Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari | Apa Erti Puasa Pada Anda?

June 27, 2015 6 Comments
#Cabaran20Hari Erti Puasa Pada Anda | Dah masuk hari ke-9 kita berpuasa kan? Dah nak masuk satu pertiga dari keseluruhan puasa. Macam laju je rasa kan? 

Jadi, apa ertinya puasa pada anda? Takpe. Tak payah jawab dulu. Fikir dulu, simpan sebab aku nak share dulu erti puasa pada aku, ahaks.

Erti puasa pada seorang Shahira (dahulu)
Seingat aku, aku mula berpuasa penuh seawal usia 9 tahun, darjah 3 masa tu. Tak ingat macam mana boleh mula berpuasa penuh, tapi memang aku puasa penuh start umur 9 tahun! Tak tipu tau!

Ada juga kenangan tak puasa atau puasa 'yang-yang-yuk' sebelum tu. Hehe. Ada sekali tu, bangun lambat, dah terlepas sahur tapi nak juga sahur. So, mak bagi makan sepotong besar tembikai. Peh. Siap makan tembikai depan kawan-kawan on the way nak naik bas sekolah tuuuuuuuu. Haha.

Ada juga puasa separuh hari. Balik sekolah penat sangat, minum air milo sejuk fresh dari peti ais balance sahur pagi tadi. Ya Allah, boleh bayangkan tak heaven nya minum milo sejuk time tengahari? Meleleh air liur bila ingat. Haish. Haha.

Tapi lepas dah pandai puasa penuh, yang bestnya mak akan masak sedap-sedap sebab nak bagi reward anak dara dia dah boleh puasa penuh (Padahal setiap hari mak masak sedap, ahaks). Jadi rasanya dah sedia nak terus puasa untuk tahun-tahun berikutnya =)

Sedia untuk menempuh bulan Ramadan?
InshaAllah, sebelum sampai Ramadhan pun, aku dah sedia nak menempuh Ramadhan. Siap kira-kira, "Lagi berapa hari nak sampai Ramadhan ni?"
Erti puasa pada anda
Pada aku, Ramadhan mengajar kita lebih memperbaiki diri sendiri, lebih dari hari-hari biasa. Selain maksud Puasa yang bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari, Puasa juga mengajar untuk menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia. 

Maksudnya Puasa ini selain tak makan dan minum, Puasa juga membentuk sahsiah kita menjadi lebih baik, dan berterusan ke bulan-bulan seterusnya. Puasa is a kickstart!

Erti puasa pada seorang Shahira (sekarang)
Bila puasa sekarang boleh bantu diet lebih cemerlang, ahaks. 
Kadang, bila rasa terlalu jauh, hati macam keras sikit, dah kurang perasaan belas tu, aku akan berpuasa. Sebab dengan puasa ni, ia akan ingatkan aku kepada kekurangan-kekurangan orang lain, tapi aku ada. Orang lain kurang makan, tapi aku terlebih makan. Huhu.

Kejayaan berpuasa dengan cemerlang, itulah yang membuatkan Hari Raya kita lebih bermakna. After all, Aidilfitri adalah hari ganjaran kepada umat Islam, selepas sebulan menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Barulah rasa Riang Ria Raya tu gila best dan meriah! Syahdu betul masa minta ampun pagi raya tu. Ahaks.

Semoga dengan puasa ini, dapat memupuk kesabaran, kejujuran, toleransi dan sifat tolak ansur dalam diri aku, lantas menjadikan aku seorang Shahira yang lebih baik pada kini dan masa akan datang, inshaAllah.

Ramadhan is a kick start! =)
Apa erti puasa bagi anda?


P/s: Ini adalah peraduan #Cabaran20Hari Puasa /Raya 2015 yang dibawakan khas oleh #ExchangeFeedGroup sempena Ramadhan dan Syawal ini. #Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri. Mudah saja, hanya buat entry mengikut kepada tajuk yang diberikan. 
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
-Klik banner untuk turut serta-

Panduan menghias kediaman menjelang Hari Raya Aidilfitri

June 27, 2015 3 Comments
Menjelang lebaran nanti, semakin kuatlah azam nak menghias rumah, kadang-kadang nak beli perabot baru dan cat baru. Tapi sebenarnya, jika kena dengan gaya, perabot lama yang dibuat sedikit penambahbaikan akan nampak seperti perabot baru.

Begitu juga pada sesetengah ruang didalam rumah. Dengan sedikit 'trick' mix-and-match, kita boleh menghasilkan dekorasi ruang yang berbeza daripada sebelumnya. Tidak membebankan poket lantas wang yang ada boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih memerlukan.

Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

Ikuti panduan yang bernas dalam menghias kediaman agar tidak terlalu serabut atau melebih-lebih kala lebaran nanti.

Panduan menghias kediaman menjelang lebaran
1) Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu.

2) Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

3) Elakkan menghiasi kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, yakni bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

4) Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.
Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

5) Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman.

6) Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.

7) Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.

8) Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

9) Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

10) Jika boleh usah letakkan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil. Tahu-tahu sajalah apabila hari raya, tetamunya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

Kredit: Eh


Friday, June 26, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

June 26, 2015 2 Comments
Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 
Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Thursday, June 25, 2015

Promosi Kurung Raya dari Sweet Muslimah

June 25, 2015 5 Comments
Promosi Kurung Raya dari Sweet Muslimah | Hari ni orang-orang gomen dah gaji kan? Siap dah masuk bantuan raya RM500 kan? Hah, berita baik tu! Jadi, cepat-cepat lah kononnya aku nak promote Kurung Raya terbaru dari Sweet Muslimah yang cantik-cantik ni. Ahaks.

Ada sehingga 16 pattern dan warna dari Koleksi Kurung Raya Terbaru Sweet Muslimah ni. Aku sebagai pengguna tegar baju kurung pun rasa terliur. Sebab warna yang cantik-cantik, serta corak baju yang simple, tapi esklusif. Boleh pakai raya, dan selepas raya untuk pergi kerja. Amacam? Best tak?

Koleksi Kurung Premium dari Sweet Muslimah [LIMITED EDITION]


Ada beberapa warna yang menarik perhatian aku. Antaranya:
Korean lycra yang digunakan Sweet Muslimah adalah korean lycra yang berkualiti tinggi. Tak jarang dan sejuk. Kain pun jenis berat dan jatuh cantik je kat badan. 

Aku memang suka kaler coklat cair. Sebab kena dengan warna kulit kut? Ekeke =D

Warna merah belacan ni pun cantik. Yang kerawang kat tangan tu aku suka sangat. =)

Ada banyak lagi warna yang super gojes, tertarik de boom. Jangan lupa berkunjung ke www.sweetmuslimah.com untuk beli tau!

Penat tau i promote. Beli lah satu tau! Baru kita geng, ahaks.
Selamat berbuka semua!



Lazada Malaysia
P/s: Jangan lupa untuk dapatkan barangan kesihatan dan kecantikan dari Lazada Malaysia. Sehingga 80% diskaun diberikan untuk barangan terpilih, bermula 24 Jun 2015 hingga 7 Julai 2015 ini. Berita baiknya, dengan setiap pembelian minimum RM100, percuma shipping ke seluruh Malaysia. Layari Lazada Malaysia untuk maklumat lanjut.

Lirik Lagu HidayahMu - Ippo Hafiz [OST HidayahMu Ramadhan]

June 25, 2015 3 Comments
Lirik Lagu HidayahMu - Ippo Hafiz [OST HidayahMu Ramadan] | Siapa tengok drama HidayahMu Ramadan? Bersiaran setiap Selasa - Khamis jam 10.00 malam di TV3 bersempena dengan bulan Ramadhan sekarang.

Drama lakonan hebat Zara Zya, Aeril Zafril, Nazrief Nazri, Reen Rahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi ni dijangka akan membuatkan ramai penonton mengalir air mata last-last episod nanti. Tapi itu kita tunggu sampai last episod la kan? Yang aku tertariknya adalah dengan soundtrack drama ni. Sayu-sayu je rasa. Siapa yang nyanyi ya?

Image: Kredit Infotaip.blogspot.com

Lirik Lagu HidayahMu - Ippo Hafiz [OST HidayahMu Ramadan]

Langit terbentang, lapang hatimu
Di saat kau lihat kebesaranNya
Menanti waktu, silih berganti
Di saat kau mengharapkan kasihNya
Cahaya yang suram terlihat di depan
Di saat kau mencari keredaanNya
Ku biarkan masa berlalu

Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Hidayah dariNya

Video Lagu HidayahMu - Ippo Hafiz



Saksikan drama HidayahMu Ramadan setiap hari Selasa - Khamis jam 10.00 malam di TV3.


Wednesday, June 24, 2015

Madeena Skincare by Helenz Signature Terbukti Berkesan Menghilangkan Jerawat

June 24, 2015 4 Comments
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini

Jawapan ada di sini!!

Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.
Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature
Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature
Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan

Jadi, apa tunggu lagi?

Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:
1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)
2. Facebook page
Helenz Signature Official
3. Instagram
@helenzofficial
4. Website
www.helenz.my
Tunggu dulu!

Khas untuk pembaca blog Shahira's blog, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.


Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 



Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373


Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....


Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)
Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on
Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Tuesday, June 23, 2015

Juadah berbuka puasa: Nasi kerabu paling sedap

June 23, 2015 7 Comments
Nasi kerabu paling sedap | Semalam bagi memenuhi tuntutan nafsu perut yang katanya tak mahu makanan masak sendirian berhad, bergeraklah aku ke bazar Ramadhan. Sadis juga bergerak sendiri, gara-gara perut lah ni! Grrr.

Sampai di bazar seperti biasalah, pack, jam dah macam berada dalam tin sardin T_T. Lumrah bazar kan, ada ke bazar Ramadhan yang tak pack macam tu? Nak-nak pula dikala Ramadhan baru menginjak hari ke-5.

Kawan sekolej ada beritahu semalam, yang mereka ada membuka gerai menjual char kuey tiaw. Dengar bunyi CHAR-KUEY-TIAW pun rasa nak mengalir air liur. Jadi, tahan mulut, meronda bazar mencari sesuap char kuey tiaw.

char kuey tiaw paling sedap
Char kuey tiaw yang menjadi impian
.
.
.
.
.

Harapan tinggal harapan. Janji-janji manis palsu semua dusta. Mana ada char kuey tiaw!! Grrr. Ini mendatangkan perasaan sedih dan kecewa kepada orang berpuasa! Hilang fokus.

Bila balik rumah, tengok tangan, eh. Dah terbeli nasi kerabu pula.

Nasi kerabu paling sedap

Walaupun dalam polisterin, tapi yang pastinya, inilah nasi kerabu paling sedap yang pernah aku makan (tahun ini). Dari bukti nasi membukit, sampailah tinggal polisterin je. Langsai. Punyalah sedap hingga menjilat jari. Kalah member yang berbuka dengan kambing panggang!

Kenapa aku katakan paling sedap?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makan masa lapar. Confirm semua benda jadi sedap tak terperi. Dan itulah rahsianya boleh makan sampai licin polisterin. Sekian.


Monday, June 22, 2015

Pemandangan Menyeramkan Highland Tower selepas 22 tahun

June 22, 2015 5 Comments
Pemandangan selepas 22 tahun tragedi Highland Tower | Rasanya tragedi Highland Tower yang runtuh dan mengorbankan 48 orang penghuninya bukanlah berita baru. Runtuhnya Blok 1 dari 3 blok keseluruhan Highland Tower telah melakar satu sejarah pilu dalam lipatan kenangan negara.

Saksikan rakaman Projekt OFO (Ohsem Flying Objekt) dengan menggunakan Drone ke atas tapak Highland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama lantaran dikatakan berhantu.


Aku sendiri dah tengok rakaman video yang berdurasi hampir 10 minit ini. Bila tengok sendiri, boleh bayangkan sendiri betapa mewahnya kawasan penempatan ini suatu ketika dahulu. Tapi aku tengok dengan keadaan kelip-kelip mata, konon takut tiba unknown flying object tiba-tiba wujud? Nah, sakit jantung terus!

Buat yang takut (macam aku, kahkahkah), meh sini. Aku petik kata-kata Saiful Nang:

Tadi saya tonton orang share satu link video orang terbangkan drone menyusuri Highland Tower. Satu yang mengejutkan saya ialah, semasa bangunan itu ditinggalkan, bangunan itu elok sahaja.

Dalam video drone itu nampak gaya selepas Highland Tower ditinggalkan dan orang tidak berani mendekatinya disebabkan oleh katanya BERHANTU dan dicampur dari pengalaman saya sendiri yang pernah masuk ke tapak runtuhan itu, bolehlah saya simpulkan sedikit seperti yang berikut: 

Kesimpulannya, mana ada hantu.

Nak tahu keseluruhan ayat Saiful Nang, boleh baca sendiri kat SINI. Tak kuasa aku nak copy-paste panjang-panjang. 

Pernah ada cadangan untuk memajukan semula kawasan ini (pada tahun 2005), tetapi hasil penilaian yang dibuat memberikan keputusan bahasawanya kawasan ini tidak sesuai lagi untuk diduduki. Jadi, sampai sekaranglah terbiar usang begitu saja. Rugi betul rasanya kan?





Keluar dari saf solat terawih pada rakaat kedua

June 22, 2015 7 Comments
Assalamualaikum. Hai.

Ini cerita semalam sebenarnya. Terawih semalam. Seperti biasa, kami bersolat terawih di masjid berdekatan, tapi semalam terlambat 5 minit keluar dari rumah. Sampai je masjid, parking penuh (as usual), so parking jauh sikit. Dan bila masuk je masjid, serius rasa nak terkeluar air liur. PENUH!

Berjalan dari belakang sampai depan, langsung tak ade ruang nak mencelah. Jadi berdiri ditengah-tengah saf. 

Kitorang tunggu juga sampailah ada seorang makcik ni kata “Boleh masuk dalam bilik kat depan tu”. Sebelum tu, meh aku tunjuk layout masjid ya!


Dari kawasan wanita, kitorang masuk ke (tempat kami). Bilik itu adalah bilik persediaan masjid. Masa kami masuk tu, rasanya ok saja. Hamparkan tikar dan bersedia untuk mulakan solat. Lepas tu, bertambah lagi jemaah wanita masuk ke dalam bilik ini, dan disinilah bermulanya segala keraguan.

1) Mula sahaja solat Isyak, jemaah wanita dalam bilik ini sudah memanjang sehingga membentuk saf dihadapan jemaah lelaki. Masa ni aku dah konfius, haish. Mana boleh solat depan jemaah lelaki kan?
2) Dari jauh (hasil mengintai dari tirai kamar, ahaks), nampak macam kedudukan imam didepan kami sedikit. Kira ok lah. Kemudian, jemaah yang lain ambil keputusan untuk berganjak ke hadapan sedikit. Masa ni dah risau. Yakin je gerak ke depan macam ni, rasanya dah mendahului imam?

Jadi, kami solat dengan rasa was-was. Siapa yang jadi imam ni? Kami ke imam? Jadi, bertahan sampai solat terawih pertama sahaja. Lepas tu terus cabut keluar balik rumah.

Keluar masjid pun kan, masyaAllah. Penuhnya manusia yang solat di luar, sebab dalam masjid dah penuh. Ish ish ish. First time nampak macam tu, speechless. 

Nak buat hukum sendiri atau decide yang mana betul atau salah, rasanya aku pun tak sehebat itu. Tapi, bila perasaan was-was dah datang, hmmm. Baiklah berhenti dan laksanakan solat yang baru. Kan? Jadi, balik rumah, buat solat terawih sendirian berhad. Lagi aman dan tenang tanpa was-was.

Kita tengok hari ni pulak macam mana =)


Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia

June 22, 2015 3 Comments
Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :

Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 


Dan selepas aku menelusuri Lazada Malaysia untuk Riang Ria Raya, ada beberapa item yang semestinya best digunakan, untuk diri sendiri semestinya dan juga bersama orang lain. Ahaks.

Let's cekidaut ape yang aku gemar benar kat sini.

1) Rizman Ruzaini Blooming Lace Kurung 01 Tiffany Blue 
Rizman Ruzaini Blooming Lace Kurung 01 Tiffany Blue | Haruslah pilih baju kurung kan? Kata nak raya. Tak kan raya pakai skirt pendek? Ahaks. Kalau tengok Kurungs by Rizman Ruzaini ni, kaler dia memang sweet, nampak sopan dan guna material yang selesa. Tapi harga yang buat bulu roma semua luruh! Tapi niat memang kalau dapat bonus nanti nak beli, sekali seumur hidup jadilah! =D

2) Elegant Multifunctional Wardrobe
Elegant Multifunctional Wardrobe | Rumah aku memang selalu banyak barang. Cakap aje, dari kain baju, sampai lah mainan budak-budak. Semuanya gara-gara anak buah 2 orang yang hyper sangat, sekejap aje rumahku syurgaku jadi taman permainan sedunia.

Wardrobe ni sangat penting supaya aku dapat sorok semua harta benda budak kecik 2 orang tu supaya nampak kemas dan tersusun. Tengok harga pun tak mahal sangat. Sesuai dibeli supaya rumah aku kemas dan bersih sepanjang raya nanti.

3) Go Pro Hero 4 Silver
Go Pro Hero 4 Silver | Cuba cakap, siapa yang tak nak Go Pro Hero ni? Cakap cepat!
Hahaha. Aku suka gilos Go Pro ni, sebab nak capture momen-momen penting masa raya nanti. Dan tak semestinya guna masa raya, guna bila-bila masa, dimana jua tiap detik dan waktu, ahaks. Dengan Go pro ni, video yang dihasilkan seperti profesional walaupun korang amatur tahap gigil pegang kamera.

4) Invicta Specialty Men Black Stainless Steel Strap Watch
Invicta Specialty Men Black Stainless Steel Strap Watch | Jam tangan hadiah hari bapa untuk abah. Kebetulan pula hari bapa jatuh pada bulan Ramadhan, jadi kalau hadiahkan abah pada raya nanti tak adalah nampak janggal nak ambil hati abah sangat, kahkahkah. 
Abah suka jam yang nampak garang, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri classy! Dan satu yang paling penting, tali dia mesti dari stainless steel. Abah tak suka tali diperbuat dari leather. Berpeluh katanya, huhu.

-----------------------------------------------------------------------------------

Rasanya, itu sahaja yang aku nak buat masa sekarang. Nak minta barang yang lain sempena nak raya, macam tamak nau. Tapi kalau diberi pilihan, of course aku bolot semuanya, ekekeke =D

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  


Baca Novel Online: Eksperimen Cinta [TV3]

June 22, 2015 1 Comments
Baca Novel Online: Eksperimen Cinta [TV3] | Baru semalam perasan yang Drama Eksperimen Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda dah 2 minggu bersiaran di TV3. Betul ke 2 minggu? Sebab nampak dah 4 episod. Baru dapat tengok semalam, dan nampak macam best. Tapi KakSha tak sempat nak tengok sebab drama pukul 7. Baru lepas berbuka dan tengah bersiap nak ke solat terawih.

Jadi, jalan penyelesaian, online sajalah kan, hihi =). Sambil-sambil nak tunggu, boleh juga baca novel ni, nak tahu jalan cerita dengan lebih lanjut. Tapi kan, yang pasti, gabungan Izreen dengan Fahrin memang bergabung meletop. Kelakar tengok mimik muka Izreen =D

Baca Online: Eksperimen Cinta lakonan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad

Novel Online: Eksperimen Cinta [TV3]

Boleh baca Novel Eksperimen Cinta ini dari Bab 1 hingga Bab 40 di >>SINI<<


Saksikan Drama Eksperimen Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda setiap Sabtu & Ahad jam 7.00 malam di TV3.

Saturday, June 20, 2015

Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama [RTM 2]

June 20, 2015 3 Comments
Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama | Drama yang sedang bersiaran di TV2 pada jam 9.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis ini menampilkan pelakon terkenal Yana Shamsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan Iskandar Zulkarnain.
 
Mengambil inspirasi keindahan negara Bosnia, sebanyak 50% penggambaran dibuat di sekitar Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Drama ini juga menampilkan gabungan drama Korea Selatan dan  Jepun yang pastinya akan menarik minat penonton.

Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama

Drama: Kalau Hati Ini Rama-Rama
Masa siaran: 9.00 malam (Selasa, Rabu & Khamis) RTM 2
Pelakon: Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Iskandar Zulkarnain, Zarina Zainoordin, Norish Karman, Hafidzuddin Fazil, Syed Ali, Qazem Nor, Aida Ruyati, Anne Abdullah, Wak Dol, Jojo Admi
Pengarah: Izzman Hafiz
Terbitan: Sazawan Supply Sdn Bhd 

Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama

Kisah mengenai Nur yang mencari kerja di Kuala Lumpur namun tidak berjaya. Setelah dia selesai salah satu temuduganya, Nur ternampak sebuah dompet di tandas ketika  bersiar-siar di sebuah kompleks membeli belah. Dia cuba menghubungi pemilik dompet untuk memulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Munirah Arshad, iaitu isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.

Munirah terharu dengan sikap Nur dan menyarankan suaminya Zubir agar Nur diambil bekerja di hotel mereka. Akhirnya, Nur diambil bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Pada masa yang sama, Iskandar berpisah dengan tunangnya Vee, seorang dramatis terkenal. Vee didakwa ada hubungan sulit dengan pelakon lain dan heboh dilaporkan media. Iskandar yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat dengan niat untuk mengajar Vee.

Oleh kerana Munirah memang sukakan sangat dengan Nur, maka Munirah menjodohkan Nur dengan Iskandar menjadi suami isteri. Namun begitu, Iskandar tidak ikhlas dengan perkahwinan tersebut hanya sekadar untuk mengajar bekas kekasihnya Vee. Vee pula meroyan bila dikhabarkan pernikahan tersebut kerana dia masih memerlukan Iskandar untuk duit. Vee berazam untuk memiliki semula cinta Iskandar dan perkara itu dikesan oleh Munirah. 
 Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Munirah dan Zubir menghantar Iskandar dan Nur untuk mengambil alih sebuah hotel di Bosnia dan dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Di sinilah bermula insiden-insiden di antara kedua mereka.
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Jangan lupa saksikan Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9.00 malam di RTM 2. Dah nak habis dah oii. Rugi tak tengok =)

Friday, June 19, 2015

Tarawih turbo ke empat

June 19, 2015 3 Comments
Hai.

Semalam tarawih kat mana kawan-kawan? Kat Masjid Putrajaya? Taman Bahagia? Bandar Tasik Kesuma? Eh. Tersebut nama taman rumah pulak. Hiks. 

Masuk kali ni, dah kali keempat bertarawih di Tawau. Tarawih di masjid yang berdekatan dengan rumah. Dalam 5 minit memandu. Kami panggil masjid ni, Masjid Turbo. Haha. Kenapa masjid turbo?


Bersolat tarawih
Masa mula-mula bersolat disini, memang terkujat besau lah. Satu sebab ramai gila makcik-makcik, kakak adik yang datang solat. Sampai penuh dan melimpah ruah. Alhamdulillah. Jarang dapat solat sampai laga-laga bontot ni, hehe. Dua sebab laju benar solat terawih ni. Isyak pukul 7.40 malam. Sampai rumah pukul 8.30 malam. Kalah pos express. Ahaks. Tapi dengan syarat buat 8 rakaat je lah, hehe =D

Tarawih turbo
Setiap kali lepas habis solat 2 rakaat, laju nau imam nya naik nak solat rakaat baru. Tak sempai iols nak bernapas. Semput chek oi, haha. Tapi, bila dah lama-lama, rasa macam bersenam pula. Berpeluh toksah cite lah. Memang jenis kuat berpeluh, bersenam sikit pun dah menjejes peluh =D

Habis rakaat ke-8, ok. Kena bersedia untuk zaas ziis zaas ke belakang. Imam bagi masa sekejap je. Memang exercise betul datang masjid ni, kehkehkeh. Tapi yang best dan sentiasa best, bacaan imam sangat mendayu-dayu. Huwaaa. Cair betul rasa hati. Nasib imam semua pakcik-pakcik dah kahwin =D

Selalu juga solat tarawih kat rumah sebelum ni, tapi bertahan 2, 3 hari je, sebab rindu nak dengar bacaan Imam. So, apa boleh buat? Turbo pun turbo lah. Yang penting...

I'm melting. 
Kahkahkah.

Selamat berpuasa & menunaikan solat tarawih =)


Follow Us @soratemplates

Followers

Google+