Nurul Shahira:

Tuesday, March 31, 2015

Whatsapp dah ada panggilan PERCUMA lah

March 31, 2015 27 Comments
Perasan tak Whatsapp dah ada feature baru sempena nak GST ni? FREE CALL weh. Kepada semua contact Whatsapp kita pulak tu. Yey.

Free calls Whatsapp, panggilan percuma Whatsapp
Mula-mula tahu pasal ni bila housemate bagitahu. Katanya 

"Korang punya Whatsapp ada tak fungsi call ni?"

Masa tu tak tengok Whatsapp lagi. Pulak tu, henfon dah arwah gara-gara main CoC. Ekekeke. Lepas charge, on phone, Whatsapp dah bertukar new features. 

Whatsapp dah join geng-geng Viber, Line dan Skype yang boleh calling-calling sejak azali lagi ni. Kalau tenet laju berdesup unlimited quota, untunglah boleh call bergayut sampai pokok patah tapi kredit tak habeh. 

Kalau tenet slow melow macam siput sedut? 


Krik
krik
krik
krik


Errrr, boleh try jugak :). Tak kisah pun.

Selamat menghabiskan quota tenet uols ^^



P/s: Tadi tercall adik Lisa ni hah. Padahal nak text sebenarnya. Ni semua gara-gara tak perasan features call tu ah. Grrr T_T

Kenapa nak cancel date? Rindulah!

March 31, 2015 18 Comments
Sebelum ni, masa zaman-zaman muda sikit, pangkal-pangkal umur ada 1+ kat depan dia, aku ada banyak gila jerawat hokkayy. Sekarang pun ada banyak jerawat jugak lagi, tapi tak sehebat zaman dulu. Itu jerawat gatal agaknya, budak baru nak up kan. Menggeletis lebih sikit, ekekeke :D

Pulak tu, ada crush satu sekolah, laaagilah menggelupur, semangat setiap hari nak pegi sekolah. Sanggup tau datang hari Sabtu Ahad semata-mata nak mengintai dari jauh. Alahai, konon mengintai dari tirai kamar. Ceh T_T

Ada satu hari tu, datang idea nak tarik perhatian so-called crush tu. So, aku dengan 2 orang bestfriend masa zaman sekolah tu, buat 1 love-letter dan hantar kepada crush aku tu. Lepas hantar, tunggu-tunggu jugak, ada tak reply. Tapi, nan hado. Tak laku weh surat tu. Kesian. Lama sangat tunggu, lupa terus perbuatan jenayah chenta monyet tu.

Habis SPM, one day mak bagitahu, ada orang call, mintak no phone aku. Eh. Iols sangat gorjes ke sampai ada orang minat, minta no phone dengan mak ni? Suwwiit angat :D
Nak tahu siapa? Rupanya crush yang telah dilupakan itu! Dan dia call semata-mata nak tanya

"Awak ke yang hantar surat tu kat saya?"

Mampus. Kan jenayah chenta-monyet tu telah dilupakan. Tak kan dia simpan persoalan tu lama sangat? Siap aku pun dah lupa aku ada buat kerja-kerja gitu. Gara-gara tekun nau belajar untuk SPM, putus 1 urat geletis agaknya. Haha. Tapi, Cut-it-short, set date nak jumpa lah konon. 

Tapi, last-last tak jadi jumpa pun T_T. Kesian betul. Dah lama tunggu tau! Dari sekolah lagi, sampai habis sekolah, sekali dah set tarikh, tak mau jumpa pulak. Huhu. Kenapa pulak? Why why why?


Kenapa nak cancel date, padahal dah lama tunggu pojaan hati tu? Hmm T_T
Posted by Shahira's blog on Wednesday, March 25, 2015

 
Sebab No. 1 (ofkos jerawat tengah mekar subur kat muka. Malu giler kut nak keluar rumah) dengan No. 3 rasanya yang membuatkan aku cancel date tu. Sampai ke sudah tak jumpa pun. Dan sebenarnya, Allah nak tunjuk yang aku dengan dia tak compatible. Tak serasi.

 Nasib tak jumpa, kalau jumpa, mau nangis guling-guling kat tanah bila putus chenta monyet bergayut tu. Tapi tak jumpa, dan aku tak nangis guling-guling pun. Alhamdulillah, tq Allah :)



[Promo] Drama Dia Isteri Luar Biasa - Sinopsis & Baca Online

March 31, 2015 6 Comments
Selepas adaptasi novel ke drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, sekali lagi novel nukilan Umie Nadzimah diadaptasi ke drama, bertajuk Dia Isteri Luar Biasa. Akan bersiaran di slot Akasia selepas drama #hatiperempuan tamat.

Umie Nadzimah Novel Dia.. Isteri Luar Biasa

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

 PELAKON DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA

Shukri Yahya- Raden
Nur Fathia- Dewi
Keith Foo - Kamarul (Cik Kim)
Siti Elizad- Kak Long
Datin Ziela Jalil - Umi


Drama Dia Isteri Luar Biasa

Drama TV3 Dia Isteri Luar Biasa
Kredit to: http://admya.blogspot.com/

 

BACA ONLINE NOVEL DIA ISTERI LUAR BIASA

Kalau nak baca Online novel Dia Isteri Luar Biasa ni, boleh baca disini. Tapi terhad sehingga 10 bab sahaja. Bakinya kena beli novel lah kan, hehe. 

 Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10


BLOG UMIE NADZIMAH 

 Kalau nak berkenalan dengan lebih rapat dengan penulis novel ni, boleh ke blog beliau. Jadi follower, boleh tengok juga perkembangan dan projek terbaru Umie Nadzimah :) 
http://umienadzimah.blogspot.com/

Pada pendapat aku, Fathia so sweet, sesuai untuk watak Dewi Yusra. Shukri Yahya baru aje habis drama #asampedasuntukdia, geram betul dengan watak dia dalam tu. Asyik confius memanjang. Hehehe. Kak Long Kyra (Elizad Sharifuddin), I miss u ^^


Sama-samalah kita tunggu drama terbaru slot Akasia TV3 ni.

Giveaway 2015 Jubah, dress , leggings oleh Norzi Beautilicious House

March 31, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Rasanya dah lama tak join segmen mahupun Giveaway. Kekangan masa dan internet yang macam siput buat nafsu nak BW pun merudum. Tapi, sebab adik chomel @Zara Nabilah zarachingu.blogspot.com dah tag kita, takkan tak mau join, ye dak? Lagipun sonang aje syarat dia.

Norzi Beautilicious House blog giveaway abaya jubah
Klik banner untuk join :)

Syarat penyertaan:
1) Follow blog
Norzi Beautilicious House
Norzi Foodilicious House

2) Like Norzi Beautilicious House Facebook Page

3) Add Google + Norzi Beautilicious House 

4) Buat satu entry bertajuk 'Giveaway 2015 Jubah, dress , leggings oleh Norzi Beautilicious House

5) Copy gambar banner di atas dah letakkan pada entry, backlinkkan ke entry ini.

6) Sila tag rakan anda sekurangnya 2 orang.

7) Tonton mana-mana satu video di kanan blog, beri tajuk video yang  lebih sesuai mengikut pemahaman anda (tidak wajib, kalau ada extra, if tiada masih boleh join)
8) Sila tag rakan anda sekurangnya 2 orang.

9)Tinggalkan link entry anda di bawah ruangan komen entry ini, tunggu hingga link anda di approve.



Tarikh Giveaway:
Tarikh mula   : 22hb March 2015
Tarikh tutup   :12 hb April 2015 (11.59mlm)
Keputusan    :15hb April 2015
Pengeposan  :17hb April 2015


Pemenang :

1) Senarai pemenang dipilih berdasarkan random.org


2)Hadiah semua pemenang akan dinyatakan. Jubah / dress/ legging boleh berubah bergantung kepada size , warna.

  •    3 x jubah / abaya
  •    3 x peplum dress
  •    5 x legging
3)Pengeposan pada 17hb April 2015 setelah mendapat maklumat penghantaran daripada pemenang.
4)Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang ringgit .


Dengan join giveaway , ini juga merupakan platform untuk kita berkenalan antara satu sama lain dan ini akan merapatkan silaturrahim walaupun hanya di dunia maya :). 


Jadi, nak tag:






Monday, March 30, 2015

Puan dah gemuklah

March 30, 2015 6 Comments
Baru aku perasan. Lepas balik dari camping, baru relationship aku dengan budak-budak kolej ni, especially JPP ok sikit. Selama ni, kalau aku lalu lalang kat koridor atau pun foyer kolej, tak ada de budak-budak nak tegur. Sama ada aku masa tu aku ada kuasa halimunan (which is sejak azali tak ada pun), ataupun budak-budak ni menyampah tak tegur aku. Faktor muka ketat punya angkara rasanya.

Tapi, hari ni, eh. Rajin pulak budak-budak ni menegur. On the way nak balik bengkel tengahari tadi, budak-budak JPP ni tegur aku.

"Puan"
"Eh, cik"
"Eh, puannnnn"


Hamboi. Main-main pulak. Mentang-mentang jadi group fasi aku. Ingat kita dah rapat la eh kan?


"Puan, kenapa nampak makin membesar"
 .
.
.
.
.
.
Krik krik krik 
(Petir halilintar kat tepi telinga aku T_T)


Ohmai ohmai ohmai. Memang obvious ke makin menggemuk dengan jayanya? Adududududu. Perut dah bulat boleh sorok dengan baju. Pipi mengembang macam pau letak baking powder, mana nak sorok? Apa nak buat?

Buah-buahan campur

 Singgah Giant beli buah aje untuk makan tengahari. Kata nak kurus kan? Jadi, kita jadi vegetarian aje buat masa ni.

Nasi goreng seafood pedas sedap

Tapi nafsu makan nasi tak dapat dibendung. The power of perut melayu. Petang tu jugak singgah kedai pulak beli nasi goreng seafood super duper pedas nak mamps tapi sedap giler.  T_T

Ah, peduli apa aku. Yang penting perut besar tanda gembira, ekekeke (Alasan nak senangkan hati sendiri :D). Dan yang paling penting, nasi goreng seafood ni sedap! Podeh. Isi seafood berlumba-lumba keluar dari celahan nasi. Peh. 

Now tell me, macam mana nak tinggalkan those delicious food??? Meow





 


Elakkan gangguan syaitan & jin di tempat baru

March 30, 2015 4 Comments
Hari Jumaat hingga Ahad minggu lepas, aku berada di Kem PLKN San Shui untuk menjalanakan tugas sebagai AJK dan juga fasilitator untuk kem Bina Insan Cemerlang Pelajar. Semua pelajar bertolak dengan menaiki bas kolej. Aku dengan housemate, Dila ofkos naik kereta sendiri. Sukahati kitorang nak gerak pukul berapa, sukahati jugak nak cabut lari pukul berapa. Haha.

Kem PLKN tersebut dah agak lama juga kosong. Ini disebabkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijalankan beberapa tahun sebelum ini, ditangguhkan sementara waktu buat setahun. Jadi, memang kawasan kem yang besar dan luas tu, kosong-sekosongnya. Yang tinggal hanyalah beberapa keluarga jurulatih yang ditugaskan untuk tinggal dalam kem tersebut, dan juga beratus ekor monyet kera. Nampak gayanya, berkawanlah kami nanti T_T

Melangkah masuk ke dalam dorm pun, katil dan lantai agak berdebu. Tapi, tu semua tak jadi masalah, boleh disapu bha itu, hehehe. Tapi, tempat yang kitorang jalankan aktiviti pun sama, aku jejak kaki aje, wah. Terus bertukar jadi stokin hitam T_T

Pada malamnya, perkongsian dari seorang pensyarah yang arif dan seringkali kami panggil untuk majlis-majlis ilmu dan kerohanian, Encik Irwan, untuk mengelakkan gangguan jin apabila berkunjung ke tempat yang telah lama ditinggalkan, mahupun tempat-tempat baru yang kita tak berapa biasa sangat. Ini kerana, kebiasannya, apabila lama ditinggalkan, tempat-tempat tersebut akan mendapat penghuni baru, iaitu jin.

TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN JIN & SYAITAN

  • Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  • Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  • Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  • Bau nafas yang terlalu busuk
  • Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  • Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  • Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
  • Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  • Bunyi guli di atas syiling
  • Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
  • Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  • Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  • Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  • Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
  • Kemurungan / kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  • Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  • Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  • Marah secara keterlaluan / panas baran
  • Melihat jin / hantu secara terus
  • Mendengar suara berbisik / menyergah


TIPS ELAKKAN GANGGUAN JIN & SYAITAN

1) Sebelum melangkah masuk ke dalam tempat (eg rumah/ dorm/ bilik) baru, ucapkan             salamun 'ala sulaimanaa fil 'aalamiin 

Doa kesejahteraan Nabi Sulaiman
Doa ini sangat sesuai dibaca sekiranya kita nak masuk ke hutan ataupun nak ke tempat yang jauh dari manusia

2) Mulakan dengan langkah kanan. Kaki kanan. Bukan tangan kanan je T_T

3) Sebelum tidur, tepuk bantal sebanyak 3 kali dan bertakbir.

4) Kalau masuk tempat / rumah tu, bantal dah siap ada sarung bantal, terbalikkan sarung bantal tu. Gunakan yang bahagian dalam. (Kalau ada bawa sendiri, seeloknya pakai yang baru). Sebab kebersihan sebenarnya, takut sarung bantal tu dah lama tak berganti. Kalau baru lagi, Insha Allah ok je :)

5) Baca ayat Kursi & 3 Qul sebelum tidur. Kalau tahu lebih banyak surah, boleh aje baca juga.

6) Paling selalu diingatkan, kalau datang bertandang ke tempat yang bukan tempat kita, jangan nak terlampau gembira, gelak mengilai-ngilai. Takut nanti yang mengilai tu ingat awak kawan dia. Tu yang diajak bermain sama tu. Huhu.


Ini tips yang biasa dikongsi setiap kali kitorang bercamping. Ini yang paling mudah untuk diamalkan dan dilaksanakan. InshaAllah student yang kureng sikit dalam ilmu-ilmu keagamaan pun boleh follow. :)

Habis camping, alhamdulillah, semuanya ok. Pensyarah puas hati, student pun baik-baik aje. Rasanya tahun ni macam ada camping lagi je nanti kat sini lagi? Ekekekeke.



Tiada lagi kulit kering & berminyak. Yey!

March 30, 2015 6 Comments
Aku nak cerita. Sebenarnya aku dah dapat Physiogel yang aku menang survey hari. Aku ada cerita kat >>SINI<<. Hasil dari buat survey tu, aku dapat 1 botol cleanser dan cream Physiogel saiz besar. Memang gabak bak hang. 

PHYSIOGEL UNTUK KULIT KERING SENSITIF


Pencuci muka sesuai untuk kulit kering
Physiogel Hypoallergenic - Penyelesaian untuk kulit kering & sensitif

Cream tu moisturizer sebenarnya. Sebelum ni aku dah beli, tapi saiz yang kecik, sebab kulit muka jadi kering sebelum ni. Mungkin sebab perubahan hormon ataupun sebab iklim. Dont know. Tapi, dalam kering-kering tu, jerawat keluar jugak hokkayyyy. Adush. Tensi yakmat (typo hangat #efg :D)

Masa tu, tukar cuci muka guna oats. Lama jugak, nak dekat sebulan pakai oats, tak pakai benda lain. Moisturiser pakai Physiogel (sebab terpengaruh dengan iklan #Nuffnang). Tengok-tengok, eh, ok lah. Best sangat. 

Physiogel untuk kulit sensitif kering

Ini tekstur cream tu. Kaler putih pekat, tekstur nampak aje macam pekat, tapi bila dah sapu kat muka, cepat meresap. Lagipun, kita pakai sikit aje. Thin film aje. Lepas aje cuci muka, keringkan muka dengan tuala khas untuk muka (Jangan campur-campur. Tuala lap bontot, pehtu lap kat muka. Aiyoyoyoyoyo, fengsan T_T), terus pakai cream moisturiser ni. pakai bedak. Siap. Boleh dah keluar pegi kerja :)

Lupa bagitahu. Cream ni boleh pakai kat muka & tangan jugak. Tapi aku bantai pakai dekat jari kaki juga. Sebab kulit kaki kering, hewhewhew.

Physiogel untuk kulit kering sensitif

Tekstur cleanser. Tak berbuih. Aku pam 3 kali, baru cukup kat muka yang lebar pinggan ni. Hihi (Gosok-gosok muka tu,jangan kasar-kasar ye. Nanti muka tu memberontak, ajak geng dia keluar, nah, merana jiwa kita T_T)

Siapa yang pernah pakai Cetaphil tahu kot tekstur Physiogel ni macam mana. Lebih kurang aje. Rasanya pencuci muka untuk kulit sensitif ni memang tekstur lebh kurang gitu.

TRIAL PACK PHYSIOGEL MALAYSIA

Kalau ada masalah kulit kering, tak semestinya kat muka, kat kaki ka, tangan ka, boleh aje try Physiogel ni. Boleh claim untuk FREE SAMPLE @ FREE TRIAL PACK. Tak pun isi survey pada websites Physiogel. Rasanya survey untuk bulan April masih berjalan. Boleh layari >>https://www.readyforanything.my/<< untuk lebih keterangan lanjut.




Ok, sambung kerja dulu. Sayonara sayonara sampai kita berjumpa lagi ^^

Sunday, March 29, 2015

Pageview jatuh merudum bila tak update blog 3 hari

March 29, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Hai. Aku baru balik dari camping ni, eheh. Jadi fasilitator berjaya untuk Kem Bina Insan Cemerlang 2015 selama 3 hari di di Kem PLKN. Nak cerita, tapi malam ni malas sokmo. Esok-esok saja deh cerita, boleh kan ? :D

Balik rumah, malam ni baru bukak lappy, tengok PV today, jatuuuuuuuuuuuuuuh merudum macam kapal terbang terjunam. Lantas hatiku pun retak seribu. 

Tips tingkatkan pageview
 *Nangis kat bucu katil*


Thursday, March 26, 2015

9 cara kreatif budak kolej buat bila sumber terhad. Aku pun ada buat jugak!

March 26, 2015 17 Comments
Assalamualaikum

Semalam mengganti kelas another lecturer yang bercuti. Subjek yang aku assist dia sebenarnya. Tapi, bila assist tu, faham-faham sendiri lah. Tak berapa pakar sangat. That's why kitorang diletakkan sebagai assistant, hehehe :D

Tapi, semalam, bertungkus lumus study balik, the night before. Padahal tajuk sonang aje, piece-of-cake. Agaknya sebab nebes mengajar bukan kelas kita, risau pulak cara penyampaian kena banding beza. Haish. Tak suke betul tau ! T_T

Luckily, the lecturer dah bagi notes & handsout, dan dah terangkan pun about the topic a week before. Tugas aku? Refresh balik dengan diorang, ask question to make sure they fully understand and live preview at the car. Alhamdulillah, as simple as that.

One of the test the students have to conduct is thermostat test. Masa terangkan dengan student yang ujian thermostat tu, kita kena boil thermostat dalam bikar sampai mendidih, kemudian baru boleh tahu yang thermostat tu ok ke tidak. Bagitahu juga yang ujian tu, tak boleh buat di kolej sebab kita tak ada kelengkapan nak memasak (eg bikar, penunu bunsen / dapur gas).

Tiba-tiba student kata

"Ok, esok saya bawa dapur gas" 

Amboi, semangat dari mana datang ni? Macam angin kus-kus aje tiba-tiba hadir. Bhahaha ^^. Then, tiba-tiba juga diorang mula bercerita pasal dunia asrama dulu-dulu. Ada sorang tu bercerita, katanya diorang nak makan megi, tapi tak ada air panas. Jadi, apa yang diorang buat? Diorang panaskan seterika, lepas tu lalukan air atas seterika tu. 

Taraaaa. Dapat dah air panas. Nampak kreatif, tapi merbahaya sungguh. Ish ish ish. Zaman-zaman aku dulu, paling hebat pun, makan megi dalam baldi. Malu lah nak cerita dengan budak-budak ni T_T.




Semalam baru student bagitahu yang masa duduk asrama, diorang masak air panas guna seterika. I guess, what era we are, the way to survive college life still the same :D
Posted by Shahira's blog on Wednesday, March 25, 2015

Tuesday, March 24, 2015

Pengalaman Praktikal di JTEKT Automotive (M)

March 24, 2015 26 Comments
Tadi, sebenarnya, aku nak google syarikat lama aku sebelum aku dapat kerja di Sabah ni. WSA Engineering. Tapi, tengok-tengok, ter'google' JTEKT Automotive pulak. Haish. Tangan lagi laju dari otak. Miscommunication antara organ dalaman sendiri, ekekeke :D

Jadi, apa kaitan JTEKT Automotive dengan aku? Hehehehe. Actually, itu tempat masa aku Latihan Industri (atau nama glemer Internship) masa zaman-zaman study dulu. Tahun 2009 - 2010 kalau tak silap. Rumah aku jauh, kat Beranang nun, tapi dapat pulak tempat LI kat Shah Alam. Hadoi. Fengsan. Nak tolak dan cari tempat lain dah tak sempat. Banyak-banyak company aku hantar permohonan, JTEKT aje yang accept aku. Yang lain semua reject. Agaknya, gambar kat resume tak cukup gojes? Ataupun resume aku yang hampeh? Hmmm. Deep thinking ni T_T

Tapi, LI kat sini best actually. Dapat pulak bos yang sempoi, brader-brader yang supportive, alhamdulillah, cepat aje 3 bulan setengah masa LI tu berlalu. Tengok-tengok, eh, dah habis LI lah. Masa untuk kembali ke sekolah semula T_T

Masa LI, aku ditempatkan dalam Maintenance Department. And I'm the only girl alive dalam department tu. Ada lagi 1 orang student yang sama-sama intern, dari UPM Serdang, tapi lelaki lah. So, korang dapat bayangkan, macam mana jadi budak pompuan duduk dalam department maintenance? 


Tak dapat bayangkan? Gud. Aku pun sama :D. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh survive, tapi yang pasti, aku survive :)


Internship kat sini, aku banyak belajar. Masa diorang repair & buat preventive maintenance pada machine, they didn't allow me to do the thing. They just explain, kalau ada masalah gini, apa yang kita kena buat. Kalau ada tanda-tanda gini, apa yang kita kena tengok. Kalau nak tukar bearing, jenis-jenis bearing apa yang sesuai. Tapi, semua diorang buat. Sebab, I'm a girl. Huh, kecewa jugak. But, what to do. Follow the flow aje lah (Kalaulah diorang tahu in the end, aku kena repair machine jugak kat sini, mesti menyesal kenapa tak bagi aku touch & do the work back then :)

Tapi, macam tu pun banyak belajar okeh. Ingat lagi, ada satu minggu tu, kitorang ditugaskan untuk jaga water plant kat belakang kilang. They teach me how to read the water pH, How to balance the  pH. Bersihkan kawasan tu. 

Ada jugak masa kitorang kena bersihkan dan repair balik air gun yang line gunakan. Sekali tu, banyakkkkk gila air gun yang kena repair, kitorang pulak amatur, buat 2,3 air gun pun masih ada masalah, Lever Gun tu sangkut. Ouch. Masa tu rasa 

Eh, bebal bebenor aku ni T_T. Kata belajar tinggi? 10 tingkat bangunan?


That's how we learn. Either the hard way, or the easy way. Macam aku, er, ada masa susah, ada masa senang (Masa senang sebab kenyit-kenyit mata sikit, hahaha, puih. nampak nau tipu nye, ekekeke :D). Dan ada banyak lagi sebenarnya. Tapi malas nak taip, ekekeke.

Masa LI tu aku ada tahu sikit-sikit pasal Kaizen. Kamban. Tapi tak berapa masuk otak sangat. Tiba-tiba masa aku interview kerja kat Rawang, dapat pulak soalan mengenai Kaizen. Peh. Menggagau nak jawab. Tulis kat resume macam terer benar. Padan muka. Haha.

Kenapa ye aku cerita semua ni? Kenangan 5 tahun lepas? Sebab tu lah, nak cari benda lain, keluar benda lain. Yang keluar gambar ni

JTEKT Automotive (M) Sdn. Bhd.
Aku selalu parking kereta kat belakang tu dulu 


Meh sini, belanja dulu gambar-gambar dulu-dulu.


JTEKT Automotive (M) Sdn. Bhd.

Ni gambar masa last day LI


JTEKT Automotive (M) Sdn. Bhd.

Masa nak repair mesin ape ntah ni, dah lupa, hehe. Main tutup-tutup muka pulak


JTEKT Automotive (M) Sdn. Bhd.

Drilling ke ape ye ni? Tak ingat pulak. Tapi, sebelah tu ada mesin CNC Cutter tau. Yang fully automatic. Kitorang rasmikan mesin baru tu dengan buat bidak chess.


"Nothing last forevers but it forever remains a memory"


TQ to JTEKT Automotive (M) For the opportunity. Special thanks to Maintenance Department for the sweet memory. :)

P/s: Pernah jugak terjumpa Assistant Manager JTEKT masa Totota Supplier Club kat Shah Alam. At that time, dah kerja kat WSA as Kaizen Exec. Yang terkejutnya, diorang ingat lagi. Wahhhh, terharunya rasa. Tapi sekarang, maybe dah tak ingat kut? T_T


Monday, March 23, 2015

Typo keywords

March 23, 2015 18 Comments
Assalamualaikum

Selamat berhari Isnin :)


KEYWORD NUFFNANG


Keyword masih lagi tertumpu kepada drama Teman Lelaki Upahan. Siap ada yang search for lagu sedih dalam Teman Lelaki Upahan tu. Eheh. Nak lagu sedih, meh sini aku nyanyikan. Confirm sedih sampai banjir jadinya. Boleh pakej dengan petir memancor-mancor pon boleh. Affordable package tau! Hihi :D

Tapi, yang search teman kelli upahan 25, apakah?

Lenguh bahu

March 23, 2015 18 Comments
Seminggu dua ni aku agak sibuk sikit. Kalau tak pura-pura bizi (paling selalu buat :D), sememangnya bizi jugak. Kalau hari-hari biasa padat dengan aktiviti pdp, hujung minggu pula padat dengan pengisian kursus sebagai urusetia kursus.

Macam hari Sabtu Ahad lepas, kami semua bizi sebab ada Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat. Penutupan karnival akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Jadi, bila Timbalan Menteri turun ke Tawau, maka, berbondong-bondonglah bos-bos dari HQ dan juga pengarah-pengarah kolej lain yang eksaited nak datang. Dah tunggang terbalik pulak kolej tu dikerjakan, everything nak perfect. Ah, tensi. Nasib, in the end, VIP yang datang tak seramai yang kami imagine. Alhamdulillah :)

Lepas habis program, mengadu dengan housemate yang sakit-sakit bahu, sakit tengkuk. Aiya! Ini sakit bahu sebab terlebih tido ke hape? Dulu-dulu masa zaman kuat bersukan, idok ler sakit macam gini. Sekarang zaman duduk atas kerusi aje like-a-boss pulak yang sakit badan? Nak kata kerja kuat sangat, aku banyak jadi tukang tengok & tukang ambik barang aje. Hehehehe. 

So, singgah 7-11 beli salonpas buat tampal di bahu. Tahu apa itu salonpas?

Hisamitsu Salonpas
Hisamitsu Salonpas


Alah, mesti korang tahu kan benda alah ni? Mesti kurang-kurang pernah pakai sekali seumur hidup. Tak pernah pakai? TIPUUUUUUUlah T_T. Tak sempat sampai rumah, terus tampal salonpas ni 2 keping kat tengkuk dengan bahu. Wahhhhhh, bestnya. Cooling effect katanya. Pain relieving lagi. 

Sampai rumah, sambil tengok Running Man, tiba-tiba Dila tunjuk carta ni. 

Emotional pain chart
Emotional Pain Chart - Mental thought patterns that form our experiences


Kalau sakit tengkuk tu, dikatakan refusing to see other sides of the question. Stubborness, inflexibility? 

Sakit bahu pula ditafsirkan sebagai represent our ability to carry our experiences in our life joyously. We make life a burden by our attitude.


Ewah, ini sudah lebih. Stubborn dikatakan aku? Inflexibility lagi tu. Padahal, aku rasa, aku dah jadi manusia yang paling mudah nak dirunding. Ceh. Tampo kang, baru tahu T_T
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hm. Nampak dah perangai refusing to see other side of the question T_T


Krik krik krik

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+