Saturday, May 30, 2015

Spagetti bolognese ala melayu

May 30, 2015 10 Comments
Bila weekend aje selalu terfikir nak makan apa. Nak keluar katanya nak jimat duit. Jadi kena masak masakan yang mudah, cepat dan kuantiti banyak. Pendek kata sekali masak makan banyak kali. Hah. Jadinya masak aje Spagetti Bolognese Ala Melayu. Poyo aje tajuk, hahaha. Sebab apa ala Melayu? Sebab dah diubah ikut rasa Melayu. Pedas dan banyak kuah!

Aku masak Spagetti Bolognese Ala Melayu ni ikut apa yang ada dalam peti ais tu. Main campak-campak aje. Paling senang masak western dish gini sebab cara masak dia semudah 1-2-3. Peh. Exagerate sungguh, ekeke =D


Resepi Spagetti Bolognese Ala Melayu

Spagetti bolognese

Bahan-bahan

Spagetti (Aku guna jenama Kimball's. Selalu guna jenama San Remo)
Daging cincang
Tomato puree
Sos spagetti Kimball's (Suka hati guna jenama apa. Yang penting Halalan Toyyiban)
Cili kisar
Karet *potong dadu
Cili benggala *potong dadu
Tomato *potong dadu
Bebola daging *optional
Garam
Minyak

Bahan kisar

Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 ulas


Spagetti bolognese 

Spagetti

1) Panaskan air setengah periuk.
2) Masukkan 1 penutup kecil minyak masak (untuk elakkan spagetti melekat) dan 1 sudu kecil garam.
3) Selepas menggelegak, masukkan spagetti. Make sure spagetti tenggelam.
4) Masak selama 5 minit atau sehingga spagetti masak
  

Cara masak kuah

1) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging kisar dan bebola daging. Masak setengah masak. 
4) Masukkan sos spagetti (aku guna setengah botol) dan tomato puree (setengah tin). Biarkan menggelegak.
5) Tambah air sekiranya kuah terlalu pekat.
6) Masukkan karet dan cili benggala.
7) Kemudian masukkan tomato. 
8) Masak sehingga karet dan cili benggala agak lembut.
9) Perasakan dengan garam.

Nota kaki: Kalau suka pedas, masukkan lebih cili kisar. Boleh adjust kuantiti tomato puree bagi yang kurang suka masam =)





Friday, May 29, 2015

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

May 29, 2015 13 Comments

1st Segmen & Giveaway by Afidah Azmi88

Jum sertai 1st Segmen & Giveaway by Afidah Azmi88 yang bermula pada 27 May 2015 hingga 27 Jun 2015 ini. Segmen selama sebulan ini menawarkan hadiah kepada 5 orang yang bertuah. Hadiah akan diumumkan pada 28 Jun 2015.


Rasanya aku kenal blog Fida ni masa aku mula-mula aktif blogging bulan 12 tahun lepas. Sebab rajin blogwalking dan komen-komen kat blog picisan aku ni ha. =). Kalau korang nak sama meriahkan segmen ni sekali dengan aku, meh join. Syarat pun senang aje. 

Syarat penyertaan:


  • Buat entry dengan tajuk "1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 "
  • Blogger dari Malaysia
  • Backlink kan burung hantu tu..
  • Wajib follow IG afidahazmi88 /  Blog Afidah Azmi88 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm

Selamat bersegmen uols =)

Bayaran Nuffnang Kali Pertama

May 29, 2015 16 Comments
Akhirnya. Bayaran Nuffnang Kali Pertama sampai juga ke rumah. Risau juga kalau-kalau posmen sesat, mahu hilang motivasi nak blogging. Ouch, ekekeke :D.


Bayaran Nuffnang kali pertama

Tak banyak pun yang aku dapat. Tapi cukuplah untuk bagi motivasi teruskan menulis. Walaupun kadang-kadang banyak merepek dan merapu dari sepatutnya. Haha. Thank you korang yang sudi klik Nuffnang aku. Akhirnya dapat juga cash-out Nuffnang. Tapi, jumlah bayaran disensorkan, sebab seciput aje aku dapat. Malu oi nak tunjuk.

Buat yang dah menjana duit dengan blogging, keep it up. Tak salah dapat duit dengan hasil menulis. Kira itu usaha kita juga sebagai side income. Buat yang belum, usaha lagi. Banyak dah tips-tips kejayaan blogger-blogger yang diorang kongsikan dalam internet. Tinggal nak ambil mana yang perlu dan apply. Biar lambat, asalkan track record yang dibina itu berkualiti. (Peh, cara cakap macam entry aku berkualiti?).

Jika minat menulis review dan membuat kerja-kerja advertorial, boleh juga mencuba platform pengiklanan Advertorial.my. Dengan bayaran hanya sekali, kita boleh mengiklankan blog dan hasil penulisan kita kepada pengiklan luar yang mencari-cari ruang untuk mengiklankan produk mereka. 

Daftar Advertorial.my
Klik banner untuk mendaftar Advertorial.my

Buat yang rajin, banyak platform untuk menjana duit dengan hanya menulis. Tetapi pastikan, hasil penulisan tersebut tidak dicopy-paste semata-mata hanya untuk mendapatkan trafik dan keuntungan. Lari sudah matlamat utama menulis. Jadi. Fikir-fikirkan. Nak untung dan side-income hasil penulisan yang bermanfaat kepada orang ramai, atau hanya memuaskan hati sendiri dan keuntungan semata-mata.

Selamat berblogging =)

Wednesday, May 27, 2015

AWAS.. AMARAN BUAT WANITA YANG OBSES PADA KECANTIKAN DAN IBU MENYUSUKAN ANAK

May 27, 2015 2 Comments

Promosi Shaklee untuk wanita, ibu yang ingin cantik dan menyusukan anak

JANGAN ABAIKAN MESSAGE INI

Tunggu.....!!!!

Jika anda wanita yang amat mementingkan PENAMPILAN, KECANTIKAN disamping kekal SIHAT serta IBU YANG MENYUSUKAN ANAK,

Ada sesuatu yang anda perlu tahu dari kami

Nanti......!!!!

Teruskan pembacaan anda. Mungkin dengan pembacaan ini akan mengubah persepsi anda tentang kepentingan pengambilan makanan yang baik lagi menyihatkan. 

Nak tahu...!!!!

Baiklah.. Kami bagi tahu..

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan penampilan, anda mungkin perlukan beberapa perkara di bawah:

1. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan protein non-GMO yang pastinya selamat untuk di ambil serta keberkesananya yang di jamin. Sangat bagus untuk mereka yang inginkan KULIT HALUS JELITA dan juga IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK.

2. Vivix
Ya.. anda tidak boleh MENYEKAT PROSES PENUAAN. Tapi anda BOLEH MELAMBATKANNYA. Dengan Vivix, ia mampu mengekakan khasiat kulit berseri, rambut , kuku dan juga otot yangsihat di samping MENGURANGKAN jeragat dan juga meningkatkan sistem immun tubuh anda. Ini lah TONIX AJAIB dari Shaklee

3. Vitamin-C
Oh Vitamin-C tentunya sudah ramai yang mengatahui akan kebaikanya. Tapi, kelebihan Vitamin-C keluaran Shaklee amat BERBEZA. Ia mampu menjadi sumber Vitamin-C sepanjang masa kerana sifat SUSTAINED RELEASED hasil dari inovasi Shaklee sendiri. Memang TERBAIK...!!!

4. Alfalfa
Kulit anda pastinya tidak boleh mengelak dengan rasa gatal-gatal, kusam, kurang bertenaga, keradangan dan alahan. Dengan Alfalfa, masalah kulit anda pasti dapat di atasi. Dengan formulasi Alfalfa yang tersendiri dari Shaklee, ia umpama RAJA HERBA yang harus di miliki oleh setiap wanita disamping khasiat utamanya untuk mengawal MASALAH DALAMAN WANITA. Satu lagi kahsiatnya ialah untuk MENAMBAH kuantiti susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Nah itulah 4 produk utama dari Shaklee yang wajib anda PARA WANITA DAN IBU yang mementingkan kesihatan serta kecantikan.

Tapi TUNGGU....!!!!! 

Teruskan membaca. Ada banyak promis-promosi hebat yang Shaklee tawarkan pada anda bagi menghargai pelanggan setia kami.

4 Perkara yang anda patut grab cepat-cepat bulan ni

1. FREE Vitalea yang berharga RM 90.00 dengan pembelian mana-mana produk yang anda suka dan daftar keahlian.

2. Dapatkan FREE membership dengan pembelian melebihi RM 700 - 800  


3. Pastinya setiap pembelian dengan Papaglamz anda akan mendapat POSTAGE FREE. Biar kami menanggung kos penghantaran barang yang anda ingin kan.

4. Pastinya dengan menjadi ahli, setiap pembelian Shaklee akan memberi mata ganjaran cash pada anda. Terbaik kan? Dapat sihat.. Dapat cuba produk.. Siap dapat cash back lagi. Lagi best kalau sama-sama menjadi agent. Tiap-tiap bulan masyuuukk..!!!

Itulah 4 perkara yang harus anda grab bulan ini. Cukup tak? Tak cukup...??

Nanti..!!! Ada lagi tawaran khas dari Shaklee yang best...

Dengan pembelina set-set kesihatan seperti di bawah, anda berpeluang mendapat pengurangan harga sebanyak 5% dari Shaklee. Di tambah jika anda mendaftar sebagai ahli, anda juga berpeluang menikmati harga ahli untuk semua produk shaklee iaitu 20-25% lebih rendah dari harga asal. Memang berbaloi la.




Ada lagi Papaglamz nak kongsikan pada anda semua.

Tentunya testimoni pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan produk-produk dari shaklee






























Nah itulah tadi promosi-promosi mega dari Shaklee untuk anda semua. Jika anda perlukan sebarang maklumat atupun nasihat tentang nutrisi, jangan segan hubungi kami, "RAKAN NUTRISI ANDA"

-sekian-

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA

May 27, 2015 8 Comments
Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey
Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate
Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru
Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink
Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/


Follow Us @soratemplates

Followers

Google+