SweetMuslimah.com

Wednesday, December 16, 2015

Jangan Buat Macam Ini Bila Hantar Resume Kerja !

Hi !

Jumpa benda alah ni masa skrol Facebook. Dari Fb Ir Meor Shamsir. Dan tiba-tiba rasa bersemangat baca balik apa yang Ir Meor ni tulis. Sebab memang sekarang aku perhati, rata-rata graduan yang nak minta kerja, mostly nak kerja gempak, gaji lebat, title hebat tapi bila hantar resume? Erk T_T

Seingat aku, sepanjang masa belajar dulu, pihak IPT mesti akan organize kursus - kursus dan seminar untuk student. Sama ada dari tips interview, etika menjawab soalan dan juga cara-cara membuat resume yang brilliant dan industry  approved! Itu belum masuk lagi dengan simposium ataupun Industry Open Day dimana sebanyak-banyak player industry yang hebat tahap kancing gigi turun buka booth untuk kita masuk on-the-spot interview dan drop resume. Terlalu banyak peluang sebenarnya bila kita melanjutkan pengajian di IPT. 

Tapi tipulah kalau kauorang belajar sampai ada Degree (read: Ijazah Sarjana Muda). Bukan main bangga state dalam resume Degree Holder tapi tatacara penghantaran email rasmi untuk permohonan kerja pun tak tahu? Serius?

Perlu diingatkan untuk permohonan kerja, kalau tak mahu renyah menghantar sendiri resume bersama cover letter dan salinan sijil ke company, cara paling mudah adalah dengan menghantar email. Tetapi hantar email pun ada etikanya, bukannya hantar email macam hantar dengan kawan-kawan. Ataupun hantar surat cinta. Atau surat raya. 

"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

Ini antara beberapa kesalahan yang dibuat oleh Degree student dalam email mereka. Mohon jangan buat macam ni lagi ok ! 

Letak isi email di ruangan subjek. 
Ruangan subjek untuk tajuk surat atau email sahaja. Gunakan tajuk yang tepat, tuntas dan jitu yang bila dibaca terus kita tahu itu adalah email permohonan kerja, bukannya email mengurat ulat bulu. Dan bukan juga SPAM !

Tiada tajuk atau subjek email.
Ini dah pandai tulis mesej pada bahagian body email tapi terlupa tajuk. Kalau email - email begini biasanya terus dibakulsampahkan ataupun kalau macam aku yang set filter dalam email. Email begini terus masuk folder Spam dan kebarangkalian besar tak akan dibaca. Sudah rugi di situ kan usaha kita?

Tajuk dah ok. Isi email terlalu simple. 
Ini style tulis konon nak straight to the point padahal..... errr. REJECT !

Tajuk tidak jelas dan tiada huraian kenapa hantar email tersebut.
Style macam ni aku pernah buat masa nak praktikal dulu. 5 years back ! Haha. Masa tu pelik dan stress, kenapa semua permohonan aku tak ada balasan. Rupanya salah cara ! Belajar dan tukar style, teruih dapat tempat LI kat Shah Alam, eheh :p
Tapi itu cara-cara 5 tahun lepas dik. Dunia ni pandai evolusi. Tak kan 5 tahun lepas punya cerita masih berlaku lagi sekarang? Ehem. Berlaku lagi rupanya T_T. Takpa takpa. Lepas tahu ni jangan buat lagi macam ni ok ! *kelip-kelip mata*

Ikut kata Ir Meor Shamsir, this is the steady one ! Maksudnya OK !
Kauorang boleh try cuba template dia, ekekeke :p dan cuba mohon kerja atau cari tempat LI. 

Kadang-kadang kesalahan macam ni berlaku bukan kerana salah pensyarah atau institut, tapi salah sendiri yang tak tahu, tapi tak mahu belajar atau tanya orang. I learn my lesson dulu, now your time untuk belajar pula dik ! Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dik, sumber maklumat terhad. Zaman sekarang zaman maklumat dihujung jari ! Google sikit je, berderet-deret info keluar. Tinggal nak pilih mana yang bagus dan apply !

Kalau ada seminar atau kursus seumpamanya, jangan berat bontot nak ikut. Learning soft skill is important as learning technical skill. Jangan sebab kata nak belajar jadi engineer je, yang lain tolak tepi. No. Tak salah belajar new thing, benda yang bermanfaat even tak ada kaitan dengan field study kita. Kita tak tahu bila kita akan guna ilmu-ilmu tersebut.

Ilmu hantar email ni pun sebahagian dari soft skill. Kalau result pumpangpumpang 4 flat, tapi hantar email pun hancus, resume apetah lagi. Memang simpan dalam laci lah result 4 flat tu. Rugi rugi T_T

Ilmu Allah ini terlalu banyak. Jangan sia-siakan peluang jika peluang datang bergolek. Tapi kalau tak datang bergolek, gunakan kudrat sendiri untuk mencari. After all, Allah dah bagi kesihatan dan tubuh badan yang sempurna. Nak kata apa lagi kan?

To all of u out there, all the best ! :)






Jangan Buat Macam Ini Bila Hantar Resume Kerja !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
December 16, 2015 at 3:05 PM

kalu sy bos awal2 dah reject hahahaa

Reply
avatar
December 16, 2015 at 6:46 PM

Toksah kata bos, admin yg filter job application pun dah rejek awal2, haha

Reply
avatar
December 19, 2015 at 2:58 PM

aduihai.. nangeh cikgu ICT dia ni kalo tengok ahha..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+