Nurul Shahira:

Saturday, October 31, 2015

Kalau tak suka, tutup je !

October 31, 2015 7 Comments
Tadi macam biasa, rutin hari Sabtu pukul 5.00 petang tengok Running Man ! Haha. Rutin setiap minggu, even Running Man episod lama, ulangan setahun lepas punya episod, tapi kita layan je. Dah tahu jalan cerita, dah tahu siapa yang menang pun boleh tergelak jugak bila tengok. Macam pompuan bila dengar pakwe dia buat lawak tak lawak, pun gelak hikhikhikhiks jugak. Lame right? Hiks :p


Then tiba-tibe, I realise something. Yang sebenarnya aku dah menyampah tahap gaban dengan Running Man ! Menyampah sampai tahap aku menjerit, siap sumpah seranah "Eh, bebalnya ! Kalau dah dapat kotak mark R tu terus je lah lari pegi safe zone. Bebal !" Hah kau. Sampai macam tu sekali aku marah depan TV. Padahal bukan orang dengar pun, bukan production team tahu pun. Yang tambah stress aku, roomate aku, jiran aku sebab dengar aku menjerit. Haha.

Actually, there are a few things yang aku menyampah setelah 5 tahun follow this reality show. Dan juga pada Korean drama / movie.
Pertama,  yang lelaki terlampau jambu sampai nampak lembik. Eh plis, kalau dah namanya lelaki, u must have yr own strength kan? Ini jambu sangat, lembik longlai. Dunt know sama ada ini memang kehendak Production Crew untuk developed their own character untuk show atau tidak.
Kedua, Aku dah boleh agak the ending, character each watak. Lame. 5 years and counting, still carry the same character T_T
Ketiga. Sebab Running Man tak buat penggambaran kat Malaysia. Oh, i hate u ! Kahkahkah.

Untuk hari ni, after setengah jam tengok. I switch off TV. Menyampah. Buat ape nak tengok kan? Haha. Tapi episod baru tak tahu tutup pc lagi ke tidak. Kita tengok hari Selasa nanti, then baru we make our choice, hiks :) 


Same goes  with media sosial. Sekarang ni kan ramai orang share their life dalam media sosial. Letak gambar anak. Gambar henbeg. Pergi honeymoon and so on. Too many. Celik-celik mata je, on FB or IG dulu, kita selfieeeeee satu ! With caption "Hi, morning. Bare face without makeup. Just an ordinary girl". Of course lah bare face. Tak kan bangun tidur terus mekap kan? Duh ! T_T

I believe, there's a lot of thing yang kita tak berkenan dalam media sosial tu. And we tend to talk about it. Siap boleh list down lagi sebab-sebab ketakberkenanan tu (ade ke ayat ketakberkenanan? Lantak lah) Guys guys guys. Buat ape nak stress, senang je penyelesaiannya. Just unfollow or unfriend. Just as simple as that. 

Kalau kita rasa dengan tengok gambar baby orang buat kita rasa kita sedih, menyampah. "Eh, macam ko sorang je ada baby". Just unfollow. Kalau tengok orang post gambar bercuti menimbulkan perasaan stress "Baru pergi Milan, bukan pergi kubur Mekah pun" *sambil tarik-tarik rambut* Just Unfriend. As simple as that.

Yang penting penerimaan kita. Kalau kita terima benda semua tu sebagai positif, sebagai cara untuk motivasikan diri, go on. tapi kalau kita tengok semua tu sebagai threat, just shut the account. 

"Tak elok post gambar makanan macam ni. Kesian kat orang yang tak mampu terliur tengok gambar makanan ni semua". Serius. Ini nasihat paling banyak aku tengok kat ruangan komen. Satu je aku nak kata. Orang tak mampu tu pun bukak FB ke? Peh. Statement macam pompuan jahat ! Haha.

One thing for sure. Kalau kita tahu kita tak mampu, dan tengok orang ada apa yang kita ada, jadikan orang tersebut sebagai motivasi. "Kalau dia boleh, aku pon boleh". Usaha. Aku pun suka tengok orang post henbeg. Che Ta punya henbeg. Peh. Terliur ok. Bila la agaknya aku boleh beli? Berangan tapi duduk menganga lagi. Ko ingat henbeg tu datang serah diri ke pangkuan mu? 

So, the choice is yours to make. Tak suka tengok, rasa terganggu dengan post-post yang menganggu gugat jiwa raga, tak suka orang tu, just UNFOLLOW or UNFRIEND. Tapi kalau kita nampak sebagai warna-warni dunia. Senyum dan like. The choice is yours. :) Kalau tak suka, tutup je.:)

Be positive, smile. Live your life to the fullest potential and be the best person you can because at the end of the day the only person judging you is YOURSELF.







Wednesday, October 28, 2015

Sowie awark. Saia tak kuad...

October 28, 2015 20 Comments
Selama ni aku yakin je dengan berat badan. Walaupun selama ni mak selalu suruh kurangkan berat. Tapi apa aku kisah. Aku rasa ok je? Baju-baju lama ok je pakai. Ketat sikit je. Tak de lah gemuk sangat kott? Ah, mak sengaja je lah kut nak takut-takutkan anak pompuan dia agaknya. Jadi, aku terus melangkah dengan gagah bergaya macam jalan atas runway fashion show setiap hari.

Tapi, minggu lepas aku nak betulkan tudung. Masuk tandas. Sekali aku nampak ada orang tengah betulkan tudung jugak. Eh awak. Tolong tepi sikit, saya pun nak betulkan tudung jugak. Dan orang tu taknak bergerak pun. Eh. Ini dah lebih. Ko nak main kasar buat-buat pekak derk je apa yang aku cakap ye? Aku boleh je nak main kasar ni.

Rupanyaaaaaaaaa.. Diri sendiri pon tak kenal ! Melampau betul gemuknya sampai diri sendiri dalam cermin pun tak kenal. Jilake. Nak menangis pun tak boleh sebab bila menangis lagi nampak buruk. Eh. Betul tau. Buruk nau orang tua merajuk menangis. Korang esok-esok emo jangan nak nangis sangat. Buruk nye tu ! T_T. Kahkah. 

Cuma boleh meraung panggil mak. 
"Makkkkkkkk, makkkkkkkkk, makkkkkkkkkk. Menyesal Ira tak ikut cakap mak".
Kita nak badan cenggini macam dulu. *Sambil merenung lautan dengan angin sepoi-sepoi*


Shahira's blog: awansayatasana

Ahhhhhh, rindu zaman makan macam dinosaur tapi berat 50kg jek. Sekarang makan macam semut je portion dia, tapi berat serupa gajah ! Ah, stress gua. Makin hari makin dipam dengan super air-gun ! Rasa loser gila ! Korang yang baca jom jemaah sama-sama stress. Baru ada konsep kerjasama gitu, hiks :p

Buat azam baru. Nak kurangkan berat jugak sebelum balik cuti Krismas ni. Jadi semalam aku pun motivasi tinggi keluar berjoging kat dalam taman Buddhist berdekatan dengan rumah. Taman ni aku panggil Taman Buddhist sebab yang uruskan tempat ni Persatuan Buddhist. Dalam tu memang dewan diorang, temple (or church?) semua dalam ni. Siap ada bangunan rekabentuk serupa Istana China dengan tangga panjang diorang tu tengah buat. Cantik woo. Boleh fefeling berlakon dalam movie Cina lama, hewhewhew.

Jogging dalam Taman ni best. Angin sepoi-sepoi walau kadang-kadang aku tak sure. Ini angin kentut ke angin semulajadi. Abaikan.

Aku parking kereta pun dekat-dekat dengan pintu keluar. Ye lah, kut depa perambat aku tak bagi Muslim masuk tempat ni, senang sikit aku nak lari. Tapi rupanya ramai je Muslim joging dalam ni. 1 Malaysia. I Loike. Jadi bertambah motivasi nak beramah tamah mesra dengan uncle auntie ni semua. "Uncle chowsan. Auntie chowsan" Ekeke 

 Siap pakai kasut. Tak stretching terus jalan. Jalan-jalan dulu nak ushar line. Mana tau nampak abe sado. Boleh buat - buat gigih joging. Kahkahkah. Jalan jalan dan jalan. Tambah pulak angin bertiup mesra je. Alahai. Syahdunya rasa berjalan kat sini.

Sampai satu point, baru mula joging betul. Jogingggggggggggggggggggggggggggggggg. 
Ah semput.
Berhenti dulu. Kita jalan dulu. 
Toleh belakang. Eh. Rupanya aku baru joging 50m? Rasa macam dah jauh T_T. Dem.

Be positive. Kan baru 1st day. Gitu aku motivasikan diri. Tengah-tengah motivasikan diri.
Zassssss. "Auntie chowsan". Wowlah, macam sempat nak bertegur sapa pulak, kihkih. Auntie lalu potong aku. Ok. Laju auntie ni joging. Kagum aku. Tinggi stamina auntie?

Zasssssss. "Uncle, uncle, uncle, uncle chowsan" (sebab ramai uncle lalu potong aku). Terus down. LOSERRRRRRRRRRRRRRRRRR. Terngiang-ngiang hasutan syaiton tepi telinga aku. Dengan uncle auntie pon boleh kalah. Puih. Buek malu je umur pangkal 20-an, tapi LOSERRRRRRR.

Apalagi, start enjin. Jum kita lari ! Terus joging dengan semangat. Joging, joging, joging dan joging. Tiba-tiba dada rasa berdebar-debar melampau. Dup dap dup dap menggila dalam dada. Dada rasa nak pecah. Apa, aku dah nak mati sebab berjoging ke?

Dan akhirnya, terpaksa berjalan je lah ke kereta. Stamina totally out. Sampai kereta dah dizzy sikit lagi nak cium tayar kereta. Sempat jalan + joging (padahal 80% berjalan je T_T) 2 round ja. Azam tinggi, esok mesti datang nak pastikan dari 80% jalan, kita kurangkan kepada 50% je jalan. Motivasi ! motivasi ! motivasi !

Hari ini.


Hujan turun dengan meriah. Dan membuatkan aku terus lapar. Hilang terus nafsu joging. Naik nafsu godzila nak melapah daging.


I like it medium cook actually. Tapi oleh sebab ko pun bukan pandai masak, terima je lah hangus-cook daging kamben perap dengan sos blackpaper seksi sepenuh jiwa ni. Auwww. Tajuk tak boleh blah ! Haha.

Kagum gila aku dengan orang yang motivasi tinggi, gigih dan kuat cabar diri join program Weight Loss macam JK1M yang Kevin Zahri buat tu. Gila kau aku tengok training diorang. Hard-core ! Tak kuat, tak sabar memang separuh jalan surrender kut. Angkat tayar, training ala-ala kombat, angkat berat. Masuk gim. Senaman kardiovaskular (bukan ular). Peh. I salute lah. 

Bukan macam aku. Boleh paksa diri untuk joging je lah. Itu pun slow-slow nak tingkatkan stamina. Sebab sebenarnya aku paling risau stamina teruk lately. Naik tangga rumah 2 tingkat pun dah senak perut, sesak dada. Kalau rumah kau doploh tingkat, sempat aku pengsan bangun pengsan bangun pun tak cicah tingkat rumah lagi agaknya.

Sowie awark. Saia tak kuad T_T



Saturday, October 24, 2015

Akhirnya berangin jugak

October 24, 2015 6 Comments
Hi !

Akhirnya, selepas bertarung bermandi peluh untuk beberapa bulan, dapat juga beli kipas baru untuk bilik tu. (Saja tunggu gaji, tak mau guna duit sedia ada. Kedekut :p).  Bercakap pasal bermandi peluh, serius memang tak bohong. Memang bermandi peluh, pagi-pagi baru lepas mandi, masuk bilik nak bersiap pergi kerja berpeluh-peluh ok. Dahi basah. Ketiak berlecak. Nasib pakai deodorant (koh koh). By the time masuk kereta, tengok bedak.

Oh maaaaaaaaaaaiiiiii. BEDAK BERCAPUK ! 

Belum kira masa solat. Dah sebijik macam dalam sauna pun ada setiap kali solat. Berpeluh boleh tadah 1 baldi ! Tapi itulah. Kalau solat 5 minit pun tak tahan panas, dalam neraka macam mana pula? Ok. Insaf.


Dalam gambar nampak macam laju. Padahal kalau tengok in real, siap boleh bilang berapa bilah kipas tu. Siap kalau buat teka teki kat mana bilah kipas 2 saat lepas, boleh tunjuk dengan tepatnya. Punya lah slow.


KIPAS BARU !
Warna merah pun merah la. Adik kerja kat Giant siap cakap "Kak, kipas ni warna merah tau"
Eh peduli hape hakak, kaler merah pun merahlah. Janji nama dia kipas. Akhirnya kembali berangin bilik akak lepas ni, hiks :)




Friday, October 23, 2015

I'm a backpacker: Korea

October 23, 2015 4 Comments
I'm a backpacker: Korea | Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan. Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda. 
Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

ISI KANDUNGAN I'M A BACKPACKER: KOREA

Bab 1: Tentang Seoul
Bab 2: Musim-Musim di Korea
Bab 3: Sejarah Korea
Bab 4: Survival Skill
Bab 5: Jangan Sesat di Seoul

BUKU I'M A BACKPACKER: KOREA

Untuk dapatkan buku I'm a Backpacker: Korea, boleh dapatkan secara online dari https://bookcafe.com.my/. 


Thursday, October 22, 2015

Resepi Bubur Asyura

October 22, 2015 4 Comments
Hai ! Siapa yang puasa sunat hari ni angkat tangan ! Yey. Bagusnya awak-awak semua sebab kita tak pose pun :p. InshaAllah esok baru nak start puasa. Esok dan lusa :). dan bila bercakap pasal puasa asyura, ada makanan yang sangat akrab dengan puasa asyura. Apa tu? Tentu-tentu bubur asyura

BUBUR ASYURA

First time makan bubur asyura ni masa Tingkatan 5. Ada warden yang masak dan bagi untuk semua pelajar perempuan. Mula-mula ingat bubur asyura lebih kurang macam bubur lambuk, rupanya tak. Sebab bubur asyura yang aku makan tu manis. Dan kental. Dah takde tekstur bubur nasi macam yang kita biasa makan tu.

Dan rupa-rupanya lagi, cara masak bubur asyura ni ada banyak ye? Serius baru tahu, hiks :p. Berbeza ikut negeri rupanya. Eleh, korang pun ramai yang tak tahu jugakan (koh koh koh *batuk) So toksah nak kata resepi orang tu real, orang tu tak real, hihi. 

JENIS-JENIS BUBUR ASYURA:

1) Bubur asyura utara: Jenis pekat dan manis
2) Bubur asyura pantai timur: Jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging
3) Bubur asyura tengah selatan: Jenis cair seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai bijirin, kekacang, daging dan sayuran
4) Bubur asyura pulut hitam: Jenis pulut hitam dua warna yang mana dicurahkan pati santan diatasnya.

BUBUR ASYURA STAIL KEDAH

Kredit Gambar & Resepi: sajiandapurbonda.blogspot.com
Bahan-bahan A:
2 kampit 500 gram tepung beras = 1 kg.
200 gm tepung jagung
Pisang emas – anggaran 2 kg.
1 liter pati santan sawit KHALIS
1 tin susu cair
2 tin jagung manis
1 1/2 kg. gula pasir - boleh dikurangkan jika tidak suka manis
½ kg. gula merah
200 gm sagu putih
Kismis ikut citarasa
Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
1 kg. kacang hijau
500 gm kacang kuda
500 gm kacang ketupat (kacang duduk)
500 gm kacang merah ABC
1 kg. ubi keledek kuning

Penyediaan Awal:
1. Pisang emas dibuang kulit dan dipotong dadu (lebih ½ inci lebar).
2. Ubi keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Semua bahan B direbus secara berasingan sehingga empuk. Kecuali keledek direbus ¾ empuk, jangan sampai hancur. Kemudian toskan. Air rebusan ubi keledek disimpan dan digunakan untuk membancuh tepung.
4. Gula merah dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut, kemudian tapiskan.
5. Gula putih dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut.
6. Sagu direndam sehingga kembang, kemudian toskan.

Cara-cara Memasaknya:
1. Satukan tepung beras, tepung jagung, pati santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula merah dan gula putih, dan garam di dalam bekas. Gaul semua bahan sehingga sebati, kemudian ditapis. Selain kaedah tapis, boleh gunakan kaedah yang lain iaitu masukkan dalam blender dan kisar sehingga adunan halus. Kemudian masukkan di dalam periuk/kuali besar dan kacau di atas api sehingga 1/2 pekat.
2. Masukkan kacang kuda, kacang ketupat, kacang merah, ubi keledek, jagung, sagu, kismis, dan daun pandan. Kecilkan api dan kacau adunan sehingga ¾ pekat. Akhir sekali masukkan pisang. Kacau lagi sehingga adunan masak.
3. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebenar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak. Tetapi sekiranya ia masih melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul masak. Hendaklah dikacau lagi.
4. Adunan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak.
5. Setelah masak, tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Biar sejuk sebentar di luar, kemudian masukkan di dalam peti ais untuk disejukkan.

BUBUR ASYURA TERENGGANU

Kredit Gambar & Resepi: http://hanieliza.blogspot.my/
Bahan-bahan:
1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

BUBUR ASYURA @ LAMBUK VERSI JOHOR

Kredit Gambar & Resepi: http://idaddapur.blogspot.my/
Bahan-bahan:
2 cawan beras
2-3 senduk santan  
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci* bahan * dikisar
2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang 
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam 
Pelbagai kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)
Sedikit daun sup / daun saderi
Kentang & carrot secukupnya – dipotong dadu
Garam + gula secukup rasa
Bawang goreng
4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
1 pkt sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka cth: serbuk pati ayam 
1/2 sk serbuk jintan putih  

Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :
1) Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau.
2) Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika.
3) Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu, kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka. Biar ia mendidih.
4) Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang + carrot.
5) Selepas kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
6) Perasakan dgn garam secukupnya.
7) Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
8) Sedia dihidangkan panas-panas bersama telur dadar halus, daun sup  /daun saderi dan serunding ikan / daging / ayam.

BUBUR ASYURA VERSI KELANTAN

Kredit Gambar & Resepi: http://aziejaya.blogspot.my/
Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
1) Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.
2) Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus kacau.
3) Masukkan santan, kekacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.
4) Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat.
5) Bolehlah tutup api. Cedok ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang.
Nota:
Jika mahu dipotong, tunggu sehingga sejuk. Jika dimakan panas panas, boleh makan menggunakan sudu.

Semua resepi ni dari blog-blog masakan yang best-best. Klik link untuk terjah lagi banyak resepi menarik dan sudah pastinya sedap :)






Doa Ketika Cuaca Buruk (Jerebu)

October 22, 2015 2 Comments

DOA KETIKA CUACA BURUK (JEREBU)


Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya. 
~Hadith Nabi Riwayat Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya~


20% Diskaun untuk Peminat Mat Luthfi

October 22, 2015 5 Comments
Kalau korang suka baca diari orang, kisah-kisah hidup orang, kehidupan seharian orang, mungkin korang akan suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia. Hiks :p
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha, ye ke???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Nak mengenali diri seorang Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri korang sendiri, Catatan MatLuthfi ada segalanya.
--klik banner kalau nak beli. Tak nak beli kena beli jugak--

SIAPA MATLUTHFI?

Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

VIDEO MATLUTHFI PALING KELAKAR

Pada aku, semua video yang dihasilkan Matluthfi ni kelakar. Sebab tu dapat anugerah Vlogger Terbaik, ye dak? Hiks :p. Boleh cari dalam Youtube, taip je Matluthfi. Bersepah video untuk korang tengok dan ambik pengajaran. Berkenalan dulu kenapa aku suka gila baca apa yang Matluthfi tulis, apa yang dia merapu dalam video. 

BUKU CATATAN MATLUTHFI




Sempoi bak hang.
Sekarang ada 20% diskaun untuk buku  CatatanMatluthfi ni. Yang tak jumpa kat kedai buku, boleh beli kat sini. https://bookcafe.com.my/. Hanya RM 20.00 berbanding harga asal RM 25.00. Selain Catatan Matluthfi, ada banyak lagi diskaun untuk pelbagai genre buku.
--klik banner untuk senarai penuh #BorongBukuOnline--

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)




Wednesday, October 21, 2015

Niat Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari Asyura

October 21, 2015 4 Comments
Niat Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari Asyura | Hari ini adalah 8 Muharam, esok 9 Muharam (hari Tasu'a) dan lusa 10 Muharam (Hari Asyura). Pada tarikh 9 dan 10 Muharam tersebut digalakkan untuk berpuasa sunat. 

NIAT PUASA SUNAT HARI TASU'A DAN HARI ASYURA


SEJARAH PUASA HARI ASYURA

Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Huraian Hadith: 
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

FADHILAT PUASA HARI ASYURA

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".

SUNAT PUASA HARI TASU'A

Hadith: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
Huraian Hadith: 
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

i) Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
ii) Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
iii) Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
Wallahu a’lam bish-shawab. 

Selamat berpuasa bagi yang berkeinginan dan mampu untuk berpuasa. :)

Tuesday, October 20, 2015

Langkawi Trip bersama Keluarga: Homestay Kedawang

October 20, 2015 2 Comments
Langkawi Trip bersama Keluarga: Homestay Kedawang | Straight dari airport, kawan abah bawak kami ke homestay. Nak tengok homestay sambil letak barang. Dari airport, perjalanan macam jauh, tapi bila sampai kat sini, rupanya kawasan kampung ni betul-betul belakang airport je. Memang kuat dengar bunyi kapal terbang mendarat terbang kat belakang nun.

Tak teringat pulak apa nama homestay ni. Nama kampung pun haram nak ingat. Kompem banyak makan semut ni, hiks :p. Area mukim Kedawang ni memang banyak homestay dan harga pun agak berpatutan.

Homestay mukim Kedawang
 Ruang tamu besar. Siap ada kerusi berpusing-pusing tu. TV tersorok tak masuk dalam gambar.
Yang pintu tu bilik pertama. Aku 3 beradik gigirl rembat bilik tu.
Khaira sampai-sampai terus mintak susu. Dah kenyang minum susu, semangat lari-lari dari dapur masuk bilik. Masuk dapur masuk bilik. Apa, ko ingat kita pindah masuk rumah baru ke?
Homestay mukim Kedawang
 Bilik pertama. Katil King Cup. Eh. Saiz King. Hiks :p
Bilik ada aircond yang sejuk nak mamps.
Lemak aku tebal 2 inci pun surrender. 
Homestay mukim Kedawang
 Master bedroom. Mak dengan abah yang ambik. Bilik ni ada sekali bilik ayaq.
Aircond jugak.
Homestay mukim Kedawang
 Bilik no.3. Budak Amin sorang je duduk sini sebab dia sorang je laki. Untunglah ko dik katil besar boleh buat guling-guling Hindustan. Ada aircond dengan kipas. Tapi masa kitorang masuk ni, kebetulan aircond bilik ni je yang rosak. Nasib ada kipas.
Tapi rasanya tak perlu kipas. Pagi-pagi sejuk gila kut.
Homestay mukim Kedawang
 Ini ruang makan kut? 
Agak-agak tak cukup ruang dalam bilik, boleh bentang toto tidur kat sini. Toto dan bantal extra ada disediakan dalam almari kat dalam semua bilik.
Homestay mukim Kedawang
 Dapur. 
Ada sediakan peti ais dengan dapur kut-kut rajin nau masak kan. Kitorang memang masak untuk sarapan sebab malas nak keluar awal pagi cari sarapan.
Homestay mukim Kedawang
Bilik ayaq dia besar kut. Rasa-rasa nak mandi berjemaah 10 orang pun lepas. Ahaks :p

Agaknya sebab faktor tempat baru, Khaira semangat betul explore rumah ni. Kemain lagi jelajah semua bilik. Tidur pun lambat. Kejap-kejap datang bilik "Cak cak cak". Haha.  Kat luar rumah ni ada pergola kut-kut nak beristirehat sambil menikmati alam. Sambil layan blues dengan bunyi kapal terbang. Ada jugak tuan rumah sediakan tempat kalau nak buat bbq. Hah ko, bbq lah sampai lebam, hewhewhew :p.

Aku bayar RM300 untuk 2 malam. Not sure itu harga sebenar atau harga kawan-kawan. Hehe. Tapi kalau harga sebenar pun, aku pun tak tahu nak bagi direction kat mana. No phone apetah lagi. Ampun ye. Overall, pada aku homestay ni ok. Affordable dan besar. Datang dengan family besar jimat. Tapi kalau nak diikutkan kat Langkawi ni banyak gilaaaa homestay. Toksah risau takde tempat tidur kalau datang waktu high peak pun. Dunt worry, be happy :)

Langkawi Trip bersama Keluarga - Part 1: Klik sini



Monday, October 19, 2015

Jerebu kembali menyerang Malaysia !

October 19, 2015 10 Comments
Jerebu kembali menyerang Malaysia ! | Hurm. Hari Sabtu keluar awal dari rumah untuk ke Majlis Konvokesyen. Masa keluar tu awal pagi lagi, tapi sepatutnya langit dah cerah dan matahari terik. Tapi langit muram kelabu merajuk macam nak memuntahkan hujan. 

Habis konvo, dalam perjalanan balik ke rumah, baru perasan sebenarnya langit kelabu muram disebabkan JEREBU ! Jerebu dah kembali menghantui kita setelah beberapa ketika hilang. 

Dan semalam pula ke Kunak sebab nak memenuhi undangan collegue kenduri akikah anak perempuan dia. Ikut hati macam malas nak pegi, hiks. Tapi macam tak sampai hati (hati lagi, jantung, paru-paru tak mahu ambik bahagian dalam piket ni ke?) pulak sebab masuk ni, dah kali ke-3 kawan ni jemput. Lagipun bukan buat apa kat rumah selain membongkang tengok tv? Haha.



Keadaan jerebu di Menara Kayangan, Lahad Datu. 
Menara Kayangan ye, bukan Kerajaan Kayangan, hiks :p
Masa ni IPU dah mencapai 130.


Jerebu di kawasan perumahan aku.
Sebelum ni, masa semenanjung teruk di landa jerebu, kami di sini bernasib naik tidak ditimpa jerebu teruk macam tu. Tempias-tempias sikit adalah tetapi masih belum mencapai tahap kurang sihat. Sekarang ini baru berpeluang mengharung asap debu jerebu bersama-sama semenanjung, baru fair and square, ye tak? Haha. Semalam pun flight ke Kota Kinabalu delayed hampir 4 jam disebabkan jerebu teruk. Jarak penglihatan terhad ke 100 meter sahaja. 

Sampai ke saat entry ni ditulis, IPU di Tawau dah mencapai 160 dalam masa hanya 2 hari. Sekolah-sekolah di kawasan yang mengalami jerebu teruk cuti hari ni, tapi kitorang tak cuti. Masih kena kerja. So, yang sama nasib dengan aku, sama-samalah kita jaga kesihatan ye ! Minum banyak air putih, pakai mask N95 lebih bagus dari pakai surgical mask yang biasa tu. Sebab mask N95 berupaya untuk menapis micro partical jerebu. Surgical mask tak. 

Macam mana rupa mask N95 tu?

Mask N95. Bukan RON95, hiks :p. Kalau beli kat farmasi agak mahal, dalam RM6/pieces. Tapi sesuai sangat untuk kita, lebih-lebih lagi anak-anak kita yang kecik-kecik tu. Jangka hayat penggunaan mask ni hanya maksimum 4 hari. Lepas tu, sila beli mask yang baru.

Apalah sangat RM6 kalau nak dibandingkan dengan kesihatan kita dan anak-anak, ye tak? Jadi, yang bekerja, selamat bekerja *hukhukhuk*. Yang bercuti, selamat bercuti. Sama-samalah kita menjaga kesihatan dalam keadaan cuaca tak mengizinkan sekarang. 

Take care :)




Daftar PERCUMA untuk akses pasaran Halal terbesar !

October 19, 2015 1 Comments
Peneraju pasaran keperluan dan barangan halal: HALALSURF e-marketplace | Pasaran keperluan dan barangan Halal semakin meningkat dan berkembang dengan jayanya, bukan saja di Malaysia tetapi ke seluruh dunia. Komuniti sedunia amnya dan Malaysia khususnya semakin menyedari kepentingan untuk mencari barangan dan keperluan yang Halal, yang diyakini dan terjamin kesucian dan kebersihannya, dan ini atas sebab ini juga, pasaran Halal semakin mendapat tempat di hati komuniti bukan Islam.

Dan pernah tak anda terfikir untuk memasarkan atau mencari produk dan perkhidmatan, tetapi ragu-ragu untuk menggunakannya disebabkan isu halal? 

Menyahut cabaran untuk menyebarkan dan membawa pasaran Halal lebih dekat dan mudah diakses dihujung jari kepada komuniti, HALALSURF e-marketplace diperkenalkan.


Apa itu HALALSURF?
HalalSurf ialah satu tapak perdagangan untuk perniagaan online, yang memberi fokus kepada pasaran Halal bagi membolehkan pengguna berjual beli segala yang halal dengan cara yang mudah.  Walaupun pada dasarnya HalalSurf adalah e-marketplace untuk keperluan Muslim tetapi pasarannya terbuka kepada komuniti Islam dan bukan Islam seluruh dunia. 

HalalSurf membawa pendekatan perniagaan yang ringkas dan santai. Semua orang boleh berjual-beli segala keperluan halal tanpa mengira saiz perniagaan. Sama ada usahawan kecil, sederhana mahupun besar, semuanya akan berkumpul dalam satu platform e-marketplace halal yang terbuka untuk semua. 

Mengapa HALALSURF?
1) HalalSurf mengumpulkan sebanyak-sebanyaknya produk halal di bawah satu tapak e-dagang. Pengguna kini mempunyai satu one-stop-center khusus untuk mendapatkan pelbagai keperluan dan barangan halal secara online.
2) HalalSurf menyediakan platform kepada para usahawan  dan peniaga untuk membuat penjualan, pemasaran dan promosi produk secara berkesan dan menjimatkan.
3) HalalSurf menyediakan saluran kepada pengeluar produk untuk menjalinkan hubungan perniagaan (B2B) dengan mempertemukan pengeluar-pengedar/penjual tempatan dan dari serata dunia.
4) HalalSurf membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menerokai pasaran jualan produk halal serantau dan antarabangsa yang bernilai hampir RM9.2 trilion setahun di seluruh dunia!

Pasaran halal global


Pendaftaran sebagai ahli HALALSURF
Sekiranya anda seorang usahawan, tidak kira industri kecil, sederhana mahupun besar, anda semua mempunyai peluang untuk memasarkan produk dan perkhidmatan ke seluruh Malaysia dan antarabangsa dengan mudah. 

Sekiranya anda seorang pengusaha makan frozen sejuk beku, mahupun kosmetik. Anda boleh mendaftar secara percuma di www.halalsurf.com. Platform yang disediakan oleh halalsurf mampu untuk memberi promosi yang lebih meluas kepada produk anda. Tetapi halalsurf tidak terhad kepada produk fizikal semata-mata, perkhidmatan yang berkualiti seperti agen pelancongan, perkhidmatan percetakan juga boleh mendaftar.

Begitu juga sekiranya anda hanya seorang pengguna yang ingin mencari solusi pasaran Halal yang luas dan meyakinkan. HALALSURF adalah jawapannya. Semua keperluan dan maklumat jualan produk boleh diakses dengan mudah.

Rugi rasanya sekiranya peluang pemasaran begini tidak dimanfaat sepenuhnya. Ini kerana pendaftaran adalah PERCUMA untuk menjadi ahli. Pendaftaran sebagai penjual/pengeluar kini diberikan secara PERCUMA dalam tempoh pra-daftar sehingga tarikh pelancaran HalalSurf yang akan diumumkan nanti. 

Untuk mendaftar, boleh layari:
Website: www.halalsurf.com 
Facebook: https://www.facebook.com/HalalSurf


Lokasi Halal Surf

HalalSurf dimiliki oleh:

Integrated Commerce Sdn Bhd (529638-A),
No 79-3, Level 3, Block E, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor,
MALAYSIA.

Tel: 603-87378022
Fax: 603-87376022
Hotline WhatsApp: +6012-877 1317

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+