashback. Baik dari isian semula / topup handphone sampailah ke pembelian kosmetik dan pakaian! 

Kalau sebelum ini konsep cashback ini banyak digunakan untuk pembelian melibatkan kad kredit. Jika penggunaan kad kita mencapai sesuatu had, cashback akan diberikan semula ke dalam akaun kad kredit tersebut. Dan setakat aku pakai kad kredit sehingga ke hari ini, belum pernah lagi aku nikmati cashback! Nak buat macam mana kan kalau sebulan sekali je guna. Haha.

Tapi, kalau tak berpeluang untuk nikmati cashback kad kredit, jangan sedih kerana kita PASTI boleh menikmati cashback sekiranya menggunakan perkhidmatan ShopBack!

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

BERBELANJA MELALUI SHOPBACK

Beribu pejabat di Singapura, ShopBack juga mempunyai pejabat serantau yang beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan, ShopBack juga adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli-belah online di Asia Tenggara sejak September 2014.

Dengan pasukan khusus lebih dari 85 orang yang berpengalaman luas dalam industri e-dagang, ShopBack telah berjaya menonjolkan kehadirannya di lima rantau pasaran tersebut, dengan pelan untuk meluaskan kedudukannya di peta serantau di masa akan datang.

BAGAIMANA SHOPBACK MEMBERI GANJARAN KEPADA PEMBELI

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,


ShopBack menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak, baik pihak penjual (merchant) dan pembeli (customer) dengan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pembeli apabila mereka membeli-belah di lebih 1,000 stor online.

Apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman ShopBack, penjual online akan mendapat keuntungan hasil dari pembelian tersebut, dan akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian ShopBack pula akan berkongsi komisyen tersebut dengan pembeli yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.

DAFTAR SHOPBACK UNTUK NIKMATI CASHBACK!

LANGKAH 1: Pilih dari 500 online merchant yang disenaraikan di laman ShopBack

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Langkah pertama perlulah mendaftar akaun ShopBack. Boleh pilih untuk menggunakan akaun facebook atau email. Selepas pendaftaran akaun baru ShopBack berjaya kita dah boleh melayari laman ShopBack dan memilih merchant. 

ShopBack juga telah memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan merchant mengikut kepada beberapa kategori. Pembeli boleh memilih kategori seperti Fashion, Travel, Food & Beverage, Electronics, Lifestyle dan sebagainya. 

LANGKAH 2: REDIRECT KE LAMAN MERCHANT

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Selepas selesai memilih stor/merchant, klik "Shop Now" dan kita akan dihantar ke laman rasmi stor yang dipilih tadi. Di situ, kita hanya perlu membuat transaksi jual beli seperti biasa.

LANGKAH 3: DAPAT CASHBACK

Selepas pembayaran selesai di laman rasmi stor pilihan/merchant, kita akan dihantar kembali ke laman ShopBack. Satu popup akan terpapar untuk memberitahu transaksi kita berjaya. Cashback hasil pembelian tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack dalam masa beberapa hari. Setelah amaun yang terkumpul mencapai tahap boleh ditebus, cashback tersebut boleh ditebus dalam bentuk wang tunai dan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan kita.

DENGAN TOPUP PUN BOLEH DAPAT CASHBACK?

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Hah, pelanggan prabayar bolehlah dapatkan topup di ShopBack. Setiap kali kita tambah nilai, kita boleh dapat 12% cashback! Kumpul banyak-banyak, dapatkan tempahan atau tawar diri untuk beli topup untuk kawan-kawan atau keluarga. Cukup masa, dah boleh dapat wang tunai semula dimasukkan ke dalam akaun kita. Untungkan?

SUKA MELANCONG?


Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Musim cuti sekolah ni mesti banyak perancangan nak bercuti, melancong dengan keluarga dan kawan-kawan kan? Jom aku share tips power untuk bercuti, berjimat dan dapat cashback semula, all in one dengan ShopBack ni! Biasa kita tempah hotel menggunakan aplikasi seperti agoda / booking.com / Expedia / Hotels.com untuk dapatkan perbandingan harga hotel terbaik kan? Hah, kalau masuk dari laman ShopBack, kita boleh nikmati sehingga 9% cashback / pulangan tunai semula ke dalam akaun. 

Jimat sebab ada perbandingan harga bilik hotel, dapat pula pulangan tunai. 

Menarik tak?

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Alami sendiri kemeriahan ShopBack di:
https://www.shopback.my/mobile-apps (download di telefon bimbit)




Tuesday, December 6, 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?

December 06, 2016 0 Comments
Apa Yang Menarik di MAHA 2016? | Apa yang menarik di Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism 2016 (MAHA 2016) di MAEPS Serdang ni? Memang soalan ni bermain-main di fikiran aku sebab apa orang ramai suka nau pegi MAHA ni. Tetiap tahun buat, tak pernah tak jem jalan. Sentiasa jem. Tanya mak aku pun kata dia pernah je pergi. Tanya sepupu sepapat aku semuanya dah pernahlah jugak pergi. Aik. Tinggal aku sorang je ke yang sepanjang-panjang MAHA ni dibuat, dah beberapa tahun ni langsung tak pernah pergi? Ketinggalannnnn zaman! Kah!

Itu sebab semalam 'tercuti', terus ajak mak and adik aku pergi MAHA 2016 kat MAEPS Serdang nun. Dekat je dengan rumah aku, dalam setengah jam perjalanan je (plus jem). Sebelum ni aku tahu MAEPS ni depa guna buat tapak lokasi Konvokesyen Kolej Komuniti je. Haha. :D

So semalam yakin gila tak guna waze nak ke sini. Poyo sangat, sampai boleh tersesat masuk IOI Mall, kahhhhhhhh. Lepas tu pusing, tersalah masuk simpang ke Putrajaya pulak. Pusing lagi! Tersalah masuk highway bertentangan arah pulak! Hadoiiii. Pandai ke tak pandai drive + tengok Waze ni? 

Akhirnya baru berjaya jumpa jalan ke MAEPS. Kahhhhh. Memalukan untuk mengaku warga Kajang, tapi sesat kat Serdang. Boooo!

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Nak masuk cari parking kat dalam ni pun satu hal. Ingatkan datang weekdays ok, tak jugak. Jem jugak T_T. Lupa pulak sekarang dah start cuti sekolah. Patut mak pak eh ramai manjang bawak anak berjalan. 

Kawasan parking dalam MAEPS ni banyak dan besar. Ada yang dekat dengan lokasi MAHA, kira ko jalan sikit dalam 5 minit dah sampai. Ada yang agak jauh (macam kawasan parking yang aku park kereta semalam). Berjalan dalam 10 minit jugak. Boleh pilih mana nak parking ikut kesukaan ko. Ada certain kawasan parking diorang block if kawasan tu dah penuh (biasanya yang dekat-dekat dengan lokasi MAHA). Nasib badan. Itu yang dinasihatkan pakai selipar jamban je, atau kasut flat. Ko nak pakai heels boleh. Tak ada masalah. Dapat parking kawasan dekat dengan pintu masuk ok lagi. Kalau parking jauh? Menapaklah ko.

Baik ko patahkan tapak heels ko tu, hehehe.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Aku masuk dari pintu utama yang kawasan bas untuk ambil penumpang tu. If datang naik KTM turun kat Serdang, akan ada shuttle bas diantara KTM Serdang tu dan MAHA 2016 ni. Rasanya ramai jugak yang naik shuttle bas sebab barisan panjang. Tapi bas banyak dan masa beratur pun sekejap. Dunt worry.

Masuk-masuk je lepas bas nampak stall makanan dalam lori ni. Banyak jugak pilihan. Harga pun boleh 'tahan'. Biasalah event-event besar macam ni, harga agak mahal (pada aku lah). Tapi apa kisah, tetap jugak membeli belah, makan asalkan kenyang. Hehe.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Gulai kawah kambing. Pakej sekali dengan nasi putih. RM10.
Kambing empuk. Gulai kawah a bit tawar. Takpe dimaafkan. Sebab even tawar tapi sedap jugak makan dengan sambal belacan tu.

Banyak lagi stall kat sebelah sana tu. Memang banyak, kiranya korang tak payah risau kalau perut lapar. Banyak gila stall, tak payah berebut. Kerusi meja je kena berebut. Haha.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Dah kenyang lets goo memulakan pengembaraan.
Kawasan pertama adalah Castle of Fruit.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Masuk je rupanya ada chef tengah buat demo masak.
Tak kenal pun chef ni. Soriii, haha. So terus masuk je kelebet sayur and buah.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Tak banyak sangat pun pilihan sayur kat dalam ni T_T
Siap terdengar ada orang cakap banyak lagi sayur kat pasar malam! Haha. nasiblah.

Dalam ni mak beli jambu air dengan kobis je. Jauh menapak itu je mak beli? Ish ish.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Tak lama lepas tu bising 1 khemah. Menjerit kakak-kakak dalam ni. Abang-abang yang jaga booth pun tersengih. Sebab apa?

Rupanya Kak Lina PomPom datang lah!

Elly Mazlien datang, semua semangat datang depan pentas nak ambik gambar. Chef pun jadi extra semangat nak masak cokodok, haha :D. Kecik comel je Elly ni okay. Slim melim lagi. Suara pun lembut alahai. Aku yang dengar ni pun cair.

Hujung khemah nak menghala ke khemah nursery ada durian. Semerbak je bau durian dari mula-mula masuk. Ramai jugak yang ambik peluang makan durian dalam ni. Harga tak berapa sure, sila pastikan sendiri.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Taraaaaaa. Banyak gila anak pokok, baik dari pokok bunga ke pokok buah. Harga pun boleh tahan murah. Thats why aku nampak ada orang beli anak pokok ni banyak-banyak. Untung siapa yang rumah ada tanah nak tanam pokok. Beli anak pokok rambutan gula batu, takpun mangga harum manis. Peh. 

Tapi sayangnya rumah aku rumah taman. Tanah yang ada pun habis dah semua kena simen. Mak berkenan kat anak pokok petai. Puas aku bantai gelak, banyak-banyak pokok, petai jugak yang diberkenan? Hahaha :D. Ada banyak anak pokok, misai kucing, durian belanda, durian musang king, bunga macam-macam jenis bunga. Segala jenis anak pokok yang ko tak pernah jumpa pun ada kat sini. Rambang mata. Memang best kalau ada tanah kampung ni, boleh tanam macam-macam.

Tapi tak beli apa pun kat sini. Tanah takdok. Kalau tanam pokok petai dalam pasu agak-agak hidup tak petai tu? Hm.

Lepas tu kitorang sambung berjalan sekeliling gerai buah. Haaaa, buah kat sini banyak pilihan. Paling banyak gerai nenas MD2, rupanya sekarang memang MD2 femes eh? Lebih manis, kurang rasa pedih sebab mata nenas tajam tu dan lebih juicy. Seriously, kalau korang sama macam aku, first time datang MAHA, korang patut cari nenas MD2 ni. Aku dah telan. Manis gilaaaaa. Sedap! Dan makan banyak pun lidah tak pedih. Air nenas je tak sempat try.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Larat lagi nak berjalan?

Kita naik bahagian atas pulak. Nampak dewan bumbung biru tu? Haaa, kawasan tu pulak kita nak jelajah. Bahagian atas ada banyak lagi kawasan untuk diterjah, dan semestinya ada banyak lagi aktiviti boleh dibuat. Kan korang banyak berjalan kan? Sekali lagi diingatkan pakai kasut yang selesa, flat shoes kalau boleh. Dan bawa juga payung. Sometimes it could be scorching hot. Malaysia kan? Hehe.

Dewan A, iaitu dewan pertama yang korang akan jumpa di sebelah kiri. Dalam dewan ni ditempatkan booth pameran FAMA, Agro Bank (Penaja Utama) dan booth universiti dan agensi awam lain. Dalam ni jugak ada ruangan aktiviti untuk keluarga. Masa aku datang kebetulan ada honey bee baru nak keluar, tak sempat sampai pentas dah kena kerumun budak-budak nak ambik gambar. Nasib kau lah bee. Oh ye, tak cukup duit nak shopping kat atas ni ada ATM Agro Bank. 

Next dewan tak terjah. Terus masuk Dewan D. Sebab dalam ni ada Festival Makanan! Wahahahaha. Datang MAHA 2016 sebab nak makan je rupanya! Kahhhhhh.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Ada banyak booth jual makanan dalam ni. Lebih selesa untuk family yang ramai sebab kerusi meja lebih banyak. Antara yang aku nampak ada kat bawah ni, Pau Cendawan Viral, Ana Ikan Patin, Char Kuey Tiaw. Banyak lagi tak sempat kelebet sampai hujung. Tapi sebab dah makan kat luar tadi, kat sini tak makan dah.

Overall, tujuan utama ke MAHA 2016 sebab nak berjalan dan cuci mata tengok MAHA je. Aktiviti lain selain dari yang aku cerita kat atas ni tak tercapai lagi. Nampak gaya macam kena ulang datang lagi ni, haha. 

Sebelum balik, kena bayar RM5/kereta untuk bayaran parking. Motor RM2/motor. Ko parking jauh, menapak jauh. Still kena bayar RM5. Sooooo, make sure ko cari tapak parking yang dekat dengan pintu masuk. Berbaloilah dengan bayar RM5 tu kan?

Apa pula yang menarik di MAHA 2016 pada korang?



Monday, December 5, 2016

SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!

December 05, 2016 0 Comments

SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!


SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!

Hai. Jika anda adalah seorang yang ingin berkongsi dan memanfaatkan kemahiran dan bakat penulisan kepada jaringan pembaca yang lebih meluas, jangan risau kerana pencarian dan penantian anda sudah tiba ke penghujungnya! Ini kerana ZALORA ingin menjemput anda untuk menyertai komuniti terbaru dan menyumbang sebagai penulis majalah digital mereka.

Majalah ZALORA ZCOOP adalah online fashion blog dimana anda boleh menyumbang pelbagai artikel bermaklumat untuk pelbagai topik! Ye, pelbagai topik mengikut kepada kemahuan anda! Pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, pelancongan, karier, kecergasan, perhubungan mahupun hiburan dan anda boleh berkongsi segalanya dengan lebih ramai pembaca, semuanya di ZCOOP.

SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!

Ini semestinya peluang terbaik buat penulis yang ingin berkongsi idea kreatif mereka ke suatu tahap yang lebih tinggi. Ini kerana sejak Mac 2015 lalu, laman sesawang ZALORA telah mencatatkan lebih 3.7 juta pengunjung! Pastinya peluang keemasan untuk menyertai pasukan ZALORA sebagai penulis bebas dan mendapat kredit dari hasil penulisan kreatif anda tidak patut dilepaskan! 

Dan untuk menambah perasaan bangga, bayangkan perasaan puas tersebut apabila artikel penulisan anda diterbitkan di majalah digital e-dagang terkemuka di Asia. Peluang terbaik bukan?

SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!

Berminat untuk turut serta dalam projek menarik ini? Anda hanya perlu menghantar artikel berkaitan dalam pelbagai topik ke Editor-In-Chief Majalah ZALORA ZCOOP Malaysia, Aini di nurul.aini@my.zalora.com bersama pengenalan ringkas diri (dalam 1 perenggan) dan topik yang ingin dibincangkan. Paling menarik, anda boleh memilih untuk menulis didalam Bahasa Malaysia atau English.

Email artikel anda dalam format: [NEGARA] [KATEGORI] - [TAJUK] - [NAMA PENULIS]. Sertakan artikel yang ditulis di bahagian body email (sebagai contoh: 400 patah perkataan untuk artikel berkategori pelancongan) dan boleh sertakan juga beberapa contoh penulisan lain (sekiranya ada). ZCOOP akan membuat penilaian kesesuaian artikel tersebut dan pastinya anda akan mendapat jawapan dari ZCOOP secepat yang mungkin!

Berminat?

Hantar sahaja artikel anda ke alamat email di atas!

Friday, November 18, 2016

Puas Hati Tengok Movie Dengan Iflix Percuma Digi

November 18, 2016 0 Comments
Hai. Dah lama sebenarnya aku bersama dengan Digi ni. Sejak dari sekolah menengah lagi tahun 2005 weh sampai sekarang. Cuma tengah-tengah tu ada lah jugak curang, lepas tu bercerai, curang cerai. Tukar MNP ke telco lain lah kadang-kadang bila tengok telco lain macam Celcom bagi pakej internet syok. Kahhhhhh.

Tapi akhirnya kembali juga ke Digi baru-baru ni (taklah baru sangat. Dah nak masuk setahun pon). Mula-mula ambik pakej yang 10G RM80 tu. Kiranya masa tu tengah femes Maxis bagi data sikit tapi harga mahal! Berbondong-bondong pulak lepas tu Digi dengan Celcom bagi 10G data plan sebab Maxis tengah kecoh. Aku pun apa lagi, dah diorang offer kita rembat ah 10G tu. Haha.

Tak sure terbaru, atau aku yg terbaru tengok. Latest diorang bagi 20G pulak dengan harga lebih kurang sama. Kira ko update pakej dari 10 ke 20G. Katanya limited edition, terus deras aku berlarian bercanda di tepian Digi Store semata nak tukar plan. Gila betul mainan Telco Malaysia sekarang. T_T

Tapi sebenarnya bukanlah aku nak bercakap pasal Digi. Mukadimah panjang cerita sebenarnya nak cakap yang hari tu dulu aku ambik pakej Digi, diorang bagi FREE langganan Iflix untuk setahun! Saja je tau-tau aku suka tengok movie, heeeee :D Suka ada Iflix sebab boleh tengok movie atau drama on the go. Tambah-tambah kalau dapat wifi free macam kat airport, korang pepaham je lah kan. Lagi 1, even guna data pun, streaming video lancar & tak tersekat. 1 point utk Iflix.


Ada banyak genre. Setakat ni suka tengok movie action je. Seminggu yang pertama aku pulun tengok Minority Report, Avengers, Captain America, Italian Job dan entah movie macam-macam sampai naik muak. Haha. Ada banyak lagi pilihan movie. 


Latest drama tu tak tengok pun. Entah dah season berapa tak sure sama tak macam dalam TV ke tak. Tapi dalam Iflix ni ada drama khas yang ada dalam Iflix je. Exclusive katanya. Only on Iflix.




Dalam ni jugak boleh jumpa drama-drama lama macam Friends yang dah tak ulang tayang kat tv tapi best. Suka Friends ni. Dulu tengok setiap episod kut, hehe. 



Merlin full season sampai season 5. Tak khatam lagi. 

Selalu aku tengok waktu malam kat rumah atau masa break kat ofis. Sejam tu sempatlah 3 atau 4 movie. Ekeke. Baru-baru ni travel lama sangat kat airport tunggu flight yang delay tu sampai kematu punggung. Layan Iflix je ah kejenya. Nak borak takde geng T_T

Nak download Uflix boleh download dari Playstore / Apple Store. Pengguna Unifi pun ada dapat free 12 bulan langganan kan? Untunglah, dah lah intenet laju. Buat bisnes jual CD pun syok jugak, hehe. Ala-ala masa aku kat uni dulu tahun 2007-2010, masa tu penjualan CD drama-drama ni memang sangat femes. Tak sure sekarang femes lagi jual CD drama tu lagi ke tak. Dulu aku gila support cetak rompak tu sebab murah weh. Drama Korea kan selalu panjang-panjang dan lama nak pengsan episod dia. Diorang boleh jual bundle gitu 1 drama 3 CD dalam RM20 gitu. Gila tak terpedaya membeli? Haha.

Ok, gurau je. :D

Setakat dah ber-Iflix ni, banyak gak drama US best dah khatam. On the way ke Tanjung Piai dalam van 3 jam sepanjang jalan tu aku layan Iflix je. Siap kena perli dengan kawan aku "Ira ko asyik layan cerita perang je. Cubalah ko layan cerita romantik. Baru ada idea nak jadi romantik".

Ceh.

Tapi kalau ada Iflix korang kena layan drama ni weh. Serius best 

100
The Last Ship
Merlin

Itu pun kalau ada Iflix lah ye, hahahaha :D. The Last Ship tu ada 3 season. 100 2 season. Merlin 5 season. Hah, mahu muntah darah ko nak habiskan! :D But fret not, boleh je tengok Iflix kat PC, daftar PERCUMA dan boleh nikmati tempoh percubaan selama sebulan PERCUMA. Kalau lepas sebulan tu rasa nak langgan Iflix, bayar RM8/bulan je. Tapi kan. Kalau nak teruskan langganan free tu, ko register je akaun baru guna email lain. Tapi valid sebulan je lah. Pandai-pandailah korang ye, Hehehehe.

Ok nak sambung tengok drama lain pulak. Bye!

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+