SweetMuslimah.com

Sunday, December 6, 2015

Weekends by the sea

Hi !

Aku selalu pum pang pum pang dekat kakak yang di Tawau ni tak ada tempat sangat nak berjalan. Siap dulu masa kakak datang bercuti 4 hari kat sini aku jadi blank. Eh, mana aku nak bawak depa ni? Bluerghhh. Stress T_T. 

Tapi sebenarnya ada je tempat menarik di Tawau ni. Pada sesetengah orang, mungkin nampak biasa. Tapi pada yang sukakan alam semulajadi, back to nature. Yes, you come to the right place. Tawau masih banyak kawasan yang dikelilingi alam semulajadi khazanah negara yang berharga, eheh dan semestinya..LAUT.

But I tell you ya. Laut kat Tawau ni. Even Tawau duduk sebelah laut je tapi tak boleh mandi pun. Hah, Pelik? Ye sebab keliling Tawau semua laut dalam. Tak ada pantai. Ko nak terjun tiruk boleh. Sila-sila. Tapi pepandai sendiri nak hidup nanti. Kalau jumpa jerung kirim salam ya ! Hiks :p. 

But, fret not. Ada 1 tempat yang selalu Tawaurian datang beriadah, bawa anak-anak mandi laut, main layang-layang tepi pantai, memancing, minum air kelapa sambil makan sanggar cheese yang sedap sambil ditiup bayu laut dan sumandak cun melambai-lambai (read: penambah perisa)? Peh. Amacam? Dan tambah 1 lagi bonus. Tak ramai orang macam Pantai Teluk Kemang atau Pantai Klebang atau Pantai Cenang yang penuh foreigner bersantai pakai bikini top. Bila jalan sikit je ALLAH sambil tutup mata langgar pokok kelapa. 

PANTAI BATU PAYUNG TAWAU

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung
Hujung sana tu kalau bawa binokular atau guna teropong boleh nampak Filipina. Tapi aku tak ada niat nak teropong Filipinos tu pun. Baik tengok Filipinos tu semua dalam TV je. Haha. 

Kami datang sini SATU sebab nak habiskan masa bersama colleague. Kan colleague adalah keluarga kedua kita selepas keluarga sendiri yang jauh di mata tapi dekat di hati. Adudududu. Tiba-tiba pandai bermadah helah pula. :p. Dan DUA sebab rindu laut. How I miss those sea, nak mandi laut. Alaaa..

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung
Ini nama dia sanggar cheese. Atau kauorang panggil pisang goreng cheese. Sekarang dah femes pula pisang goreng cheese coklat. Esok inovasi kerepek ubi cheese pula? 

Dah makan sanggar cheese, harus pakej dengan air kelapa pandan yang isi dia serupa hingus dan kepok lekor. Baru namanya menikmati angin laut. Wuwuwuwuwuwu.

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung

Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung

Hujung sana tu ramai orang memancing. Masa kitorang on the way nak balik pun jumpa orang balik dari mancing bawak ikan fresh 1 baldi. Woihh, best gila ! Dulu aku pegi Semporna mancing dapat ikan kacang je. Hampeh T_T (pembetulan: bukan aku yang mancing. Abang ipar aku yang mancing).

Hari tu kawan aku dating kat sini pun kantoi dengan student kolej. Kahkah. Dah kata dah tempat ni bahaya sikit ko nak berdating. Tapi apa nak buat jang. Ini je tempat yang ada crowd tapi tak ramai sangat crowd tapi ada crowd juga. Eh. Dah apesal macam ni? Ko dating sini pun makan sanggar cheese dengan minum air kelapa je pun jang. Bukan ada coconut shake pun. 


Tempat Menarik di Tawau | Pantai Batu Payung

Lepas makan, minum. Aktiviti biasa remaja lanjut usia untuk bergambar. Haha. And now thats how we fill our weekends with. Sounds interesting huh?






Weekends by the sea
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
December 9, 2015 at 6:06 PM

ala2 picnic tak rasmi laa kiranya ni yek ;-)

Reply
avatar
December 9, 2015 at 11:46 PM

sesekali keluar dari aktiviti biasa, seronok juga
belajar dengan surrounding :D

Reply
avatar
December 11, 2015 at 11:52 AM

Piknik atas kerusi meja, boleh la, hiks :p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+