Wednesday, December 23, 2015

Menerjah Kota Kinabalu melalui Banjaran Crocker yang menakjubkan !

December 23, 2015 10 Comments
Minggu lepas aku dan kawan-kawan ke Kota Kinabalu lagi. In fact actually, majoriti dari warga kolej yang pergi sebenarnya, haha untuk family day. Oleh sebab budget tight, tapi nak juga bercuti beramai-ramai, duit Kelab Staf dan tambahan RM50 hanya mampu untuk menampung bayaran hotel dan dinner. Perjalanan ke Kota Kinabalu?

Suka hati nak drive atau naik flight. Ikut budget sendiri juga, lebih jimat memandu sebab kita boleh berkongsi ramai-ramai. Selain dari itu juga ini pertama kali nak lalu jalan kedua ke KK. Jalan Kalabakan melalui Banjaran Crocker tu ! Once in a lifetime kut ! Kahkah. Kena try laluan ni sebelum pindah balik semenanjung. Jadi, tak nak lepaskan peluang, jom kita merantau berkonvoi !

Ada 2 laluan utama dari Tawau ke KK. Jalan utama dan menjadi kebiasaan adalah melalui Tawau - Lahad Datu - Kinabatangan - Sandakan - Ranau - Kundasang - Kota Kinabalu. Lebih banyak kenderaan sebab melalui bandar-bandar utama. Banyak tempat persinggahan untuk avid traveller dan tourist. Ada yang kata laluan ini mengambil masa yang lebih lama dan agak jauh tetapi selamat untuk perjalanan malam. Lagi satu sebab utama laluan ni adalah untuk ke Ranau - Kundasang. Itu yang best.


Another road, which is yang kitorang pilih pula melalui Tawau - Merotai - Umas - Kalabakan - Sepulut - Keningau - Banjaran Crocker - Kimanis - Kota Kinabalu. Lauan ni agak dekat dan kalau yang naik kenderaan 4WD, masa perjalanan lebih banyak dapat dijimatkan. Tetapi tetapi tetapi kawan-kawan. Ada tapi ya !

Satu yang agak bahaya untuk laluan ini kepada kenderaan kecik macam kami (Myvi), keadaan jalan yang banyak berlubang-lubang dan tidak berturap (almost 6%) membuatkan perjalanan malam agak bahaya. Kebanyakan masa akan melalui kawasan hutan yang tidak mempunyai liputan line telefon ! 

Okeh. Macam horror ke? Haha. Thats why agak bahaya dan dinasihatkan untuk bergerak secara dalam berkumpulan. Buat yang dah terrer dan biasa dengan laluan ini, tak jadi masalah. Trep trep lagi tu sama siurang. Ceissss T_T

Jum kita bergerak !

Bulatan Check Point Kalabakan.

Perkhidmatan jualan minyak ada disediakan dan juga tandas berbayar RM0.30. Dinasihatkan untuk isi full tank sebelum memulakan perjalanan. Isi minyak di Tawau lah. Ini biasanya jadi tempat favourite untuk ke tandas (ehem-ehem) dan isi minyak. Biasanya kereta dari arah KK yang banyak singgah. 

Sampai Bulatan Check Point Kalabakan selepas sejam setengah perjalanan. Baru sejam setengah ok. Ada lagi 5 jam ! Jangan minum air banyak. Nahas nak menahan pundi-pundi kencing T_T

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !
Berhenti sebentar di Pintu Masuk Lost World of Sabah, Maliau Basin

Maliau Basin telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 meliputi  390km persegi kawasan hutan dara yang mempunyai ekosistemnya yang tersendiri, tidak pernah didiami dan diterokai oleh manusia. Bila berkata mengenai Hutan Simpan Kelas 1, tentulah Maliau Basin menawarkan pelbagai tumbuhan dan hidupan yang rare and endemic yang menunggu untuk diteroka dan didokumenkan. Memang ramai pengkaji hidupan dan tumbuh-tumbuhan yang suka datang ke sini. 

Agak ketat syarat yang perlu dipatuhi untuk masuk ke sini. Harga pun agak mahal, sesuailah dengan apa yang ditawarkan. Boleh rujuk di http://www.maliaubasin.my/.

Selepas Kalabakan, line telefon mulai lemah. Dengan keadaan jalan yang kurang memuaskan disesetengah tempat, ada kereta yang tertinggal jauh.Jadi, kami berhenti untuk menunggu kereta putih ketiga sampai.

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Berhenti di RnR lagi. Kali ini RnR Maliau Basin.
Disini ada tandas FREE dan juga kedai untuk makan-makan dan solat. Tapi jangan expect RnR ini macam RnR PLUS kita di semenanjung tau ! Sebab.....

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Ini tandas dia.
Luar nampak macam gerun, dalam ok lah. Bolehlah kalau nak lepas hajat menahan berjam perjalanan  tu, hiks :p .Bersyukurlah nak ada juga kemudahan di tengah - tengah perjalanan ni. :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Dah naik Banjaran Crocker. Nampak hijau je pemandangan dan sekeliling mulai diselimuti kabus. Kalau ikut jalan Kalabakan - Sepulut - Keningau - Kota Kinabalu melalui Banjaran Crocker, kita tak akan dapat pemandangan yang sama macam di Ranau-Kundasang. Tempat peranginan tanah tinggi macam di Ranau pun tak ada. Yang ada hanyalah kehijauan hutan yang amat nyaman dan berudara segar. But the scenery very very very breathtaking. Ya Allah cantik gila. Aku menganga je sepanjang perjalanan. Serius, gorjes weh atas ni. 

Ada tempat untuk berhenti (kedai makan, tempat berehat dan tandas) di Puncak Banjaran Crocker. Dan sebenarnya sepanjang perjalanan ada je tempat persinggahan yang menawarkan makanan dan kemudahan berehat. Jangan risau kalau tengah-tengah jalan nak poo-poo. Dunt worry, hehe :D. 

Masa pergi kami tak singgah, on-the-way balik singgah di Puncak banjaran Crocker. Minum Kopi Tenom disini paling syiok bah. Kau kena singgah ok. Kopi Tenom dia pekat likat, peh. Heaven ! Abe bawak motor besar pun selalu singgah berehat barang sejam dua disini. Tapi story ni dalam next entry ok :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Kabus tebal tapi tak sejuk. Pelik juga, rasanya dah tinggi ni, tapi tak sejuk pun? Ingatkan dah boleh gigil-gigil tahan sejuk macam kat Ranau-Kundasang. 

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Nampak kabus tebal tu? Tapi serius tak sejuk sangat. Dia rasa nyaman macam tu. Tapi aku cakap kat korang, memang best gila lalu sini. Even pemandangan penuh hutan belukar je, hehe :D. Rugi duduk Sabah tapi tak pernah lalu dan saksikan pemandangan menakjubkan ini. Sabah penuh dengan keajaiban dan keindahan tau ! 

Sepanjang perjalanan, ada juga melalui kawasan perkampungan dan juga estet-estet kelapa sawit. Aku terfikir, macam mana diorang dengan line telefon yang agak lemah hampir kepada tiada? Macam mana nak berhubung? Ini rahsia yang tak habis lagi dicarigali ! 

Menuruni Banjaran Crocker, cerun bukit ada sehingga 19 darjah. Memang kereta turun laju dan kena pandai mengawal stereng dan brek. Oleh sebab kami import kawan Sabahan yang memang terer dan biasa lalu jalan ni, Alhamdulillah, selamat brek tak berasap. Tapi sepanjang turun tu, memang kecut perut habis. Adventure beb, adventure :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menghampiri jambatan untuk ke Keningau. 

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Singgah Solat Jumaat dulu kat sini.
Masa ni dah pukul 2.00 petang. Tahan lapar menggigil dalam kereta. Cepatlah sampai KK. Nak pergi Tanjung Aru..

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Sampai KK bersama hujan renyai-renyai. Pengembaraan bersambung pula di Tanjung Aru nanti. 
Stay tune :)
Bye !



Tuesday, December 22, 2015

Susahnya jadi cikgu BM

December 22, 2015 18 Comments
Hi.


Tak habis lagi nak bercakap pasal isu shortform. Walaupun sebelum ni dah bermacam-macam diviralkan kesan penggunaan shortform dalam kehidupan seharian macam di SINI, dalam whatsapp atau text message, tapi aku rasa ok lagi. Aku boleh terima lagi kalau setakat shortform yang betul-betul short tapi aku faham. Peduli apa aku kalau kauorang tak faham. Haha.

Tapi rasa tertampar pulak tadi bila bersembang dengan kawan. A friend of mine tanya, kenapa nak message guna perkataan penuh? Instead of using 'yang' dalam text guna je 'yg'. Pendek tapi masih orang faham, kan? 'Aku' dipendekkan jadi 'ak'.

Huh. Aku macam. Ok. There's nothing wrong kut? Ye lah. Sebab penyebab bermulanya shortform ni sebab kita nak jimat space masa hantar text kan? I mean dulu-dulu zaman tok kaduk sebelum kewujudan pengggunaan internet secara meluas, ada henpon buat baling anjing, nak hantar text message mahal wooo. Tu yang sekali hantar 1 text, compress everything sekali.

Tapi sekarang ko guna whatsapp & telegram kut. Dah tak perlu kira berapa butir perkataan pun. Suka hati lah berapa juta perkataan, berapa juta hantar. Yang penting bulan-bulan ko bayar internet subscription. Settle.



Ini bukan shortform. Ini memang bahasa student aku. Haha.
Bertahun juga aku nak memahamkan butir perbualan ni. Ada sikit shortform + sabahan sleng. 

Tapi aku faham sebab kebanyakan yang bergelar student mesti macam ni bahasa text whassap dia. Sebab aku dulu pun sebijik sejibon macam tu. Tak percaya? Sini. Aku tunjuk.



Nah. Sakit hati tak baca? Haha.
Ini antara entry syok sendiri aku sekitar tahun 2011. Third year degree student tu. Tapi bahasa,  masyaAllah. Bila aku baca balik apa yang aku tulis. Oh mai. Ini aku ke dulu? Kahkah. Rasa nak pelempang diri sendiri je. Rosak bahasa melayu aku. Haha.

Guna shortform ni, kalau boleh elak, elaklah. Sebab bukan semua orang boleh faham apa yang kita rasa kita faham. Tak kiralah kauorang student atau dah kerja. Bukan lesen nak guna shortform keterlaluan sebab dah kerja. Kalau setakat shortform macam 'nk', 'yg', 'blh'. InsyaAllah boleh difahami. Kalau macam ni.

Gambar kredit: borneocorner.wordpress.com

Matik lah nak memahamkan. T_T
Menangis cikgu BM tengok tahap jurus tertinggi kamekameha budak ni. 
May the force with you child.

Jadi. Nk perbaiki atau tidak, tanya diri. Esok-esok suka tak kalau ada orang hantar ayat macam ni dekat kita? Sekarang mungkin kauorang rasa ok. 5 tahun kemudian? Confirm kau rasa nak bagi pelempang punyalah. Percayalah, sebab Hakak Sha tengah rasa macam ni kut. T_T. Tiba-tiba rasa jadi cikgu bm sangat susah sekarang. Respek.

Nak belajar macam mana menulis dalam bahasa baku yang difahami semua orang even rasa macam poyo? Kehkeh. Kauorang belajar menulis blog. InsyaAllah meningkat skill penulisan. Weeehuuuuuu. :p







Pre-Book Meals Air Asia Sambil Menderma Kepada Yang Memerlukan

December 22, 2015 2 Comments
Hi !

Sempena Krismas yang semakin menjelang ini, kita berpeluang untuk berbakti dan beramal kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan secara mudah dengan melalui pre-book meals Air Asia. 

Ini kerana Air Asia telah bekerjasama dengan Reach Out Malaysia untuk mengagihkan makanan kepada homeless dan urban poor melalui kempen kebajikan berdurasi seminggu ini !


REACH OUT MALAYSIA
Reach Out Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada April 2008. Organisasi ini bermatlamat untuk memenuhi tanggungjawab kemanusiaan membantu yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. 
Layari laman web Reach Out Malaysia di https://reachoutmy.wordpress.com/

MENDERMA DENGAN SETIAP PRE-BOOKED MEAL 
Dari 21 hingga 25 Disember 2015 ini, dengan setiap pre-book meal yang anda tempah melalui laman web Air Asia, 1 hidangan akan didermakan kepada golongan gelandangan. Anda kenyang, yang menerima pun dibantu. Jadi, yang nak balik bercuti dengan Air Asia tu, jangan lupa pre-book secara dalam talian. Tak salah membeli sambil mengenyangkan perut gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati sambil menderma :)

Selain itu juga, sempena Krismas ini, semua yang menaiki pesawat Air Asia (kod penerbangan AK sahaja) akan menikmati pelbagai pilihan hidangan dan diskaun bila menempah makanan secara dalam talian. Ada menu istimewa Shepard's Pie dan in-flight new menu gormet, Santan untuk masa terhad. Lepas ni in-flight menu akan kembali seperti biasa. Lupa nak bagitahu, brownies coklat Air Asia Ya Allah sedap gila. Sedap gila. Sedap gila. Penuh coklat ! Cepat-cepat tempah dalam talian sekarang !

Nak tahu apa lagi yang spesel sempena Krismas ni, log on to www.airasia.com sekarang! Ingat, tempah sekarang dan anda telah menderma kepada yang memerlukan :)


Monday, December 21, 2015

[Review] Pelan Panggilan & SMS Murah | Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

December 21, 2015 6 Comments

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
 >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!! 
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit

Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss. 

Hubungi:


Friday, December 18, 2015

Throwback Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

December 18, 2015 15 Comments
Cerita Langkawi tak habis lagi weh. Haha. Padahal dah bertahun siap nak masuk tahun baru pun, ekekeke. Pergi Langkawi ni best, tapi a bit regret sebab kebetulan minggu yang kami datang dah bermula musim hujan. Turun kapal terbang kat Langkawi Airport pun nampak langit gelap muram hujan. Adudududu. Musnah harapan nak sunbathing tepi pantai T_T

Tapi hujan bukan alasan untuk tak meronda dan menjelajah Langkawi. Ecewah. Pergi 3 hari 2 malam tak cukup nak buat aktiviti yang dah aku rancang. Tambah pula dengan musim hujan, pergerakan agak terbatas. 


Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Lepas balik dari Underwater World, terus ke Beras Terbakar di Mukim Padang Matsirat. Masa sampai ni hujan baru reda. On the way nak masuk kawasan ni keliling dia bazar yang menawarkan pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderahati. Memang jadi tumpuan pelancong lah.

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Pada aku, harga barang kat sini boleh tahan murah juga. Sebab kebanyakan kedai jual secara borong atau bundle. Jadi harga lebih murah. Macam fridge magnet dan keychain harga turun sampai RM1.00 je weh. Gigit jari lah kalau tak beli. Fridge magnet Tawau paling murah pun RM5.00. Cheissss. Itu harga belum GST kut. Hampeh.

Kain batik Langkawi lagi banyak corak, lebih murah dan lebih cantik weh. Kain batik yang mak aku beli kat Kompleks HiG tak cantik sangat. T_T. Tapi mak aku kata tak boleh bawa banyak-banyak kain batik Langkawi keluar dari pulau. Kena bayar tax katanya. Betul ke korang?

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Kawasan beras terbakar dalam kawasan rumah ni. Entah rumah siapa tapi tak boleh masuk pun sebab ini tanah milik persendirian. Cuma dibuka sebab kawasan ni diiktiraf sebagai salah satu tempat bersejarah Langkawi. Tapi femes ah tuan punya rumah. Berapa juta manusia dah bergambar depan rumah dia kut? Hiks :p

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Ini sahaja tinggalan kawasan beras terbakar yang tinggal. Kecik sekangkang kera ja. 

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
 Sejarah tapak beras terbakar

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Beras terbakar

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Tak pasti kenapa ada duit dalam tu tapi kalau datang sini cuma nak tengok beras cenonit dalam bekas ni aje lah. Jadilah buat syarat to do list at Langkawi, hihi.

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Nah, salah satu spesis gamat. Namanya Bronok. Bagus tuan kedai ni promot bronok sebab dia jual minyak gamat. Agak-agak ko rajin dan suka makanan eksotik, silalah makan bronok ni untuk jaga kesihatan. Agak-agak malas, sila lah ko beli minyak gamat aku banyak-banyak buat simpan stok setahun. Macam tu kaedah promosi dia.

Dulu aku pernah tengok dokumentari TV3. Diorang tunjuk yang wanita Langkawi ni cara diorang jaga kesihatan dan kecantikan kulit dengan telan gamat ni raw. Erk. Dahsat. Tak boleh aku imagine sampai tahap gitu. Memang win ! Patut hangpa cantik-cantik :)

Kalau yang suka cuba benda baru, ace try telan bronok ni. Pehtu kabarkan kat aku macam mana rasa dia ya. Kalau sedap kabar cepat sikit, kalau kureng ko simpan ajelah dalam hati, kehkeh.

Ok bai !


Wednesday, December 16, 2015

Bila student putus cinta, Cik Sha berpeluh dahi..

December 16, 2015 14 Comments
Bila student minta nasihat macam mana nak overcome sakitnya perasaan putus cinta tiba-tiba aku rasa.....erkk. Macam mana nak buat ya? Speechless sekejap. Haha. Dah lah tanya dengan muka sayu. Haish.

Ini yang aku suka pasal jobscope aku, tehehehe. Student bila dia rasa dia dah boleh sandarkan kepercayaan, mereka akan lebih mudah berkongsi. Perasaan terbuka tu dah ada. Mudah nak berkongsi pasal study, pasal keluarga, pasal masalah peribadi. Tapi itulah, suka pun suka jugak. Dah budak mintak tips overcome putus cinta. Peh, berpeluh dahi dalam kepanasan bengkel nak memikior jawapan.

Kalau budak pompuan dah lama aku peluk-peluk sikit. Boleh pegang-pegang tangan sikit kasi sense of trust. Sisterhood babeh. Sisterhood. Tapi Ini budak yang tanya tu budak laki weh ! Matiklah nak pegang tangan anak teruna orang. 

Pinjam dari sentiasapanas.com
Bercakap dari pengalaman yang tak seberapa. Bila putus cinta ni memang sakitkan. Hati tu rasa terguris-guris je. Sadis weh rasa, sadis. Bila pergi kolej nampak pulak ex-gf, waaaaaaaahhhhh. Saya tak mahu pergi kolej, uhukuhukhuk T_T

Tapi apa yang kita boleh buat sebenarnya? Satu je nasihat pertama aku. KEMBALI KEPADA ALLAH.

Kalau kita kembali kepada Allah, sandarkan harapan kita kepada Allah. Sandarkan kasih dan sayang kita kepada Allah melebihi kasih sayang kita kepada manusia, inshaAllah, kita tak akan terjebak dengan kesakitan macam ni.

Kenapa sebenarnya kita ni nak ada pasangan? Kalau sebab kawan-kawan ada pasangan makanya kita pun nak ikut sama. Tak akan kemana pun hubungan tu. In fact kemungkinan besar membawa kepada kelalaian dalam study. Kena ingat, kalau nak berkawan, pastikan memang berniat ikhlas nak membina masjid. Kalau setakat nak try test, meh sini aku putar kepala dulu baru ko boleh rasa try test T_T

Tapi nasi dah jadi bubur. Dah sedih pun. Jadi meh sini Cik Sha share apa yang Cik Sha tahu dan pernah buat dulu nak overcome cinta cintun yang tak berjaya ini, eheh :p

Perbaiki diri. Perbaiki diri. Perbaiki diri
Kalau dulu lalai dalam solat, solat asyik cuti sokmo even kauorang tu puak laki, berubahlah jadi baik sikit. Solat awal waktu. Kalau dapat jemaah, gi jemaah kat masjid. Jaga hubungan dengan Allah. Hablum Minallah. Rawat hati dengan Al-Quran. Berapa banyak kata-kata Allah yang dapat sooth hati kita dalam Al-Quran. Cari kembali diri sendiri dan carilah kawan yang baik yang membawa kepada kebaikan. Afterall, a friend is a reflection of ourself. Berkawan dengan orang - orang yang baik sedikit sebanyak membawa impak yang baik kepada kita juga :)

Jaga hubungan dengan manusia
Dah jaga hubungan dengan Allah, kena juga jaga hubungan dengan manusia. Hablum Minnas. Manusia-manusia ni termasuklah keluarga sendiri, kawan-kawan, pensyarah. Jiran tetangga. Hatta makcik jual nasi lemak sekali pun. Kalau sebelum ni selalu buat derk, angkat kening nak jek je orang, rentikanlah. Tak nak bercakap tak apa, cukuplah dengan lemparkan senyuman tanda menyapa. Senyuman kan sedekah :)

Penuhi masa dengan perkara berfaedah
Cari perkara yang kita suka. Penuhi masa kita dengan benda yang kita suka. Petang-petang bersukan, Maghrib pergi masjid sambil dengar ceramah. Tak suka bersukan?
Takpe, cari benda yang kita suka yang boleh elakkan kita berkurung duduk dalam bilik buat teringat kisah lama. Cari, mesti ada benda yang kita suka buat. Pehtu malam tidur awal, bangun solat Subuh dan datang kolej awal. Wehuuuu, Cik Sha suka. I lap U lah, teheheh :p

Balik rumah peluk mak
Pelik? Haha. Maybe yang laki kurang sikit buat benda-benda gini. Tapi pada aku, peluk mak pak jadi satu terapi relaks minda. Pandang muka diorang, pandang mata diorang. Peluk diorang. Sayu beb. Sayu. Tapi inilah tips paling berjaya yang aku dapat dulu. Peluk mak lama-lama, erat-erat. Tak caya cer balik ni peluk mak pak kauorang. Sayu ke tidak?

Redha
Allah datangkan perasaan kasih sayang untuk kita gunakan pada masa dan individu yang sesuai. Kasih sayang sesama ahli keluarga semestinya. Dan kasih sayang pada pencipta paling utama. Bila jadi perkara begini kena ingat, orang yang betul-betul sayangkan kita, pasti akan ada dan terima seadanya kita. Baik buruk kurang lebih semua lah. Kalau setakat nak try test tengok orang tu best ke tak atau just nak show off yang kita pun boleh bercouple, itu bukan kasih sayang namanya. Itu namanya mintak pelempang 44 das.

Tak payah nak tuding jari kata dia salah, aku tak salah ke apa. Yang penting, jaga diri, jaga maruah. Jaga pelajaran. Jaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Bila tiba masanya yang sesuai, dengan izin Allah pasti kita akan bertemu yang selayaknya untuk kita...Tapi dah kalau memang takdir Allah tetapkan kauorang bernikah masa study, Cik Sha ok sak. No problem. Jangan lupa jemput saya ya ! Hehe.

Tapi special untuk student Cik Sha dan student-student lain:
Kalau dah namanya student, study molek-molek dulu deh. :)

P/s: Tak lah panjang macam ni nasihat Cik Sha. Ini terlebih ayat, terlebih suku kata. Haha. :p





Jangan Buat Macam Ini Bila Hantar Resume Kerja !

December 16, 2015 3 Comments
Hi !

Jumpa benda alah ni masa skrol Facebook. Dari Fb Ir Meor Shamsir. Dan tiba-tiba rasa bersemangat baca balik apa yang Ir Meor ni tulis. Sebab memang sekarang aku perhati, rata-rata graduan yang nak minta kerja, mostly nak kerja gempak, gaji lebat, title hebat tapi bila hantar resume? Erk T_T

Seingat aku, sepanjang masa belajar dulu, pihak IPT mesti akan organize kursus - kursus dan seminar untuk student. Sama ada dari tips interview, etika menjawab soalan dan juga cara-cara membuat resume yang brilliant dan industry  approved! Itu belum masuk lagi dengan simposium ataupun Industry Open Day dimana sebanyak-banyak player industry yang hebat tahap kancing gigi turun buka booth untuk kita masuk on-the-spot interview dan drop resume. Terlalu banyak peluang sebenarnya bila kita melanjutkan pengajian di IPT. 

Tapi tipulah kalau kauorang belajar sampai ada Degree (read: Ijazah Sarjana Muda). Bukan main bangga state dalam resume Degree Holder tapi tatacara penghantaran email rasmi untuk permohonan kerja pun tak tahu? Serius?

Perlu diingatkan untuk permohonan kerja, kalau tak mahu renyah menghantar sendiri resume bersama cover letter dan salinan sijil ke company, cara paling mudah adalah dengan menghantar email. Tetapi hantar email pun ada etikanya, bukannya hantar email macam hantar dengan kawan-kawan. Ataupun hantar surat cinta. Atau surat raya. 

"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

Ini antara beberapa kesalahan yang dibuat oleh Degree student dalam email mereka. Mohon jangan buat macam ni lagi ok ! 

Letak isi email di ruangan subjek. 
Ruangan subjek untuk tajuk surat atau email sahaja. Gunakan tajuk yang tepat, tuntas dan jitu yang bila dibaca terus kita tahu itu adalah email permohonan kerja, bukannya email mengurat ulat bulu. Dan bukan juga SPAM !

Tiada tajuk atau subjek email.
Ini dah pandai tulis mesej pada bahagian body email tapi terlupa tajuk. Kalau email - email begini biasanya terus dibakulsampahkan ataupun kalau macam aku yang set filter dalam email. Email begini terus masuk folder Spam dan kebarangkalian besar tak akan dibaca. Sudah rugi di situ kan usaha kita?

Tajuk dah ok. Isi email terlalu simple. 
Ini style tulis konon nak straight to the point padahal..... errr. REJECT !

Tajuk tidak jelas dan tiada huraian kenapa hantar email tersebut.
Style macam ni aku pernah buat masa nak praktikal dulu. 5 years back ! Haha. Masa tu pelik dan stress, kenapa semua permohonan aku tak ada balasan. Rupanya salah cara ! Belajar dan tukar style, teruih dapat tempat LI kat Shah Alam, eheh :p
Tapi itu cara-cara 5 tahun lepas dik. Dunia ni pandai evolusi. Tak kan 5 tahun lepas punya cerita masih berlaku lagi sekarang? Ehem. Berlaku lagi rupanya T_T. Takpa takpa. Lepas tahu ni jangan buat lagi macam ni ok ! *kelip-kelip mata*

Ikut kata Ir Meor Shamsir, this is the steady one ! Maksudnya OK !
Kauorang boleh try cuba template dia, ekekeke :p dan cuba mohon kerja atau cari tempat LI. 

Kadang-kadang kesalahan macam ni berlaku bukan kerana salah pensyarah atau institut, tapi salah sendiri yang tak tahu, tapi tak mahu belajar atau tanya orang. I learn my lesson dulu, now your time untuk belajar pula dik ! Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dik, sumber maklumat terhad. Zaman sekarang zaman maklumat dihujung jari ! Google sikit je, berderet-deret info keluar. Tinggal nak pilih mana yang bagus dan apply !

Kalau ada seminar atau kursus seumpamanya, jangan berat bontot nak ikut. Learning soft skill is important as learning technical skill. Jangan sebab kata nak belajar jadi engineer je, yang lain tolak tepi. No. Tak salah belajar new thing, benda yang bermanfaat even tak ada kaitan dengan field study kita. Kita tak tahu bila kita akan guna ilmu-ilmu tersebut.

Ilmu hantar email ni pun sebahagian dari soft skill. Kalau result pumpangpumpang 4 flat, tapi hantar email pun hancus, resume apetah lagi. Memang simpan dalam laci lah result 4 flat tu. Rugi rugi T_T

Ilmu Allah ini terlalu banyak. Jangan sia-siakan peluang jika peluang datang bergolek. Tapi kalau tak datang bergolek, gunakan kudrat sendiri untuk mencari. After all, Allah dah bagi kesihatan dan tubuh badan yang sempurna. Nak kata apa lagi kan?

To all of u out there, all the best ! :)






Friday, December 11, 2015

Tips Percepatkan Tarikh Perkahwinan & Jimat Sehingga RM10,000

December 11, 2015 6 Comments
Tips Percepatkan Tarikh Perkahwinan & Jimat Sehingga RM10,000 | Hai. Siapa yang tak nak bernikah dan berkahwin kan? Sebut saja kepada yang bujang trang tang tang tu, bila nak kahwin, semua menggelupur cakap esok, lusa, tulat. Hihi.

Tapi itulah. "Berat mata memandang, berat lagi mata yang memikul". Dari permulaan proses perkahwinan, bermula dari merisik, bertunang, bernikah dan sehingga kehidupan selepas nikah. Semuanya memerlukan WANG. Betul ke tidak?

Tips percepatkan tarikh perkahwinan & Jimat sehingga RM10000
Dah buat kira-kira begini, masih lagi ada yang tidak mencukupi? Masih ada yang tertinggal. Kos perkahwinan juga semakin meningkat sehingga mungkin melebihi RM20,000 ! Aduhai. Sukar untuk membina masjid. Ditambah pula dengan ekonomi kita sekarang, semua barang semakin mahal.

Tak kan nak meminjam? Dengan saudara mara, ahli keluarga ataupun dengan bank? Aduhai lagi. 
.
.
.
.
.
Bagaimana pula dengan kehidupan selepas berumah tangga? 

Semua orang pasti risau. Tak ketinggalan aku juga risau. Tapi ada penyelesaian untuk semua masalah dan kata kuncinya adalah PERSEDIAAN. Persediaan dari segi ilmu urus kewangan dan tambah pendapatan, panduan persediaan kahwin, tips jimat belanja kahwin dan urus wang rumahtangga semua dalam SATU !

Dan persediaan ini perlu dilakukan sebelum kita bernikah (termasuk aku yang masih bujang ini. Masih bujang tidak bermaksud tidak perlu mempelajari dan mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan ! Ingat tu !), persediaan menjelang pernikahan dan kehidupan selepas pernikahan.

STRATEGI KAHWIN & KAYA

Tips percepatkan tarikh perkahwinan & Jimat sehingga RM10000
Boleh dapatkan e-book Strategi Kahwin & Kaya yang mengandungi 5 modul ini. Dengan memiliki e-book strategi Kahwin & Kaya ini, kita akan perolehi:

- MODUL 1 : Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan
- MODUL 2 : Tips jimat berbelanja
          Antara pengisian didalamnya...
          - Jadual bajet pertunangan lelaki & perempuan untuk mengelakkan kerugian
         - 4 laman web yang boleh digunakan untuk membeli rumah atau mencari rumah sewa selepas berkahwin
         - Tips untuk berbulan madu tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi
         Dan banyak lagi. Kena explore sendiri lah ya !
- MODUL 3 : Pengurusan kewangan rumah tangga
        - Langkah yang boleh diambil sekiranya anda berhutang
        - 5 Prinsip yang boleh dipraktiskan untuk memilih pelaburan yang memberi keuntungan maksimum
- MODUL 4 : Cara praktikal tambah pendapatan
        - Tips business secara online seperti dropshipping
        - Membuat perkhidmatan sewa kereta atau van untuk pelancong
     - Mendapatkan komisen dengan menjadi ejen takaful, unit amanah, hartanah        mahupun wasiat
- MODUL 5 : Tips tambat hati isteri / suami

Dan banyak lagi pengisian yang akan anda perolehi dari e-book ini. Jadi, aku sarankan buat yang sedang merancang untuk menambah pendapatan bersama keluarga untuk miliki e-book ini segera. Rugi kalau tidak memilikinya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan berbanding dengan hasil yang akan didapati nanti. 


Dan langsungkan majlis perkahwinan idaman dan alami penjimatan yang menguntungkan ! Dan praktiskan ilmu pengurusan kewangan rumahtangga dengan bergaya !



Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka

December 11, 2015 2 Comments
Buat yang sedang mencari-cari kediaman di sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, permohonan untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur kini dibuka. Antara kawasan yang terlibat adalah di Seremban Sentral, Port Dickson, Rantau, Cyberjaya, Brickfield dan Bukit Jalil.

Ini peluang baik bagi individu yang bujang mahupun berkeluarga untuk memiliki kediaman sendiri, atau dalam perancangan untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada pelaburan masa depan. Macam aku yang tak pernah membeli tetapi ada keinginan untuk memiliki kediaman sendiri, ini peluang yang cukup baik memandangkan ada beberapa kawasan yang akan dibangunkan berada dalam list kawasan sasaran aku. 

Antara kediaman yang terlibat beserta lokasi dan jenis kediaman adalah seperti berikut:

Seremban Sentral, Negeri Sembilan (Seremban)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Apartmen
Jumlah Unit:
3,196 unit
Cadangan Saiz Unit:
- Jenis A : 825 kps (2 bilik tidur, 1 bilik air)
- Jenis A1 : 804 kps (2 bilik tidur, 1 bilik air)
- Jenis B : 1,008 kps (3 bilik tidur, 1 bilik air)
- Jenis C : 1,214 kps (3 bilik tidur, 1 bilik air)
Lokasi & Akses Mudah:
- Bandar Seremban
- Akses melalui Jalan Tuanku Antah, Jalan Rasah, Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir dan jalan Dato' Bandar Tunggal
Port Dickson, Negeri Sembilan (Port Dickson)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Rumah Teres
Jumlah Unit:
659 unit
Status Tanah:
Pegangan bebas
Cadangan Saiz Unit:
- Teres 2 Tingkat Jenis A1 & A2 (Tengah) : 1,535 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis A3 & A4 (Hujung) : 1,535 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis A5 & A6 (Tepi) : 1,535 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis B1 & B2 (Tengah) : 1,577 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis B3 & B4 (Tengah) : 1,577 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis B5 (Tepi) : 1,577 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Lokasi & Akses Mudah:
- Melalui Lebuhraya Seremban - PD
- Melalui Jalan Bukit Palong Lukut
- Melalui Jalan Seremban
Harga Daripada:
RM 257,000
Rantau, Negeri Sembilan (Nilai)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Rumah Teres
Jumlah Unit:
1,013 unit
Status Tanah:
Pegangan bebas
Cadangan Saiz Unit:
- Teres 2 Tingkat Jenis A (Tengah, Tepi dan Hujung) : 1,600 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis A1 (Tengah, tepi dan Hujung) : 1,600 kps (3 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis A2 (Tepi) : 1,825 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis A3 (Tepi) : 1,825 kps (3 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 2 Tingkat Jenis B (Tengah, Tepi dan Hujung) : 1,500 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
Teres 1 1/2 Tingkat Jenis C (Tengah, Tepi dan Hujung) : 1,100 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
Teres 1 1/2 Tingkat Jenis C1 (Tepi) : 1,100 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
Teres 1 1/2 Tingkat Jenis C (Tepi) : 1,325 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
Lokasi & Akses Mudah:
- Melalui Jalan Rantau 
Harga Daripada:
RM 165,000
Cyberjaya Lakefront (Sepang)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Apartmen
Jumlah Unit:
1,932 unit
Status Tanah:
Pegangan bebas
Cadangan Saiz Unit:
- Jenis A1 & A2 : 850 kps (3 bilik tidur , 2 bilik air)
Lokasi & Akses Mudah:
- NKVE (Exit Putrajaya)
- Lebuhraya ELITE
- SKVE
- LDP, Besraya & Pintasan Dengkil
Brickfields, Kuala Lumpur (Damansara - Penchala)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Apartmen
Jumlah Unit:
1,208 unit
Cadangan Saiz Unit:
- Jenis A & A1 : 690 kps (1 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- Jenis B & B1 : 800 kps (2 bilik tidur, 2 bilik air)
- Jenis C & C1 : 910 kps (2 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- Jenis D & D1 : 1,000 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
- *Jenis E & E1 & F & F1 : 560 kps (1 bilik tidur, 1 bilik air)
- *Jenis G & G1 : 700 kps (2 bilik tidur, 2 bilik air)
* Fasa akan datang
Lokasi & Akses Mudah:
- New Pantai Expressway (NPE)
- Jalan Bangsar
- Jalan Tun Sambanthan
- Jalan Syed Putra
Harga Daripada:
RM 270,000
Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Bukit Jalil - Seputeh)
Permohonan Untuk 6 Kediaman PR1MA di N. Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur Kini Di Buka
Jenis Kediaman:
Apartmen
Jumlah Unit:
320 unit
Cadangan Saiz Unit:
- Jenis A : 951 kps (3 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- Jenis A1 : 957 kps (3 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- Jenis B : 852 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
- Jenis C : 654 kps (2 bilik tidur, 1 bilik air)
- *Jenis D : 951 kps (3 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- *Jenis D1 : 957 kps (3 bilik tidur + 1 bilik utiliti, 2 bilik air)
- *Jenis E : 852 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
- *Jenis F : 654 kps (2 bilik tidur, 1 bilik air)
* Fasa akan datang
Lokasi & Akses Mudah:
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya KL - Seremban
- Lebuhraya Bukit Jalil
Harga Daripada:
RM 255,000

CARA UNTUK MEMOHON PR1MA

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat permohonan dan juga beberapa lokasi lain Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang akan dibuka, boleh layari laman sesawang http://www.pr1ma.my/




Follow Us @soratemplates

Followers

Google+