Wednesday, September 30, 2015

Mee Udang Paling Sedap di D'Laila @MMA Santai Corner Nilai

September 30, 2015 10 Comments
Mee Udang Paling Sedap di D'Laila @MMA Santai Corner Nilai | Ini cerita masa balik cuti raya hari tu. Terpengaruh dengan kawan-kawan yang selalu datang makan di D'Laila MMA Santai Corner Nilai. Banyak juga review yang kata mee udang disini sedap, berbaloi dengan portion dan harga yang ditawarkan.

Mula-mula search, banyak lah review yang keluar. Semua kata sedap dan post gambar yang menyelerakan! Oh no no no. Ini tak boleh jadi! Sungguh menduga kesabaran nafsu makan yang membuak-buak. 

Terus simpan dalam food list, balik ni mesti makan mee udang di D'Laila @ MMA Santai Corner Nilai ni. Mesti tau! Jadi, bila balik cuti raya baru-baru ni, terus ajak mak abah singgah sini. Masa sampai tu dah pukul 11 malam tau. Gigih lagi ajak makan sebab jalan nak balik rumah dari airport memang lalu sini. Nak pergi hari lain jangan harap lah nak drive dari Beranang ke Nilai. Jadi, pukul 11 malam pun 11 malam lah. Janji kita..MAKAN! Ahaks.

Mee Udang D'Laila @ MMA Santai Corner Nilai

Mee udang - kupang aku punya. RM 14.00
Mangkuk bukan main gedabak. Kupang tu banyak gila dia bagi. Udang pun besar-besar. Kalau tengok review, semua bagi gambar udang cantik bersusun. Ingatkan depa tipu, rupanya yang aku dapat pun cantik bersusun macam ni. Rasa kuah dia sedap! Manis. udang dengan ubi tu balance (ada guna ubi ke dalam kuah mee udang ni?)

Mee Udang D'Laila @ MMA Santai Corner Nilai

Adik aku tak suka udang. Jadi order mee kupang. RM 7.00.
Kupang banyak gila. Rasanya aku punya dah banyak, dia punya lagi banyak.

Bila dah order, baru terperasan ada menu maggi kari kambing dengan maggi kari telur ikan mayong. Nak tukar macam dah terlambat. T_T. Telur ikan mayong dia besar-besar. Dah serupa guli aku tengok. Next time balik kita cuba menu lain pulak.

Mee Udang D'Laila @ MMA Santai Corner Nilai

Mak order mee sup kat kedai sebelah. Mee sup campur RM7.00.
Sedap jugak. Kuah sup dia pekat. Even Khaira pun suka. Habis mee sup mak aku dia telan. Tengok tu, dah macam mee sup sendiri pulak dia buat, haha. 

Overall, mee udang sedap. Harga setimpal dengan apa yang aku dapat. Kedai sebelah yang jual mee sup dan segala macam sup pun best. Abah pun kata sedap. Khaira pun kata sedap. Hehe. Next time, inshaAllah nak cuba menu lain kat kedai lain pulak. Intai-intai kedai sebelah, ada ikan bakar petai. Woot woot. Petai.

Nak datang sini?
D'LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai Negeri Sembilan
Contact: 017-2253337
Waktu operasi: 6.00 petang - 12.00 tengah malam

Cashout & 28 On-Going CPUV Nuffnang

September 30, 2015 12 Comments
Alhamdulillah. Berjaya cashout Nuffnang untuk kali kedua. Jenuh juga nak menunggu boleh cashout. Bila dah boleh, sayang pulak nak cashout sebab tengok CPUV tengah berlumba-lumba keluar.
Reset semula ke RM 0.00. Menabung semula lah kita nampak gayanya. 


Alhamdulillah lagi sekali. Rezeki baru naik cuti Aidil Adha. Mencanak naik pula CPUV sampai 28 ketul! Tenkiu for those yang rajin kelik iklan kitew yew. Mehehehe =)


Tuesday, September 22, 2015

The Best Stylish Maternity Attire: HALWA ATTIRE

September 22, 2015 12 Comments
HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.

HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :

❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤ Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku

Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.

HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah

HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire

MISI 
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.

Produk Terbaik Dari Halwa Attire 

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Monday, September 21, 2015

Dah nak balik

September 21, 2015 8 Comments
Dah nak balik rupanya.

Tak sedar masa berlalu dengan cepat. Rasa macam baru je lepas sambut raya, pastu isi borang mintak transfer. Pastu kena bambu dengan bos. Pastu kena pow dengan student. Tiba-tiba rasa mak jemah sangat bila cakap anak orang comel. Eh. Tetiba.

Tup tup, dah nak cuti raya haji. Biar betul?

Raya haji kali ni balik lambat sikit kut? Kut lah sebab kemain ramai bila nampak muka aku je tanya "Ira tak balik raya ke?". T_T . Nampak sangat selama ni asal cuti je cabut lari awal. Tapi Impossible lah kan tak balik raya. Menangis sampai banjir 1 Tawau rasanya kalau tak balik raya.

Bila nak cuti ni, gigih habiskan silibus dengan student. Sampai naik muak, muntah menghadap semua segala macam di compress - compress cincang lumat masuk otak. Kehkehkeh. Habis amali, bagi tugasan siap dalam masa 2 jam, bagi pulak ujian. Settle semua baru boleh balik. Beterbanganlah semua pulang ke sarang.

Tapi lepas tu aku yang sengsara nak menanda kertas. Haha.


Baru 1 set ujian. Belakang aku bertimbun lagi kertas tengah rilek parking punya baik tunggu nak bagi tanda merah.
Ini lah akibat suka bertangguh. T_T


Break hari Jumaat sempat singgah shopping ikan bilis. Beli yang siap kopek macam ni, sekilo RM23. Bagi aku dah mahal gila! Bila lah harga dia nk turun ye? Kat semenanjung berapa pulak?

Masa beli ni, ada budak kecik 3 orang, insist sangat nak angkat barang kitorang. Memang kalau korang datang Tawau ni, singgah shopping barang kat Pasar Ikan / Pasar Tanjung, akan ada kids yang nk angkat barang korang. Lepas tu bayar lah berapa ikut seikhlas hati. Tapi jangan seikhlas hati bagi singgit je, agak-agaklah. Barang banyak sampai rebeh bahu budak tu, ko bayar singgit je? Janganlah tunjuk sangat kedekut taik idung masin tu, haha.

Abah pesan 20kg ikan bilis sebab ada kawan dia order. Datang budak 3 orang nk angkat barang kitorang. Aku dah risau ni, boleh ke budak kecik ni angkat kotak ikan bilis 20kg?

Rupanya boleh ko! Kagum gila aku. Tulang dawai urat besi betul! Dik, ko masuk Mr. Malaysia ke?


Penat tengok adik super kuat angkat 20kg ikan bilis, singgah makan Pizza Hut. Ini namanya starter je.


Sedar-sedar pinggan dah licin T_T

Lepas ni merendang lah kita, yey =)





Sunday, September 20, 2015

Lauk tambah paling sedap

September 20, 2015 10 Comments
Minggu depan dah nak balik raya. Cuti - cuti Malaysia lah kita. Yahooooo. Happy iols, hehe. Sebelum balik tu, sempat lagi shopping ikan bilis 20kg yg abah pesan. Tak tau lah macam mana rupa aku  nk bawak ikan bilis 20kg pergi airport nanti. Matik lah terputus urat kentut nk letak atas conveyor belt.

Bukak peti ais, omak ai, penuh lagi rupanya peti ais. Shopping barang dapur tak ingat dunia, masaknya haram T_T. 

Semuanya gara-gara masa shopping mood baik, konon rajin nak masak. Sampai rumah hampeh. Tapi sebab nak balik punya pasal, gigih masak nak mengabeskan lauk. Automatik nampak rajin, siap hantar wassap kat mak bagitau "mak, hari ni Ira masak kari ayam". Kahhhhh. Gigih sangat nk bukti kat mak konon rajin masak. Balik ni ko tak masak siap ko! 


Kari ayam. Kubis campur.
Senang gila lauk orang bujang aku. Kehkehkeh.
Tapi ada lagi tambahan yang membuatka  lunch tadi laaaaagi sedap. Tu botol kecik atas tu.


Sambal hitam pahang sedap.
Tekak aku kata sedap. Tekak korang tak tau lah. Haha.
Kata orang, sambal hitam ni susah nak buat, renyah katanya. Betul ke?
Aku tak tau sebab aku pandai makan je, buatnya tak! Kehkehkeh. Ini pun housemate aku order dengan member kat semenanjung. 
Trusted seller. Nak order jugak kalu, wassap je no. Kat badan botol tu ye. 


Pinggan aku. Kantoi makan nasi banyak! =D
Itu rupa sambal hitam atas tu.
Serius lauk kari aku tu dah sedia sedap (siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri*flip hair*), tambah sambal hitam tu jadi double sedap pulak. Nasib tak habis 1 periuk nasi aku makan. Haha. Over sangat ko!





Saturday, September 19, 2015

Ramai orang macam ko, aman dunia

September 19, 2015 6 Comments
Hari ni jadi urusetia kursus pendek lagi. Kerja selagi boleh kerja, ye tak? Hehe. Kursus asas jahitan baju kurung. Jumaat semalam dah eksaited, konon sambil ambik gambar, sambil-sambil belajar jugak. Multi-task kononnya.

Rupanya dunia tak seindah yang disangka. Uhuk uhuk. Niat nak belajar free, tak tercapai. Entah alien apa pola kekek tu semua. Dush! Nak tanya malu ai. T_T. Rupanya yg datang pun mostly dah ada basic. Aku je lah yg kosong ting tong. Cissskek.

Eksaited ye kak?


Akhirnya jadi photographer tak bertauliah je hari ni T_T

Tapi, masa kursus tu sempat berborak dengan organizer yg bawak peserta ni. Kitorang pihak kolej hanya pelaksana & penyedia tempat. Organizer yg uruskan yuran & cari peserta.
Organizer dia, lelaki weh. Bujang lagi. Ehem. Orang semenanjungggggg. Wow. Berita baik ni, kahhhhhh.

Mesti korang ingat aku eksaited kan jumpa orang semenanjung? Opkos weh. Sebab apa super eksaited? Sebab organizer tu sendiri yg mintak transfer ke Sabah. Terus dapat pelik dari mulut aku. Mati la suka ati mengata anak orang pelik. Haha.

Siap dah meronda tempat kat Tawau ni, lagi banyak tempat dia dah pegi dari aku yg senior 3 tahun ni. Gila berjalan katanya. Bukit Gemok aku pun tak pernah sampai lagi. Dia dah sampai. Tabik sekejap. (Pehni sila berkubang di Maliau Basin pula ya! Lagi adventure)

Kenapalah ko tak masuk kolej komuniti? Kalau masuk, boleh aku mintak transfer dengan ko. Haha.

Tapi, memang jarang weh nk jumpa org yg memang willing nak tukar ke borneo ni dari semenanjung. Jarang sangat. "Encik, saya nak berkhidmat di borneo. Kalau boleh remote area, lagi bagus". Erk.  Ramai pegawai ni masa kena interview, "takpe, saya ok je kalau ditugaskan di borneo"

Sekali bila dapat menggulupur merayu tak mau datang. Cessss. Punya lah lama aku tunggu org baru posting, nan hado. Semua tak mau datang. Apa, ingat kitorang duduk atas pokok ke? 

Welcome aboard En. Yazid. Ramai lagi orang mcm En. Yazid, aman lah dunia rasanya, haha. Kurang orang stress, pasangan terpisah. Siap esok-esok boleh tanya PJJ tu hape? Kehkehkeh. Harapan weh harapan.

Aku? Aku dah lama menggelupur nak mintak transfer. Haha. Duit dah banyak 2,6 bilion rupiah, kaya dah! Kahhhhhhh.




Friday, September 18, 2015

Siapa pernah jadi macam ni?

September 18, 2015 11 Comments
Hai.

Ini edisi solat Jumaat sempena aku menaip dalam kereta sambil dengar khutbah dan solat Jumaat. Sambil-sambil tunggu kawan habis shopping dalam kedai kristal. 


Siapa pernah jadi macam dalam gambar tu? Laki lah kan, sebab solat pakai kain pelekat dengan songkok. Songkok jatuh, pehtu ko ternampak. Dah tak kusyuk solat. "Aduh, jatuh pulak songkok ni". Kemain fikir cemana nak pakai balik. Haha.

Macam aku, pernah je jadi macam ni. Kain telekung tertanggal! Kahkahkah.

Masa tu aku sekolah asrama. Asrama Puteri Wilayah yang dekat dengan Masjid Kampung Bharu yang femes gila dengan bubur lambuk tu.

Masa baru-baru nak masuk asrama, mak belikan telekung baru. Special sebab aku nak masuk asrama. Telekung putih suci. Tapi yang slek nya, kain dia senteng. Pendek. Ah sudah. Tak sure sama ada aku yang sedia tinggi macam galah, atau telekung tu untuk edisi budak pompuan kemetot. Tapi tak best lah kan kalau kain pendek. Dah rasa insecure, satu kerja pikir macam mana nak bagi tak nampak kaki bila sujud.

Masa mula-mula pakai tu, asyiklah orang belakang tolong tarik kain aku nak tutup kaki tu. Sekali, dua kali boleh lah. Tiga kali haish. Kali keempat, eh ko. Tolonglah carik kain yg labuh sikit. Kalau takde kain lain, meh sini akak bagi ko kain batik.

Jadi, balik cuti mintak mak belikan kain telekung baru. Kain je. So, dapatlah kain telekung jenis gini.


Yang kain tu. Telekungnya tak. Kain tu bagi aku best lah sebab panjang. Aku punya kaler hitam. Dorm-mate aku ade je yang pakai kaler purple dengan maroon tu. Hijau pun ada kan? Best dah dapat kain panjang, kompem masa sujud tak nampak kaki. Tapi ada satu je masalah baru. Aku tak pandai ikat kain tu. Haha.

Sebab kain yang lama tu, jenis yang ada tali tu. Ko tinggal nak tarik je. Kat rumah punya pulak versi getah. Jadi, shock sikit pakai kain yang baru ni, haha. Tapi, cam biasa lah, apa yang kita tak boleh belajar kan? Rilek lah. Shahira bha ini. Umur 13 tahun pun dah terer ok! Kompem yakin bergaya punya! Kahhhhhhh.

Solat jemaah first guna kain baru hari tu adalah solat Maghrib. Yakin je ikat kain, pakai telekung, pergi surau.

Allahuakbar!
.
.
.
.
.
Masuk rakaat kedua kain aku dah terlerai dari simpulan kenangan. Automatik terus aku terbehenti solat. Memang jadi kenangan yang disimpul-simpul dalam kepala otak.

Solat lagi sekali aku Maghrib tu. Pelik je member sebelah tetiba aku berdiri tak turun-turun rukuk sujud. Lepas tu, terus mintak kak senior ajar. "Kak, tolong ajar saya ikat kain ni"

Itu lah. Satu je aku nak pesan. Lain kali jangan nak yakin sangat. Ok bai.



Thursday, September 17, 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

September 17, 2015 10 Comments
TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

Hai.
Siapa kipas-susah-mati Tudung Aidijuma? Nak tak Tudung Aidijuma FREE? Sebab kawan kite, Anies ada buat "Tudung Aidijuma Giveaway by Anies"

-Klik banner untuk ikut serta-

Syarat penyertaan mudah saja:
1) Follow blog Anies
2) Buat 1 entry bertajuk "TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES" dan ceritakan apa-apa sahaja pengalaman / cerita menarik mengenai tudung / selendang dan seumpamanya
3) Boleh sertakan gambar jika berkaitan
4) Letakkan banner di atas dalam entry dan link kan semula ke blog Anies
5) Sertakan link entry penyertaan di blog Anies.

Cerita aku mengenai tudung ni, entah macam mana nak cerita ye?

Oh. Masa sekolah dulu, sekolah rendah kan. Kan kita pakai tudung sekolah warna putih. Infact baju pun putih kan. Almaklumlah budak biasa. Kalau pengawas kaler biru pulak. Tudung sekolah aku tak banyak pun. Ada dalam 2 je rasanya. Tapi yang 1 tu tak berapa suka pakai sebab pendek. Jadi, lenjan sampai 5 hari sekolah pakai tudung yang sama. Balik sekolah je, terus ampai bawah kipas, sembur-sembur sikit bagi hilang bau. 
One day, naik van sekolah terdongak sikit, so tudung tu terkena minyak yang kat pintu van tu. Banyak juga kena kat bahagian atas tudung tu. Mula-mula tak perasan, sampailah kawan bagitahu. Huhu. Sadis jugak rasanya sebab tak de tudung baru. So, aku end up pakai je tudunga da tanda minyak hitam tu sampai hujung tahun T_T

                                                           ***************************
Ok, jangan sedih-sedih. Itu semua cerita lama. Zaman kecik, susah sikit. Dah besar, alhamdulillah, much better. =)

GA ini berlangsung selama 10 hari dari 14/9/2015 - 24/9/2015.
Jangan lupa join ye. Untung dapat Tudung AJ FREE. Yey! Muahaha.


Wednesday, September 16, 2015

Jerawat

September 16, 2015 13 Comments
Setiap kali jerawat menunjukkan diri kat muka, aku memang jarang nak picit ke, nk cover dengan concealer ke. Nak cover dengan fondation lagi haram. Harap pertolongan bedak baby johnson je nak cover muka aku. Konon sangat yakin bergaya keluar dengan bare face lah konon kan?

Pagi Isnin kelas. Buat kelas Amali sebab nk habiskan silibus sebelum balik cuti raya haji. Yang tensinya tu, hari nak jumpa student, hari tu lah keluar jerawat. Cisssss, bedebah ko jerawat. Gila attention!

Tapi nama aku nak cover? Nk picit? Kem salam. Rela aku biar je cenggitu tercongok kat muka.

Sampai je kolej, isi tangki perut dulu. Meehon goreng extra sambal. Peh. Donia donia donia. Rugi lah orang yang nk tahan-tahan makan ni. Hilang 1 nikmat donia, haha.

Kul 9.00 pagi, terus masuk kelas. Muka serius. Bawak rotan.

Haha. Tipu. Bawak kertas attendance je. Panggil student, tarik whiteboard.

Miss, ape benda kat tepi mulut tu?

Serius aku ingat cili sambal tadi.

Cili. Tadi saya baru lepas sarapan.

Jerawaaaaaaat......



JERAWAT........
JERAWAT........
JERAWAT........

JERAWAT........

JERAWAT........
(Saja buat tulisan besar kecik besar kecik bagi efek dramatik, ahaks =D)

Memanglah budak-budak ni. Dasar mata macam kanta pembesar!) Jerawat seketul kecik tu pun boleh nampak. T_T. Tensi mak macam gini.

Tapi oleh sebab ko dah tegur aku kan, balasannya hari ni. Extra amali. Biar lebih pandai! Hohohoho.

Petang tu aku beli roti nk buat bekal hari cuti. On the way keluar bengkel, terserempak pulak dengan 4,5 orang student tadi, nak kecek roti aku lettew. Muka tersengih manjang. Hamboi korang, kalau masa belajar kemain nampak je jerawat aku. Masa nk kecek makanan aku, buat tak nampak je ye. Siap puji aku extra comel. Mulut manis betul! Cisssss.

Nasib mak korang ni jenis tak amik hati. Tak pe lah nak, mak korang ni paham. Tapi yang paling mak korang ni paham. Mak korang memang comel. Kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.



Tuesday, September 15, 2015

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

September 15, 2015 10 Comments
Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Segmen irrayyan : Hari Malaysia 2015

Hai. Hari ni Mummy Irra a.k.a Pengetua EFG buat 1 simple segmen. Sempena Hari Malaysia 2015. Jum lah ikut sebab syarat penyertaan pun senang betul. 

1) Follow blog irrayyan.com
2) letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri
3) Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini (irrayyan.com)
4) Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh selfie/wefie atau gambar biasa
5) Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut

Tu jer. Mudah. Simple. Sonang sangat kan?


Merdeka itu, perlu ada dalam diri setiap kita. Merdeka fikiran, merdeka perilaku dan yang paling penting, setiap kita merdeka dalam apa jua tindakan.
Be proud & live life to the fullest! =)

*************

Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira. Nasib lah siapa lambat! Hehe =D



Monday, September 14, 2015

Rahsia hilangkan parut, cerahkan muka

September 14, 2015 6 Comments
Hilangkan parut dan mencerahkan kulit dengan Mika Sakura White. Dah tak jadi rahsia yang aku ni berkulit ala-ala tan, sawo matang gitu. Dah dah lama jugak aku mencari-mencari produk yang boleh mencerahkan kulit, bukan setakat kulit muka, tapi jugak seluruh badan. Most product, tertumpu nak cerahkan muka je. Habis kalau muka cerah, badan gelap, dah serupa kuda belang pulak aku rasa. 

Dapat peluang untuk try test supplemen kecantikan dan kesihatan terbaru, Mika Sakura White. Sebelum ni, pernah juga aku try supplemen yang lain, dalam bentuk pil juga. Habis dalam 3 botol jugak, tapi kesan dia tak nampak jugak. Mungkin tak serasi pun jadi faktor juga. So, semangat pulak nak try Mika Sakura White. Mana tahu serasi?

Mika Sakura White

> 100% semulajadi dari ekstrak bunga sakura
> 100% tiada bahan kimia  dan tiada kesan sampingan negatif
> Diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea
> Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki & wanita
> Ekstraknya antara agen anti penuaan yang paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun dan Korea
> LULUS Kementerian Kesihatan Malaysia
> Sangat sedap dikemam. (Serius ini memang tak tipu. Aku pun terlajak telan 3 biji sekaligus hari tu)

Kebaikan & fungsi Mika Sakura White

> Memutihkan kulit muka
> Memutihkan kulit seluruh badan
> menghilangkan jerawat & parut jerawat
> Menghilangkan jeragat
> Menaikkan seri muka

Mika Sakura White hilangkan parut


Ini gambar terbaru. Masa ni kat Sandakan. Panas memang panas terik habis. Siap dah terbakar rentung hangus lagi. Dalam gambar ni aku dah siap pakai bedak. Pun nampak kusam gelap gitu kan? 


Hasil setelah menelan Mika Sakura White 1 botol. Ada hari yang aku telan 1 biji (pagi sahaja). Ada hari aku telan 2 biji (pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur). Nak kata cerah serupa orang Jepun tak lah. Tapi memang cerah sikit. Paling penting, pipi ai serupa pakai blusher, hehe.

Ini sebab kandungan bunga sakura sebagai bahan utama memang akan mencerahkan kulit jadi 'pink', bukan cerah putih pucat. Itu yang nanti nampak berseri-seri je muka (muka aku tak tau lah. Nak mengaku matik lah angkat bakul masuk sendiri, hewhewhew)

Lagi satu aku perasan, effect Mika Sakura White pada aku, dia memudarkan parut jerawat yang banyak nau kat pipi tu. Serius, aku kagum jugak. Pakai skincare lama jugak, tapi parut tu agak payah nak pudar. Tapi mungkin juga faktor serasi, tu yang cepat aje effect dia bagi kesan kepada kulit aku.

 

Testimoni dari beberapa pengguna Mika Sakura White. Yang bestnya effect yang diorang dapat, sama macam aku. Kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar dan jerawat makin susah nak naik. 

 
Kulit semakin cerah 


Nona Manis Uyaina  juga mengamalkan Mika Sakura White untuk mengekalkan kulit putih bersih. Cantik dan gebu seperti Uyaina, sapa tak nak kan?

Berminat dengan Mika Sakura White?
Boleh hubungi Sis Ara (Procrowd Holding) di 0132037799
Sekarang Procrowd Holdings sedang mengadakan super promosi untuk 200 pelanggan terawal. 
Untuk sebarang pertanyaan cepat whatsapp:
Sis Ara - 0132037799
Sis Ara - 0132037799
Sis Ara - 0132037799

"Kunyah saja pun boleh putih seluruh badan!"

 


Jangan Tengok Contracted Phase 2 Kalau Geli Ulat

September 14, 2015 12 Comments
Contracted Phase 2 | Minggu lepas hari Jumaat nak tengok Maze Runner : Scorch Trials tu. Tapi wayang ponuh macam sardin. Seat kosong yang tinggal kat 2,3 row depan skrin. Tak kuasa aku nak tengok movie gaya mendongak ala burung kasawari macam gitu. So, switch plan. Kita tengok je apa-apa movie yang available at the moment. CONTRACTED PHASE 2.

Contracted Phase 2

Tengok poster macam horror nau citer ni. Tak beringat konon nak tengok citer horror malam-malam. Malam Jumaat pulak tu! Konon berlagak berani, padahal tau kompem balik rumah nanti kelam-kabut kunci pagar. Kahkahkah. Tapi ada aku kisah. Yang penting masa beli tiket muka kena berani. Guwa tak takutlah. Ahaks.

Contracted Phase 2
Poster semacam citer hantu T_T

Rupanya bukan citer horror pun. Ceh. Harap poster je horror. Citer hampeh. Tak sure Contracted Phase 1 macam mana (ada ke Contracted Phase 1?), tapi yang Phase 2 aku tengok ni. Bagi aku. G-E-L-I. Meloyakan. Euw. Sebab banyak gila ulat. Yeks.

Contracted Phase 2

Tengok gelembung-gelembung nanah tu pun dah buat aku loya nak muntah. Belum lagi masa ulat-ulat besar jari tu berjalan-jalan bawah kulit. Nampak berbonjol-bonjol. Bila Riley tu toreh kulit dia nak keluarkan ulat tuuuuuuuuu. *Tetiba rasa macam kepala aku ada ulat berjalan pulak*

Ok. Memang serius siapa yang tak tahan geli, jangan lah tengok citer ni. Muntah nanti jawab sendiri ye. Aku sebenarnya tahan lagi tengok citer hantu horror dari citer macam ni. Haish. Apa nak buat. Dah terbeli, tengok je lah sampai habis. 

Tapi ending tergantung. Means ada lagi pulak Contracted Phase 3? 

Kompem aku tak akan tengok! T_T



Friday, September 11, 2015

Mengenang Cinta Lama | Triumph In The Skies

September 11, 2015 5 Comments
Triumph In The Skies | Haha. Mengenang cinta lama sangat. Cinta lama dengan drama Cina sebenarnya. Dulu-dulu masa muda remaja (sekarang tua sangatlah? Peh T_T) suka gila tengok drama Cina. Kan TV2 ada siaran drama Cina pukul 6 petang setiap Isnin - Khamis?


Sejarah Triumph In The Skies
Drama Triumph In The Skies mula bersiaran pada tahun 2003 yang mengisahkan tentang kehidupan juruterbang. Merupakan antara drama terbaik TVB dan selepas mendapat reaksi yang menggalakkan dari penonton, sekuel drama ini dikatakan akan bersambung pada 2006. Disebabkan beberapa kekangan dari segi perbincangan, sekuel drama ini, Triumph In The Skies II hanya bersiaran pada 2013. 

Mengenang Cinta Lama
Seriously, aku memang suka drama yang bergenre macam ni. Nak-nak pulak kehidupan pilot yang digambarkan dalam drama ni, pilot hensem! Memandang paras rupa semata-mata kan? Kahkahkah

Haruslah jadi macam tu. Masa muda remaja dulu kan selalu angan-angan nak pakwe hensem ala-ala Chinese, mata sepet. Keje pulak pilot. Nanti boleh aku pesan macam-macam kalau dia travel oversea. Peh, cita-cita gatal tak beringat. 

Balik sekolah agama, pukul 6 mesti dah tercongok depan tv. Don't nak ajak-ajak aku main kat padang ke, galah panjang ke. Polis sentri ke. Kalau nak ajak aku main, ajak awal sikit. Pukul 6 aku nak tengok tv. Pakwe aku dalam tv tu! Kahkahkah. Matik lah kecik-kecik dah berangan.

Dan rasanya drama ni, yang tahun 2003 aku tengok kut. Tapi kat hostel rasanya. Siap menganga-nganga lagi sebab terlampau menghayati drama. Peh. Dahsyat kan tahap penghayatan aku. Kalau lah masa aku belajar tahap penghayatan macam tu, kompem cikgu aku sangat kagum dan bersemangat waja nak mengajar. Apa tak nya, anak murid menganga keluar air liur tengok muka kau. Apa. Aku hensem sangat hari ni? Euw.

Filem Triumph In The Skies ni baru-baru ni jugak keluar kat wayang kan? Aku rasa macam baru nampak poster kat wayang hari tu. Tapi tak sempat-sempat jugak nak tengok. Jadual padat sangat dengan filem lain. Haha. Tapi tapi tapi kan..

Aku terjumpa website ni, iols boleh tengok cite ni online uols. Best gila. 



I always have a feeling for Louis Koo. Ini yang orang katakan hitam manisssss.


Francis Ng. Dia ni kalau pegang watak gangster, menjadi betul. Dah serupa gangster dalam real life pulak.


Filem ini dibintangi oleh Louis Koo, Francis Ng, Sammi Cheng, Julian Cheung, Charmaine Sheh, Amber Kuo, Oceane Zhu dan Dean Liu. Semua pelakon femes, dan dah agak tua sebenarnya. Haha. Tapi kira ini pelakon yang aku kenal, sebab aku membesar dengan drama dan movie diorang. Masa depa muda, aku lagi muda. Sekarang dah tua sikit, aku masih lagi muda! Eh. Tak pandai menua rupanya aku. Ahaks =D

Ok, nak sambung habiskan citer ni. Bai! Selamat berhujung minggu! 

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+