SweetMuslimah.com

Wednesday, December 23, 2015

Menerjah Kota Kinabalu melalui Banjaran Crocker yang menakjubkan !

Minggu lepas aku dan kawan-kawan ke Kota Kinabalu lagi. In fact actually, majoriti dari warga kolej yang pergi sebenarnya, haha untuk family day. Oleh sebab budget tight, tapi nak juga bercuti beramai-ramai, duit Kelab Staf dan tambahan RM50 hanya mampu untuk menampung bayaran hotel dan dinner. Perjalanan ke Kota Kinabalu?

Suka hati nak drive atau naik flight. Ikut budget sendiri juga, lebih jimat memandu sebab kita boleh berkongsi ramai-ramai. Selain dari itu juga ini pertama kali nak lalu jalan kedua ke KK. Jalan Kalabakan melalui Banjaran Crocker tu ! Once in a lifetime kut ! Kahkah. Kena try laluan ni sebelum pindah balik semenanjung. Jadi, tak nak lepaskan peluang, jom kita merantau berkonvoi !

Ada 2 laluan utama dari Tawau ke KK. Jalan utama dan menjadi kebiasaan adalah melalui Tawau - Lahad Datu - Kinabatangan - Sandakan - Ranau - Kundasang - Kota Kinabalu. Lebih banyak kenderaan sebab melalui bandar-bandar utama. Banyak tempat persinggahan untuk avid traveller dan tourist. Ada yang kata laluan ini mengambil masa yang lebih lama dan agak jauh tetapi selamat untuk perjalanan malam. Lagi satu sebab utama laluan ni adalah untuk ke Ranau - Kundasang. Itu yang best.


Another road, which is yang kitorang pilih pula melalui Tawau - Merotai - Umas - Kalabakan - Sepulut - Keningau - Banjaran Crocker - Kimanis - Kota Kinabalu. Lauan ni agak dekat dan kalau yang naik kenderaan 4WD, masa perjalanan lebih banyak dapat dijimatkan. Tetapi tetapi tetapi kawan-kawan. Ada tapi ya !

Satu yang agak bahaya untuk laluan ini kepada kenderaan kecik macam kami (Myvi), keadaan jalan yang banyak berlubang-lubang dan tidak berturap (almost 6%) membuatkan perjalanan malam agak bahaya. Kebanyakan masa akan melalui kawasan hutan yang tidak mempunyai liputan line telefon ! 

Okeh. Macam horror ke? Haha. Thats why agak bahaya dan dinasihatkan untuk bergerak secara dalam berkumpulan. Buat yang dah terrer dan biasa dengan laluan ini, tak jadi masalah. Trep trep lagi tu sama siurang. Ceissss T_T

Jum kita bergerak !

Bulatan Check Point Kalabakan.

Perkhidmatan jualan minyak ada disediakan dan juga tandas berbayar RM0.30. Dinasihatkan untuk isi full tank sebelum memulakan perjalanan. Isi minyak di Tawau lah. Ini biasanya jadi tempat favourite untuk ke tandas (ehem-ehem) dan isi minyak. Biasanya kereta dari arah KK yang banyak singgah. 

Sampai Bulatan Check Point Kalabakan selepas sejam setengah perjalanan. Baru sejam setengah ok. Ada lagi 5 jam ! Jangan minum air banyak. Nahas nak menahan pundi-pundi kencing T_T

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !
Berhenti sebentar di Pintu Masuk Lost World of Sabah, Maliau Basin

Maliau Basin telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 meliputi  390km persegi kawasan hutan dara yang mempunyai ekosistemnya yang tersendiri, tidak pernah didiami dan diterokai oleh manusia. Bila berkata mengenai Hutan Simpan Kelas 1, tentulah Maliau Basin menawarkan pelbagai tumbuhan dan hidupan yang rare and endemic yang menunggu untuk diteroka dan didokumenkan. Memang ramai pengkaji hidupan dan tumbuh-tumbuhan yang suka datang ke sini. 

Agak ketat syarat yang perlu dipatuhi untuk masuk ke sini. Harga pun agak mahal, sesuailah dengan apa yang ditawarkan. Boleh rujuk di http://www.maliaubasin.my/.

Selepas Kalabakan, line telefon mulai lemah. Dengan keadaan jalan yang kurang memuaskan disesetengah tempat, ada kereta yang tertinggal jauh.Jadi, kami berhenti untuk menunggu kereta putih ketiga sampai.

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Berhenti di RnR lagi. Kali ini RnR Maliau Basin.
Disini ada tandas FREE dan juga kedai untuk makan-makan dan solat. Tapi jangan expect RnR ini macam RnR PLUS kita di semenanjung tau ! Sebab.....

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Ini tandas dia.
Luar nampak macam gerun, dalam ok lah. Bolehlah kalau nak lepas hajat menahan berjam perjalanan  tu, hiks :p .Bersyukurlah nak ada juga kemudahan di tengah - tengah perjalanan ni. :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Dah naik Banjaran Crocker. Nampak hijau je pemandangan dan sekeliling mulai diselimuti kabus. Kalau ikut jalan Kalabakan - Sepulut - Keningau - Kota Kinabalu melalui Banjaran Crocker, kita tak akan dapat pemandangan yang sama macam di Ranau-Kundasang. Tempat peranginan tanah tinggi macam di Ranau pun tak ada. Yang ada hanyalah kehijauan hutan yang amat nyaman dan berudara segar. But the scenery very very very breathtaking. Ya Allah cantik gila. Aku menganga je sepanjang perjalanan. Serius, gorjes weh atas ni. 

Ada tempat untuk berhenti (kedai makan, tempat berehat dan tandas) di Puncak Banjaran Crocker. Dan sebenarnya sepanjang perjalanan ada je tempat persinggahan yang menawarkan makanan dan kemudahan berehat. Jangan risau kalau tengah-tengah jalan nak poo-poo. Dunt worry, hehe :D. 

Masa pergi kami tak singgah, on-the-way balik singgah di Puncak banjaran Crocker. Minum Kopi Tenom disini paling syiok bah. Kau kena singgah ok. Kopi Tenom dia pekat likat, peh. Heaven ! Abe bawak motor besar pun selalu singgah berehat barang sejam dua disini. Tapi story ni dalam next entry ok :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Kabus tebal tapi tak sejuk. Pelik juga, rasanya dah tinggi ni, tapi tak sejuk pun? Ingatkan dah boleh gigil-gigil tahan sejuk macam kat Ranau-Kundasang. 

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Nampak kabus tebal tu? Tapi serius tak sejuk sangat. Dia rasa nyaman macam tu. Tapi aku cakap kat korang, memang best gila lalu sini. Even pemandangan penuh hutan belukar je, hehe :D. Rugi duduk Sabah tapi tak pernah lalu dan saksikan pemandangan menakjubkan ini. Sabah penuh dengan keajaiban dan keindahan tau ! 

Sepanjang perjalanan, ada juga melalui kawasan perkampungan dan juga estet-estet kelapa sawit. Aku terfikir, macam mana diorang dengan line telefon yang agak lemah hampir kepada tiada? Macam mana nak berhubung? Ini rahsia yang tak habis lagi dicarigali ! 

Menuruni Banjaran Crocker, cerun bukit ada sehingga 19 darjah. Memang kereta turun laju dan kena pandai mengawal stereng dan brek. Oleh sebab kami import kawan Sabahan yang memang terer dan biasa lalu jalan ni, Alhamdulillah, selamat brek tak berasap. Tapi sepanjang turun tu, memang kecut perut habis. Adventure beb, adventure :)

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menghampiri jambatan untuk ke Keningau. 

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Singgah Solat Jumaat dulu kat sini.
Masa ni dah pukul 2.00 petang. Tahan lapar menggigil dalam kereta. Cepatlah sampai KK. Nak pergi Tanjung Aru..

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Menerjah Kota Kinabalu melalui banjaran Crocker yang menakjubkan !

Sampai KK bersama hujan renyai-renyai. Pengembaraan bersambung pula di Tanjung Aru nanti. 
Stay tune :)
Bye !



Menerjah Kota Kinabalu melalui Banjaran Crocker yang menakjubkan !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
December 23, 2015 at 12:36 PM

wah..bestnya kembara macam ni...

Reply
avatar
December 25, 2015 at 11:01 AM

tak pernah sampai ke KK, apatah lagi mana mana tempat dalam negeri sabah dan sarawak

Reply
avatar
December 29, 2015 at 9:29 PM

tanjung aru best tengok sunset. kalau part jln yg curam tu, geli jugak, tp keta lain selamba je jln laju

Reply
avatar
January 12, 2016 at 12:20 PM

Bestnye baca pengembaraan Myvi ni.. alhamdulillah selamat sampai! gambar2 pun cantik..amat membantu dalam penceritaan.. syabas! :)

Reply
avatar
January 13, 2016 at 6:09 PM

best nyerrrr dapat menghayati alam ciptaan Ilahi!!

Reply
avatar
January 15, 2016 at 10:29 AM

Duduk Sabah bandar semua agak jauh. Bolehlah kita panggil kembara jalanan, hihi :p

Reply
avatar
January 15, 2016 at 10:29 AM

Uncle dah sampai Vietnam pun. Setakat Borneo boleh bah Uncle, hehe

Reply
avatar
January 15, 2016 at 10:32 AM

Kereta lain laju gila turun. Rilek betul. Kalau tengok bas lagi horror. Kitorang duduk belakang bas berdebar-debar je tengok bas laju turun bukit.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+