SweetMuslimah.com

Saturday, November 28, 2015

27 On-Going CPUV Nuffnang: Mintak-mintak amaun terkumpul banyak

27 On-Going CPUV Nuffnang: Mintak-mintak amaun terkumpul banyak | Tehehehee. Biasalah kita. Dah dapat CPUV, nak jugak amaun terkumpul tu jadi ribu riban. Hahaha. Over sangat :p

27 CPUV Nuffnang On-Going

CPUV MOH-Exclusive Breasfeed paling lama bertahan. Memang rasanya promosi secara besar-besaran sedang dijalankan untuk mewar-warkan kebaikan breastfeed kepada bayi sehingga umur 2 tahun. 

Kalau breastfeed lain aku tak tahu. Jangan ditanya. Ko tanya biru muka nanti T_T




Baca selengkapnya

Friday, November 27, 2015

Resepi Apam Beras Paling Gebu

Resepi Apam Beras Paling Gebu | Apam beras ni feberet mak. Feberet nenek. Pendek kata makanan feberet family turun temurun lah. Bila jadi feberet mak, selalu juga mak buat kat rumah. Supaya ada legacy menyambung feberet apam beras ni, haha :p. Baru-baru ni pun mak tunjuk lagi dalam Whatsapp gambar apam beras ni. Grrrrr. Merah menyala ! Gebu gebas ! Lapar pulak tiba-tiba. 

Mak. Pos 1 kotak apam beras plisss.

Resepi apam beras paling gebu

Tapi mak tak pos apam beras. Mak bagi resepi apam beras. Kau buat lah sendiri ! 

RESEPI APAM BERAS PALING GEBU

Bahan-bahan:-
1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis - mauripan
1 paket kecil eno perisa original (optional. Dulu-dulu tak pakai Eno pun)
Pewarna merah
Sedikit minyak

Cara masak:-
1) Kisar nasi dengan air sehingga halus.
2) Kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan ke dalam bekas bertutup rapat. Perap 3 hingga 4 jam.
4) Selepas diperap, masukkan eno. Kacau hingga sebati.
5) Masukkan pewarna. Kacau rata dan biarkan seketika.
5) Didihkan air di dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih. 
6) Masukkan adunan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh.
7) Kukus selama 15 minit dengan api besar.
8) Boleh dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Sesuai dimakan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selamat mencuba :)







Baca selengkapnya

Bila Mak Ada Whatsapp

Rasanya mostly dari kita pakai smartphone. Guna Whatsapp, We Chat, Line and so on kan? Datang pulak Telegram, peh. Bertambah lagi apps yang aku download semata-mata sebab staf kolej semua pakai Telegram. Makin berat phone dengan macam-macam apps.

Itu dengan staf. Dengan family sendiri?

Whatsapp group lah. Kat situ lah nak borak ramai-ramai. Share segala tok nenek gambar pergi bercuti. Nak-nak pulak untuk perantau jauh yang sesekali dapat balik macam aku. Group whatsapp tu penting weh. Esok-esok nak mintak gambar terbaru Khaira & Sara. "Kak, gambar anak-anak ko 1"


Bulan 8 hari tu mak dah start ada whatsapp sendiri, hiks :p
Comel tak mak aku?
Kemain tanya macam-macam dalam whatsapp. Sejak-sejak ada ni, sekarang aku call. "Hah kenapa call ni". Amboi mak. Touching ai T_T

Balik hari tu, aktiviti mak hasil berwhatsapp.


Jelajah kampung. 
Eh. Silap.


Reunion weh, reunion.
Ni semua kawan-kawan geng bas sekolah mak.
Rasa kerdil gila berada dikalangan makcik-makcik yang bercerita hal sekolah, hal cikgu cikgi semua. 20 tahun lepas punya cerita zaman sekolah menengah. Haha.


Dan lagi.
Hasil kemajuan Internet.
Merah menyala apam beras ni masuk dalam gambar whatsapp group family. Buat aku jeles je T_T

Aku syak tak lama lagi aku balik lagi, reunion geng bas sekolah mak aku, kompem 1 bakul dessert mak aku bawak. Kompem !



Baca selengkapnya

Thursday, November 26, 2015

Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam

Tadi dapat panggilan. Katanya dari bank Islam Kuala Lumpur. Yang menawarkan Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam

Iols pun rasa teruja. Wah. Bagus betul Bank Islam ni nak menghargai pelanggan setia dia. Ye lah. Iols dah bersama Bank Islam sejak zaman duit biasiswa berumah tangga dalam akaun Bank Islam. Banyak juga charge dan interest yang iols bayar bila nak keluarkan duit di mesin ATM. Cuma simpanan tak sempat nak beranak sebab dia pandai menyusut sendiri setiap hujung semester T_T

Ok. Fokus kembali kepada panggilan dari Bank Islam Kuala Lumpur. Oleh sebab teruja, maka kita bagi lah telemarketer tersebut meneruskan niat nak perkenal skim tersebut. 

Nak tulis kat sini, errr, hehe. Tak berapa iols ingat. Tapi yang pasti iols ingat. 

"Selepas 3 tahun pertama cik akan menerima cek berpalang dari kami sebanyak RM800"
"3 tahun berikutnya RM1000. Cik tuntut ke, tak tuntut ke, pembayaran masih akan dibuat"

Wah. Seronok dengar kan?

Tapi yang tak seronoknya, sebenarnya Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam ini sebenarnya adalah Skim Takaful. Insurans. Life Insurans sebenarnya. Tertipu sebentar daku. Nasib yang call suara baik je.

Even dengar macam tempting gila, tapi u hide your true intention. Kalau nak perkenal Skim Takaful, direct bagitahu. Tak payah nak puji-puji "Cik Nurul bertuah antara sejuta pelanggan Bank Islam, hanya 10 ribu yang bertuah dapat skim ini". Bertuahnya saya walaupun sebelum ini tak pernah langsung dapat cabutan bertuah T_T

Sebelum ini aku pernah dapat banyak juga call dari Telemarketer. Promote their product. Mana yang aku boleh attend, aku attend. Mana yang aku tak nak. Ada solution dia.

Download aplikasi Whoscall weh.

Serius. Sangat membantu mem-block number yang kita tak nak.


Setiap panggilan masuk dari land-line (prefix 03-xxxxxxx and so on) ada dalam rekod. Kita boleh tahu siapa yang call. Ada option nak block those number atau angkat. Mobile number nan hado. Iols dah try. Jangan cuba-cuba tanya ya ! Macam hari ni iols angkat. No problem.

Tapi, ada sesiapa yang boleh pastikan. Betul ke Bank Islam ada Skim Penghargaan Pelanggan (aka Skim Takaful) ni? Kalau betul,  macam best juga dengar benefits dia tadi. 







Baca selengkapnya

Tuesday, November 24, 2015

Buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah


Buat yang akan menunaikan umrah buat masa terdekat ini. Dan juga yang sedang membuat persediaan untuk menunaikan rukun islam kelima, pastinya sedang berdebar-debar dan bersemangat. Pastinya setiap details mengenai ibadah ini diambil kira.

Disebabkan itu, Sha nak berkongsi buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah yang oleh Prof. Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim. Buku setebal 216 muka surat ini memberikan tips yang seakan-akan nampak biasa tetapi sebenarnya amat-amat 'priceless' yang diterjemahkan dalam bahasa santai dan bersahaja.

RM 12.50 (Jimat 10% sekarang)

Review mengenai buku ini
Ramai yang bercerita mereka mengalami masalah penggunaan tandas semasa di Mina. Mereka terpaksa beratur panjang. Ada pula yang tidak dapat menahan diri sehingga terpaksa 'membuang' ketika beratur. Fokus kepada ibadah haji menjadi terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil sebegini. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum.

Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.

Tip yang dikemukakan kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi menjadi luar biasa dengan sentuhan nilai-nilai santai dan penceritaan yang menarik. Buku ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri kerana isu yang biasa-biasa sahaja sepanjang menunaikan haji dikupas secara menarik dan sangat signifikan. Buku ini sesuai diulang baca oleh bakal jemaah haji yang inginkan sesuatu yang terbaik dalam ibadah mereka.

Tip dalam buku ini merangkumi tips beratur menggunakan tandas, panduan mudah untuk bangun qiamullail setiap malam, tips mengelak daripada ditipu, tips membeli-belah, dan juga panduan yang memudahkan jemaah untuk fokus kepada ibadah tanpa gangguan perkara-perkara yang remeh-temeh.

Jalan ceritanya diolah berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dapat memberi gambaran yang jelas tentang suasana yang bakal ditempuhi oleh bakal jemaah haji. Olahan buku ini menyentuh hati dan mendamaikan jiwa yang membacanya. Ia sangat relevan bagi mereka yang pertama kali mahu ke tanah suci bagi menunaikan haji. Ia benar-benar signifikan dan sukar diperolehi melalui buku-buku panduan haji yang lain.

Di samping mengamalkan tip-tip dalam buku ini, kita dituntut memohon panduan, ilham, dan kekuatan daripada Allah yang maha berkuasa. Hanya Allah yang membolehkan kita dapat memahami sesuatu ilmu dengan mudah. Hanya Allah juga yang memberikan kekuatan untuk melaksanakan sebarang tip-tip yang dikongsikan.

Dengan izin Allah, semoga tip-tip dalam buku ini menjadi manfaat yang besar kepada bakal jemaah haji yang ingin menjadi tetamu Allah yang terbaik.

ISI KANDUNGAN


DIMANA BOLEH DAPATKAN BUKU INI?
Boleh dapatkan dari >>bookcafe.com.my<< Kenapa Sha suggest Bookcafe? Sebab mudah untuk dapatkan secara online tanpa perlu keluar dan menempuh trafik. Dan kedua kerana sekarang Bookcafe sedang mengadakan promosi Year End Sale YES.  

Selain dari buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah diatas, terdapat juga beberapa lagi buku Travelogue Haji & Umrah. Semuanya menarik hati dan pastinya menbuatkan perasaan semakin bersemangat untuk ke tanah suci nanti :)


Ada juga banyak pilihan yang lain. Boleh dapatkan dari Bookcafe di https://bookcafe.com.my/
 


Baca selengkapnya

Monday, November 23, 2015

Difficult Site Navigation Punca Adsense Ditolak?

Difficult Site Navigation Punca Adsense Ditolak? | Hi ! Dah lama rasanya tak bercakap pasal Adsense. Ye lah. Nak cakap lebih-lebih, aku bukannya pakar pun. Tapi kadang-kadang ada juga yang bertanya. Apa petua nak dapatkan Adsense? Apa tips yang nak diaplikasikan supaya lulus tapisan Adsense?

Hurmm. Susah bhai nak cakap. Rasanya lebih mudah nak menaip. Hehe. Sebelum ni aku ada buat beberapa entry mengenai Adsense. Jadi, Tolonglah support dengan menggodek blog aku :p

Permohonan Adsense Ditolak

Punca Adsense ditolak kerana difficult site navigation

Siapa yang mohon Adsense, dan ditolak disebabkan ini. Difficult Site Navigation? Sejujurnya, aku pun pernah dapat alasan yang sama macam di atas ini masa mula-mula mohon dulu. Masa tu, memang tak tahu, apakah masalah blog aku, which is difficult site navigation? Apanya yang susah nak navigate? Senang je nampak? Dan ramai juga kawan-kawan yang mohon Adsense mendapat alasan yang sama. Apa masalah sebenarnya ni?

Baru sekarang aku faham setelah aku dapat email amaran terbaru dari Adsense. Apa? Ingat yang dah dapat kebenaran Adsense penuh tak akan dapat amaran lagi? No. You're wrong babeh. Kita sentiasa berada dibawah pemantauan Google. Hiduplah dengan perasaan syak wasangka, cewah ! Haha :p
Punca Adsense ditolak kerana difficult site navigation
 Dapat amaran dari Adsense for another blog of mine. 3 hari sahaja masa yang diberikan untuk perbetulkan kesalahan. T_T

Punca Adsense ditolak kerana difficult site navigation

Ini penjelasan perlanggaran yang didapati dari blog aku.

Seperti yang dinyatakan dalam dasar program kami, tapak yang memaparkan iklan Google harus memberikan maklumat yang banyak namun berguna kepada pengguna. Pengguna perlu berupaya untuk menavigasi dengan mudah melalui tapak bagi mencari produk, barangan atau perkhidmatan yang dijanjikan. Contoh navigasi yang menyesatkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • Tuntutan palsu mengenai kandungan yang boleh dimuat turun atau menstrim
  • Pautan ke kandungan yang tidak wujud
  • Mengarahkan pengguna ke halaman web yang tidak berkaitan dan/atau mengelirukan
  • Teks pada halaman yang tidak berkaitan dengan topik dan/atau model perniagaan dari tapak web.
*********
Navigasi. Navigasi. Navigasi. The same issue bila kita nak mohon. Ini yang ditekankan Adsense. Aku dah semak satu persatu entry, tak ada masalah dengan entry. Rupanya ada masalah navigasi blog bila dibuka dengan Mobile View. Ada bugs pada template yang digunakan  dan membuatkan post entry tertutup dan tidak dapat ditekan.

[+] Amaran Pertama Adsense : Copyright Violation

Mengambil jalan selamat, aku keluarkan dahulu coding iklan Adsense dari blog tersebut dan mengubah template blog yang baru. 

Jadi, buat yang sedang memohon Adsense, dan alasan tidak berjaya kerana Difficult Site Navigation, semak kembali blog anda. Periksa juga Mobile View blog. Mungkin disitu masalah sebenar yang kita cari. 

Masalah ini juga termasuk broken links pada toolbar, terlalu banyak tags yang digunakan sebagai kriteria pada toolbar juga kadang kala menjadi penyebab permohonan ditolak. Perbetulkan dan cuba mohon semula.

Moga bermanfaat :)




Baca selengkapnya

Sunday, November 22, 2015

Tak tahu nak kata memalukan atau freaking awesome?

Hi !

Siapa pernah berdepan dengan perkara memalukan sampai saat tak tahu nak bagi reaksi macam mana. But some how you manage to counter the reaction sampai orang rasa jawapan korang tu epic win?

Aku pernah. Banyak kali kot. Haha. Knowing that aku ni careless free. Suka-suka hati jadi careless, even rasanya dah take precaution, but still careless. Dan dari careless tu selalu jadi benda memalukan.  

Masa sekolah dulu, aku duduk asrama. Starting from Tingkatan 1 lagi. Masa mula-mula duduk asrama, aku masih tak dapat nak biasakan diri dengan hostel routine. Ko kena tidur sekian sekian jam. Bangun sekian sekian jam. Study sekian sekian jam. Eh. Tak biasalah ! Aku biasa live my life freely ! Suka hati aku lah nak tidur pukul berapa. Nak makan pukul berapa. Nak main galah panjang pukul berapa. Sadly, itu semua terjadi sebelum masuk asrama. *sigh* T_T

Beberapa bulan masuk asrama, setiap kali study hour waktu malam, confirm aku tidur ! Haha. Everytime for a couple of months ok ! Entah jin aprit mana yang rasuk aku, time study je tidur. Study tidur. Tidur study. Eh. Tak. Confirm lah tidur terus membuta. Tak ada istilah study. 

Jadi, bila dah tidur awal, habis study hour, orang lain nak tidur, dah aku pulak yang terkebil-kebil mata tak mengantuk macam ayam berak kapur. So, next morning kat sekolah mengantuk.

Ada satu masa tu, memang tak dapat tahan mengantuk sangat. Aku boleh tidur sambil duduk tegak atas kerusi. Entah cemana boleh tidur padahal selama ni boleh je tahan mengantuk. Agaknya dah sampai tahap maksima. Jadi aku pun tertidur. Sambil duduk tegak. Dalam kelas ape ntah tak ingat. 

Rasa ada orang goyangkan badan. Rupanya elok je cikgu berdiri sebelah aku sambil angkat-angkat kening ala Ziana Zain. "Hai, sedap tidur nampak? Mimpi apa tadi?"
"Saya tak tidur cikgu. Saya tengah fikir jawapan soalan cikgu tadi". Wah jawapan aku ! Haha. Nasib cikgu tanya soalan tu aku boleh jawab. Selamat aku masa tu. Kehkehkeh. Kawan aku pun pandang sambil buat muka tak percaya. Walaweh. Hebat tak aku boleh jawab spontan padahal tengah sedap tidur je tadi? Hiks :p


Sori mak. Anak mak ni namanya duduk barisan paling depan. Tapi tidurnya masa kelas satu kemestian. Tapi toksah risau mak. All's well went's well, muahahaha :p

Banyak lagi masa zaman belajar kebodohan yang tak tercapai dek akal yang jadi, tapi nak cerita semua kang nampak sangat haha. Simpan dulu, nanti sikit-sikit kita keluarkan bagitahu. Tapi tak terhad masa tengah belajar. Tengah nak mandi air terjun boleh silap tepuk tampar bahu orang. Ingat pakcik aku, padahal pakcik aku duduk sebelah aku je. Cissssss.

Ok. Jangan nak ketawa banyak sangat. Aku tahu korang pun ada banyak gak buat benda-benda tak bertamadun gini kan? Toksah tipu lah. Haha. Ce baca >>20 peristiwa paling memalukan bertukar menjadi epic paling win<<. Mana tahu sama macam apa yang jadi dengan korang. Boleh throwback gitu. Jangan risau, aku tak bagitahu orang. Muehehehe :p



 
Baca selengkapnya

Saturday, November 21, 2015

Sambal Nasi Lalap Sedap | Indocorner Kubota Square


Semalam seperti biasa kami akan menghadapi masalah untuk mencari tempat makan tengahari. Haha. Susah nak suggest tempat makan sebab tekak kami craving untuk nasi berlauk. Ada kedai yang serve masakan panas berlauk untuk lunch tapi agak jauh dari kolej. Waste time dan waste warna kulit jadi bertambah 1 rona 'tan' disebabkan panas ! Hiks :p

Tapi makan rtetap makan. Jadi keputusan telah dibuat. Kita singgah memenuhkan perut di Indocorner Kubota Square

Tertarik dengan nama Indocorner? Ok, meh aku cerita sikit. Di Tawau ni, kalau nak mencari restaurant yang bermenukan citarasa Indo. Memang banyak. Bersepah. Kiri kanan depan belakang. Memang mostly kedai makan kat sini menu utama adalah masakan cara Indo. Jadi, kalau nak rasa blend-in dengan Tawaurian, make sure singgah dulu masakan cara Indo.

Aku pernah makan di restaurant masakan Indo seperti Indo Style, Indo Cafe dan ada banyak lagi lah. Tapi, kita tinggalkan semua itu. Mari aku bawa korang terjah dulu Indocorner !

INDOCORNER KUBOTA SQUARE TAWAU


Indocorner Kubota Square Tawau
Datang masa perut tengah berdondang sayang, pandang dinding belakang. Gulp. Tiba-tiba rasa nak makan semua dalam gambar tu. Haha

  
Sup jagung bersama isi ketam. RM 4.00
Aku pernah kongsi resepi sup jagung ni. Semudah ABC tapi hasil sedap gila. Boleh baca di SINI. 
Rasa sup jagung kat sini ok lah. Pekat sedap. Tapi laaaagii sedap kalau dia masak guna isi ketam sebenar. Baru mahbelous 5 bintang.



Chinese tea sejuk
RM 0.50 / cawan


Nasi lalap ayam. RM 7.00
Kalau sambal nasi lalap tu sedap, kompem nasi lalap tu sedap. Thats the benchmark (benchmark kami je, kihkihkih :p)


Nasi ayam penyet. RM 8.00
Pun sama. Sambal harus sedap, baru nasi ayam penyet jadi sedap. Dan sambal kat sini best ! Thumbs up !! Kitorang mintak refill sambal 3 mangkuk. Stress adik nak melayan. Kejap-kejap tekan loceng mintak sambal. Haha.



Menu

Sebelum pisang goreng cheese femes kat Semenanjung (sebelum Nora Danish buat pisang goreng cheese jadi menu Kopi XOXO :D), kat Tawau ni dah lamaaaaaaaaaaaaa femes. Makan pagi, tengahari, malam. Suka hati nak makan bila. Tapi jangan ko mintak masa subuh pulak. Nak rasa kena pelangkung mintak lah, hiks :p

Kitorang panggil pisang goreng cheese = Sanggar cheese. 
Ok. Meh belajar 1 perkataan sini, teheee :p

Nak datang sini?
INDOCORNER KUBOTA SQUARE
TB15609, Ground Floor Lot 64, Block C
Kubota Square, Jalan Kubota
91000 Tawau Sabah
Tel: 016-8100101

P/s: Indocorner juga adalah salah satu participating merchants MyKad Smart Shopper. Maklumat lanjut di http://mykadshopper.com/2014/11/11/indo-corner/

P/s (2): Aku tak percaya rupanya aku tak pernah kongsi tempat-tempat makan yang best yang ada kat Tawau. Hampunkan hakak. Dah lepas 3 tahun baru hakak mempunyai kesedaran untuk berkongsi, hiks :p. Tapi tak apa, lepas ni hakak akan lebih gigih share tempat-tempat makan di Tawau ni ya. Jadi, kalau datang Tawau, sila datang makan. Hakak paksa ni, kihkihkih :D

 Bai !


  





Baca selengkapnya

Friday, November 20, 2015

Komisen Pertama & Kedua Affiliate Bookcafe

Komisen Pertama & Kedua Affiliate Bookcafe. Alhamdulillah, masuk lagi komisen dari Affiliate Bookcafe. Memang betul-betul bagi semangat betul walau amaun yang kita dapat tu tak lah banyak. 




Sebelum ni aku ada berkongsi mengenai Program Affiliate Pilihan yang aku sertai. Dan aku sertai sebab aku suka. Dan aku yakin boleh berkongsi. Berapa banyak dan lah? Hiks :p. Dan lagi, antara sebab aku serta Affiliate Bookcafe kerana aku suka membaca. Mudah untuk aku membeli secara online, dan mudah juga untuk aku berkongsi buku-buku menarik untuk bacaan umum :)


Nak sertai untuk menjadi ahli Affiliate Bookcafe? Dan menjadi jurujual ulat bulu. Eh silap. Affiliate Bookcafe berjaya?


>>Boleh mendaftar di Program Affiliate Bookcafe di: https://bookcafe.com.my<<





Baca selengkapnya

Tips Temuduga Pembantu Tadbir N17

Tips Hadiri Temuduga Pembantu Tadbir N17 | Nak menghadiri temuduga ni bukan kerja mudah. Kadang rasa kita dah cukup bersedia dengan segala macam hujah dan fakta, alih-alih apa yang kita sangkakan, tak menjadi kenyataan. 

Kadang risau juga nak mengahdiri temuduga. Tak tahu nak bersedia dari segi aspek apa. Apa yang perlu dibawa semasa temuduga. Apa soalan yang akan ditanya. Aduh. Semua itu bikin hati berdebar bagai nak gila je kan?

[+] Nak menghadiri temuduga? >> Panduan Lengkap Temuduga

Aku dulu pun, masa nak hadiri temuduga DH (skim pengajar), macam-macam teori yang aku cipta. Itu belum lagi ambil kira tips hasil dari pertanyaan kawan-kawan dan keluarga yang lebih berpengalaman. Jadi, di sini aku nak share 3 tips yang aku dapat semasa membuat persiapan untuk menghadiri temuduga kerajaan

 

3 Tips Hadiri Temuduga

1) Kenalpasti job-scope pekerjaan yang dipohon
Ini paling penting. Nak temuduga di mana-mana sektor pun, hatta sektor swasta. Kena kenalpasti job-scope apa yang kita nak temuduga tersebut. Jika Pembantu Tadbir N17, apa tugas-tugas sebagai pembantu tadbir? Deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir? Jangan bila ditanya terkebil-kebil. 

Silap hari bukan Pembantu Tadbir pun tak tahu. Parah parah.

2) Kenalpasti organisasi yang menemuduga
Jika temuduga untuk sektor swasta, buat background check company tersebut. Siap owner. Apa matlamat atau motto syarikat tersebut. Produk-produk core-business company tersebut. 

Begitu juga jika menghadiri temuduga untuk sektor kerajaan. Kenalpasti jabatan atau kementerian terlibat. Siapa menteri yang bertanggungjawab. Dan ada bonus untuk penjawat awam. Ambil tahu mengenai dasar terkini yang sedang dijalankan kerajaan. 

Jangan tak tahu. Temuduga sektor kerajaan memang suka bertanya hal-hal berkaitan dengan kerajaan itu sendiri. Nah. Ringankan tangan selak-selak surat khabar, tonton berita untuk mengetahui isu semasa dan jangan berat untuk melayari internet mencari maklumat mengenai tugas yang dipohon di lawan web rasmi.

3) Kaji isu-isu semasa
Isu semasa yang tengah hangat sekarang, pastikan kita ambil tahu. Isu yang memnag pernah menjadi 'viral' dan hangat menyengat seantero Malaysia pun sama. Banyakkan juga membuat kajian tentang isu semasa dan dasar yang digunapakai di kementerian / jabatan yang akan ditempatkan. 

             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, aku dah bagi 3 tips yang aku apply masa nak interview dulu. Sebenarnya ada lagi tips yang mantap, yang pastinya membantu anda untuk membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga Pembantu Tadbir N17 ini. Berminat nak menggandakan usaha untuk berjaya dalam temuduga Pembantu Tadbir N17?

[+] Baca >> Pakej Persediaan Temuduga Pembantu Tadbir N17 Dengan Penuh Keyakinan !

Dapatkan pakej persediaan temuduga tersebut dan hadirilah temuduga dengan penuh keyakinan dan bergaya !

Siapa lambat dia tak dapat.

Semoga berjaya !

Baca selengkapnya

Langkawi Trip Bersama Keluarga : Oriental Village & Skycab

Hi !
Baru nak sambung lagi cerita jalan-jalan kat Langkawi tahun lepas punya cerita ni, hehe. Perjalanan dari rumah ada dicerita kan di SINI dan keadaan homestay yang kami duduki untuk 3 hari 2 malam ada diceritakan di SINI. Kalau rajin meh la baca. Kalau tak rajin pun, meh la tolong support aku yang baru nak berjinak-jinak bercerita ni, hehe :p

Hari pertama di Langkawi dihabiskan dengan bershopping dalam Kompleks HiG dan makan-makan. Masa shopping dalam Kompleks HiG ni memang tak sempat nak bergambar. Nak berselfie jauh sekali. Sebab apa?

Sebab semua naik gila memborong coklat ! Haha. Aku memanglah kurang sikit dalam makan-makan coklat ni. Tapi bila dikelilingi orang-orang yang tengah menggila. Terus sama-sama naik gila, haha. Penuh 2 troli yang digunakan untuk isi coklat, Tefal non-stick pan (ini 'toys' terbaru mak di dapur, hiks) dan juga aku beli luggage 360 rotation yang bersaiz besar. Walaupun sebelum ni masa datang ke Langkawi pada bulan  September tahun lepas [entry INI] kerana berkursus dan dah beli luggage bersaiz sederhana, kali ni terbeli lagi luggage 360 rotation yang bersaiz besar! 

 Aku punya kaler oren tapi saiz yang macam kaler maroon sebelah tu (saiz sederhana).
Harga? RM 78.00.
Kenapa boleh terbeli?
Sebab untuk luggage 360 rotation, harga yang ditawarkan HiG adalah RM 99 sahaja ! Diulangi kawan-kawan, RM 99 sahaja. Mana nak dapat kat luar oi? Jadi, harus menggila beli buat stok beg balik kampung ke tidak? Haruslah kan, haha :p
http://4.bp.blogspot.com/-XpbMrY4ZTPA/VBBvDlIZWPI/AAAAAAAAAWA/rgQBYXE78-A/s320/20140907_151117.jpg 
Kompleks Haji Ismail Group (HiG)
Alamat: Lot 1852, Kompleks HiG, Jalan Penarak, 07000 Kuah, Langkawi
Tel No: 04-9666005

Hari kedua hujan turun semenjak dari pagi. Tapi itu semua tak membataskan pergerakan kami. Selepas sarapan, dalam jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Gunung Machinchang untuk ke mana? Ke sini..

LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE

Welcome to Oriental Village
Oriental Village adalah pintu masuk untuk ke Langkawi SkyCab. Tapi sebelum naik ke SkyCab, kita jalan-jalan dulu dalam Oriental Village ni.


Masa kami sampai, hujan baru reda. Lega juga kalau-kalau hujan kembali lebat. Tapi nak risau pasal hujan, sampai bila-bila pun tak boleh berjalan, ye tak? Jadi, kita teruskan sahaja langkah.



Masa ni Khaira baru setahun. Nak berdukung pun belum terasa berat sangat pun. Sekarang kalau dukung? Adoii. Pecah lemak makcik sayang.



Cantik-cantik bangunan kat dalam Oriental Village ni. Tapi agaknya sebab datang awal sangat, banyak kedai yang belum beroperasi.


Belikan Khaira topi sebab hujan. Demam anak orang nanti nahas ko.



Apa benda entah nama benda alah ni. Tapi budak-budak je yang boleh main. Senak perut aku tengok budak-budak ni semangat masuk, tapi bila berjalan atas air asyik jatuh je. Haha. Kesian weh.


Ada banyak aktiviti lain lagi kat dalam Oriental Village ni. Antaranya Flying Fox, Elephant Adventure, Deer Farm, Motor-Cross Trail, Petting Corner (Deer & Rabbits). Banyak juga masa yang boleh dihabiskan kat sini. Boleh tengok maps Oriental Village ni.

 LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE
Alamat: Burau Bay, 07100 Langkawi
No. Tel: 04 - 9593099 
Waktu Operasi: 24 jam 
Waktu Operasi Kedai: 10 pagi - 7 malam

LANGKAWI SKYCAB @ CABLE CAR


 

Entrance untuk ke SkyCab. Pagi sampai, orang belum ramai lagi yang beratur. Dari jauh kitorang nampak barisan pun pendek je, agak lengang, jadi sempat lagi bergambar dalam air. Eh silap. Apa pulak atas air, kihkih. Di samping air. Kalau dalam air jadi dugong.

6D CINEMOTION
Sebelah entrance Skycab ada bangunan 6D Cinemotion. Tapi 6D Cinemotion ni kami tak masuk sebab nak kejarkan naik Cable Car. 
Harga tiket masuk 6D Cinemotion:
Dewasa: RM 30.00
Kanak-kanak (2 - 12 tahun): RM20.00 

Hotel


Orang dah start ramai. Kami pun dah dapat tiket. Jum masuk !

SKYDOME
Sebelum sampai giliran nak naik SkyCab, masuk dulu dalam SkyDome. SkyDome ni memang Inclusive dengan tiket SkyCab yang kita beli tadi. SkyDome dimasukkan sekali sebagai pakej SkyCab dengan tujuan untuk mengurangkan masa menunggu selama 10 minit sebelum menaiki SkyCab.

Gila masuk SkyDome ni. Pening kepala aku. Khaira menangis sebab pening rasanya. SkyDome offer 360 darjah 3D image projection. Ko pandang depan, kiri, kanan, depan belakang semua nampak 3D image tu. Duduk atas kerusi dan rasa pengalaman 6D naik roller-coaster. Agak-agak rasa nak pengsan, sila pejam mata terus, kihkihkih :p


Dah masuk dalam SkyCab aka Cable Car
Makcik tembun pun mesti ada gambar satu. Kompem.


Sebenarnya nak tunjuk air terjun 7 tingkat tu. Tapi gambar tak jelas gara-gara tangan menggeletar. Tambah dengan pakej gayat, memang pening kepala jadinya (alasan, poyo gila, kehkeh). Tapi aku kira ok lah, boleh tahan lagi. Kesian abah. Lupa pulak abah pun ada penyakit gayat. Rasanya aku menurun perangai abah ni, haha. Terpejam je mata abah sepanjang naik atas ke gunung tu.

Masa nak naik ke atas tu lah, hujan turun mencurah-curah lagi lebat. Angin pun kemain kuat bertiup. Bergoyang-goyang kitorang semua dalam Cable Car tu. Dah rasa macam telur dihujung tanduk ! Tengok bawah. OmaiAllah. Tingginyaaaaa! Mampuih. Menyesal naik ! Haha.

Setiap kali angin bertiup, terteleng-teleng sikit Cable Car kitorang. Terus semua senyap sunyi tak bersuara. Tidurkan Khaira, yang lain semua duduk diam-diam. Aktiviti bergambar juga terencat. Ini menjelaskan kenapa gambar kat sini kurang, haha.

Ada 2 stesen yang dibenarkan untuk turun. Kalau tak hujan bolehlah turun nak tengok pemandangan. Ni hujan. Takde de kitorang nak turun. Nasiblah  budak jaga stesen tu nak perli-perli.
"Kalau tak nak turun baik tak payah naik"

Amboi, sedap mulut. Suka hati lah ! Oh lupa. Kalau datang masa cerah tak hujan, SkyBridge dah dibuka kepada umum. Yey, boleh fefeling macam buat penggambaran Filem Hindustan Don.


Turun balik. On the way turun, nampak pemandangan Pulau Langkawi yang so so so breathtaking ! Wow. Tetiba rasa nak datang lagi semata nak tengok view cantik dari atas gunung ni, hiks :p. Tapi entah bila lah nak datang lagi.

Tapi sekurang-kurangnya dah rasa naik SkyCab aka Cable Car Langkawi ni. Tak adalah esok-esok orang bercakap, aku ternganga-nganga je T_T. 

LANGKAWI SKYCAB
Waktu Operasi:  
9.30 pagi - 7.00 malam

Harga Tiket:
SkyCab (termasuk SkyDome)
Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak : RM 25.00

SkyCab with Express Lane
Dewasa : RM85.00
Kanak-kanak : RM 75.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion)
Dewasa : RM60.00
Kanak-kanak : RM 42.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + Duck Tour)
Dewasa : RM67.00
Kanak-kanak : RM 45.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + F1 Simulator)
Dewasa : RM50.00
Kanak-kanak : RM 35.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 3D Art)
Dewasa : RM65.00
Kanak-kanak : RM 45.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + SkyTrail)
Dewasa : RM80.00
Kanak-kanak : RM 60.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion + Duck Tour)
Dewasa : RM92.00
Kanak-kanak : RM 60.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion + Duck Tour + 3D Art)
Dewasa : RM110.00
Kanak-kanak : RM 78.00

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: http://www.panoramalangkawi.com/



Baca selengkapnya

Followers

Google+