SweetMuslimah.com

Friday, December 4, 2015

Short form, KimK dan Fazura

Hi !

Tertinggal kereta api sekejap aku pasal hal-hal hiburan semasa ni. Berlagak bizi kononnya. Kahkah. Tambah-tambah pula sekarang dah tak hadap sangat dengan facebook & instagram. Tapi bila ada isu-isu macam ni, laju je aku skrol, google isu apa kenapa dia viral, heh. Typical  woman :p

Serasa yang aku faham. Isu sebenar hal ni sebab 'tersalah faham' maksud short form. Itulah masalah sebenar. Kalau aku pun, selalu juga salah faham pasal short form ni. Kadang-kadang terlampau 'short' sampai orang baca jadi maksud lain. Macam perkataan 'ak'. Ramai orang faham itu membawa maksud 'aku'. Tapi ada juga orang yang tak faham maksud shortform 'ak' tu.

Tapi itu lah. Kalau yang salah faham tu orang biasa, cikai macam aku. Small matter je. Tak ada masalah pun. Bukan orang peduli dengan kau pun T_T. Kau nak tertonggeng ke, terlangkup ke. Tunjuk kebodohan ke. Orang peduli apa. Paling-paling pun page KHK troll ko dapatlah jadi femes bebal sekejap. Tapi bila artis yang tersalah macam ni. Wuuuhhh, terus jadi isu besar. Artis sombong. Bangga diri. Bla bla bla...Faham-faham lah, ada aja yang jadi tukang penyebar, tukang bagi marak api, 'tukang nasihat' kononnya. Tapi sebenarnya menghasut dalam diam. Nampak sangat sebenarnya haters. Tunggu masa je nak cari kesalahan orang. 

Entah-entah orang yang kononnya ada masalah ni dah ok, yang lain pula meroyan tak tentu hal. Hah baguslah ambik bahagian dalam acara macam ni. Esok-esok bawa lah 'trofi' tu kat sana. 

Bila dah buat salah, atau salah faham kecil je pun, tak salah nak minta maaf pun. Kau artis ke, kau orang biasa ke. Kau menteri ke. Kalau dah salah, kena lah minta maaf. Tak kisahlah. Dalam Islam sendiri pun mengajar kita untuk berbuat baik sesama manusia dan eratkan silaturahim. Dan tahu ke tidak, hanya mereka yang berjiwa besar sahaja yang mampu untuk memaafkan kesalahan seikhlas hati. Nak jadi orang yang berjiwa besar tak kawan-kawan? 

Aku ni sebenarnya tak minat Fazura pun. Aku minat Siti Nurhaliza dengan Top Big Bang je. Hiks :p. Cuma tak nak lah lagi ramai kawan-kawan ambik bahagian nak bawa 'trofi' ke sana nanti. Dosa sendiri entah tak tertanggung. Dosa menyebarkan dan membawa fitnah aib bertingkat-tingkat kalah MLM tu macam mana pula?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)



Short form, KimK dan Fazura
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

15 comments

Tulis comments
avatar
December 5, 2015 at 2:04 AM

Baca sampai habis, tapi still tak tahu cerita pasal ni.. adehhh.. kena google jugak lah ni

Reply
avatar
December 5, 2015 at 2:38 AM

tu la sha viral pasal kimk ni
hope si artis tu n peminat yg komen tu berbaik kembali
isu kecik je..

Reply
avatar
December 5, 2015 at 9:48 PM

Bila berkaitan dengan artis, benda kecik pun boleh jadi besar

Reply
avatar
December 5, 2015 at 10:05 PM

Blogwalking sini dari Segmen Tinggalkan URL bersama Dunia Cik Akak :)

http://syaza-applemints.blogspot.my/

Reply
avatar
December 5, 2015 at 10:45 PM

Sy pn xfhm knape dia liat nk minta maaf

Reply
avatar
December 6, 2015 at 11:31 AM

Trending kat twitter pasal ni hah

Reply
avatar
December 6, 2015 at 7:00 PM

Tu pasallah kalau asyik tunding jari

Reply
avatar
December 7, 2015 at 9:26 AM

Kan, kecik je isunya. Tapi Yang perbesarkan tu orang lain sebenarnya T_T

Reply
avatar
December 7, 2015 at 9:28 AM

Entah. Kita pun tak tahu kenapa. Atau dia dah minta maaf tapi in private. Who knows?

Reply
avatar
December 7, 2015 at 9:28 AM

Biasalah. Yang kena tu Fazura, laju je trending :p

Reply
avatar
December 7, 2015 at 9:41 AM

Wohhaaa Cik Akak, nak Sha baca dalam ton ape ni? Hehe :p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+