Hi.
Tak habis lagi nak bercakap pasal isu shortform. Walaupun sebelum ni dah bermacam-macam diviralkan kesan penggunaan shortform dalam kehidupan seharian macam di SINI, dalam whatsapp atau text message, tapi aku rasa ok lagi. Aku boleh terima lagi kalau setakat shortform yang betul-betul short tapi aku faham. Peduli apa aku kalau kauorang tak faham. Haha.
Tapi rasa tertampar pulak tadi bila bersembang dengan kawan. A friend of mine tanya, kenapa nak message guna perkataan penuh? Instead of using 'yang' dalam text guna je 'yg'. Pendek tapi masih orang faham, kan? 'Aku' dipendekkan jadi 'ak'.
Huh. Aku macam. Ok. There's nothing wrong kut? Ye lah. Sebab penyebab bermulanya shortform ni sebab kita nak jimat space masa hantar text kan? I mean dulu-dulu zaman tok kaduk sebelum kewujudan pengggunaan internet secara meluas, ada henpon buat baling anjing, nak hantar text message mahal wooo. Tu yang sekali hantar 1 text, compress everything sekali.
Tapi sekarang ko guna whatsapp & telegram kut. Dah tak perlu kira berapa butir perkataan pun. Suka hati lah berapa juta perkataan, berapa juta hantar. Yang penting bulan-bulan ko bayar internet subscription. Settle.
Ini bukan shortform. Ini memang bahasa student aku. Haha.
Bertahun juga aku nak memahamkan butir perbualan ni. Ada sikit shortform + sabahan sleng.
Tapi aku faham sebab kebanyakan yang bergelar student mesti macam ni bahasa text whassap dia. Sebab aku dulu pun sebijik sejibon macam tu. Tak percaya? Sini. Aku tunjuk.
Nah. Sakit hati tak baca? Haha.
Ini antara entry syok sendiri aku sekitar tahun 2011. Third year degree student tu. Tapi bahasa, masyaAllah. Bila aku baca balik apa yang aku tulis. Oh mai. Ini aku ke dulu? Kahkah. Rasa nak pelempang diri sendiri je. Rosak bahasa melayu aku. Haha.
Guna shortform ni, kalau boleh elak, elaklah. Sebab bukan semua orang boleh faham apa yang kita rasa kita faham. Tak kiralah kauorang student atau dah kerja. Bukan lesen nak guna shortform keterlaluan sebab dah kerja. Kalau setakat shortform macam 'nk', 'yg', 'blh'. InsyaAllah boleh difahami. Kalau macam ni.
Gambar kredit: borneocorner.wordpress.com
Matik lah nak memahamkan. T_T
Menangis cikgu BM tengok tahap jurus tertinggi kamekameha budak ni.
May the force with you child.
Jadi. Nk perbaiki atau tidak, tanya diri. Esok-esok suka tak kalau ada orang hantar ayat macam ni dekat kita? Sekarang mungkin kauorang rasa ok. 5 tahun kemudian? Confirm kau rasa nak bagi pelempang punyalah. Percayalah, sebab Hakak Sha tengah rasa macam ni kut. T_T. Tiba-tiba rasa jadi cikgu bm sangat susah sekarang. Respek.
Nak belajar macam mana menulis dalam bahasa baku yang difahami semua orang even rasa macam poyo? Kehkeh. Kauorang belajar menulis blog. InsyaAllah meningkat skill penulisan. Weeehuuuuuu. :p
kalau tengok budak- budak sekolah punya bahasa ni memang rosak bahasa kita...kadang bila baca buat sakit hati je...
ReplyDeleteHaha. Betul lah tu Kak SA. Sampai kadang terbawak bahasa SMS masuk paper exam. Pengsan cikgu..
Deleteshortform - bahasa mesej era evolusi telefon bimbit
ReplyDeleteIye, betul tu. Makin banyak boleh ditulis, makin pendek pulak ayat..
Deleteyumida pun suka gak guna shortform tp x la teruk mcm pic bwh tu, tu spesies adik yumida msj dgn kwn dia..hahaha, sampai teberong/terherong mulut nak baca
ReplyDeleteHehehe. Sampai terherong mulut tu memang dah tahap serius shortformnya, ekeke.
Deleteshortform macam boleh terima lagi.. kalau yang tukar jadi W macam kowang tu adehhh
ReplyDeleteDulu baca sakit hati jugak. Now dah terbiasa pulak tengok. marah DBP gaya macam ni, hiks :p
Deleteorang yang merosakkan bahasa kami gelar merogol bahasa..maksudnya yang sangat kasar...dan ketika sekolah memang mencintai bahasa Baku..
ReplyDeletemasa kerja pulak buat laporan harian dalam bahasa paling rojak
Dalam bahasa paling rojak pun, kalau dibaca masih mudah difahami, rasanya tak ada masalah. Cuma yg jadi masalah bila kita baca 3,4 kali pun masih tak dapat nak tangkap apa yg nak disampaikan. Geram je rasa.
Deletebertabahlah cikgu BM ;-)
ReplyDeleterosak bahasa ibundakuuuuuuu
ReplyDeleteKannnnnnnn, rosak rosak. T_T
Deletekita yang membesar dengan bahasa dan ejaan melayu yang betul tak ada masalah untuk ini pada masa akan datang. yang mungkin masalah pada budak budak akan datang la. takut dia eja, 'bila' ke 'bile' je
ReplyDeleteni kena bolat ngn pen merah ni.. ahahha.. tp kini mmg cmni.. cik en pon short form jugak xde kal k jadi q.. hahahah
ReplyDeleteZumal kalau adik WhatsApp mesti Zumal terpaksa tanya semula sebab shortform dia guna tak tercapai oleh akal. Haha ^-^
ReplyDeleteHaha. Sama dengan adik lelaki sha. Shortform dia dengan kawan-kawan dia bawak pegi ke whatsapp dengan kita. Pengsan nak memaham :D
Deletebertabahlaa cikgu BM skrg ;-)
ReplyDelete