Friday, July 31, 2015

Lukisan lelaki dan perempuan

July 31, 2015 6 Comments
Ini sesi kursus pagi tadi. Setiap kumpulan dikehendaki untuk melukiskan gambar yang membezakan antara lelaki dan perempuan.

Sebenarnya tujuan utama modul ini untuk menjelaskan maksud jantina dan gender. Serius, selama 27 tahun, aku ingat jantina dan gender tu benda yg sama. Lain bahasa je. Rupanya tak.


Lukisan kumpulan aku. Tapi yang pasti bukan aku yang lukis. Kehkehkeh. Tangan aku lurus macam pembaris. Nanti nk lukis gambar pompuan lemah lembut, jadi pompuan sado straight cut pulaks. Hiks.


Kumpulan sebelah punya. Siap ada bunga kat baju.


Kumpulan depan. Ada 2 kumpulan.
Gambar yg sebelah kanan digunakan sebagai petunjuk antara jantina dan gender.

La ni baru cheq paham perbezaan antaranya. Tu pun lepas 27 tahun hidup atas muka bumi ni. Kalau muka bulan mungkin tahu *lawak hambar*, ceh. Korang tau tak perbezaannya?

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen

July 31, 2015 0 Comments
Harga runcit petrol RON 95 , RON97 dan diesel dikatakan akan turun sebanyak 10 sen seliter bagi bulan Ogos 2015 yang akan berkuatkuasa bermula tengah malam ini.

Alhamdulillah. Bulan ni boleh berjimat sikit. Rancang perbelanjaan dengan bijak supaya lebihan wang, walau sedikit dapat disimpan.


HARGA RON 95, RON97 DAN PETROL BAGI OGOS 2015

Harga baharu RON95 ialah RM 2.05 / liter,
Harga baharu RON97 ialah RM 2.45 / liter,
Harga petrol ialah RM 1.95 / liter.

Semua harga yang dipaparkan adalah harga selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Debaran bilik hotel

July 31, 2015 7 Comments
Debaran bilik hotel : Hotel Klagan Kota Kinabalu | Hai. Hotel yang menjadi tempat penginapan kitorang, iaitu Hotel Klagan terletak betul-betul berhadapan dengan Centre Point Kota Kinabalu. Kalau rajin sikit, boleh juga jalan kaki dlm 10 minit ke Waterfront Shopping Complex untuk shopping tu. Tak pun ke Plaza Warisan yg bersebelahan dengan hotel.
Hotel Klagan! *Ulang lagi sekali guna pembesar suara* Dengar nama mcm hotel cikai kan? Kehkehkeh. Sekali bila masuk, ok. Cantik jugak. Not cikai-cikai. Rate bilik kitorang RM248/night untuk 2 katil single.



Pandangan dari pintu masuk. Yg cermin tu sebenarnya pintu masuk bilik termenung. Kut-kut tengah termenung, kawan ketuk pintu, kompem ko dengar. Dunt worry.


Hotel Klagan Kota Kinabalu Sabah

Depan katil ada kabinet memanjang letak tv (ada astro) dan kettle, nescafe segala. Dalam drawer tu peti ais comel yg boleh memuatkan seekor gajah.


Hotel Klagan Kota Kinabalu Sabah

Katil sorang satu. 1 ko punya, 1 aku punya. Kehkehkeh.
Sebenarnya aku paling suka kerusi merah tu. First time dapat duduk, jakun banyak rasanya. Patutlah aku selalu tengok dlm tv, drama - drama banyak letak kerusi malas versi moden ni. Best rupanya. Letak kat ruang tamu tengok tv, orang datang pun x sedar! Ahaks =D

Paling penting...

Hotel Klagan Kota Kinabalu Sabah
 Bilik termenung!

Ada hos cukup panjang pun dah membantu gila untuk termenung, hehe. Tapi, kalau dapat bath tub pun best jugak kan? Boleh aku request bath tub 1?

Hoi. Mau dapat pelempang? Kahkahkah.

Ok. Hotel ni juga sediakan sejadah, seterika, board seterika dan juga safe deposite kalau korang bawak duit berjuta-juta. Jangan risau leceh nak request dengan front desk. Depa pun malas nk layan kehendak gunung everest korang, muahaha.

Ada perasan penampakan bayang-bayang mak jemah dlm cermin tu? Jeng jeng jeng. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiii............













Sebab, itu aku! 

P/s: Untuk ke Hotel Klagan, mudah saja. Boleh cari arah ke Centre Point Sabah dan Le Meridien Hotel atau boleh juga refer direction pada maps ni. 


Layari laman web www.theklagan.com untuk maklumat lanjut!

Sinopsis drama Mak Cun (TV3)

July 31, 2015 8 Comments
Sinopsis drama Mak Cun (TV3) | Drama terbaru Mak Cun ini menggantikan drama Bidadari slot Lestary di TV3. Drama yang dibintangi oleh Eirma Fatima, Rahim Razali, Balqis Samundur Khan dan Umie Aida ini adalah kesinambungan dari drama Ajaibnya Cinta & telemovie Spain Uolls.

SINOPSIS DRAMA MAK CUN

Sinopsis Mak Cun (TV3)

Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun (Eirma Fatima) makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk

Pada masa yang sama Zennat (Umie Aida) menaruh hati kepada Pak Akob(Rahim Razali). Zennat memang suka gila dengan Pak Akob tapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kepada Mok Cun. Zennat mula dengki dengan Mok Cun termasuklah sanggup menjalankan perniagaan cucuk kolagen kerana mahu melawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun.


Saksikan drama Mak Cun yang akan bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3.

P/s: Aku baru tengok episod 1, kelakar. Peh. Siapa kata kita perlukan hero dan heroin muda dan baru untuk sesebuah drama tu jadi best?


Terbang Menerjah awan

July 31, 2015 2 Comments
Semalam, sikit lagi nak tertinggal flight. Kelam kabut dari rumah, bersambung pula kelam kabutnya mencari rumah member. Bila sampai airport nak hantar beg, kaunter dah TUTUP!

Terus lari nak lalu pemeriksaan imegresen. Sampai je gate, memang kitorang antara 3 orang terakhir yg ditunggu - tunggu. Wah, fefeling VIP sikit dalam kelas ekonomi. Ahaks.



Flying with MAS ke Kota Kinabalu untuk kursus sebenarnya.
Lalu gumpalan awan ni dah macam menerjah masuk dalam gula-gula kapas pulak rasanya. Cantik sangat. Sepuluh juta kali naik kapal terjah awan pun, masih rasa ciptaan Allah ni cantik sangat. 

Kalau tengok kartun doraemon, kemain boleh lari-lari guling-guling atas awan. Ko hado? Haha ^^

Tapi, kalau ikut legend, aku lagi legend dari doraemon. Aku terbang, dia jalan je, kehkehkeh =D


Masa ni dah start turun balik. Dah nak sampai. Nampak tak yang berliku-liku macam ular kena palu tu?

Sungai sebenarnya. Kalau boleh close-up, nampak kawasan pertanian dan rumah-rumah keliling tu. Rendah je kapal kitorang terbang.


Macam tasik kan? Baru nak tanya pakcik kat sebelah, tasik ape yg besar benar kat KK ni? Sekali rupanya laut!

Cantik gilos muka bumi dia.


Dah lalu atas laut lagi! 

Masa ni dah nk landing. Airport kat depan nun je. Kat kawasan ni, banyak pulau-pulau yg terbentuk, ada yang kecik mendatar macam tu je, ada yang besar.

Pulau dalam gambar atas tu agak besar sebenarnya. Aku nampak macam bentuk labah-labah. Eh.

Ilusi mata kali T_T


Rupanya airport sebelah laut je. Padahal banyak kali turun KK, tak perasan-perasan laut tepi tu. Aku syak, aku membuta setiap kali terbang.

Apa nak buat. Naik MAS pergi KK tak dpt makan nasi (Flight less than 60 mins x dpt nasi) Kita dpt kacang je. Tu yg membuta tak ingat dunia tu. Nasib baik pramugari pramugara baik. Bagitahu untuk tutup phone pun lembut je, senyum. 

Tak dapat nasi pun tak apalah. Asalkan abang rambut curly bagi saya kacang dengan fresh orange. Kehkehkeh.


Welcome again to Kota Kinabalu. This is Terminal 1. Terminal 2 kat seberang runway tu untuk Air Asia. Jangan memain eh, KK pun ada 2 terminal hokkay.

Masa sampai, KK almost raining. Jadi. Gerak dulu. Bye. Esok-esok sambung. Salam Jumaat :)

Mamee Chef Ayam Pedas

July 31, 2015 2 Comments
Mamee Chef Ayam Pedas Shitake | Aku kalau nak makan megi, selakunya ambil yg jenama maggi. Curry maggi sebab pedas dia berapi sikit. Tapi baru-baru ni dapat invitation utk buka puasa bersama Mamee perisa Lontong yg ada Nora Danish *oooo wow, lompat bintang * tapi macam biasa, tak dapat attend. So, nk try juga Mamee perisa Lontong, tapi hampeh tak keluar lagi kat kedai.

So, i opt for this.

Mamee chef perisa ayam shitake

Mamee Chef perisa ayam pedas shitake. Masa rembat dari rak, tak perasan pun perkataan pedas tu, aku assume megi ayam biasa cuma guna teknologi mee tarik (hasil iklan chef kata guna teknologi mee tarik. Jadi tertarik kat sini, ahaks).

Mamee chef perisa ayam shitake

Pedas rupanya benda alah ni. Aku ingat cili tu tak pedas.

Mamee chef perisa ayam shitake

Katanya ayam shitake kan? Harus ada cendawan shitake. Sekali, comel je shitakenya.

Kalau ayam shitake ada cendawan shitake, lontong acaner pulak? Ada tauhu semua tak?

Thursday, July 30, 2015

Tips hilang bau ketiak terbaik

July 30, 2015 1 Comments
Review Rexona Fresh Protect | Hai. Scheduled entry ni. Sekarang aku dah selamat dikurung untuk berkursus kat Kota Kinabalu. T_T. Nak cakap pasal Rexona Fresh Protect Passion Dry yang duta dia Scha Al-Yahya tuuuuuu, hehe.

Wanita sekarang kan jalani cara hidup yang agak hectic. Dengan pakai kasut tumit tinggi nya, kena berkejar ke sana - sini. Masuk site bawah terik mentari (cewah ayat). Duduk dalam aircond pun kadang ada masa sweat tu turun laju je. Eh. Bila masa pula tu?

Bila kena bambu dengan bos, kahkahkah (Aku lettew =D)

Bila berpeluh tu, aku perlukan something yang menghalang dari badan berbau. Nanti bau tiak, ah. Pengsan 1 opis. Keracunan gas. Jatuh saham BSKL ai yang ditambat kukuh. Tapi, Rexona penyelamatnya.


Rexona Fresh Protect Passion Dry ni dapat secara PERCUMA dari Rexona lah. Kehkehkeh. (Actually its from WOOP). Sebelum ni aku pakai Rexona juga, tapi yang kaler lain. 

Rexona baru ni ada microcapsules yang akan burst dan mengeluarkan haruman yang segar bila kita bergerak, lantas menjadikan kita sentiasa harum segar. Pada aku, bila aku pakai, tak adelah perasan yang bau segar tu, tapi bila lepas amali, elok je student-student aku duduk menempel tanya soalan macam-macam. Maksudnya? Tak busuk la aku! Wah.


Performance Rexona pada aku?
Hapuskan bau? Of course. Nora bagi 5 bintang!
Hapuskan peluh? 4 bintang je. Mana boleh hapuskan peluh. Tipu nau.
Haruman berpanjangan? Tak de pulak aku rasa aku wangi 24 jam. 
Tak melekit? Yes.
Cepat kering? Yes, and I love it.
Tingkatkan keyakinan? 100% 

Keseluruhannya, Rexona Fresh Protect proved what its claimed. Pencemaran bau hasil dari penghasilan bau badan yang terlampau aktif juga dapat dielakkan. Misi berjaya. Dan aku rasa nak mintak Rexona free lagi lah, boleh tak? Ahaks.

Sampel percuma Kiehl's dah sampai

July 30, 2015 8 Comments
Sample percuma Kiehl's dah sampai | Hari tu aku ada request skincare Kiehl's dari laman web. Tak tahu lah sebab apa minta, mungkin sebab aku memang suka barang free? Kehkehkeh. 

Semalam parcel dah sampai. Yey. Banyak juga sample yang Kiehl's ni bagi. Yang aku dapat untuk range kulit normal to oily skin. Memang aku request specifically range ni. Ikut muka aku lah kan? 

Sampel percuma Kiehl's
 Midnight recovery concentrate x 2
Rare earth deep pore daily cleanser x 1
Calendula deep cleansing foaming face wash x 2
Ultra light daily UV defense x 2
Ultra facial cream x 2
Clearly corrective dark spot solution x 2
Rare earth deep pore cleansing masque x 1

Sampel percuma Kiehl's
Paling tak sabar nak guna Rare earth deep pore cleansing masque ni. Sesuai untuk kulit normal to oily. Claimed berkesan untuk minimized pores dan meratakan kulit. Mana tahu monster pores aku berjaya dikecikkan? Usaha tangga kejayaan!

Sampel percuma Kiehl's
Kiehl's confident yang pengguna akan dapat kulit yang sihat dalam masa 28 hari. Dijamin dan kalau tak dapat kulit yang sihat, money back warranty.

Kenapa tiba-tiba terasa nak try Kiehl's?

Sebab aku memang mencari produk-produk yang based on herbal dan tumbuh-tumbuhan dan sesuai untuk kulit super duper sensitif (kulit aku lettew). Dan Kiehl's memenuhi syarat tu. Tapi oleh sebab parcel ni baru sampai semalam, hari ni pulak aku dah nak terbang ke Kota Kinabalu untuk kursus sampai Ahad ni, jadi KIV dulu lah ye.

Esok-esok lepas try semua sample ni, aku buat review ye. Agak-agak lepas pakai Kiehl's ni, tetiba muka aku bertukar jadi lechen macam marmar, pun aku bagitahu nanti, hehehe =D. Tapikan, bila tengok harga dia, rasa macam tercekik biji durian pulak. Mahal oi. Pengsan. T_T

UPDATE!!
Review: Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask


Buah-buahan harga tak masuk akal.

July 30, 2015 9 Comments
Nak makan buah-buahan, tapi malas nak beli banyak-banyak. Malas nak kupas kulit. Jadi, jalan paling sesuai, beli je buah yang dah siap kat pasaraya. Yey.

Masuk Giant, singgah stall buah-buahan. Ada jambu, betik, nangka madu *yummy* , mangga, kedondong. Eh, banyak lah pilihan. Boleh pilih nak asam limau ke, asam serbuk ke, atau kuah rojak jawa. 

Bekas saiz bekas isi tau fu fah je pun. Isi pun seciput je. Itu pun aku mintak isi garam sikit. Tau tak berapa harga dia?

RM 7.00. Uhuk uhuk uhuk. Harga apakah ini? 

Nak makan pun kena makan slow-slow. Jimat cermat supaya tak habis cepat. Kalau habis, dah kena keluar duit RM7.00 lagi nak makan buah. Kalau tak makan buah, sembelit nanti sapa nak tolong, huwaaaaa T_T

Pengajarannya, kalau malas, terima sajalah harga tak munasabah tak masuk akal tu. Nak jimat, usaha lebih sikit beli buah dan kupas kulit dia. Tu je. Bukan susah pun. Dan konsep tu boleh juga apply dalam kehidupan seharian. Orang yang kuat berusaha pasti akan berjaya dan untung. Orang malas? Orang malas selalu rugi.

Bai.

Apabila lelaki pakai kasut tinggi, apa yang jadi?

July 30, 2015 2 Comments
Apabila lelaki pakai kasut tinggi | Selalu kasut tumit tinggi dikaitkan dengan wanita-wanita gojes yang kerja ofis dan tak sukakan cabaran. Ye lah kan, dah pakai kasut tumit halus, nak pulak berlari dengan kasut tu ala-ala Running Man kan? Heh.

Aku pun, selalu juga pakai kasut tumit tinggi ke opis pada hari yang tak ada kelas. Gila kau nak mengajar, berdiri dari pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tengahari straight pakai heels? Pulak tu sambung sampai petang 4.30 petang. Mau bergegar kepala lutut aku.

Tapi hari yang pakai heels tu memang rasa extra gojes la, ahaks =D. Tapi ada je wanita yang pakai heels ni dari pagi sampai petang. Dah biasa katanya. Siap kalau tak pakai heels rasa macam hidup tak lengkap. Eh. Pulak dah.

Tapi, seorang lelaki Brandon Cohen nak membuktikan yang wanita yang pakai heels ni tak adventure. Katanya wanita yang suka pakai heels ni lemah dan penakut. Amboi tuduhan. Tak sayang mulut betul!
 
Lelaki pakai kasut tumit tinggi
Brandon Cohen pakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja


It's tough to be a chick.
Pakai heels tu sendiri pun dah cukup adventure. Sekarang baru ko tahu. Ingat senang jadi gigirl gojes ni? Eh.

Sumber: Yahoo Canada




Wednesday, July 29, 2015

Menara Bukit Aman Terbakar

July 29, 2015 1 Comments
4 Gambar Menara Bukit Aman Terbakar | Kebakaran telah berlaku di salah satu bangunan lama Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia di Bukit Aman. 

Difahamkan, kebakaran tersebut berlaku di Tingkat 10 Menara 2 yang bermula di pantry. Tingkat tersebut menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

 

4 GAMBAR MENARA BUKIT AMAN TERBAKAR

Menara Bukit Aman terbakar

Menara Bukit Aman terbakar

Menara Bukit Aman terbakar

Menara Bukit Aman terbakar

Sumber: Astro Awani

Sup jagung ketam mahbelous | Hotplate Tawau

July 29, 2015 2 Comments
Sup jagung ketam mahbelous di Restoran Hotplate Tawau | Segmen makan-makan lagi, hehe. Isnin lepas Tawau lagi sekali masuk TV, kali ni dalam Majalah 3 pulak. Puas lah ditunjukkan segala jenis seafood yang murah kat Pasar Ikan Tawau tu, sampai ada lah sedara mara kat semenanjung tu order macam-macam. Risau ai.

Bila dan tunjuk seafood yang murah tu, tak kan tak ada kedai yang best-best nak makan seafood kat Tawau ni? Heh. Mesti ada! Kali ni aku terjah Restoran Hotplate yang terletak di kawasan Fajar. 



Langsir kedai warna merah kauuu. Siap ada perhiasan yang tergantung-gantung tu. First time masuk, tudung aku tersangkut kat benda alah yang tergantung tu. Nasib tak tertanggal tudung aku!


Tara. Sup jagung ketam yang mahbelous.
Tak sure kat area Sabah yang lain, di Tawau ni, sup jagung ketam ni antara makanan rutin dan mesti ada dalam menu. Tak caya esok-esok ce tengok, hehe.

Sup ketam ni best kalau diorang masak guna isi ketam fresh, dimasak likat dan pekat dan ditambah butir jagung. Macam dalam gambar. 

Kat sini, rasa dia ok lah. Aku pernah makan sup jagung ketam lagi sedap masa berbuka puasa tahun lepas dekat Hotel De Choice. Tawau jugak la.


Terung goreng berlada.
Lada dia sedap! Lauk ni lechen malam tu kitorang kerjakan.


Sayur pakis masak belacan.
Standard rasa macam kangkung goreng belacan.

Asyik tunjuk sayur je, mana seafoodnye?

Hehe. Sebenarnya, lapar gilos. Sayur sampai dulu, so sempat ambik gambar segala. Sampai je seafood, terus semua bertukar jadi piranha. Ambik gambar? 

Nehi. Kita makan dulu.

Malam tu, kitorang order udang butter, tomyam campur (rasa semenanjung lagi best, sini kureng sikit), sotong goreng tepung & sayur-sayur sekelian kat atas tu.

Itu namanya hidangan bajet, tapi nak jugak menelan sotong udang semua. Kahkahkah.


Tak tahu apa motif gambar ni.
Yang penting kenyang perut, suka hati. Lain kali bleh datang lagi. Yey.



7 respons terbaik tangani flirty texts

July 29, 2015 4 Comments
7 respons terbaik tangani flirty texts | Kalau tengah bercinta tu, kadang-kadang salah seorang mesti ada yang manja sikit. Nak - nak pulak dalam text message. Kalau tengah sakit, lagi lah bertambah manjanya. Tapi itulah, orang bercinta, semua nampak indah, 'so sweet' lah katakan. Hati pun berbunga-bunga je, ahaks.

Tapi, bila dapat flirty text dari orang yang kita tak berkenan atau tak suka, alahai menyampahnya pula. Dah bagitahu pun masih tak faham-faham. Sadis lagi kalau dapat text message dari orang yang kita tak kenal, tapi dah bagi flirty text dengan harapan kita cair? 

Ini dah tak masuk kategori 'so sweet'. Jadi 'so sour' adalah. T_T. Nak tangani flirty text ni senang je. Both boys and girls boleh je guna taktik ni yang dikongsikan oleh BuzzFeed kalau nak tepis those flirty text yang menganggu gugat ketenangan jiwa raga. Ahaks.


"What would you do if I got you into my bed?"
"is it comfortable"
"Yes"
..........

"I'd sleep"


Kahkahkah ><

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+